PERKEMBANGAN TULISAN KHAT QATRENA WAFA' BINTI ISMAIL BAHASA MELAYU 1 PPISMP JUN 2022 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi (BMMB1114)
Tulisan khat merupakan tulisan yang berasal daripada tulisan Arab. Tulisan ini mempunyai nilai keseniannya yang tersendiri. Setelah datangnya Islam, tulisan Arab ini berlaku perkembangan yang lebih cepat. Pada abad pertama dan abad kedua Hijrah, tulisan khat ini berfungsi untuk memperindah dan mencantikan penulisan sahaja. Kini, tulisan ini dianggap sebagai tulisan yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Tulisan khat ini mempunyai peraturanperaturannya yang telah dikaji untuk menulisnya. Tulisan khat ini bukan hanya untuk menyampai maklumat, malah khat ini mempunyai nilai-nilai abstraknya yang tersendiri. Pendahuluan
Setelah pembaharuan serta evolusi berlaku dalam tulisan Arab, seni khat turut melalui zaman perubahan sehingga terhasilnya pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara, telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Pada asalnya tulisan Arab dan seni khat menjadi tulisan utama bangsa Arab, namun setelah wilayah Islam berkembang luas, aksara dan perkataan Arab turut mempengaruhi penulisan dan pertuturan warga setempat. Sejarah Perkembangan Tulisan Khat
Sebagai contoh apabila Islam berkembang ke wilayah utara Afrika seperti Maghribi, Islam tidak sekadar menjadi agama bagi masyarakat di sana, tetapi turut berlaku migrasi budaya melalui perkahwinan, bahasa, adat budaya dan gaya penulisan. Bangsa Maghribi telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy berbentuk mirip Khat Kufi. Bahkan tulisan tersebut menjadi salah satu daripada tulisan khat yang diiktiraf. Selain itu, pengaruh Islam ke atas Turki, Parsi dan Hindi juga telah memberi kesan yang sangat mendalam terutama dari segi penulisan dan bahasa. Contohnya, bangsa Turki telah menggunakan aksara Arab sebagai penulisan bahasa Turki, begitu juga bangsa Parsi dan bangsa Hindi. Maka, kesan pengaruh tersebut membawa kepada timbulnya seni Khat Parsi atau Nasta’liq. Sejarah Perkembangan Tulisan Khat
Asas seni khat yang datang pada awalnya hanya seni Khat Kufi, namun setelah perkembangan tulisan Arab yang begitu hebat, maka lahirlah pelbagai gaya khat bertujuan untuk mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy alKhattat, 1939). Tujuan utama seni khat tidak sekadar menjadi tulisan pada dokumentasi rasmi kerajaan, bahkan sebagai penghias kepada dinding-dinding masjid, bangunan kerajaan, rumah persendirian dan pelbagai lagi. Bahkan seni khat menjadi tulisan rahsia kerajaan Turki Othmaniah bagi menyampaikan maklumat rahsia kerajaan (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Khat
Manakala di Nusantara, kedatangan Islam adalah seiring dengan penyebaran ilmu di dalam Islam sama ada dari segi Fiqh, Tauhid, Tasawwuf dan Nahu. Tidak terkecuali seni khat turut menjadi pengajian utama masyarakat Islam di Nusantara yang mengandungi kerajaan Melayu Kelantan, Melaka, Pattani, Sulu, Jawa, Sunda dan Acheh. Kesan daripada pengaruh seni khat telah mempengaruhi gaya tulisan seni manuskrip di dalam kitab-kitab Jawi silam. Ini dapat dilihat di dalam Nazham Syair Shufi yang dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar tahun 1323 Hijrah yang ditujukan kepada Raja Kelantan telah menggunakan pelbagai jenis khat dan juga gaya tulisan tangan yang biasa. Contohnya, syair Syeikh Ahmad al-Fathani di Maqam ibn Abbas, gaya seni khat yang digunakan sangat mirip kepada gaya Khat Nasakh (Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993). Sejarah Perkembangan Tulisan Khat
Perkembangan seni khat telah membawa sebuah tamadun Islam yang hebat bukan setakat di timur tengah bahkan sehingga di Nusantara. Hal ini demikian kerana sesuatu bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mempunyai sistem tulisan yang mantap dan daya pemikiran yang maju. Kesan kemasukan Islam bersama dengan ilmuilmunya telah mendidik manusia untuk lebih berakhlak serta berintegriti dalam ilmu serta pekerjaannya. Justeru, perkembangan seni khat tidak terhenti sekadar seni hiasan semata-mata, bahkan menjadi perkara penting dalam pengdokumentasian pengajian Islam dan salasilah sesebuah kesultanan. Sejarah Perkembangan Tulisan Khat
JENIS-JENIS TULISAN KHAT
