BUKU PANDUAN PELAJAR
PROGRAM PENGURUSAN
PERNIAGAAN
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
LOT 82 KAMPUNG SUNGAI TUKANG,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
TEL. : +604-4429034
FAKS : +604-4427681
EMAIL : [email protected]
[email protected]
SEJARAH KVSP2
Sejarah SMTSP2 bermula apabila pembinaannya di atas tapak ladang getah seluas 40 ekar pada tahun
1989 yang menelan belanja RM19 juta mula dilaksanakan. Kehadiran enam orang guru sebagai perintis,
yang diketuai oleh En. Azmi b. Bakar selaku Pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1992 menyaksikan
sekolah yang diberi nama SM VOKASIONAL Sungai Petani 2 ini mula mengorak langkah mencipta nama
sebagai salah sebuah sekolah yang disegani hinggalah ke hari ini. Bermula dengan bilangan pelajar
seramai 338 orang pada tahun 1992, ini pihak sekolah telah menerima pelajar yang mencecah angka
seribu orang. Pada peringkat awal penubuhannya, tujuh kursus ERT, iaitu Kursus Katering, Bakeri,
Rekaan Fesyen, Asuhan Kanak-Kanak dan Seni Kecantikan; Kursus Perdagangan iaitu Pengurusan
Kewangan dan Pengurusan Pejabat serta Kursus Kemahiran iaitu Pramusaji, Pembuat Pakaian Wanita,
Jurusolek dan Gaya Rambut telah ditawarkan. Semasa di bawah kelolaan Pn Hajah Hamidah bt Yahaya
selaku pengetua yang kedua bermua dari tahun 1995 hingga 2005, sekolah telah dinaik taraf kepada
SMT pada tahun 2002. Kursus-kursus teknikal seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam,
Perdagangan, Penyediaan Makanan dan Pembuat Pakaian telah ditawarkan. Cabaran sekolah semakin
bertambah dengan bilangan guru dan pelajar yang semakin meningkat
Setelah hampir 16 tahun ditubuhkan, tahap pencapaian akademik meningkat dari semasa ke semasa.
Bermula dengan pencapaian 82.9% pada tahun 1993, kini pihak sekolah boleh berbangga dengan
mengekalkan pencapaian 100% bermula dari tahun 2002. Dalam tempoh itu juga sekolah telah berjaya
meraih Anugerah Pencapaian Terbaik SPM peringkat Daerah KMY, Anugerah Sekolah 5 Bintang,
Anugerah Sekolah Harapan Negara dan mendapat saguhati Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan.
Pada tahun 2005 sekolah telah berjaya mendapat Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran
Kategori Sekolah Menengah Teknik. Penglibatan dalam bidang kokurikulum menjadi kebanggaan
kepada sekolah dengan kejayaan Maarof, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik yang telah berjaya
mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kriket Remaja Peringkat Antarabangsa.
Di bawah naungan Tn. Haji Ahmad b. Hassan selaku pengetua yang ketiga bermula dari 2006 hingga
2013, SMTSP2 terus mengorak langkah. Persatuan Usahawan Muda telah berjaya memenangi
anugerah tempat kedua persembahan terbaik, anugerah produk kreatif peringkat negeri dan penyertaan
di peringkat kebangsaan sehinggalah tertubuhnya Syarikat Metamoss SP2 yang menjadi kebanggaan
sekolah. Selain itu, ahli Pasukan Kadet Bomba juga telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan
yang dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Pada tahun tersebut juga sekolah telah dicalonkan
untuk mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Mempunyai prasarana yang
lengkap dan imej yang baik, SMTSP2 seringkali terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis dan
pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Contohnya Kejohanan Antara Teknik
Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Ragbi Peringkat Sekolah-Sekolah Teknik , tuan rumah untuk
Karnival Seni Jauhi Dadah peringkat negeri dan juga kebangsaan. Seterusnya sekolah turut dicalon
untuk Anugerah Sekolah Cemerlang.
