PEMBELAJARAN
KOOPERATIF
MAZLIENOR DAUD
MEK NAH BAKAR
SALASIAH SABRAN
SITI FAIRUS RAZALLY
MOHD FAZELI BAKAR
MOKHZANI FADIR
Bilangan Tajuk Muka Surat
1 Latar belakang Pembelajaran Kooperatif 1
2 Taksonomi Anderson Vs Bloom 2
2.1 Taksonomi Bloom 3
2.2 Teori Anderson
4
3 Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke 21 5
3.1 Kemahiran komunikatif 5
3.2 Kemahiran kolaboratif 6
3.3 Kemahiran Pemikiran Kritis
3.4 Kemahiran Pemikiran Kreatif 7
7
4 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian 8
4.1 Persoalan 8
4.2 Punca Kuasa
4.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran 9
4.4 Langkah-langkah menyediakan Rancangan Pengajaran 9
4.5 Pengenalan RPH 10
4.5.1 Definisi 11
4.5.2 Rekod Pengajaran Harian 19
4.5.3 Keperluan menyediakan RPH 19
4.5.4 Kompenan persediaan RPH 19
4.5.5 Pengetahuan sedia ada 21
4.5.6 Objektif pembelajaran 20
4.5.7 Hasil pembelajaran 23
4.5.8 Draf cadangan RPH
4.5.8.1 Stem/kata kunci/kata kerja PA21 28
4.5.8.2 Contoh penulisan RPH Abad ke 21 30
33
5 Strategi Pembelajaran Kooperatif 36
5.1 Three Step Interview
5.2 Jigsaw 38
5.3 Think-Pair 40
5.4 Two Stay Two Stray 41
6 PLC
6.1 Learning walk
6.2 Peer coaching
6.3 Lesson study
6.4
7 Peta i-think 42
7.1 Peta bulatan 43
7.2 Peta buih 44
7.3 Peta buih berganda 44
7.4 Peta pokok 45
7.5 Peta dakap 45
7.6 Peta alir 46
7.7 Peta pelbagai alir 46
7.8 Peta titi 47
1. LATAR BELAKANG PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang
menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik
darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik . Namun, cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat
bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan
dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan
perlu mengemas kini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi
(pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang
mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.
Kebanyakkan pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran
perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi siber dan akses kepada internet
yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-
mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih
dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan
perkembangan semasa.
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015.
"Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid dan terbeza dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah" (PPPM 5-2)
1
2. TAKSONOMI BLOOM VS ANDERSON
2.1 Taksonomi Bloom
Teori Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada
tahun 1956 untuk tujuan pendidikan. Teori ini mengkategorikan kemahiran dan
objektif yang ingin dicapai oleh murid kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif
dan psikomotor.
a) Domain kognitif
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual
berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke
aras tinggi. Domain kognitif dibahagikan kepada 6 aras.
Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan
dalaman atau luaran, menfatsir dan mengkritik
Sintesis Contoh: pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan
Analisis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu usaha tersendiri,
Aplikasi menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi
Kefahaman Contoh: bina, hasilkan, susun, kembangkan
Pengetahuan
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,membezakan
fakta dengan pendapat, kaitan antara bahagian, kenali struktur organisasi
Contoh: bezakan, pastikan, pilih
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula, membina graf daripada data
Contoh: selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang
lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep dan menterjemah graf.
Contoh: pilih, terangkan, tulis semula.
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum,
tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan
2
b) Domain afektif
Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik yang telah
diterapkan kepada murid melalui penglibatan murid dalam persatuan dan
pelbagai perbincangan secara berkumpulan.
c) Domain psikomotor
Domain psikomotor pula bertujuan untuk mengukur kemahiran praktikal
dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, uji kaji
makmal dan lawatan teknikal.
2.2 Teori Anderson
Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi
Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman. Hasilnya pada tahun 2001
Anderson telah membuat perubahan pada domain kognitif iaitu perubahan
daripada penggunaan kata kunci daripada kata nama kepada kata kerja.
Perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:
HOT Aras 6 Penilaian Mencipta
HOT Aras 5 Sintesis Menilai
HOT Aras 4 Analisis Menganalisis
LOT Aras 3 Aplikasi Mengaplikasi
LOT Aras 2 Kefahaman Memahami
LOT Aras 1 Pengetahuan Mengingat
3
Mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan
Lower Order Thinking (LOT). Manakala tiga aras berikutnya (tertinggi) adalah
Higher Order Thinking(HOT).
Berdasarkan teori di atas dapatlah dijelaskan bahawa:
1. Sebelum kita memahami sesebuah konsep maka kita harus mengingatnya
terlebih dahulu.
2. Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya terlebih dahulu.
3. Sebelum kita menganalisis maka kita harus mengaplikasikannya terlebih
dahulu.
4. Sebelum kita mengaplikasi maka kita harus menganalisisnya terlebih
dahulu.
5. Sebelum kita mencipta maka kita haruslah mengingat, memahami,
menganalisis, mengaplikasi dan menilainya terlebih dahulu.
3. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (4C)
Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki
kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan
kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang
berikut;
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Pemikiran kritis
c) Komunikasi
d) Kolaborasi
3.1 Kemahiran Komunikasi
1. Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah
mempunyai literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi
disebut celik IT.
2. Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang
bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini
mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih
4
berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad
ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas dalam dunia tanpa
sempadan.
3. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar
membuat pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.
3.2 Kemahiran Kolaboratif
1. Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran
kolaborasi dan interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan
mempunyai semangat juang dan keterampilan diri yang unggul, serta
mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
2. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri dengan
cara setiap pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing.
3. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan
untuk mencapai sesuatu matlamat.
3.3 Kemahiran Pemikiran Kritis
1. Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam
menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba
mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisis semula ia secara
kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.
2. Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan
bersistem.
3. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,
terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah.
4. Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang
pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih
dahulu. Oleh sebab itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya
pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang
diperoleh.
5. Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding
beza, mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
5
3.4 Kemahiran Pemikiran Kreatif
1. Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta
atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu
mengolah dan mengembangkan sesuatu idea.
2. Melalui pembelajaran abad ke-21, guru–guru mampu menghasilkan
pelajar yang berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup
menerima risiko dan kritikan orang lain.
3. Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka
cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
4. Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk
menjana dan menghasilkan idea, membuat hipotesis, mensintesis dan
membuat hubung kait.
KOLABORATIF PEMIKIRAN
KRITIS
(collaboration)
(critical thinking)
KESEDIAAN UNTUK
PENDIDIKAN TINGGI DAN
ALAM PEKERJAAN
KOMUNIKASI PEMIKIRAN
(communication) KREATIF
(creative thinking)
6
4. PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
4.1 Persoalan
1. Mengapakah guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran ?
2. Apakah kepentingan Rancangan Pengajaran ?
1. Membolehkan guru menyusun isi pelajaran secara teratur.
2. Membantu menganggar masa yang diperlukan untuk setiap tajuk.
3. Membuat perancangan awal untuk menyediakan media pengajaran.
4. Merekod perkara yang diajar .
5. Rujukan untuk tujuan peperiksaan atau semakan oleh pentadbir
6. Mendapatkan gambaran luas tentang mata pelajaran yang akan diajar
untuk melihat kesinambungan tajuk.
7. Membantu guru mengajar dengan sistematik dan yakin.
4.2 Punca Kuasa
7
4.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan
Disediakan untuk tempoh satu tahun.
Selaras antara guru yang mengajar mata pelajaran.
4.4 Langkah-langkah menyediakan Rancangan Pengajaran
Tulis tarikh semester bermula dan berakhir.
Tentukan hari-hari mata pelajaran diajar dan
bilangan waktu dalam seminggu
Tentukan bilangan waktu mengajar dalam
setahun.
Tentukan waktu mengajar bersih.
Bahagikan isi pelajaran kepada tajuk-tajuk
kecil.
Sediakan rancangan pengajaran mengikut
format.
8
4.5 PENGENALAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN( RPH )
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi, penting
kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu
pengajaran dilaksanakan.
Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan
pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.
Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan
dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran.
Sebagai seorang guru profesional , kemahiran merancang dan menulis
Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai dengan tugas guru
sebagai pengurus bilik darjah.
Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran Hariannya
sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isi kandungan, kaedah
pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan
dihadapinya.
4.5.1 DEFINISI
Didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata pelajaran pada sesuatu hari
tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan.
4.5.2 REKOD PENGAJARAN HARIAN
Satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu mata
pelajaran yang mengandungi
maklumat tentang pelajar
matlamat yang ingin dicapai
isi kandungan yang akan disampaikan
penentuan pencapaian matlamat
9
4.5.3 KEPERLUAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Memberi keyakinan kepada guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Membantu memikirkan perkara yang akan diajar, kesukaran, masalah,
kawalan disiplin, motivasi pelajar.
Merancang penggunaan media pengajaran .
Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan.
Panduan guru mengikuti jadual yang ditetapkan.
Memastikan langkah disusun mengikut urutan.
Sebagai rekod pengajaran yang telah dan belum diajar .
Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar
menepati sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil
pembelajaran, meningkatkan kemahiran yang dikehendaki, menerap
nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.
Persediaan pengajaran juga dapat membantu guru mengingati isi
pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan.
Menyedia bahan bantu belajar (BBB) dan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran
dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid.
Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun
dan sistematik.
Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat
persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah.
Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas
pengajaran dengan mudah dan berkesan.
10
4.5.4 KOMPONAN PERSEDIAAN RPH
11
Butiran tentang tarikh, masa,
tingkatan,bilangan. pelajar, mata pelajaran,
tajuk pengajaran
Penting kepada guru untuk mengetahui
pelajar, merancang strategi dan media
pengajaran
Pengetahuan yang telah dipelajari oleh
pelajar.
Penting kepada guru bagi:
1. Menentukan peringkat permulaan
pengajaran
2. Menyediakan media dan kaedah
pengajaran yang sesuai
3. Menjangkakan hasil pembelajaran
4. Membolehkan pelajar lebih mudah
faham
Suatu penyataan yang menentukan apa yang
pelajar akan pelajari dan bagaimana guru
boleh tahu sama ada objektif tercapai atau
tidak.
Objektif yang ditulis - umum dan khusus
Kepentingan:
1. Menentukan tujuan pengajaran
2. Sebagai panduan penilaian pengajaran
3. Sebagai garis panduan untuk mengajar
4. Sebagai panduan supaya pelajar tahu
apa yang akan mereka pelajari
12
• Merujuk kepada konsep, prinsip, teori atau
kemahiran yang akan disampaikan kepada
murid.
• Diperoleh daripada sukatan pelajaran
dan standard pembelajaran.
• Penting kepada guru untuk menyusun
pengajaran yang mudah difahami murid.
• Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Negara
• 16 nilai murni diterapkan melalui P&P
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kejujuran
10.Kebersihan
11. Rasional
12.Kerajinan
13.Kerjasama
14.Kesederhanaan
15.Kesyukuran
16.Semangat bermasyarakat
• Guru memilih nilai murni yang hendak ditekankan
dan menyesuaikan dengan isi pelajaran.
