The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Misslyz, 2021-08-18 05:47:24

ebook soon

ebook soon




♫︎ SINOPSIS ♫︎

Depression bukan benda bodoh. Depression bukan benda yang
dibuat main. Depression bukan benda trending

sudah bertahun Lacey Fiona dan sahabatnya harus berperang
melawan depresi yang dialami

Mereka berdua sering berharap agar orang disekeliling
memberi sokongan namun hampa.Hanya cacian dan

pandangan kotor yang dilontarkan



Disebabkan kisah Fiona yang lampau dia harus terseksa
menghadapi masalah depressionnya

namun dalam keadaannya yang juga perlu sokongan dan
bantuan dia tidak lupa sahabatnya,Trisha.Dia sedaya upaya
ingin melindungi sahabatnya dari manusia yang tidak berhati

perut.

Fiona sedaya upaya tampak kuat dan berani namun jauh di
dalam dirinya segala ilusi dan suara-suara sering menganggu

dirinya.

Adrian yang sering disogok dengan kemewahan,keseronokan
tertarik akan Fiona.Dia juga berjanji untuk membantu dan
melindungi wanita tersebut.

mampukah Adrian membantu Fiona mengharungi segala duri di
dalam kehidupannya?



©All Right Reserved

☽︎ BAB 1 ☽︎

Api di sana sini,jeritan manusia sambung
menyambung,darah penuh di lantai,bunyi tembakan
menghiasi cuping telinga.



tidak jauh dari kekecohan ini terdapat seorang budak
perempuan duduk memeluk tubuh,badannya bergigil
ketakutan,tangan kecilnya menutup kedua belah telinganya
untuk menghalang bunyi-bunyi menakutkan menyapa
telinganya.

"stop stop stop" berkali-kali perkataan itu diulangnya.Matanya
terpejam rapat.

"Leyley!" Jerit seseorang.Kanak-kanak perempuan tersebut
mengangkat kepalanya.Seorang lelaki mendekati kanak-kanak
itu.Tangannya dipenuhi darah,wajahnya juga dipenuhi luka.

"papa" tubuh sasa lelaki tersebut didakap seerat yang mungkin.

lelaki tersebut meleraikan pelukan "dengar cakap papa
ok.Leyley kena lari dari sini.Cari orang untuk selamatkan leyley"
kata lelaki tersebut.Tangannya memegang erat kedua pipi
anaknya.

tidak henti air mata mereka berdua mengalir.



"Papa ikut leyley pa.Kita selamatkan diri.Jom pa" tangan lelaki
tersebut digoncang.

Hancur hatinya melihat keadaan puteri tunggalnya yang
dihimpit perasaan takut namun dia juga tidak mampu untuk
melindungi puterinya sepenuhnya kerana dia perlu berperang
mempertahankan kediamannya.

"tak ley tak.I can't.Ramai yang perlukan papa.Kalau leyley
sayangkan papa please go.Cari bantuan!! Lari jauh-jauh! Jauh
dari sini" Kata Lelaki tersebut.Dia mengangkat tubuh kecil
anaknya.

tubuh kecil itu didakap seerat yang mungkin,kepala kanak-
kanak itu dikucup dengan penuh kasih sayang.Mungkin ini
dakapkan dan kucupan yang terakhir.Air matanya laju
mengalir.Sejujurnya dia memang tidak mahu berpisah dengan
anaknya tapi dia terpaksa demi kebaikan dan keselamatan
orang ramai terutama sekali anaknya.



pelukkan dileraikan "pergi cepat!" Kanak-kanak tersebut
memulakan langkah.

Matanya tidak lepas memandang figura bapanya yang kian
menjauh,baru beberapa saat dia menoleh kehadapan dua das
tembakan kedengaran.Langkahnya terhenti,dia menoleh
kebelakang.Matanya terbuntang apabila tubuh bapanya sudah
terkujur di atas tanah.

Air matanya laju mengalir.Lelaki tersebut masih memandang
anaknya walaupun dia dalam
kesakitan."lari...Papa...sayang.....ley...ley" Kata-kata tersebut
dapat didengari olehnya.Air mata tak usah dicakap memang
semakin deras mengalir di pipi putihnya.

"PAPAAAAA!!!!!!!" Jerit kanak-kanak tersebut.Dia jatuh
melutut.Kepala ditundukkan.



Fiona menuju ke bilik air. Dia merenung wajahnya pada
pantulan cermin sebelum dia berdecit dan menuju ke ruang
mandian namun sesuatu menarik perhatiannya. Pisau kecil
yang terdapat di bathtub dipandangnya sebelum dia segera
berlari keluar.