Atas kepentingan dan hasrat untuk meningkatkan imej dan mengenang jasa pihak sekolah, beberapa
orang bekas pelajar telah berusaha untuk menubuhkan Majlis Alumni bermula Disember 2004 dan
dipengerusikan oleh En. Mohd Zaki b. Mokhtar seterusnya diambil alih oleh En Mahyudi bin Mohd Yusuf.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicicah. Kata-kata inilah yang menjadi dorongan kepada seluruh warga SMTSP2 yang kini dikenali
sebagai Kolej Vokasional Sungai Petani 2 , dari dulu hingga sekarang, sehingga menjadikan kolej ini
salah sebuah pusat ilmu yang gemilang di negeri Kedah Khususnya.
PELAN KOLEJ
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.
VISI KVSP2
Kolej Vokasional Sg Petani 2 berhasrat menyediakan sumber manusia
bersahsiah, unggul dan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan sosial
untuk pembangunan ekonomi,
sosial dan teknologi.
MISI KVSP2
MEMPERKASA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MELALUI
PELAKSANAAN PROGRAM YANG BERKUALITI
MOTO KVSP2
BERILMU BERIMAN BERAMAL BERAKHLAK
BUDAYA KVSP2
BERSAMA MEREALISASIKAN TVET MALAYSIA
BRAND BUSINESS
PENCAPAIAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
YOUR ACHIEVEMENT IS OUR PRIORITY
BRAND VISION
KAMI MENGOPTIMUNKAN KEMAHIRAN UNTUK PENCAPAIAN
CEMERLANG
WE OPTIMIZE SKILLS FOR EXCELLENT PERFORMANCE
BRAND VALUES
KOMITED,KEPATUHAN,KOMPETEN
COMMITED,COMPLIANT,COMPETENT
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
CARTA ORGANISASI PROGRAM
TAKWIM PENGAJIAN AKADEMIK
STRUKTUR PROGRAM KURSUS
TERAS VOKASIONAL
SINOPSIS PROGRAM
Course Credit SEMESTER 1 Course Learning Outcome
1. DBF 1113 3.0
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN Course Description Menerangkan jenis-jenis perniagaan, organisasi,
(INTRODUCTION TO BUSINESS) 3.0 Kursus ini memberikan pendedahan tentang pengenalan pengurusan, etika perniagaan, dan e-perniagaan.
am kepada konsep and proses dalam dunia perniagaan. (C2, PLO1)
2. DBF 1123 3.0 Pengetahuan asas akan diberikan seperti jenis-jenis
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI perniagaan, pemilikan perniagaan, proses pengurusan, Menganalisis pengurusan organisasi perniagaan.
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI etika dan tanggungjawab sosial, dan e-perniagaan (C3,PLO6)
(INTRODUCTION TO INFORMATION AND
COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) Kursus ini memberikan pengenalan tentang teknologi Mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu perniagaan
maklumat dan komunikasi. Pelajar akan didedahkan tentang dalam kumpulan.
3. DBF 1133 peranti dan komponen komputer selain daripada mempelajari (A3, PLO5)
PENGANTAR PENGURUSAN tentang pengurusan maklumat serta penggunaan Microsoft
(BASICS OF MANAGEMENT) Project Menjelaskan penggunaan teknologi terkini, komponen
pengkomputeran, teknologi maklumat dan internet.
4. DBF 1143 Kursus ini akan memberi pendedahan mengenai asas-asas (C2, PLO1)
PRINSIP PEMASARAN dalam pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian,
(PRINCIPLES OF MARKETING) kepimpinan, dan pengawalan Menjalankan sesuatu projek atau kajian dengan
menggunakan Microsoft Project dalam tugasan
5. DBF 1153 berkumpulan. (C3, PLO2)
PRINSIP PERAKAUNAN
Melaporkan privasi, sekuriti dan etika sesebuah organisasi..