• Penting bagi melahirkan insan yang seimbang
JERInya.
13
• Media pengajaran (MP)dan bahan rujukan
yang digunakan dalam proses P&P
• Contoh papan gulung, projektor, carta, peta,
model, LCD
• Bahan rujukan terdiri daripada bahan
bercetak seperti buku rujukan, risalah,
buletin.
• Penting bagi memastikan maklumat yang
diajar tepat, kemas kini dan membantu guru
untuk memperluaskan pengetahuan &
kemahiran
• Tindakan berjaga-jaga yang perlu diberi
perhatian semasa proses P&P
• Ditekankan dalam kelas amali seperti Sains,
Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani
• Penting sebagai satu disiplin belajar dan
bagi mengelakkan kecederaan dan
sebagainya.
14
• Mengorientasikan fikiran dan perhatian
murid kepada pelajaran dan objektif
pengajaran.
• Perlu menarik
• Disampaikan antara 3 - 5 minit
• Tujuan
- menimbulkan minat pelajar
- mencetuskan rasa ingin tahu
- mengaitkan dengan pelajaran yang lepas
- menyediakan struktur pelajaran
- menggalakkan penglibatan pelajar
Contoh : lakonan, cerita, nyanyian
• Peringkat menyampaikan isi pelajaran
• Isi penting, strategi, kaedah, aktiviti,
penggunaan media, nilai murni dan soalan
utama dicatatkan
• Langkah penyampaian disusun mengikut
- langkah ke satu langkah
(mudah→kompleks)
- susunan yang logik
- tahap pengetahuan sedia ada murid
• Teknik yang diguna apabila guru tunjuk
pengukuhan kepada tingkah laku yang
positif
• Contoh “Bagus”
• Peneguhan meningkatkan motivasi,
minat belajar, konsep kendiri dan
keyakinan murid.
• Panduan Memberi Pengukuhan
1. Beri pengukuhan sebaik tingkah laku
positif dilakukan
2. Padankan pengukuhan dengan umur
murid
3. Elakkan pengukuhan negatif.
4. Pengukuhan diberi perlu jujur dan
ikhlas
15
• Penerangan perlu jelas.
• Suara-ada intonasi berbeza.
• Penggunaan papan hitam-tulis fakta
utama, tulisan jelas, susunan teratur.
• Bahasa-ringkas dan mudah difahami.
• Urutan-idea diterang mengikut urutan.
• Penggunaan contoh
a. Contoh yang mudah kepada kompleks.
b. Memulakan contoh yang ada kaitan
dengan pengetahuan sedia ada murid.
c. Mengaitkan contoh dengan prinsip
yang diajar.
d. Meminta murid beri contoh (untuk
melihat pencapaian objektif).
• Penglibatan pelajar - mengunakan
jawapan murid untuk bentuk pemahaman
konsep.
• Penyataan penutup - membuat
kesimpulan selepas menerangkan fakta
utama.
• Digunakan secara meluas semasa
pengajaran.
• Panduan Penggunaan Papan Hitam
1. Pastikan kapur, pemadam, pembaris ada
2. Cahaya tidak menyilaukan papan hitam
3. Keadaan bersih
4. Tulisan tidak berkaitan dipadam
5. Rancang awal susunan yang akan ditulis
6. Sediakan illustrasi kompleks lebih awal
7. Tulis fakta penting sahaja
8. Guna kapur berwarna untuk penekanan
9. Berdiri di kawasan yang tidak
mengganggu pandangan murid.
10.Guna penunjuk untuk menerangkan
sesuatu.
16
• Tindakan guru yang dirancang untuk
mendapatkan perhatian murid kepada
pengajaran.
• Sebab-tumpuan pelajar yang singkat
• Kaedah, corak interaksi dan perhatian
murid perlu diubah.
• Perlu fokus kepada 3 aspek
1. Stail pengajaran
2. Penggunaan media pengajaran
3. Hubungan pelajar-guru
Cadangan
1. Guna pelbagai kaedah.
2. Kawal penggunaan masa.
3. Pastikan penglibatan murid.
4. Bantu pelajar lihat cara aplikasi
pelajaran.
5. Beri kritikan membina kepada
aktiviti murid.
• Kemahiran penting dalam proses P&P
• Digunakan dalam semua peringkat
pengajaran.
Panduan kemahiran menyoal
1. Pastikan ada masa menunggu lebih
kurang 3-5 minit.
2. Panggil nama murid, kemudian
kemukakan soalan.
3. Mencungkil dengan membantu murid
berfikir lebih mendalam.
4. Pelbagaikan soalan.
5. Beri soalan mudah difahami.
6. Beri peneguhan positif.
7. Sebarkan soalan kepada semua murid.
8. Arahkan semula soalan kepada murid
lain.
9. Minta penjelasan kepada jawapan yang
kurang jelas.
17
• Guru merenung kembali • Perlu ringkas, menunjukkan hubung kait
proses P&P selepas selesai antara fakta dengan aktiviti.
pengajaran
• Tujuan kesimpulan
• Tulis kekuatan dan kelemahan 1. Peneguhan supaya murid ingat apa
P&P yang dipelajari.
2. Beri fokus kepada murid.
• Tulis strategi untuk mengatasi 3. Tumpukan perhatian murid kepada
kelemahan penghujung pembelajaran.
4. Timbulkan rasa pencapaian dan
• Digunakan untuk guru melihat penguasaan murid
perkembangan diri sendiri
• Panduan membuat kesimpulan
• Sebagai rujukan guru tentang 1. Ulas perkara penting.
aspek yang telah guru kuasai 2. Hubung kaitkan antara fakta.
dan apa yang perlu dipelajari 3. Kaitkan pengajaran yang sebelum
atau selepas.
