INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: qatrena wafa’ Tarikh: 10 OKTOBER 2022 Nama : QATRENA WAFA’ BINTI ISMAIL Angka Giliran : 2022182310023 No. K/P : 040305-04-0544 Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU 1 Kod & Nama Kursus : BMMB 1084 (ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU ) Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI Nama Pensyarah : ENCIK HAMDAN BIN HJ. AHMAD Tarikh Hantar : 10 OKTOBER 2022 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh: __________________________
2
3 Penghargaan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan penulisan esei saya bagi kod subjek Asas Tatabahasa Bahasa Melayu (BMMB 1084) dengan mengikut format dan prosedur yang telah ditetapkan. Seterusnya,ucapan setinggi penghargaan kepada pensyarah saya Encik Hamdan Bin Hj. Ahmad atas tunjuk ajar dan penerangan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman kerana memberikan kemudahan perpustakaan dan WiFi kepada saya untuk mencari bahan untuk menyiapkan tugasan. Selain itu,saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dalam melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya kerana memberi idea dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,saya berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan saya ini. Saya berharap agar pengorbanan yang diberikan dapat membuahkan hasil dan memberi kejayaan kepada saya. Sekian,terima kasih.
4 ISI KANDUNGAN Penghargaan ................................................................................................................................. 3 1.0 PENGENALAN ........................................................................................................................ 5 2.0 KEPENTINGAN TATABAHASA KEPADA MASYARAKAT .............................................. 5 3.0 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI............................................................................... 6 4.0 STRUKTUR KATA................................................................................................................... 6 5.0 PEMBENTUKAN KATA.......................................................................................................... 7 6.0 PENGGOLONGAN KATA ...................................................................................................... 8 7.0 KESIMPULAN.......................................................................................................................... 9 RUJUKAN..................................................................................................................................... 10
5 1.0 PENGENALAN Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan tata bermaksud peraturan, penataan penyusunan, dan pengaturan manakala perkataan bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Seterusnya, tatabahasa mempunyai tatatingkatnya yang tersendiri. Tatatingkat tatabahasa bermula daripada fonem, morfem, perkataan, frasa, klausa, ayat dan wacana.Tatabahasa merangkumi dua aspek iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis. Aspek morfologi merangkumi tatatingkat fonem, morfem, dan perkataan manakala aspek sintaksis merangkumi frasa, klausa, ayat dan wacana. Tatabahasa mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat jika masyarakat akur dengan rumus tatabahasa yang telah ditetapkan. Persoalannya, apakah kepentingan tatabahasa kepada masyarakat. 2.0 KEPENTINGAN TATABAHASA KEPADA MASYARAKAT Antara kepentingan tatabahasa kepada masyarakat ialah masyarakat boleh menyampaikan maklumat dengan jelas dan mempunyai makna. Hal ini dikatakan sedemikian kerana apabila hukum tatabahasa yang digunakan salah, ia akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan samar-samar dan kadang-kadang makna perkataan itu tidak sampai. Contohnya, bandingan ayat “pihak kerajaan akan membangunkan sebuah bangunan” dan “pihak kerajaan akan pembangunan sebuah bangunan. Ayat pertama memudahkan pembaca untuk memahami dan mentasir ayat itu, manakala ayat kedua pembaca sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Penggunaan tatabahasa yang betul mengurangkan risiko komunikasi yang tidak sampai. Komunikasi yang tidak sampai juga boleh menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, kita perlulah menggunakan tatabahasa yang betul dalam komunikasi kita.
6 Seterusnya, bahasa Melayu mudah dipelajari kerana tatabahasanya yang mudah dan ringkas. Hal ini kerana tatabahasa tidak berubah mengikut jantina, peredaran zaman dan sebagainya. Contohnya, perkataan duduk kekal menjadi duduk walaupun digunakan untuk lelaki. Perkataan duduk tidak bertukar menjadi perkataan duduka, duduki, dudukap seperti yang digunakan dalam bahasa Arab, bahasa Thailand, bahasa Inggeris dan sebagainya. Oleh sebab itu, jika orang asing datang ke negara kita, mereka mudah untuk menguasai bahasa Melayu walaupon mereka baru menetap di negara kita. Hal ini dibuktikan dengan seorang penyanyi daripada Korea iaitu Han Byul. Han Byul menggunakan hampir sepenuhnya bahasa Melayu ketika dia menjadi juri dalam sebuah rancangan televisyen iaitu BigStage. 3.0 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata merupakan susunan huruf dalam kata dan ayat yang bermakna. Seterusnya, bentuk kata iaitu huruf tatabahasa iaitu berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Akhir sekali, penggolongan kata iaitu proses mengelaskan kata berdasarkan kriteria tertentu. 4.0 STRUKTUR KATA Struktur kata merupakan pengelasan satu bunyi dalam perkataan. Struktur kata juga merupakan gabungan beberapa huruf konsonan dan huruf vokal untuk menjadi ayat yang bermakna dan mudah difahami. Contohnya, perkataan pintu merupakan struktur kata bagi KVK. Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
