QATRENA WAFA' BINTI ISMAIL KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 3.0 Konsep Akal Budi 4.0 Manifestasi Akal Budi 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN Kesusasteraan Melayu pada zaman kini kurang mendapat sambutan daripada khalayak ramai. Hal ini disebabkan oleh masyarakat kini kurang mendapat pendedahan kepada karya sastera kerana mereka tidak menyedari keindahan kata dan maksud disebalik sastera Melayu itu. Oleh hal demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan sukatan pelajaran sastera dalam matapelajaran bahasa Melayu. Hal ini dapat membuka mata para pelajar untuk mengenal dan mengetahui karya sastera. Seterusnya, antara faktor sastera Melayu semakin dipinggirkan ialah penggunaan diksi dalam sastera Melayu menyukarkan para pembaca untuk memahami maksud karya yang ingin disampaikan. Oleh itu semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan pembaca karya sastera terutamanya dalam kalangan remaja. Media massa merupakan platform yang terbaik untuk menyebarkan karya sastera kepada masayarakat pada hari ini.
1.1 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan bermaksud hasil karya yang disampaikan kepada khalayak melalui bahasa dan merupakan karya bernilai seni dan berguna. Perkataan kesusasteran ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar, atau memberi petunjuk dan -tra bermaksud alat. Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Seterusya, M.K Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid (1997:13) kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Kesusasteraan Melayu ini merupakan hasil karya yang memberi mesej yang banyak kepada kita. Karya sastera ini juga menggambarkan kehidupan dan masyarakat pada zaman dulu. Hal ini kerana, masayarakat zaman dulu menghasilkan karya melalui pengalaman, pemikiran, dan keadaan sekeliling.
2.0 Fungsi Kesusasteraan melayu
2.1 Hiburan Sastera digunakan sebagai hiburan dan keseronokan masyarakat .Sastera Melayu juga boleh membuatkan pembaca senang hati apabila dibaca dan juga pembaca mampu menghilangkan rasa bosan ketika membaca. Hiburan terjadi apabila kata-kata yang diungkapkan indah dan boleh diterima oleh masyarakat. Seterusnya, irama dan rentak disusun dengan baik dan mempunyai unsur lucu atau bodoh dan boleh membelai emosi pembaca.
Contohnya:- Ikan gabus di rawa-rawa; Ikan belut nyangkut di jaring, Perutku sakit menahan tawa; Gigi palsu meloncat ke piring. Pantun di atas merupakan pantun jenaka yang boleh menghiburkan hati pembaca. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pantun ini bermaksud masyarakat ketawa apabila melihat seseorang yang gigi palsunya terkeluar dari mulut seseorang.
2.2 PENDIDIKAN Karya sastera digunakan sebagai nasihat, teguran dan pesanan kepada masyarakat. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusateraan Melayu berfungsi dalam pendidikan melalui pengalaman-pengalaman pengarang yang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang dirangkumkan melalui pelbagai bidang ilmu misalnya ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Cerita Si Tanggang. Dalam cerita ini, terdapat satu pengajaran dan nasihat yang ditinggalkan iaitu seorang anak tidak boleh menderhaka kepada ibunya kerana perbuatan itu dilaknat oleh Allah. Hal ini dibuktikan dengan ayat Si Tanggang yang berkata kepada isterinya " dia bukan ibuku, ini merupakan seorang nenek gila". Hal ini kerana dia malu dengan isterinya tentang asal usulnya. Akhirnya ibunya berkata " Ya Tuhan, jika benarkah aku yang menyusukannya ketika kecil,maka tunjukkan kekuatanmu" , Akhirnya, Si Tanggan disumpah menjadi batu. Oleh itu, jelaslah cerita ini merupakan pengajaran kepada kita supaya tidak menderhaka kepada ibu kerana doa ibu merupakan doa yang mustajab. Contohnya:-
2.3 KRITIKAN SOSIAL Karya sastera ini berfungsi sebagai kritikan sosial iaitu rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia dari pelbagai dimensi dan sudut pandang masyarakat yang berbeza-beza. Kisah dan cerita yang dihasilkan dalam karya sastera merupakan kisah yang benar berlaku dalam realiti kehidupan manusia. Kritikan sosial juga diselitkan dengan pengajaran, teguran dan kritikan untuk masyarakat.