"Trisha?? Trisha!!!" Matanya melilau mencari figura sahabatnya.
Di dapur tiada,di ruang tamu tiada,di luar juga tiada. Kakinya
segera dibawa ke tingkat atas.

"Trisha!!" Pintu dibuka tanpa berfikir panjang. Fiona melangkah
masuk ke dalam bilik sahabatnya "Fiona?" Trisha memandang
pelik ke arah rakannya. Fiona segera mendapatkan Trisha.
Tangan Trisha dicapai lalu ditilik.

"aku clean la" kata Trisha. Fiona mendongak memandang wajah
rakannya

"abis-pisau dekat toilet tu-"



"Aku tak jadi" Ujarnya perlahan. Fiona memuncungkan bibirnya
sedikit "kenapa?" Soalnya. Walaupun serba sedikit dia lega
rakannya tidak mencederakan diri namun jauh di sudut hatinya
dia tetap bimbang akan sahabatnya itu.

Trisha menghela nafas "entah suara-suara tu still ada dekat
dengan aku tapi aku tak cut sebab kita dah janji nak clean
sama-sama" ujarnya perlahan. Bibirnya menguntum senyuman
kecil.

"Aww im so proud of you" tubuh Trisha ditarik ke dalam
dakapannya. Trisha membalas pelukkan Fiona "aku buat semua
ni untuk kau tau. Kau dah banyak tolong aku untuk survive"
gumam Trisha. Matanya dipejam. Sejujurnya salah satu tempat
yang amat selesa ialah dalam pelukkan Fiona.

Fiona mengukir senyuman "im honoured" Kata Fiona perlahan.
Selepas beberapa minit akhirnya mereka meleraikan pelukkan
"kau rasa tak apa yang aku rasa?" Soal Trisha. Fiona berkerut
"rasa apa?"



"Rasa lapar" rungut Trisha sambil mencebik. Fiona
mengulingkan bebola mata "dah jom turun kita tengok apa
yang boleh masak" ujar Fiona. Dia menarik tangan Trisha
kemudian mereka berdua turun bawah menuju ke dapur untuk
mengisi perut.

Bunyi lagu kuat menghiasi segenap ruang di kelab malam itu.
Tubuh-tubuh yang sudah hanyut dengan kekuatan alkohol tidak
berhenti menari sambil bergembira. Bau minuman
keras,rokok,dadah dan segala bahan terlarang di sana sini.

Tidak kira lelaki atau perempuan masing-masing sudah
merempuh batas mereka demi keseronokan dan kebebasan
yang jiwa remaja mereka inginkan.

tidak usah dicakap tentang pakaian. Kaum wanita memakai
pakaian yang memalukan. Hampir menunjukkan seluruh



bahagian tubuh mereka yang sepatutnya ditutup oleh
pandangan ajnabi.

Mereka rancak menari mengikut irama lagu yang dihidangkan.
Masing-masing sudah hanyut ke dalam dunia yang
mengangungkan nafsu dan kegembiraan.

"Ad~you tak dance keeee" wanita tersebut tersengeh.Matanya
terpejam. Akibat terlalu banyak air kencing syaitan itu sudah
masuk ke dalam tubuhnya jadi dia sudah mabuk dan jauh dari
reality.

lelaki tersebut memandang wanita yang sibuk mengstabilkan
dirinya untuk diri supaya tidak jatuh.

"You mabuk ni Del" ujar Adrian sambil tersengeh "mana tak
mabuk entah berapa botol dia sebat" sampuk rakan
Adrian,Armin.

"Adddd i nak balik lah. Bawa i pergi rumah you" ujar Dellyna
sambil berbisik di telinga Adrian. Adrian tersenyum senget.



"you nak balik rumah i?" Soalnya

Dellyna mengangguk. Armin menggelengkan kepalanya.
Walaupun kelab malam seakan rumah keduanya namun dia
tidak pernah mendekatkan dirinya dengan minuman keras.

"ok jom" Adrian mendakap pinggang Dellyna "hati-hati Ad. Kau
jangan ikutkan sangat Del tu. Dia mabuk dia tak sedar" pesan
Armin. Adrian hanya menganggukkan kepala "takpe aku tahu
apa yang aku buat. Aku gerak dulu" Adrian dan Armin fist bump
sebelum Adrian membawa Dellyna menuju ke kereta Ferarri
merah miliknya.

Dellyna melabuhkan punggung di tempat duduk bersebelahan
driver. Adrian masih di luar. Pintu kereta masih terbuka,Adrian
mengeluarkan telefonnya dari kocek sebelum number
seseorang ditekan dan telefon di letakkan ditelinga.