4. Minta maklum balas murid.
5. Cadangkan cara pembelajaran
boleh diaplikasikan.
• Tentukan sejauh mana objektif tercapai
• Dibuat berdasarkan apa yang telah
dipelajari secara lisan atau bertulis
• Perlu ada nilai sebenar dan sumbang kepada
kefahaman dan pengalaman pelajar
• Panduan Memberi Tugasan
1. Dirancang awal.
2. Mengandungi arahan khusus dan
jangkaan.
3. Menyatakan masalah yang mungkin
timbul perlu dibincangkan
4. Beri masa kepada murid menyalin
tugasan.
5. Minat murid kepada tugasan yang diberi.
6. Soal murid sama ada mereka faham atau
tidak tentang tugasan diberi. Beri masa
untuk menyoal guru.
7. Beri masa murid mulakan tugasan dalam
kelas.
18
4.5.5 PENGETAHUAN SEDIA ADA
Merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan topik yang
telah dimiliki atau telah dikuasai oleh murid sebelum sesi pengajaran bermula.
4.5.6 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Satu penyataan ringkas dan tepat yang ingin dicapai oleh guru selepas
tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran perlulah spesifik, boleh diukur
(measurable), boleh dicapai (attainable) sebenar dan relevan ( realistic and
relevant )
Objektif Umum:
- merujuk kepada pencapaian murid secara umum yang ingin dicapai.
Objektif khas:
- merujuk kepada pencapaian isi pelajaran dan kemahiran khusus yang
ingin dicapai oleh guru dalam satu tempoh pengajaran.
4.5.7 HASIL PEMBELAJARAN
Merupakan satu keterangan mengenai apa yang akan dicapai dan dilaksanakan
oleh murid untuk membentuk asas sesuatu inferens terhadap sesi pembelajaran
yang dilaksanakan dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Elemen-elemen Hasil Pembelajaran
i. Spesifik; Menyatakan dengan jelas apa yang guru rancang agar dicapai
oleh murid. Contoh: menyebut, menulis, menyenarai, mengklasifikan.
ii. Boleh diukur; Menyatakan dengan jelas tahap hasil pembelajaran dan
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Contoh: dua daripada lima
soalan.
iii. Boleh dicapai; Menyatakan hasil yang ingin dicapai adalah munasabah
mengikut tahap kebolehan murid menggunakan bahan-bahan bantu
belajar yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
19
4.5.8 DRAF CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
DARIPADA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa
2. Tema/Tajuk
3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
4. Objektif Pembelajaran
5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi
penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam
P&P
7. Bahan Bantu Belajar
8. Penilaian P&P
9. Refleksi :
i. nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)
i. Stem/Kata Kunci/Kata Kerja PA21
ARAS CONTOH CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
Mengingat KATA KERJA
Jawapan fakta, YANG
mengingat dan
mengiktiraf DIGUNAKAN
Menyenaraikan Senaraikan kesemua…
Memberitahu Nyatakan peristiwa-peristiwa utama…
Menggambarkan Buat satu garis masa peristiwa..
Mengesan Buat satu carta fakta
Mencari Senaraikan fakta yang anda tahu..
Menamakan Deklamasikan sebuah puisi…
Menyatakan
Menghubung kait
Menulis
20
Memahami Menerangkan Cari atau lukis gambar yang menerangkan
Mengintepretasi peistiwa..
Mengungkap Menggariskan Terangkan pendapat anda tentang idea utama..
semula dan Membincangkan Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan
mentafsir untuk Mengesan urutan peristiwa
menunjukkan Meramal Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan
pemahaman Menyatakan semula cerita..
Menterjemah Ceritakan semula dalam ayat anda sendiri..
Membanding Lukiskan satu aspek yang anda suka..
Menggambarkan Tuliskan ringkasan..
Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan
Mengaplikasi Menyelesaikan urutan peristiwa…
Bina sebuah model yang akan menunjukkan
Menunjukkan bagaimana ia berfungsi.
Bina sebuah diodrama untuk menceritakan sesuatu
Mengaplikasi Menggunakan peristiwa.
Ambil beberapa keping gambar untuk
pengetahuan Membuat ilustrasi menunjukkan sesuatu perkara.
Bina sebuah model tanah liat.
kepada situasi dan Membina Rangka satu strategi pemasaran produk
menggunakan strategi yang diketahui sebagai
pengalama baharu Meramal panduan.
Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan
Melengkapkan atau pakaian tradisional.
Lukis mural berdasarkan perkara yang sama
Menilai Bina soal selidik untuk mengumpul maklumat.
Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk.
Mengklasifikasi Bina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat
kritikal.
menggambarkan Bina sebuah jigsaw.
Bina salasilah keluarga untuk menunjukkan
Menganalisis Menganalisis perhubungan.
Membezakan Tulis sebuah biografi seseorang.
Pecahkan kepada Menilai Sediakan laporan.
bahagian yang Membanding
lebih kecil untuk Menyiasat
memeriksa lebih Mengkategori
mendalam dan Mengenal pasti
memahami Menerangkan
perhubungannya. Memisahkan
21
Mempromosi Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun atur,
langkah, rekod yang diperlukan.
Menilai Mengadili Nilaikan hasil seni-persamaan dan permasalahan
Memilih Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai.
Membuat Memutuskan Menjalankan perbahasan tentang isu.
pertimbangan dan Membenarkan Meyakinkan orang lain tentang….
penilaian untuk Membahas Membentuk panel untuk membincangkan
membuat Mengesahkan pandangan, misalnya ‘Pembelajaran di sekolah”…
kesimpulan. Berhujah Tulis sepucuk surat kepada…..