Cerita “Mat Jenin” , cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang hanya beranganangan untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Hal ini dibuktikan dengan kata-kata Mat Jenin iaitu "Aku kaya!!!!!." ,jeritnya diatas pokok kelapa itu keriangan.Kedua-dua tangannya diangkat tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-angan itu sebentar tadi. Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya diatas pokok.0leh kerana dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya hilang imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah. Daripada cerita ini banyak pengajaran dan juga kritikan daripada masyarakat. Pengajaran yang boleh diambil ialah setiap orang perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu manakala kritikan yang dapat daripada cerita ini pula, kejayaan seseorang untuk mendapatkan sesuatu tidak menjadi kenyataan kerana dia hanya berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha yang gigih. Contohnya:-
2.3 DAKWAH Dakwah merupakan adalah setiap usaha dan aktiviti yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dakwah dan sastera sangat berkait rapat kerana karya sastera merupakan penghubung dakwah kepada masyarakat untuk menyampaikan perbuatan suci itu.
Contohnya:- Lepas menuai buat empin; Boleh dimakan kemudian hari, Kita sokong ulama memimpin; Keredhaan Allah mudah dicari. Pantun di atas merupakan pantun dakwah yang boleh memberi nasihat kepada kita semua bahawa kita perlu menyokong ulama untuk memimpin kita. Hal ini kerana memudahkan kita untuk mendapatkan keredaan daripada Allah SWT.
3.0 KONSEP AKAL BUDI
Perkataan ‘akal’ merujuk kepada kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan (ilmu), berfikir terhadap segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran serta membolehkan akal membuat perbezaan antara baik dan buruk untuk dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Manakala perkataan ‘budi’ bermaksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa simpati yang terkandung di dalam hati. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Menurut Profesor Linguistik Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hashim Musa, ‘budi’ ialah akal dan daya fikir untuk memahami sesuatu perkara dan kebolehan untuk berdalil serta menyimpulkannya secara rasional. Seterusnya, akal budi ini memerlukan kemahiran menaakul yang tinggi untuk memahami perkataan yang digunakan dalam sastera melayu.
4.0 MEMANIFESTASIKAN AKAL BUDI
4.1 memanifestasikan akal budi dalam PANTUN
Pantun merupakan puisi Melayu jati. Pantun merupakan antara karya sastera yang masih digunakan sehingga zaman kini. Setiap ayat dalam pantun mempunyai tiga hingga lima patah perkataan dan setiap patah perkataan mempunyai dua hingga empat suku kata. Bunyi hujung baris pertama perlu sama dengan bunyi hujung baris yang ketiga begitu juga untuk baris kedua perlu sama dengan baris keempat. Pantun juga mempunyai pembayang dan maksud iaitu pada dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir merupakan makna pantun. Pengenalan PANTUN
Puas sudah menanam ubi; Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang Dalam pantun ini kita dapat lihat melalui pemilihan kata untuk pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas apabila sudah masak warnanya daripada hijau bertukar warna kuning dan berbau harum. Cuba kita bandingkan nanas dengan emas yang menyebabkan masyarakat suka dan tertarik ingin memilikinya. Hal ini berbeza dengan ubi yang dikaitkan dengan sifat orang yang berbudi dan suka menyembunyikan kehebatan din sama seperti ubi yang berisi yang sentiasa berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini memberitahu kepada masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang indah dan sempurna tetapi kejarlah orang yang berbudi dan orang yang merendah dirinya. PANTUN BUDI PANTUN
Cedok air dengan baldi; Cedok nasi dengan senduk, Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Maksud pantun ini ialah kita mestilah tidak bersikap sombong terutamanya terhadap orang yang berilmu dan berpangkat. Seterusnya, kita dinasihatkan untuk tidak boleh selalu menunjuk-tunjuk kekuatan diri kepada orang lain walaupun kita penuh dengan ilmu pengetahuan. Dua baris ini juga menasihati masyarakat perlu selalu rendah diri dan mberkhidmat kepada masyarakat secara senyap tanpa pengetahuan orang lain seperti padi yang membekalkan nasi kepada manusia secara tidak sedar dan dapat menghilangkan masalah kelaparan manusia. PANTUN NASIHAT PANTUN
Berburu ke padang jajar; Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tidak jadi. Rangkap maksud menasihati masyarakat perlu menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dengan menuntut ilmu sepenuhnya. Jika seseorang itu menuntut ilmu secara tidak sempurna ataupun daripada sumber yang terhad, maka ilmu yang dipelajari olehnya juga akan menjadi tidak berguna kerana ilmunya tidak sempurna lagi dan menyebabkannya tidak dapat digunakan. Pantun ini menggambarkan sebagaimana pentingnya seseorang menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Pantun ini juga menasihati orang ramai perlu selalu dalam keadaan minda yang terbuka supaya selalu bersedia untuk meneroka ilmu dan pengalaman baharu dan mudah memberi dan mendengar pendapat orang lain. PANTUN PENDIDIKAN PANTUN