"yes uncle. Saya ada dengan Dellyna" kata Adrian sambil
tersenyum senget.Dia memandang Dellyna yang sudah tidak
sedarkan diri.

Memang tak mungkinlah dia ingin membawa Dellyna ke
condonya. Dalam keadaan wanita tersebut sedang mabuk
memang malas dia ingin menjaga wanita tersebut. Lagipun
bukan kerjanya memastikan keselamatan Dellyna terjamin.

Dia buat pun kerana terpaksa disebabkan papa Dellyna ialah
sahabat baik kepada papanya.

segala rahsia gelap Dellyna berada kemas di gengaman Adrian
dan bila-bila masa sahaja dia boleh sebarkan sekiranya wanita
tersebut cari masalah dengannya.








☽︎There are wounds that never show on the body that are
deeper and more hurtful than anything that bleeds.

☽︎ BAB 2 ☽︎

Adrian berjalan menuju ke loker miliknya.Buku untuk subject
seterusnya diambil sebelum pintu loker kembali ditutup.
seraya pintu loker ditutup terpancul wajah seorang wanita di
hadapannya.Satu keluhan dilepaskan.Dia membetulkan buku



yang dipegangnya.Wajah wanita tersebut dipandang,dia
mengangkat kedua belah keningnya.

"kenapa you hantar i ke rumah i?" Soal Dellyna tidak puas
hati.Dia memeluk tubuh sebelum rambut perangnya dikibas
kasar.

Adrian menayangkan wajah selambanya "i tak hantar you ke
rumah you but i call your father to take you" kata Adrian sambil
tersenyum sebelum dia memulakan langkah.

Dellyna membuntangkan mata sebelum kakinya mengikut
langkah Adrian.Dia berhenti di hadapan Adrian untuk
menghalang daripada lelaki tersebut meneruskan langkahnya.

"You call papa?!" Suara Dellyna naik seoktaf.Matanya masih
terbuntang memandang Adrian.Adrian mengangkat bahu "yup"

"Are you out of your freaking mind??!!"



Adrian menggulingkan bebola mata "chillax girl.I malas nak
hantar you jauh-jauh sana so i call your father untuk ambil
you.Dah sana i nak masuk class" Adrian menolak perlahan
tubuh Dellyna.

"wait a damn minutes Adrian!" Jerit Dellyna.Adrian berhenti
melangkah.Satu keluhan berat dilepaskan.Dia tahu mereka
berdua sedang menjadi perhatian oleh pelajar-pelajar di situ.

Adrian memusingkan badannya kembali menghadap Dellyna
"now what?" Soalnya malas.

"you gila ke? Nanti ofc papa membebel non stop.Are you crazy
Ad? You really call papa i? You know nanti i kena marah dengan
dia and yang paling suck dia akan cut my credit card!" Bentak
Dellyna.Adrian masih berlagak selamba.Lagipun bukannya kali
pertama papa Dellyna dapat tahu yang anak perempuannya ini
sudah hanyut dengan alkohol.

"well Del i think thats not my problem.Bukannya papa you tak
kenal you kan? Btw stop jerit-jerit eh? Pekak telinga i.Dah i nak



masuk class dulu" ujar Adrian sambil tersenyum sinis sebelum
kakinya kembali melangkah menuju ke kelasnya.

naik muak dia dengan perangai Dellyna.Entah bila dia boleh
bebas dari wanita itu.Kadang-kadang masalah Dellyna dengan
papanya harus diselesaikan oleh Adrian.

Pft.Semuanya menyusahkan kepala otak!

Berita harian 2013;

Seluruh keluarga Raja Isaac telah terkorban akibat nahas
peperangan yang berlaku di istana.

Polis masih menyiasat dalang disebalik insiden terbesar itu.



Helaian buku tersebut diselak lagi.

MANA LEYLEY?

Leyley sudah meninggal atau hilang?

Adakah Leyley masih hidup?

apa terjadi pada Leyley?

Ini sebab kenapa tubuh Leyley tidak ditunjukkan:

buku tersebut ditutup.Fiona menghelakan nafas.Buku bersaiz
sederhana tersebut kembali diletakkan ke dalam laci.

Punggung dilabuhkan di atas katil.Dia menilik bekas luka yang
mengelilingi pergelangan tangannya.



Hampir sebulan lebih dia clean dari sebarang luka begitu juga
sahabatnya Trisha.Mereka berjanji tidak mahu mencederakan
diri lagi tapi...

Fiona tidak tahu berapa lama janjinya bertahan.Terlalu banyak
yang berada di benak fikirannya sehingga menyebabkan dia
mahu mencederakan dirinya sendiri memandang itu adalah
satu-satu cara boleh membuatnya tenang dari segala masalah
serta bisikan-bisikan yang berada di fikirannya.