Mengesyorkan Sediakan kes untuk membentangkan pandangan
Menilai anda tentang…..
Membincangkan Buat buku catatan 5 peraturan anda yang dianggap
Mengutamakan penting.
Memberi kadar
Menentukan
Mencipta Mencipta Mencipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu
Mereka Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan
Gabungkan Mengarang kajian anda
maklumat untuk Meramal Mencipta satu produk baharu
mencipa sesuatu Merancang Memberi nama dan merancang kempen pemasaran
yang baru. Membina Menulis perasaan anda berhubung dengan..
Mereka bentuk Menulis rancangan televisyen, pertunjukan boneka,
Mengembangkan lagu….
Imaginasi Mereka bentuk rekod, buku atau kulit majalah
Mengusul untuk..
Menjana
Mencipta formula
22
ii. Contoh Penulisan RPH PA21
a. Sekolah Rendah
CONTOH RPH BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Mata Pelajaran dan Bahasa Malaysia
kelas Tahun 6
Seronoknya Keluarga Amar
Tajuk Penjodoh Bilangan
Tarikh 09 Januari 2016 ( SABTU )
Masa 9.30-10.30 PAGI
Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama am dan penjodoh bilangan
mengikut konteks dengan betul.
Objektif Pembelajaran Murid dapat :
Aktiviti Menulis 5 ayat menggunakan penjodoh bilangan dengan betul .
1. Bersoal jawab tentang bahan maujud yang disediakan – sebotol minuman,
EMK
Bahan Bantu Belajar sebakul buah,sebiji mug,segugus kunci, sesikat pisang.(Kaitkan dengan
Penilaian Pengajaran objektif pembelajaran hari ini)
dan Pembelajaran 2. Minta murid membaca teks secara kumpulan dan mengenal pasti penjodoh
Refleksi bilangan yang terdapat dalam gambar.
3. Murid menganalisis dan mencatat penjodoh bilangan menggunakan peta
bulatan berdasarkan gambar dalam kumpulan.(two stay two stray)
4. Murid dipanggil mengikut nombor yang sama ke hadapan untuk mengambil
kad rahsia.Kembali ke dalam kumpulan dan bina ayat daripada penjodoh
bilangan yang diterima .Kumpulan yang cepat siap dan melaporkan kepada
guru mendapat markah tertinggi.(Numbered Head together)
5. Murid membina dan menulis 5 ayat menggunakan penjodoh bilangan yang
telah dipelajari dalam buku latihan.
6. Murid merumuskan penjodoh bilangan yang telah dipelajari melalui nyanyian.
7. Guru menyatakan kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran yang
dilaksanakan.
Nilai Murni : Rasional
Ilmu : Kemahiran Hidup
KBT : Konstruktivisme - menerangkan
Bahan maujud, teks petikan, lembaran peta minda,
Menulis 5 ayat mengikut konteks dengan betul.
24 orang murid menulis satu perenggan menggunakan 5 penjodoh bilangan
dengan betul dan 5 orang murid menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
23
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
TAHUN / MASA KANDUNGAN IMPAK /
/ MATA CATATAN
Bidang / Tajuk : Nombor dan Operasi
PELAJARAN Tambah dalam lingkungan 10 000
Tahun 3 Bestari
Standard Pembelajaran: 2.1 Menambah sebarang dua nombor
8.15 – 9.15 pagi Objektif Pembelajaran : Murid Dapat :-
Matematik i) Menjawab 5 soalan menambah
sebarang dua nombor hingga empat
digit tanpa mengumpul semula.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Permainan kad nombor meneka hasil tambah
2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan objektif pembelajaran
dan menerangkan konsep.
3. Murid menyenaraikan nombor-nombor yang sesuai apabila
ditambah dan hasilnya ialah 40 menggunakan peta bulatan.
4. Sampul yang mengandungi kad nombor tiga digit diedarkan
kepada setiap kumpulan. Murid dikehendaki membina soalan
operasi tambah berdasarkan kad dan menyelesaikannya. Wakil
setiap kumpulan bentangkan jawapan. (1 stray 3 Stay)
5. Kad soalan dipamerkan di papan hitam. Murid berbincang dalam
kumpulan dan murid akan dipanggil mengikut nombor untuk
membentangkan hasil dapatan. (Numbered Head Together)
Elemen Merentas Kurikulum :
Kreativiti dan Inovasi
Bahan Bantu Belajar :
Kad Nombor, Kad Soalan, Kad i-Think
Penilaian :
Band 3 secara bertulis dan pemerhatian.
Refleksi :
15 orang murid mencapai objektif dan diberi latihan pengayaan
penambahan nombor tiga digit. 5 orang murid lagi diberi latihan
menambah nombor dua digit kurang daripada 10 000.
24
b. Sekolah Menengah
Subjek : Bahasa Melayu
Tingkatan : 5 Arif
Mata Pelajaran Tajuk/Isi Objektif Aktiviti/KBAT/Refleksi
Tingkatan
Masa Rumusan: HP : 7.0 , 7.1 , 7.3 1. Set induksi-tayangan video
Bahasa Melayu Cara-cara 1. Murid dapat 2. Peta bulatan-murid menulis
5 Arif
8.20-9.40 Pagi menangani gejala menyenaraikan 6 cara apa yang mereka tahu
buli menangani buli tentang buli
2. Murid dapat 3. Peta Alir
meramalkan 3 kesan Dalam kumpulan murid
buruk gejala buli membaca dan
3. Murid dapat menulis menyenaraikan 6 cara
sebuah rumusan yang menangani gejala buli
baik dan lengkap 4. Think-Pair-Check
5. Murid meramalkan kesan
buruk gejala buli.