Orang Petani tinggal pesan, Kepada pendeta rakan karibnya; Hidup ini bukan mainan, Allah mencipta ada sebabnya Pantun ini meninggalkan pesanan kepada kita bahawasanya kita hidup diatas bumi ini ada tujuan yang telah ditentukan oleh Allah, bukan sekadar mainan diatas muka bumi ini. Allah menciptakan kita ada sebabnya iaitu Allah menyuruh kita beribadah kepada Allah dan menyuruh kearah kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang dan dibenci oleh Allah PANTUN DAKWAH PANTUN
Kalau hendak dapat gelama, Mesti tahu memasang pukat; Kalau hendak hidup bersama, Mesti tahu bermuafakat. Pembayang dalam pantun ini ialah gelama dan pukat. Gelama dan pukat ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Hal ini kerana gelama merupakan ikan dan pukat pula merupakan jala atau jaring besar untuk menangkap ikan. Jika tiada pukat, maka orang susah untuk menangkap gelama ini. Jadi perkaitan antara pembayang dan maksud pantun ini ialah seorang individu perlu mempunyai masyarakat bersamanya. Jadi kita mestilah hidup bersama tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Apabila kita hidup bersama-sama sudah pasti permuafakatan itu berlaku. PANTUN MUAFAKAT PANTUN
4.1 memanifestasikan akal budi dalam syair
Syair merupakan kata yang berasal daripada perkataan arab iaitu "shi'r" yang bermaksud puisi atau sajak. Syair ini diwujud pada zaman sebelum kejatuhan kerajaan Melaka. Antara bukti kewujudan syair pada tamadun masyarakat Melayu tradisional adalah pada batu nisan tua yang telah dijumpai di Minye Tujuh, Aceh. Syair ini merupakan sejenis puisi melayu lama dan setiap rangkapnya harus mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksudnya. Syair dihasilkan untuk memberi pengajaran, nasihat, teguran dan sindiran kepada masyarakat sekeliling. Contohnya, syair yang bertajuk “Dandan Setia Dan DandanTerpilih.” Pengenalan SYAIR
Dendam Berahi namanya desa, Mendam Perasat Raja Perkasa, Rakyatnya banyak berketi laksa, Bersuka-suka setiap masa. Rangkap pertama dalam syair ini menceritakan Dendam Berahi ini merupakan salah satu nama tempat ketika itu. Dendam Berahi ini diperintah oleh Mendam Perasat iaitu seorang raja yang gagah perkasa. Dendam Berahi ini mempunyai jumlah rakyat yang banyak dan kehidupan mereka aman dan damai. SYAIR Rangkap pertama
Riuh- rendah nobat nafiri, Semuanya konon berbunyi sendiri, Hairan tercengang isi negeri, Apakah ada demikian peri. Seterusnya, rangkap kedua dalam syair ini bermaksud suatu hari, keadaan di Dendam Berahi sangat riuh-rendah apabila nobat dan nafiri berbunyi. Penduduk pada ketika itu terkejut dan hairan dengan keadaan yang terjadi. Mereka beranggapan bahawa nobat dan nafiri berbunyi sendiri. SYAIR Rangkap kedua
Air pasang penuh rata, Melambak-lambak di kakinya kota, Bunyi-bunyian gegak gempita, Segala bunyi kembanglah rata. Selanjutnya, pada rangkap tiga pula, syair ini bermaksud keadaan alam sekeliling di Dendam Berahi tiba-tiba berubah, penduduk di situ terkejut dan pelik dengan kejadian itu. Air pasang menjadi surut, keadaan di situ riuh rendah dan bunga tumbuh mekar secara tiba. SYAIR Rangkap ketiga
Berbunyilah genta di Gunung Dendam, Di tempat padang berbunyi meriam, Bahananya gunung sangat menderam, Isi negeri tercenganglah diam. Kemudian, maksud rangkap keempat pula ialah locengloceng berbunyi dengan kuat diikuti dengan letupan meriam di padang, kemudiaanya penduduk di Dendam Berahi berasa takjub dengan kejadiankejadian itu. SYAIR Rangkap keempat
Adapun akan di dalam istana, Permaisuri Lela Mengena, Di dalam kecoh terlalu kena, Iapun bersalin dengan sempurna. Seterusnya, maksud rangkap kelima pula ialah walaupun keadaan di Dendam Berahi yang huru-hara, Pemaisuri Lela Megerna sempat melahirkan bayinya dengan sempurna di istana. SYAIR Rangkap kelima
Seorang laki-laki konon khabarnya, Terlalu sekali baik parasnya, Gilang gemilang nur wajahnya, Tak sempat di sambut oleh bidannya. Akhir sekali, maksud rangkap terakhir dalam syair ini ialah bayi yang dilahirkan merupakan seorang bayi lelaki. Paras rupanya bayi lelakinya yang comel dan berseri-seri tetapi tidak dapat disambut oleh bidannya kerana berlakunya keadaan huru-hara di Dendam Berahi itu. SYAIR Rangkap keenam
4.3 memanifestasikan akal budi dalam seloka
Pengenalan SELOKA Seloka merupakan puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap. Perkataan seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka' . Seloka biasanya ditulis dua atau empat baris atau lebih daripada empat baris Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir, secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Contohnya, seloka yang bertajuk “Berbuat Istana Pada Zaman Dahulu” .