Sudah hampir 8 tahun dia harus menyelesaikan masalahnya
sendiri.Dia langsung tiada tempat mengadu melainkan Trisha
tapi rakannya itu juga mempunyai banyak masalah yang harus
difikirkan dia tidak mahu menyusahkan Trisha dengan masalah
bodohnya ini.

selama 8 tahun juga dia menghabiskan masanya dengan
menangis.Bukannya dia tidak cuba cara-cara untuk mengatasi
stress,depression,anxiety di google namun satu cara pun tidak
membantunya.



Selama dia hidup sendiri ini juga dia baru tahu bertapa
kejamnya manusia di dunia ini.Hidup seakan-akan dunia ini
miliknya seorang,langsung tidak memikirkan tentang perasaan
orang sekelilingnya.

dari situ juga Fiona tahu bahawa manusia penuh dengan sifat
dengki.Mereka akan mengangungkan orang yang mempunyai
pangkat,harta,darjat,rupa kemudian mereka akan
mengetepikan orang yang tidak mempunyai harta,tidak
mempunyai rupa,tidak mempunyai darjat.

Seakan-akan kau akan dipuji jika mempunyai segalanya dan
dimaki jika tidak mempunyai apa-apa.

Sungguh dia benci pemikiran manusia sekarang.

ting~

Fiona memandang skrin telefonnya



Trisha : Aku balik lambat sikit.Kerja banyak

Selain manusia, perkara yang tidak disukai Fiona ialah social
media.Dia tahu reality dan social media kini sudah tidak
mempunyai benteng walaupun hakikatnya mereka bagaikan
orang yang berbeza di social media.

Dahulu pernahlah juga Fiona seperti remaja
umumnya,mempunyai account instagram,twitter tapi
semuanya sudah dihapuskan pada telefonnya.Social media
yang ada di telefonnya hanyalah whatsapp itupun untuk
berinteraksi dengan Trisha jika mereka tidak bersama.

Social media merupakan penyebab utama dia berhadapan
dengan anxiety,insecure,stress dan seangkatan dengannya.

Fiona merebahkan badannya dia atas katil "how sad life"
gumamnya perlahan.

Dia sedar sekarang sekiranya seseorang itu di social media dia
akan jumpa segalanya.Kalau perkara buruk yang dicari maka



perkara buruk yang didapat.Jika perkara baik yang dicari maka
perkara baik yang didapat.Disebabkan terlalu banyak perkara
yang boleh dihidangkan di social media Fiona merasa sedikit
takut untuk mendalami social media.

sekarang bila dia bebas dari sebarang social media.Dia sedar
yang hidupnya semakin bahagia dan tidak seresah dahulu.

i mean-

Kenapa kau kena ikut kehendak orang yang ada dalam social
media untuk tentukan life kau sedangkan itu life kau sendiri?
Untuk famous? Followers? Like? Jangan mimpi! Mereka semua
cuma nak tengok kau hancur,sedih.The important is kau tak
akan jadi diri kau,kau akan jauh dari diri kau yang sebenar.Ye itu
sebenarnya yang mereka mahukan.

Kejam bukan?

Lama Fiona melayan fikirannya sebelum dia terlelap.



Petang telah menjelma.Trisha sudah balik ke rumah mereka
berdua.Dia berkerut apabila keadaann rumah sunyi sepi dan
gelap.Tentu Fiona tertidur di biliknya.Dia membuka lampu
sebelum makanan yang dibeli diletakkan di atas meja makan.

Tangga dipanjat satu demi satu.Trisha menuju ke bilik Fiona.

Pintu bilik Fiona dikuak kemudian terpancullah tubuh Fiona
yang lena dibuai mimpi di atas katilnya

"Fi! Fi! Bangun aku ada bawa makanan tu" Tangan Fiona
ditepuk berkali-kali.Fiona membuka matanya perlahan-
lahan.Dia mengeliat seketika sebelum dia duduk.

mata digosok "esok kita dah nak masuk sekolah baru" ujar
Trisha sambil tersenyum.Fiona juga mengukir
senyuman.Tangan Trisha diraih "aku harap kita berdua boleh
survive" katanya perlahan.



Trisha mengengam erat tangan Fiona "in Sha Allah kalau kita
berdua yakin and tak tinggalkan each other"

Fiona masih mengukir senyuman.Sekolah lama mereka
bagaikan mimpi terburuk buat mereka berdua terutama sekali
Trisha.Trisha sering dibuli oleh pelajar-pelajar yang merasakan
diri mereka hebat sedangkan mereka langsung tidak bernilai.