6. Dalam kumpulan murid
menulis sebuah rumusan
yang lengkap
7. Pembentangan-Gallery
Walk
Refleksi:
25
Subjek : Bahasa Inggeris
Tingkatan : 2 Cemerlang
MATA TAJUK/ISI OBJEKTIF AKTIVITI/KBAT/
PELAJARAN REFLEKSI
TINGKATAN
MASA Animal 2.3 Presenting 1. Guessing game. (Number
Language Focus: information to heads together)
English 1. Simple different audience by: E.g:
2 Cemerlang a. writing directions, Teacher: This creature is
10.20 – 11.40 structure instructions, friendly
sentences recounts, announcements, Pupils: Dolphin
2. Simple present using appropriate format
tense (verb to and 2. Using Think Pair Share
be/verb to Conventions and Bubble Map, pupils
have/subject xviii. Writing descriptions. read and explain a sample
verb paragraph of an animal
agreement) Pupils should be able to: which describes its
1) Construct a description physical look, habitat, food
Prior knowledge: of animal (not less than 6 and other special features.
1. Students have sentenc es)
3. In each group, using Think
information on Pair Share and Bubble
various animals Map, pupils decide and
and its construct their own
habitats. description of a chosen
animal using Bubble Map
(teacher guides).
4. Using Round Robin,
students construct a
description of an animal.
Reflection:
26
Subjek : Bahasa Inggeris
Tingkatan : 2 Cemerlang
MATA TAJUK/ISI OBJEKTIF AKTIVITI/KBAT/
PELAJARAN REFLEKSI
TINGKATAN
MASA Reach For The 2.2 Activity: Jigsaw
Stars (a) Skimming and scanning KBAT: Flow Chart
Bahasa Inggeris Summary for specific information 1. Students find, select and
4 Amanah Language Focus: (b) Summarizing
8.05-8.45 1. Sequence information show correct contents
Learning Outcomes: using Flow Chart.
connectors Students should be able to: 2. Students compare their
1) Compose a one answer.
paragraph summary which 3. Students compile their
contains a minimum of 10 answers.
contents. 4. Teachers explains on
sequence connectors.
5. Students compose a
summary using proper
sequence connectors.
Reflection:
27
5. STRATEGI PEMBELAJARAN KOOPERATIF
5.1 Three-Step-Interview (Wawancara Tiga Langkah)
Latar Belakang
Wawancara Tiga Langkah dikembangkan oleh Kagan pada 1989. Kaedah ini biasanya
digunakan sebagai aktiviti suai kenal atau latihan ‘team building’. Soalan wawancara
yang digunakan dalam strategi ini adalah berfokus kepada isi kandungan bahan yang
digunakan dan tidak mementingkan jalan penyelesaian yang betul atau salah seperti di
dalam kaedah Think-Pair-Share.
Kaedah Perlaksanaan
1. Langkah 1: guru menyampaikan isu/persoalan yang dapat menimbulkan pelbagai
cadangan, kemudian mengajukan beberapa pertanyaan kepada semua murid di
dalam kelas.
2. Langkah 2: pelajar akan mewawancara pelajar lain dalam jangka masa yang
ditetapkan.
3. Langkah 3: pelajar akan bertukar peranan dan melaksanakan sesi wawancara
seterusnya. Kesemua pelajar yang terlibat perlu merasai peranan sebagai
pewawancara dan sebagai orang diwawancara.
4. Langkah 4: pelajar akan berkongsi maklumat yang didapati semasa wawancara
bersama dengan ahli kumpulan yang lain.
Faedah
1- Berkesan untuk aktiviti penyelesaian
2- Mencipta kebertanggungjawaban serentak.
3- Pelajar boleh berkongsi dan menggunakan strategi penyoalan berbeza.
4- Dalam jangka masa panjang, pelajar boleh didedahkan dengan aras pemikiran
berbeza untuk mengupayakan mereka menggunakan pelbagai kaedah pemikiran dan
soalan.
5- Membantu pelajar untuk mengukuhkan pemahaman terhadap konsep-konsep yang
dipelajari semasa kuliah atau dalam buku teks.
6- Mengukuhkan kemahiran mendengar dan menyoal.
7- Membantu pelajar untuk memproses dan mempersembahkan maklumat.
28
29
5.2 Jigsaw
Latar Belakang
Kaedah jigsaw mula diperkenalkan oleh Dr Elliot Aronson pada tahun 1971 sebagai satu
kaedah yang pada asalnya bertujuan untuk mengurangkan konflik perkauman di antara
pelajar di Texas, USA. Melalui kaedah ini, Austin telah berjaya meningkatkan aspek
kolaborasi dan seterusnya mengurangkan kekangan yang menghalang pelajar untuk
bekerjasama antara satu sama lain.
Strategi ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek
kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian,
kesemua ahli kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan.
Ia secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk
semangat kebergantungan kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan
yang lain.
Kaedah Perlaksanaan
1. Langkah 1: Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Home Team) yang
terdiri dari 4 atau 6 murid atau dengan mana-mana jumlah pelajar yang munasabah
dan setiap pelajar akan dinomborkan.
2. Langkah 2: Pelajar akan seterusnya dipecahkan kepada Expert Teams mengikut
nombor masing-masing.
3. Langkah 3: Bahan akademik akan disajikan kepada murid dalam bentuk teks dan
setiap murid perlu mempelajari dan memahamkan maklumat berkenaan bersama-
sama dengan ahli lain dalam Expert Team masing-masing.