Khat Nasakh Khat Nasakh merupakan seni khat yang sangat halus bahkan menjadi gaya yang paling mudah untuk dibaca serta difahami. Hal ini demikian kerana Khat Nasakh merupakan tulisan utama untuk mushaf al-Quran memandangkan gaya khat yang lain agak sukar untuk difahami melainkan jika seseorang itu mendalaminya. Sesetengah ulama menyatakan bahawa Khat Nasakh merupakan perubahan daripada Khat Kufi, namun dari segi permulaannya serta siapakah yang mula-mula mengubah Khat Kufi yang dikenali juga sebagai Umm al-Khat kepada Khat Nasakh masih lagi dalam perbahasan. Penulis yang pertama mencetuskan perubahan tersebut adalah Abu Ali Muhammad Bin Ali Bin Muqlah atau dikenali sebagai Ibn Muqlah (228 H), kemudian penulis khat pada zaman selepas Ibn Muqlah adalah Ali Bin Hilal atau dikenali sebagai Ibn al-Bawwab (413 H) merupakan individu bertanggungjawab menjelaskan lagi gaya Khat Nasakh yang diubah oleh Ibn Muqlah dari Khat Kufi kepada Khat Nasakh atau ketika itu masih dikenali sebagai Khat Badi’
Khat Thuluth Apabila memasuki empayar kerajaan Turki Othmaniah, gaya Khat Thuluth telah dipecahkan kepada dua jenis, iaitu gaya A’diy iaitu gaya Thuluth biasa, kemudian gaya Jaliy. Maksud gaya Jaliy adalah tulisan Thuluth telah diperbesarkan penulisan asalnya oleh Mustafa Raqim, kemudian tulisan Thuluth telah dikemaskan dengan kaedah Masyaq oleh Muhammad Syauqi Afendi (1304 H). Seni Khat Thuluth ditulis dengan perlahan berbanding dengan seni Khat yang lain menyebabkan Khat Thuluth lebih utama penggunaannya dalam penghasilan karya seni berbanding khat yang lain (Mustafa Ughur Darman, 1999). Khat Thuluth merupakan gaya khat yang cukup indah, bahkan kecantikan gaya khat ini bukan setakat tujuan dokumentasi, bahkan menjadi hiasan kepada dinding masjid, kelambu Ka’abah dan bangunan-bangunan kerajaan. Khat Thuluth adalah pecahan daripada cabang Khat Kufi. Khat Kufi yang hampir sama dengan Khat Thuluth adalah Khat Tumar. Orang yang telah melakukan pembaharuan sehingga melahirkan seni Khat Thuluth adalah Ishaq Bin Ibrahim dan sebelum daripada beliau adalah Ibn Muqlah. Kemudian Khat Thuluth makin diindahkan lagi oleh Yazidi (922 H), Ibn Sa’ad (410 H), dan Ibn Bawwab (Afif al-Bahnasiy 1979).
Khat Thuluth Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.
Khat Riq'ah Khat Riq'ah ini lebih mudah dan dapat ditulis dengan cepat. Khat Riq'ah ini sering digunakan un tuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah. Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.
Khat Riq'ah Khat Riqa’ah dan Khat Diwani adalah dua jenis khat yang lahir pada zaman kerajaan Turki Othmaniah dan kedua-dua jenis khat tersebut mempunyai kaedah yang saling bercampur. Khat Riqa’ah ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal. Walaupun setiap loh hurufnya tebal, namun Khat Riqa’ah mempunyai kesenian yang tersendiri. Tulisan ini boleh didapati dalam penulisan dokumentasi serta manuskript. Khat Riqa’ah juga terkenal di Mesir dan negara utara Afrika.
Khat Kufi Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozekmozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.
Khat Kufi Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi. Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufidaripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattatmengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.
Khat Diwani Khat Diwani atau dikenali juga sebagai Khat al-Sultan disebabkan khat ini turut dipelajari oleh sultan-sultan zaman kerajaan Turki Othmaniah. Tulisan tersebut menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jaliy. Khat Diwani mula diperkenalkan oleh Ibrahim Munif seorang penulis khat selepas pembukaan kota Istanbul (Constantinople), kemudian disusun kaedah penulisannya oleh Mumtaz Bik (1280 H) sehingga menjadi tulisan yang senang dibaca. Bangsa Turki amat berbangga dengan tulisan Khat Diwani dan tulisan ini telah tersebar ke seluruh wilayah taklukan kerajaan Turki Othmaniah (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat 1939).
Khat Diwani Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing. Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.
Khat Farsi Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turuntemurun datuk nenek mereka. Mereka menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawisebelum kedatangan Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan Azerbaijan. Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Irantelah mengambil khat alQirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian menamakannya khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.
Khat Farsi Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya. Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad alBaghdadi.
Tema: Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru
Sekian Terima Kasih ----------------------------- -----------------------