Setiap kali memikirkan hal itu pasti Fiona didakap kesedihan.Dia
tidak sempat menyelamatkan Trisha dari terus terusan menjadi
'punching bag' pelajar di sekolah itu.

Kini dia tekad dia akan melindungi Trisha apabila mereka
melangkah ke sekolah baru mereka.

Walaupun kebahagiaan,kawan,hubungan baik yang
diharapkan.Fiona dan Trisha langsung tidak tahu bahawa mimpi
terburuk sebenar mereka akan tiba apabila mereka melangkah
di sekolah itu.







☽︎ A million like will never be enough if you don't like yourself.


☽︎ BAB 3 ☽︎

Adrian dan Armin melangkah menuju ke cafe.Langkah mereka
diikuti oleh berpasang-pasang mata yang memandang mereka
tidak kira lelaki dan perempuan!
Selepas beberapa minit mereka ditikam dengan pandangan-
pandangan pelajar-pelajar akhirnya mereka berdua tiba di
'spot' mereka.Meja belakang sebelah kanan.Di situlah Adrian
dan rakan-rakan yang sepopular nya lepak.Meja kiri pula



tempat pelajar-pelajar atlet antaranya pelajar bola jaring dan
juga cheerleading team.

Adrian dan Armin juga pelajar bola jaring tapi mereka berdua
lebih selesa lepak dengan rakan-rakan mereka berbanding
team bola jaring tapi masing-masing mempunyai hubungan
yang akrab.Well,kalau kau 'popular' memang secara automatic
kau akan jadi kawan Adrian.

Di hadapan meja Adrian pula adalah tempat pelajar bola
sepak.Yes mereka juga sangat terkenal di sekolah.Memang
kalau handsome,kaya,atlet terus jalan.Langsung tak dihiraukan
tentang attitude.Hormat orang memang jauh sekali.

Meja hadapan pula biasanya dipenuhi oleh pelajar-pelajar
nerd,kaki buku,budak-budak noob,pelajar pendiam.

Adrian memang tidak pernah membuli mana-mana pelajar di
sekolah ini tapi setakat usik-usik tu pernah la juga tapi tak
sampai pukul seperti kaki buli di sekolah ini.Cumanya dia
langsung tak kisah kalau seseorang dibuli.



Tak kisah sekuat mana pun pelajar itu menjerit minta tolong,tak
kisah sesedih mana pun pelajar itu merayu dia tetap dengan
sikap tidak pedulinya.Padanya itu bukan masalah dia jadi dia
malas nak masuk campur.

Lagipun sekolah ni dibina separuh daripada wang papanya dan
separuh dari wang syarikat keluarganya jadi tidak hairanlah
kalau dia buat sekolah ni macam sekolah bapa dia punya sebab
memang bapa dia punya.

"Ad kau datang tak practice petang ni?" Soal Shah salah
seorang pemain bola jaring.Adrian menyuakan roti ke dalam
mulutnya "tengok ah macam mana.Ikut mood" ujar Adrian.Dia
malas datang latihan bukan apa,dia memang minat akan bola
jaring tapi pelajar perempuan yang sanggup stayback di sekolah
semata-mata ingin menayang muka kepada pemain-pemain
bola jaring membuatnya rasa rimas.

"Korang ada practice petang ni?" soal Shah kepada Tiara salah
seorang cheerleading.Tiara yang elok di atas pangkuan Shah



tersebut mengherotkan muka seketika "i rasa ada kot" ujarnya
sambil menongkat dagu.

"Awww i nak you ada petang niii" rengek Shah sambil
mengeratkan pelukkannya di pinggang Tiara.Pelajar-pelajar di
situ semuanya berlagak selamba seakan-akan perkara tersebut
sudah menjadi kebiasaan.

Team basketball dan cheerleader memang seperti belangkas.Di
mana ada team basketball di situ ada team
cheerleader.Kononnya mereka bagaikan pasangan serasi tapi
ramai pelajar yang meluat akan mereka.

***
Fiona dan Trisha meletakkan beg mereka di loker masing-
masing.Mujur sahaja loker mereka berdekatan "nak makan?"
Soal Fiona sambil menutup lokernya.Dia memusing
memandang Trisha "boleh juga" balas Trisha.

Fiona mengukir senyuman,tangan Trisha diraih "jom" mereka
berdua melangkah menuju ke cafe.



Sepanjang menuju ke cafe ada sahaja mata-mata yang
memandang mereka aneh.Pada Fiona normal bukan kalau ada
pelajar baru datang sekolah? Bukannya mereka alien yang ingin
menakluki bumi demi koko yang dicari-cari.