4. Langkah 4: Seterusnya, murid-murid yang berada dalam kelompok pakar (Expert
Team) akan kembali ke kumpulan asal untuk mengajar/membimbing ahli-ahli lain
tentang apa yang telah dipelajari dalam kelompok pakar.
5. Setelah selesai, murid-murid akan diberi peluang untuk menyatakan secara individu
tentang apa yang telah dipelajari.
30
Sumber:
https://teaching-strategies.wikispaces.com/file/view/jigsaw.jpg/92298456/jigsaw.jpg
Faedah
Kelebihan model pembelajaran Jigsaw adalah sebagai berikut :
1. Pelajar akan lebih menguasai isi kandungan pembelajaran kerana mereka mampu
untuk mengajarkan isi kandungan pembelajaran tersebut kepada rakan-rakannya
dari Home Team.
2. Memperkembang kemampuan pelajar untuk mengeluarkan idea tanpa merasa takut
untuk membuat kesalahan.
3. Pelajar lebih aktif dalam aspek komunikasi dan mengeluarkan pendapat kerana
pelajar diberikan kesempatan untuk berbincang dan menjelaskan isi kandungan
pembelajaran kelompok masing-masing.
4. Meningkat kemampuan sosial pelajar terutama dalam aspek hubungan
interpersonal.
5. Pelajar akan belajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kelompok
6. Wujud aspek kebergantungan positif dalam kalangan semua pelajar yang terlibat.
Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Jigsaw_%28teaching_technique%29
31
32
5.3 Think-Pair
Latar Belakang
Strategi pembelajaran Think-Pair-Share (TPS) adalah strategi pembelajaran yang
dirancang untuk meningkatkan pola interaksi antara pelajar serta memberikan pelajar
lebih masa berfikir (think time) untuk saling berinteraksi dan membantu. Selain itu,
terdapat kajian akademik yang menunjukkan bahawa kaedah ini mampu untuk
meningkatkan tahap penyertaan pelajar dan juga tahap pemikiran aras tinggi. Strategi
pembelajaran TPS ini mula dikembangkan oleh Frank T. Lyman pada tahun 1981 dan
telah terdapat pelbagai variasi strategi pembelajaran ini. Antara yang popular adalah:
a) Think-Pair-Square
b) Think-Pair-Check
c) Think-Pair-Share
d) Think-Pair-Write
Kaedah
1. Langkah 1: Think (Berfikir): Guru akan mengajukan pertanyaan atau
mengemukakan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran.
2. Langkah 2: Pelajar akan berfikir secara individu untuk menyelesaikan pertanyaan
atau permasalahan yang diajukan.
3. Langkah 3: Ahli kumpulan seterusnya diberi pasangan (pair), dan pelajar
kemudiannya akan berbincang mengenai jawapan atau penyelesaian kepada
masalah yang diajukan. (4-5 minit).
4. Langkah 4: pelajar akar berkongsi pandangan mereka sama ada kepada pasangan
yang lain dalam kumpulan yang sama atau kepada kumpulan lain ataupun kepada
semua ahli di dalam kelas berkenaan.
a) Think-Pair-Square:
I. Dilaksanakan dalam kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya
empat anggota.
II. Setelah selesai aktiviti Think dan Share, kesemua ahli kumpulan akan
berbincang dan berkongsi jawapan mereka.
b) Think-Pair-Check: pelajar akan saling menyemak jawapan atau tanggapan
paasangan masing-masing.
33
c) Think-Pair-Share: Wakil dari setiap pasangan akan memberitahu keseluruhan
kelas akan dapatan atau penyelesaian masalah mereka berdasarkan tugasan yang
telah diberikan.
d) Think-Pair-Write: Setiap pasangan diminta untuk menulis jawapan atau
tanggapan mereka berdasarkan tugasan diberikan.
Faedah
1. Pelajar mempunyai “masa berfikir” atau think time untuk memberi ruang kepada
mereka untuk membuat refleksi dan menyediakan jawapan mereka.
2. Pelajar dapat berkongsi jawapan mereka dengan pelajar lain.
Rujukan
http://www.asikbelajar.com/2012/11/model-pembelajaran-think-pair-share-tps.html
http://www.classroom20.com/profiles/blogs/thinkpairshare-lyman-1981-an
34
35
5.4 Two Stay Two Stray
Latar Belakang
Model Two Stay Two Stray “kembangkan oleh Spencer Kagan 1992 ialah satu model
pembelajaran dengan cara mengelompokkan murid untuk melaksanakan tugas atau
memecahkan masalah tertentu. Struktur pembelajaran koperatif ini memberikan
kesempatan kepada satu-satu kumpulan untuk berkongsi hasil pembelajaran mereka
dengan kumpulan yang lain.
Kaedah
Ada pun langkah-langkah model pembelajaran Dua Tinggal Dua Tamu (dalam Lie,
2002:60-61) adalah sebagai berikut:
1. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan melaksanakan tugasan
yang telah diberikan.
2. Setelah selesai, dua pelajar dari setiap kumpulan akan melihat hasil kerja dari
kumpulan-kumpulan yang lain.
3. Bagi pelajar yang tinggal, peranan mereka adalah untuk menerangkan kepada
pelajar-pelajar yang datang berkunjung berkenaan hasil tugasan kumpulan mereka.
4. Pelajar yang berkunjung akan membuat pelaporan kepada ahli-ahli kumpulan yang
tinggal dan seterusnya berbahas mengenai input baharu yang dipelajari.
