NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER 3 / JUN 2023 Nama : ALIA SAFIYYAH BINTI AHMAD RIDZA Angka Giliran : 2021212350051 Nombor Kad Pengenalan : 020606100064 Kumpulan / Unit : PISMP TESL C JUNE 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : ALIA Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
Laporan Kajian Kes Penubuhan Persatuan Pencinta Alam 1.0 Pengenalan Tugasan bertulis ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan di SK Bandar Baru Kuala Selangor bagi mengkaji maklumat pengoperasian persatuan seperti penubuhan persatuan dan strategi penjanaan sumber kewangan yang berkait dengan analisis SWOT. 2.0 Sejarah Penubuhan Persatuan Persatuan Pencinta Alam di SK Bandar Baru ini ditubuhkan pada Mei 2015. Idea bagi penubuhan Persatuan Pencinta Alam ini telah dikemukakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Azron Bin Suradi. Idea ini telah diusulkan setelah beberapa tahun berkhidmat di sekolah itu. Encik Azron berpendapat bahawa persatuan ini wajar ditubuhkan agar pelajar di sekolah tersebut akan mendapat pendedahan berkenaan kepentingan menjaga, mempelihara dan mempulihara alam sekitar bagi kegunaan generasi yang akan datang kelak. Ia juga dapat memupuk sikap dan nilai murni yang positif iaitu mencintai alam sekitar kepada murid-murid di SK Bandar Baru. Keahlian bagi persatuan ini adalah terbuka hanya kepada murid Tahap 2. Persatuan ini bergiat aktif dalam menjalani kempen-kempen yang berkait dengan alam sekitar. 3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Prosedur yang betul perlu dijalankan bagi menubuhkan persatuan ini di SK Bandar Baru. Surat Pekeliling akan diedarkan kepada sekolah dan mendapat arahan untuk menubuhkan Persatuan Pencinta Alam di sekolah. Para pentadbir akan mengadakan mesyuarat untuk melantik Ahli Jawatankuasa bagi merealisasikan penubuhan persatuan ini di SK Bandar Baru. Setelah melantik, ahli-ahli jawatankuasa bertanggungjawab untuk menghasilkan kertas kerja penubuhan Persatuan Pencinta Alam secara terperinci dan mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar. Selepas mendapatkan kelulusan, proses yang berikutnya adalah dengan menghantar kertas kerja yang diluluskan kepada Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan pengesahan daripada pihak yang berkuasa dan tertentu sebelum menubuhkan Persatuan Pencinta Alam di SK Bandar Baru Kuala Selangor.
4.0 Aktiviti Persatuan Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini adalah seperti yang berikut: 1. Mesyuarat Agung Persatuan. 2. Pengenalan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Persatuan. 3. Pengenalan kepada amalan 3R ‘Reduce, Reuse, Recycle’. 4. Pembahagian kumpulan secara rawak dan sesi ‘ice breaking’. 5. Melengkapkan dan mewarna ‘poster’ yang berkaitan dengan alam sekitar. 6. Menghias papan kenyataan bagi Persatuan Pencinta Alam. 7. Projek penanaman semula ‘Taman Anggun’. 8. Pertandingan mereka cipta kraftangan daripada barangan terpakai. 9. Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan mereka cipta kraftangan. 10. Lawatan ke Kuala Selangor Nature Park bagi menghadiri ‘Pesta Sayap’. 11. Projek Kitar Semula. 12. Jamuan Akhir Tahun Persatuan Pencinta Alam. 5.0 Strategi Penjanaan Sumber Kewangan Sumber kewangan yang diperoleh persatuan ini adalah daripada yuran bulanan daripada pelajar sebanyak RM 3.00 seorang. Tambahan pula, bantuan kewangan persatuan ini diperoleh daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Baru yang sangat mendorong anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam SK Bandar Baru Kuala Selangor. Kutipan yang berjaya dikutip daripada ahli-ahli persatuan ini banyak digunakan untuk menguruskan hal ehwal persatuan ini. Ia juga dapat menampung kos untuk membawa ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam Ketika mereka pergi ke lawatan sambil belajar di luar. 6.0 Analisis SWOT 6.1 Kekuatan (S) Persatuan Pencinta Alam SK Bandar Baru Kuala Selangor ini mendapat banyak sokongan daripada pihak sekolah dan PIBG kerana ia merupakan antara persatuan yang aktif di SK Bandar Baru. Bukan itu sahaja, guru penasihat yang membimbing persatuan ini juga sering memberi idea yang kreatif supaya perjumpaan yang diadakan dapat memberi input yang positif kepada ahli-ahli persatuan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sangat bersesuaian dan sejajar dengan visi, misi dan objektif persatuan. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberi faedah kepada ahli secara
kontekstual kerana ia dapat diapplikasikan dalam kehidupan seharian ahli-ahli persatuan ini untuk sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar. 6.2 Kelemahan (W) Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi titik permasalahan dalam menjayakan sesebuah persatuan seperti kekangan dari segi kewangan. Hal ini adalah menyebabkan Persatuan Pencinta Alam SK Bandar Baru ini tidak dapat mengendalikan aktiviti luar daripada perkarangan sekolah atas kekurangan dana bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan persatuan tersebut. Jadi, pelajar tidak berpeluang untuk mendapatkan pengalaman secara langsung secara lebih mendalam. 6.3 Peluang (O) Peluang yang wujud dalam persatuan ini adalah pendedahan ahli-ahli kepada pengalaman yang akan diperoleh bagi memelihara dan memulihara alam sekitar untuk tujuan yang baik. Bukan itu sahaja, pihak sekolah dan Persatuan Pencinta Alam ini juga dapat memberikan peluang kepada ahli untuk berhubung dengan Kelab Pencinta Alam Malaysia. Ahli akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti penjagaan alam sekitar yang dianjurkan oleh kelab tersebut dan akan mendapat peluang untuk menyertainya. 6.4 Ancaman (T) Cabaran utama yang dihadapi oleh persatuan ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan adalah waktu yang terhad bagi mengadakan perjumpaan. Jadi, guru perlu memastikan bahawa pembahagian masa yang bagus adalah sangat penting bagi memastikan perjumpaan berlangsung dengan jayanya. Tempat yang kurang sesuai untuk menjalankan perjumpaan kerana kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam persatuan ini memerlukan persekitaran yang dipenuhi alam semulajadi. Maka, jika cuaca tidak berapa baik, ahli-ahli tidak akan mendapat merasai pengalaman yang nyata. 7.0 Penutup Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Pencinta Alam ini adalah sangat kritikal dan mendatangkan manfaat yang banyak terutamanya kepada pelajar di SK Bandar Baru Kuala Selangor kerana ia dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
proses penubuhan dan sumber penjanaan kewangan merupakan salah satu faktor yang membantu Persatuan Pencinta Alam SK Bandar Baru Kuala Selangor ini dapat kekal sehingga kini.
Rujukan KPM - Falsafah Pendidikan Kebangsaan By Nurmuslifa binti Musa, Nurmuslifa binti Musa Container: Moe.gov.my Year: 2017 URL: https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/fals afah-pendidikan-kebangsaan Lampiran