Setelah sampai di cafe, Trisha memberhentikan langkah.Fiona
memandang sahabatnya "kenapa?" Soalnya Fiona.

"Ramainya orang" gumam Trisha.Pandangan Fiona dibawa ke
arah cafe.Memang ramai pelajar di cafe.Mereka sedang asyik
berbual sambil bertepuk tampar sesama sendiri.Fiona kembali
memandang wajah Trisha yang riaknya kelihatan risau dan
gugup.

Fiona mencapai tangan Trisha.Senyuman diberikan khas buat
kawannya yang tersayang "sokay aku ada" kata Fiona sambil
menyenggol perlahan Trisha di sisinya.Trisha memandang Fiona
kemudian dia menganggukkan kepala sebelum perlahan-lahan
mereka berdua melangkah mendekati cafe.



Tempat duduk kosong dipilih.Sedikit jauh dari pelajar-pelajar
yang berkumpul di meja makan "kau nak makan apa?" Soal
Fiona.Trisha mencebik "apa-apa je la" katanya.Fiona
mengangguk faham "tunggu sini kejap tau aku beli makanan
sekejappp jeeeee" ujar Fiona sebelum dia memulakan langkah
untuk membeli makanan.Makanan dipesan kepada
penjual.Sementara menunggu makcik tersebut menyiapkan
makanannya dan Trisha,Fiona akan memandang Trisha selang
beberapa minit untuk memastikan Trisha dalam keadaan baik.

Dalam keadaan tenang tersebut tiba-tiba Fiona terasa bahunya
dilanggar.Dia berdecit kemudian kepala diangkat memandang
beberapa orang wanita di hadapannya.Mereka melontarkan
pandangan jijik ke arah Fiona.Fiona mengalihkan pandangan,
sedikit pun dia tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Hey perempuan!" Satu suara menyapa telinganya namun
Fiona masih berdiam diri "are you deaf?" Soal salah seorang
wanita tersebut sambil menolak kasar bahu Fiona "cakap
dengan saya ke?" Soal Fiona berpura-pura innocent "dengan
kau lah tak akan dengan tiang pula" bentak wanita
tersebut.Fiona mengangkat bahu seketika "la mana saya tahu



sebab saya ada nama awak dari tadi hey perempuan hey
perempuan tu bukan nama saya" balas Fiona selamba.

"Kau jangan nak berloya buruk eh now kau tak nampak ke aku
dengan kawan-kawan aku nak beli makanan?"

"Nampak"

"Ha so?"

"So?"

Wanita itu merengus geram "so tepilah! Bagi kitaorang beli
makanan!" Sekali lagi bahu Fiona ditolak kasar.Fiona
memejamkan matanya seketika,dia menahan amarahnya "kau
tak reti beratur ke? Orang lain elok je beratur" soal Fiona
dingin.Seisi cafe sudah memandang ke arah mereka,ada juga
dari mereka berbisik sesama sendiri,ada juga menunjukkan riak
terkejut.



"Fiona" Trisha segera mendapatkan rakannya.Tangan Fiona
dipeluk erat untuk menenangkan rakannya itu "eh kau tahu tak
aku ni siapa" Wanita tersebut sudah melangkah mendekati
Fiona.

"Del!!" Suara tersebut menghentikan langkah wanita itu.

Fiona dan Trisha memandang lelaki yang melangkah ke arah
mereka di belakangnya terdapat beberapa lagi orang pelajar
lelaki.Gengaman Trisha kian erat.Dia menyembunyikan dirinya
di belakang Fiona.

"Pahal bising-bising ni" soal lelaki tersebut senada.Tangan
dimasukkan di kocek seluarnya "dia ni ha mulakan dulu" kata
Dellyna sambil menunding ke arah Fiona.

"Kau ni buat kecoh lah Del" ujar Armin sambil memeluk
tubuh.Armin memandang Fiona sebelum pandangannya
dibawa ke arah Trisha yang dalam ketakutan di balakang Fiona.



"er..kau okey?" Soal Armin sebelum dia perlahan-lahan
mendekati Trisha.Trisha mengeratkan pelukkannya pada
tangan Fiona.Kepalanya ditundukkan.

Dengan segera Fiona berdiri di hadapan Trisha.Melindungi
rakannya daripada Armin "sokay aku boleh tengokkan dia" ujar
Fiona senada sebelum mereka berdua melangkah pergi dari
cafe.Makanan tidak diambil tahu lagi.Mereka segera melangkah
menjauhi cafe.

Armin berkerut seketika.Walaupun dia bimbang sedikit akan
wanita tersebut namun perasaannya diabaikan.Pandangan
kembali dibawa ke arah Dellyna.

