The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah" adalah satu inisiatif yang bertujuan membentuk generasi yang berakhlak, berpengetahuan, dan bebas daripada penyalahgunaan dadah melalui persekitaran sekolah yang selamat dan sihat. Program ini melibatkan pendidikan kesedaran mengenai bahaya dadah, menyediakan kaunseling dan sokongan psikologi, menggalakkan aktiviti-aktiviti positif, dan menguatkuasakan peraturan anti-dadah. Melalui kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan agensi berkaitan, ia bertujuan mengurangkan kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan membina masyarakat yang sihat dan produktif.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Azali Azmir, 2024-06-15 19:45:49

Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah

"Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah" adalah satu inisiatif yang bertujuan membentuk generasi yang berakhlak, berpengetahuan, dan bebas daripada penyalahgunaan dadah melalui persekitaran sekolah yang selamat dan sihat. Program ini melibatkan pendidikan kesedaran mengenai bahaya dadah, menyediakan kaunseling dan sokongan psikologi, menggalakkan aktiviti-aktiviti positif, dan menguatkuasakan peraturan anti-dadah. Melalui kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan agensi berkaitan, ia bertujuan mengurangkan kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan membina masyarakat yang sihat dan produktif.

Keywords: Pencegahan Dadah

GENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAH Buku Skrap Anti Dadah


•BIODATA• ♡♡♡ Nama: Maisarah bt. Nor Azali Darjah: 5 Sekolah: SR Agama Bersepadu Batu Pahat Kod Sekolah: JCT0001 Nama Guru: Cg Mohammad Zulfitry b. Mohd Zulfakar Jawatan Guru: Guru Bimbingan & Kaunseling Nama: Iris Amanda bt. Mohd Nur Izzuan Darjah: 5 Sekolah: SR Agama Bersepadu Batu Pahat Kod Sekolah: JCT0001 Nama Guru: Cg Mohammad Zulfitry b. Mohd Zulfakar Jawatan Guru: Guru Bimbingan dan Kaunseling 2


•Berdasarkan ini, Generasi Madani merujuk kepada generasi yang beradap, berakhlak serta berintegriti. GENERASI MADANI Apa itu Generasi M Madani? enurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Keempat: •GENERASI bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama. •MADANI bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. •Istilah ini juga sering digunakan bagi menggambarkan masyarakat yang maju dari segi moral dan intelektual yang memiliki kesedaran sivik yang tinggi, menghormati nilai-nilai kemanusiaan dan mengamalkan prinsip-prinsip keadilan sosial serta demokrasi. 3


SEKOLAH BEBAS DADAH •Sekolah bebas dadah merujuk kepada sebuah institusi pendidikan yang menjalankan dasar dan program khusus untuk memastikan persekitaran sekolah tersebut bebas daripada penyalahgunaan dadah. •Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan "Sekolah Bebas Dadah" seperti usaha mencegah, mengesan dan menangani penggunaan dadah di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah. KEPENTINGAN SEKOLAH BEBAS DADAH : ☛ Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk pembelajaran dan perkembangan pelajar. ☛Membentuk generasi muda yang sihat, aktif, bebas dari pengaruh negatif dadah. 4


Dadah Alkohol Rokok Vape kerosakan organ, risiko kematian (overdosis), penyakit berjangkit (HIV/AIDS) penyakit hati, masalah jantung, masalah pencernaan, masalah sistemsaraf penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit pernafasan masalah pernafasan, ketagihan nikotin Apa itu DADAH? 1. ubat-ubatan 2. bahan (seperti ganja, heroin, marijuana dan sebagainya) yang merosakkan atau membinasakan orang yang mengambilnya secara berterusan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka: Kesan Negatif Pengambilan Dadah: 5


Pelaksanaan Strategi bagimewujudkan sekolah bebas dadah: 1.Menggubal dasar sekolah yangjelas tentang peraturan dan garis panduan berkenaan penyalahgunaan dadah. 3.Menyediakan programpengisian kerohanian seperti KemKerohanian bagi membentukmurid mantap asas agama dan kerohanian. 2.Mengadakan program pendidikan dan kesedaran seperti Kempen Anti Dadah dan Kelab Anti Dadah 4.Bekerjasama dengan komuniti setempat seperti ibu bapa, pihak berkuasa dan organisasi masyarakat bagimenangani isu dadahsecara holistik. 6


Melalui pelbagai sumber yang rujukan yang kami perolehi, dapat dilihat ternyata penggunaan dadah memberi kesan negatif terhadap seseorang yang mengambilnya secara berterusan. Ketagihan dadah, alkohol, rokok dan vape menyebabkan kesan yang buruk terhadap kesihatan, mental, sosial dan ekonomi. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara Malaysia dalam melahirkan generasi madani yang berakhlak, beradab dan berintegriti. Sebagai pelajar, kita hendaklah sentiasa berganding bahu bersama para guru bagi merealisasikan matlamat negara iaitu bagi membentuk GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH. Penutup 7


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, akhirnya kami berjaya menghasilkan buku skrap bertajuk GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat guru pembimbing kami iaitu Encik Mohamad Zulfitry yang banyak membantu dalam proses menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh ibu bapa kami sepanjang usaha kami menghasilkan buku skrap ini. Jutaan terima kasih juga buat pihak penganjur Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 yang berusaha menganjurkan program ini. Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha kami menyiapkan buku skrap ini. Sekian, terima kasih. Penghargaan 8


Click to View FlipBook Version