Faedah
Suatu model pembelajaran pasti memiliki kekurangan dan kelebihan. Adapun kelebihan
dari model Two Stay Two Stray adalah sebagai berikut.
1. Pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara aktif.
36
37
6. Komuniti Pembelajaran Profesional
6.1 Learning Walk
Definisi
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.
Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
Langkah 1 PENETAPAN FOKUS UNTUK
PEMERHATIAN
Langkah 2 PENGUMPULAN BAHAN BUKTI MELALUI
Langkah 3 PEMERHATIAN TERHADAP KELAS-KELAS
PERKONGSIAN DAPATAN DENGAN SEMUA
GURU DI SEKOLAH
Pemilihan Fokus
Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).
ii. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).
iii. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme
iv. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkait rapat dengan
keutamaan sekolah (linked to school priorities).
38
Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan
merangkumi aspek-aspek yang berikut:
i. Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga tempoh masa berfikir
(thinking time).
ii. Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan
menyokong pembelajaran & pengajaran (teaching resources).Suasana
fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran
(classroom physical environment).
iii. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices).
iv. Penglibatan murid (students involvement).
v. Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran (classroom instructions)
vi. Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processess
vii. Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)
39
6.2 Peer Coaching
Definisi
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional
Coaches) merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru
lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer
Coaching (PC) ialah salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum
terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran (Hasbrouck, 1997).
Pelaksanaan
Terdapat tiga cara untuk melaksanakan Peer Coaching.
Proses Coaching
40
6.3 Lesson Study
Definisi
Ciri-ciri
Menurut buku “The Teaching Gap” (Stigler & Hiebert, 1999), Lesson Study
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Lesson Study ialah model yang berasaskan peningkatan profesional guru
berterusan secara jangka panjang.
ii. Lesson Study berfokus kepada pembelajaran pelajar.
iii. Lesson Study berfokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran
berdasarkan kesesuaian murid.
iv. Lesson Study ialah satu usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru.
v. Guru yang terlibat dalam Lesson Study melihat diri mereka menyumbang kepada
perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran dan juga Perkembangan
profesional diri sendiri.
Kitaran Lesson Study
#1
Tentukan objektif
pengajaran
#5 #2
Ubahsuai Rancangan Bina Rancangan
Pengajaran Mengajar
#4 #3
Nilai/Reflek Ajar/Perhati
Pengajaran Pengajaran
41
7. Program i-Think (Innovative Thinking)
Program i-Think (Pemikiran Inovatif) merupakan satu program yang bertujuan
mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke
arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Dalam usaha
ini, Peta Pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat
meningkatkan aras pemikiran murid.
Program i-Think mengandungi lapan Peta Pemikiran. Setiap Peta Pemikiran
mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
Guru dan murid perlu menyesuaikan Peta Pemikiran dengan tajuk pembelajaran
yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
8 Peta Pemikiran:
1. Peta Bulatan (Circle Map)
2. Peta Buih (Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (Tree Map)
5. Peta Dakap (Brace Map)
6. Peta Alir (Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)
8. Peta Titi (Bridge Map)
42
Bingkai Rujukan (Frame of Reference)
1. Digunakan dalam semua 8 Peta Pemikiran.
2. Dilukis pada bahagian luar Peta Pemikiran setelah semua maklumat di dalamnya sudah
diisi.
3. Bertujuan untuk menyatakan sumber rujuk atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Contoh: ibu bapa --- bermaksud maklumat yang didapati telah diambil daripada ibu bapa.
buku kawan
guru ibu bapa
1. Peta Bulatan (Circle Map)
i. Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks.
ii. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalam bulatan kecil di bahagian
tengah.
43
iii. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan topik tersebut
untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
iv. Lukiskan bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau
sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
2. Peta Buih (Bubble Map)
i. Proses pemikiran: Menerangkan menggunakan kata sifat atau kata adjektif.
ii. Labelkan topik utama dalam bulatan di bahagian tengah.
iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata/frasa adjektif yang
mewakili topik tersebut, sama ada positif atau negatif dan warna yang berbeza boleh
digunakan.
Contoh kata adjektif : cantik, periang, cemburu, malas.
frasa adjektif : bertelinga besar, bersisik tebal.
iv. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lulus.
3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
i. Proses pemikiran: Membanding beza.
ii. Lukiskan dua bulatan di bahagian tengah untuk menulis dua topik (objek/idea) yang
ingin dibandingkan.
44
iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan utama.
iv. Bagi bulatan yang berada di antara dua topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik
untuk mewakili persamaan.
v. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan satu topik
sahaja.
4. Peta Pokok (Tree Map)
i. Proses pemikiran: Membuat pengelasan/Mengklasifikasikan
ii. Tuliskan topik atau tajuk utama di bahagian atas dan gariskannya.
iii. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa
kumpulan/kategori.
iv. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
v. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori dan gariskan.
5. Peta Dakap (Brace Map)
i. Proses pemikiran: Hubung Seluruh-Bahagian (sebahagian daripada keseluruhan).
ii. Digunakan untuk mengkaji atau menganalisis objek secara fizikal/maujud.
iii. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.
iv. Tuliskan bahagian atau pecahan utama.
45
v. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
vi. Lukiskan ( ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
6. Peta Alir (Flow Map)
i. Proses pemikiran: Urutan
ii. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah).
iii. Lukiskan segiempat tepat dan isikan dengan langkah-langkah sehingga tamat proses
yang ingin diterangkan.
iv. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
v. Sembungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).
vi. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah
utama berkenaan.
7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)
i. Proses pemikiran: Sebab dan akibat.
ii. Digunakan untuk menggambarkan analisis sebab dan akibat.
46