"kau ni sehari tak buat masalah tak boleh ke" gumam Adrian
perlahan sebelum dia melangkah pergi "Ad!!!" Dellyna segera
mengekori Adrian.









☽︎Strong people stand up from themselves. But the strongest
people stand up for others.


☽︎ BAB 4 ☽︎

☽︎TW: a lil bit of self harming
Fiona segera membawa Trisha ke bilik air pelajar wanita.Nafas
Trisha sudah tidak betul.No! Panic attack!
"Trisha dengar cakap aku.Tarik nafas and hembus perlahan-
lahan.Tarik lagi hembus lagi" Walaupun sedikit payah namun
Trisha cuba untuk mengikut rentak Fiona.Nafasnya yang tadi
tidak betul semakin lama semakin stabil.



"Kau okey?" Soal Fiona.Nadanya jelas kedengaran risau.Dia tak
mahu melihat kawannya diserang panic attack.Dia memang
risau akan Trisha.

Trisha menganggukkan kepalanya.Tangan Fiona digengam
kuat.Dia masih menarik dan hembus nafas agar pernafasannya
kembali seperti biasa.

"sokay diorang tak kacau kau" ujar Fiona sambil mengelus
perlahan tangan Trisha.Dia tersenyum kecil.Trisha mengangguk
kepala.Kemudian Fiona menarik rakannya itu ke dalam
dakapannya.

Beberapa jam berlalu semuanya masih berjalan lancar di
sekolah "aku ada kelas tambahan" rungut Trisha sambil
meletakkan bukunya di loker

"aip no complain sokay aku boleh tunggu.Habis je class kau aku
terus berlari terconggok kat loker kau" kata Fiona sambil jari
telunjuknya mencucuk-cucuk perut Trisha.



Trisha menghamburkan tawa kecil "Kau okey ke duduk sekolah
lama-lama?" soal Trisha.Fiona berkerut "aku okey je sokay aku
boleh tunggu kau" kata Fiona sambil merangkul bahu Trisha.

"okey thanks tau.Aku pergi class dulu.Kau jaga diri baik-baik ok"
Ujar Trisha yang sudah bersedia menuju ke kelasnya.Fiona
mengangguk sambil tersenyum.

"Bye Fi"

"Byee!!!" Senyuman Fiona kian lama kian berkurang.Dia
menghela nafas.Dia risau tinggalkan Trisha seorang diri tapi
apakan daya ada beberapa subjek mereka berdua yang berbeza.

Fiona mengangkat sebelah begnya dan berjalan perlahan-
lahan.Dia tak fikir lagi mahu kemana jadi dia berjalan tanpa
arah tuju.

Selepas beberapa minit berjalan akhirnya Fiona menemui
tempat sesuai untuk mengulangkaji perlajaran.Tempat ni jauh



dari suara-suara pelajar-pelajar dan sangat tenang untuk dia
berehat dan study.

Punggung dilabuhkan di atas bangku tersebut.Beg diletakkan di
atas meja.Dia termenung seketika.Dia ingat lagi ketika di
sekolah lamanya.Peristiwa hitam itu membuat dirinya sentiasa
ingin melindungi Trisha.

"Trisha?!!!" Fiona menoleh ke kiri dan ke kanan namun batang
hidung rakannya itu langsung tidak kelihatan.

"Trisha? Trisha!" Matanya melilau menacari tubuh
rakannya.Tangga segera dipanjat dengan segera dia menuju ke
bilik Trisha.Tiada orang.Tiba-tiba telinga Fiona menangkap
bunyi rintihan dan tangisan tanpa berfikir panjang Fiona terus
menuju ke bilik air

Matanya terbuntang apabila tubuh Trisha berada di atas lantai
toilet.Tangan kirinya berlumuran darah manakala tangan
kanannya memegang pisau kecil bewarna kuning



"Trisha!!!" Dengan segera Fiona mendapatkan Trisha.Pisau di
tangan Trisha segera diambil dan dibaling jauh

"Tolong aku Fi! Diorang taknak tinggalkan aku! Tolong suruh
diorang pergi Fi! Diorang cakap aku tak guna,diorang cakap aku
tak bernilai,diorang taknak aku hidup Fi! Tolong aku Fi! Suruh
diorang pergi!!" Trisha meronta-ronta di dalam pelukkan Fiona.

"no Trisha dengar cakap aku.Abaikan suara tu ok.Aku ada.Apa
yang suara tu cakap satu pun tak betul.Please kita dah janji kita
nak clean kan?" Air mata Fiona mengalir di pipi.Dia tidak
sanggup melihat rakannya dalam keadaan begini.