6. DBF 1163 (A3, PLO5)
MIKROEKONOMI
Mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di
dalam situasi organisasi. (C3, PLO1)
Melaporkan alat-alat pengurusan yang
digunakan oleh sesebuah organisasi dalam
operasinya. (A2, PLO5)
Membincangkan penyelesaian masalah
dalam isu-isu pengurusan. (A3, PLO8)
3.0 Kursus ini direka untuk memberikan pengetahuan dan Mengaplikasi terma, konsep pemasaran, strategi dan
pemahaman tentang prinsip, teori, konsep dan latihan yang komponen pemasaran, gelagat pengguna dan isu etika
digunakan di dalam bidang pengurusan pemasaran. dalam pemasaran. (C3,PLO1)
Seterusnya, kursus ini akan memberi penekanan terhadap Mengaplikasi komponen campuran pemasaran yang
integrasi pada semua aspek pemasaran sesebuah firma bersesuaian dalam persekitaran perniagaan secara
ke arah pencapaian objektif yang telah disasarkan. Kursus berkumpulan.
ini juga akan mendedahkan pelajar-pelajar dengan (A3,PLO8)
meneroka pelbagai aspek isu pemasaran terkini yang
memberi kesan kepada strategi perniagaan sesebuah Mencadangkan penyelesaian kepada masalah berkaitan
isu etika dalam pemasaran. (A3,PLO3)
organisasi
Kursus ini memberikan pendedahan tentang Perakaunan Menerangkan perbezaan simpan kira dan perakaunan, konsep
Perniagaan. Pengetahuan asas akan diberikan seperti dan asas perakaunan dan kitaran perakaunan dengan betul.
pengenalan kepada perakaunan, menyediakan buku tunai, (C2, PLO1)
buku jualan, ledger, mematuhi system belian, menutup akaun
secara berkala, menyediakan imbangan duga, dan penyata Merekod buku catatan pertama, penyata pendapatan, dan
kewangan. Kursus ini memastikan pelajar yang kompeten kunci kira-kira dengan betul dan menyediakan satu kitaran
berkeupayaan untuk mengenal pasti dokumen sumber yang perakaunan dengan betul berdasarkan keperluan industri.
berkaitan dengan aktiviti perakaunan dan menyediakan (C3, PLO1)
laporan kewangan ke atas aset syarikat
Mematuhi proses dan prosedur perakaunan berdasarkan
keperluan industri semasa membuat perbentangan Penyata
Kewangan. (A2, PLO8)
Kursus ini merangkumi topik berkaitan konsep dan teori-teori Menerangkan konsep asas mikroekonomi dan stuktur
mikroekonomi seperti masalah asas ekonomi, konsep pasaran.(C2,PLO3)
permintaan dan penawaran, keseimbangan pasaran,
keanjalan harga permintaan, pengeluaran dan stuktur Mengaplikasi konsep permintaan, penawaran, keseimbangan
pasaran. pasaran dan keanjalan permintaan.(C3,PLO6)
Menghuraikan teori dan kos pengeluaran secara
berkumpulan.(A3,PLO5)
Course Credit SEMESTER 2 Course Outcome
Course Description
1. DBF 2113 3.0 Kursus ini merangkumi topik-topik berkaitan makroekonomi Menerangkan konsep makroekonomi, permintaan
MAKROEKONOMI
seperti konsep makroekonomi, permintaan agregat dan aggregate dan penawaran agregat serta wang dan
2.DBF 2123 penawaran agregat, keseimbangan pendapatan negara, wang bank.
ETIKA PERNIAGAAN dan bank dan isu-isu makroekonomi.
(C2,PLO1)
Menentukan keseimbangan pendapatan negara
dalam ekonomi dua sektor menggunakan
pendekatan agregat permintaan-agregat penawaran.
(C3,PLO-1)
Mencadangkan penyelesaian kepada masalah
makroekonomi menggunakan polisi monetari dan
fiskal.