rangkap pertama Maksud rangkap pertama dalam seloka ini ialah, seorang raja memberi arahan kepada empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Raja tersebut memanggil Pawang Raja untuk menyuruh empat puluh empat tukang yang pakar dan boleh bekerja siang dan malam untuk membina istana tersebut. Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.
rangkap kedua Seterusnya, rangkap kedua dalam seloka ini bermaksud setelah sekian lama mengambil masa, akhirnya siap sebuah istana yang mengambil masa 7 bulan dan istana itu mempunyai banyak kelengkapan dan kemudahan. Antara kelengkapan yang ada dalam istana itu ialah istana mempunyai sembilan ruang tamu, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi. Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.
rangkap ketiga Selanjutnya, maksud rangkap ketiga dalam seloka ini ialah istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang memuatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau melintang bermotifkan helang terbang. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.
rangkap keempat Seterusnya, maksud seloka dalam rangkap keempat ialah keunikan seni ukiran pada corak dinding istana itu yang bermotifkan tumbuhtumbuhan berbunga dan unsurunsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan bersama motif haiwan dan tumbuhtumbuhan seperti ular, layanglayang, dan sebuku garam. Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.
rangkap kelima Akhir sekali, pada rangkap terakhir ini, seloka ini bermaksud semua tukang yang membina istana itu telah dibunuh setelah istana itu siap dibina. Hal ini kerana untuk mengelakkan tukang lain meniru kehalusan corak dan keunikan seni bina istana itu. Akhir sekali istana baharu yang tersergam indah itu dipersembahkan kepada raja dan permaisuri. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
4.4 memanifestasikan akal budi dalam gurindam
PENGENALAN GURINDAM Gurindam merupakan puisi tradisional yang wujud pada zaman dahulu yang memberi nasihat atau sindiran kepada masyarakat. Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Gurindam ini mempunyai dua baris dan jumlah perkataan nya diantara 10-14 perkataan pada setiap baris. Contohnya, gurindam 12 karya Raja Ali Haji.
Gurindam 12 fasal kedua (Raja Ali Haji)
Barang siapa mengenal yang tersebut, Tahulah ia makna takut. RANGKAP PERTAMA Jika seseorang mengenali dan memahami agamanya, maka seseorang itu akan takut untuk meninggalkan perintah agamanya dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh dalam agamanya.
Barang siapa meninggalkan sembahyang. Seperti rumah tiada bertiang. RANGKAP kedua Jika seseorang itu meninggalkan solat, maka dia diibaratkan seperti rumah yang tidak bertiang. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama dan merupakan pegangan hidup setiap muslim.
Barang siapa meninggalkan puasa. Tidaklah mendapat dua termasa. RANGKAP kedua Jika seseorang itu meninggalkan puasa maka dia telah kehilangan dunia dan akhiratnya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Allah tidak menjaga diri orang yang tidak berpuasa.
Barang siapa meninggalkan zakat. Tiadalah hartanya beroleh berkat. RANGKAP kedua Jika seseorang tidak membayar zakat, maka harta yang dia dapat tiada keberkatan dan keredaan daripada Allah. Jika kehidupannya selesa di dunia kerana tidak membayar zakat, maka dia akan susah di akhirat kelak.
Barang siapa meninggalkan haji. Tiadalah ia menyempurnakan janji. RANGKAP kedua Jika seseorang tidak menunaikan haji, maka dia tidak menyempurnakan janjinya terutamanya orang yang berkemampuan untuk menunaikan haji. Hal ini kerana haji merupakan rukun islam yang kelima.