"Kita basuh dulu lepastu kita balut luka kau ok?" Trisha
mengangguk lemah.Otaknya langsung tidak berfungsi dengan
baik.Mungkin sekarang pun dia tidak sedar apa yang dia buat.

Fiona mengangkat Trisha dengan berhati-hati.Luka di
pergelangan Trisha di basuh dengan perlahan.Mereka
melabuhkan punggung di atas katil



Fiona mencapai first aid kit yang berada di bilik air sebelum dia
kembali mendekati Trisha.

luka Trisha diletakkan ubat.Trisha merengus kesakitan
sedikit.Fiona segera membalut luka Trisha selepas diletakkan
ubat.Selesai membalut dia kembali meletakkan first aid kit di
tempat asal.Dia memandang Trisha yang masih hanyut dalam
kesedihan.

Memang ini bukan kali pertama Fiona melihat Trisha dalam
keadaan itu malah ada yang lebih parah tapi setiap kali Trisha
dalam kesedihan Fiona tidak dapat menyembunyikan
perasaannya lagi.Dia juga turut menangis berasama-sama
rakannya itu.

Sepanjang mereka bersama memang mereka berdua tempat
untuk masing-masing meluahkan masalah.Mereka tiada sesiapa
lagi selain each other.

Bunyi hentakan kuat dihadapannya mematikan lamunan Fiona
dan kembali ke dunia reality.



Fiona mengangkat kepala memandang figura di
hadapannya.Dia menggulingkan bebola mata sebelum
tangannya mengeluarkan buku-buku untuk digunakan sebagai
revision.

"syok termenung" ujar Adrian sambil memandang Fiona.

"Bukan kena bayar pun" gumam Fiona perlahan.Dia sudah mula
membuka buku untuk memulakan sesi mengulangkaji pelajaran
namun pandangan lelaki di hadapannya ini membantutkan
niatnya.

"kau takde keje ke nak buat?" Soal Fiona sambil memandang
Adrian.Adrian mengangkat bahu "ada.Tenung kau"

Fiona mengulingkan bebola mata.Pandangannya kembali
dibawa kepada buku dihadapannya.

"berani kau lawan Del tadi" ujar Adrian.



"Tak kenal" kata Fiona senada matanya tidak bergerak dari
memandang buku.

"perempuan yang dekat cafe tu"

"oh.Kenapa tak berani pula lawan? dia pun manusia" balas
Fiona lagi.

"Dellyna kot semua tak berani lawan dia"

"aku bukan 'semua' yang kau cakap tu"

Adrian mencebik "btw aku Adrian" ujar Adrian bangga.

Fiona mengangkat kepalanya.Adrian sudah tersenyum bangga.



"Fiona" balas Fiona sepatah sebelum pandangannya kembali
pada buku.Senyuman Adrian termati.Takkan dia tak kenal aku
kot? Sokay cuba lagi.

"Aku Adrian.Adrian Faliq" ujar Adrian lagi.

sekali lagi Fiona mengangkat kepala "nice to meet you" ujarnya
sepatah sebelum pandangannya teralih pada buku.Adrian
merengus geram.Tak mungkin! Semua orang di sekolah ni kenal
bahawa dia adalah anak kepada owner sekolah ni walaupun
pelajar tersebut pelajar baru.

"seriously? Tak akan kau tak kenal aku?" Adrian berkerut.

Fiona memandang Adrian "kenal"

Adrian sudah tersenyum bangga,told you.Memang semua
orang kenal akan dirinya "ha siapa aku?"

"Adrian Faliq?"



Mulut Adrian ternganga.Perempuan di hadapannya ini memang
betul-betul menguji kesabarannya.

Baru sahaja Adrian mahu membuka mulut seseorang sudah
memanggil namanya "Ad jom pergi gelanggang diorang dah
start practice" laung Armin beberapa meter jauh dari Adrian
dan Fiona.

Adrian memandang Fiona yang masih khusyuk dengan
bukunya.Apa yang menariknya buku setebal 2Inci itu
berbanding dengan dirinya?!

Adrian merengus geram sebelum dia melangkah pergi
meninggalkan Fiona.Sejurus tubuh Adrian pergi Fiona
mengangkat kepala memandang Adrian yang kian menjauh.

"either than people give you panic,people make you
unsafe,people make you insecure,people make you
danger.People also weird" gumam Fiona perlahan.Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.









☽︎Hush little baby.
Dont you cry.
Dont cut your arms.
Dont say goodbye.
Put down that razor.
Put down that knife.
It may be hard
But you will win this fight.


Click to View FlipBook Version