7 5.0 PEMBENTUKAN KATA Menurut Nik Safiah Karim, pembentukan kata merupakan rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan,dan penggandaan. Bentuk kata terbahagi kepada empat iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Antaranya, bentuk kata tunggal merupakan kata yang tidak menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami proses penggandaan, pengimbuhan, dan pemajmukan. Bentuk kata tunggal terbahagi kepada empat iaitu kata tunggal satu suku kata seperti perkataan ya.Seterusnya, bentuk kata tunggal dua suku kata seperti perkataaan adik, emas, jauh dan sebagainya. Selepas itu, bentuk kata tunggal tiga suku kata seperti perkataan cuaca,suara, biasa dan lain-lain. Akhir sekali, bentuk kata tunggal empat suku kata atau lebih seperti bangsawan, cenderamata, angkasawan dan lain-lain. Bentuk kata terbitan ialah bentuk kata yang menerima sebarang imbuhan sama ada imbuhan awalan,akhiran,sisipan atau apitan. Bentuk kata terbitan yang menerima imbuhan awalan seperti pelakon,penari,pembaca dan lain-lain. Seterusnya, bentuk kata terbitan yang menerima imbuhan akhiran seperti bangsawan, lakonan, vandalisme dan sebagainya. Selain itu, bentuk kata terbitan yang menerima imbuhan apitan seperti pembungkusan, pelarian, kesopanan dan lain-lain lagi. Akhir sekali,bentuk kata terbitan yang menerima imbuhan sisipan seperti selerak, gemilang, jelajah dan sebagainya. Bentuk kata majmuk merupakan bentuk kata yang wujud apabila gabungan dua perkataan yang berbeza menjadi satu makna yang sama. Contohnya, luar biasa, buah tangan, Ketua Menteri dan sebagainya. Kata ganda merupakan bentuk kata yang mengulangi perkataan dasarnya sama ada secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu. Kata ganda terbahagi kepada tiga iaitu kata ganda penuh seperti budak-budak. Seterusnya, kata ganda separa seperti perkataan lelaki. Akhir sekali,kata ganda berentak seperti perkataan kuihmuih, hingar-bingar, batu-batan dan sebagainya
8 6.0 PENGGOLONGAN KATA Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggolongan kata merupakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksia, dan kriteria semantik. Menurut Za’ba (1947) terdapat lima golongan kata dalam bahasa Melayu iaitu kata nama, kata perbuatan, kata sifat, kata sendi, dan kata seruan. Oleh itu, golongan kata pada zaman kini terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas. Golongan kata nama mempunyai tiga bahagian iaitu kata ganti nama am, kata ganti nama khas dan kata ganti nama diri. Kata nama am merupakan kata nama yang diberikan kepada umum. Contohnya, kucing, kereta, orang. Kata nama khas pula merpakan kata nama yang diberikan kepada perkara yang khusus dan ejaanya perlulah bermula huruf besar. Contohnya, Ali, Kuala Lumpu, Si Tompok. Kata ganti nama diri pula mempunyai dua golongan iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri tunjuk seperti itu, ini, sana, sini. Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya, kita. Seterusnya, kata ganti nama diri kedua iaitu kamu, awak, anda.Akhir sekali, kata ganti nama diri ketiga iaitu dia, mereka, beliau. Golongan kata kerja ada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif mempunyai dua golongan iaitu kata kerja transitif pasif seperti “roti dimakan oleh Sarah.” dan kata kerja transitif aktif seperti “Sarah makan roti”. Kata kerja tak transitif pula terbahagi kepada dua juga iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap seperti “ Adik tidur berlantaikan tilam” manakala kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti “ Ibu tersenyum melihat anaknya berjaya”. Golongan kata adjektif ialah perkataan yang menjadi inti kepada frasa adjektif. Contohnya, baik, comel, putih, bulat dan sebagainya. Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Contohnya, sungguh cantik, paling baik, beberapa biji guli.
9 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang teratur dan sistematik kerana bahasa Melayu mempunyai hukum tatabahasa yang perlu dipatuhi. Penggunaan tatabahasa yang baik mampu memberi kejelasan dan kefahaman yang tinggi kepada masyarakat.Kita sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya perlu menguasai dan mengamalkan penggunaan tatabahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita agar tatabahasa ini tidak ditelan zaman. Saya berharap agar semua cakna dalam penggunaan tatabahasa yang betul tidak kira sama ada komunikasi secara lisan ataupun komunikasi secara bukan lisan.
10 Rujukan (n.d.). Retrieved from http://inasakinah.weebly.com/proses-pembentukan-kata.html Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman, Ton Ibrahim. (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. Hassan, A. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd. Jamaluddin, N. (2011, November). Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/339472700_Penggolongan_Kata_Bahasa_ Melayu Malaysia, U. P. (2021, Januari 4). Retrieved from https://calc.upm.edu.my/awsu_calc/language_resource/bentuk_kata_bahasa_melayu -59930 More, M. B. (2013, Mac 12). Retrieved from https://www.slideshare.net/MohammadBinRentekMoRe/kata-tunggal-17148802 Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman, M. A. (2000). Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/1062/5/bab_2.pdf Sariyan, A. (2007). Santun Berbahasa. Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia. Shadan, M. A. (2022, Mac 9). Retrieved from https://www.kosmo.com.my/2022/03/09/limasebab-bahasa-melayu-mudah-dipelajari/