(A3,PLO6)
3.0 Kursus ini memberikan pendedahan tentang kepentingan etika Mengaplikasi konsep, teori etika dan pengurusan
sesebuah organisasi berdasarkan perspektif tempatan. Pelajar korporat dalam situasi sebenar di organisasi
akan diberi pendedahan tentang konsep-konsep teori-teori (C3,PLO1)
dalam etika perniagaan seperti urus tadbir korporat, Membincangkan kepentingan kepimpinan beretika
tanggungjawab sosial dan kemampanan. Ini dapat membantu dan budaya beretika bagi sesebuah organisasi
pelajar untuk menghubungkaitkan teori yang dipelajari dengan secara berkumpulan
realiti pekerjaan sebenar (A2,PLO4)
Mencadangkan penyelesaian kepada isu yang
berkaitan tanggungjawab sosial korporat yang
terdapat di sesebuah organisasi
(A3,PLO6)
3.DBF 2133 3.0 Kursus ini akan memberi pendedahan mengenai gelagat Menghubungkaitkan motivasi, komunikasi, kepimpinan,
GELAGAT ORGANISASI organisasi yang merangkumi komunikasi, kumpulan dan kumpulan dan pasukan kerja dalam persekitaran kerja.
(ORGANIZATIONAL pasukan kerja, kepimpinan, kuasa dan politik organisasi, (C3,PLO1)
BEHAVIOR) membuat keputusan, mengurus konflik, rundingan serta isu-isu
semasa dalam organisasi. Mencadangkan penyelesaian masalah akibat kuasa
politik dalam organisasi. (A3,PLO4)
Menggunakan konsep membuat keputusan untuk
menguruskan konflik dan rundingan dalam organisasi.
(A2,PLO5)
4. DBF 2143 3.0 Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan Membincangkan prinsip-prinsip asas sistem perundangan
UNDANG-UNDANG dengan prinsip-prinsip asas undang-undang perniagaan di Malaysia, undang-undang kontrak dan agensi dalam
PERNIAGAAN
Malaysia terutamanya berkenaan dengan pembentukan dan transaksi-transaksi perniagaan di Malaysia.
(BUSINESS LAW) pelaksanaan kontrak perniagaan. Antara tajuk utama yang (C3,PLO1)
dibincangkan dalam kursus ini ialah pengenalan kepada sistem Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan
perundangan di Malaysia, pembentukan dan elemen-elemen kontrak perniagaan dengan menggunakan prinsip-prinsip
kontrak yang sah, pelepasan tanggungjawab dalam kontrak, dalam undang-undang kontrak dan undang-undang
remedi pemecahan kontrak dan agensi. Kursus ini akan dapat agensi yang telah dipelajari di dalam kursus.
membantu pelajar untuk memahami dan mengaplikasi undang-
(C3,PLO6)
undang perniagaan yang akan membantu mereka di alam Membentangkan hasil perbincangan secara berkumpulan
pekerjaan berkenaan dengan isu dalam sistem perundangan
Malaysia dan pembentukan kontrak perniagaan di
Malaysia
(A2,PLO5)
Course Credit SEMESTER 3 Course Outcome
3.0
1. DBF 3113 Course Description
KOMUNIKASI PERNIAGAAN
(BUSINESS COMMUNICATION) Kursus ini memberi pendedahan mengenai konsep komunikasi dalam Menjelaskan konsep-konsep komunikasi, proses penulisan,
perniagaan, bentuk-bentuk komunikasi, penulisan, laporan, kertas penulisan resume, dan persediaan ke alam pekerjaan.
cadangan, pembentangan, dokumen berkaitan permohonan pekerjaan dan
komunikasi dalam mesyuarat (C3,PLO1)
Menyediakan dokumen perniagaan menggunakan rujukan
yang boleh dipercayai.
(C3,PLO7)
Membentangkan laporan perniagaan dengan menggunakan
mekanisme pembentangan yang sesuai.
(A2,PLO5)
2. DBF 3123 3.0 Kursus ini memberi pendedahan mengenai teori dan konsep pengurusan Menjelaskan konsep dan ukuran pulangan serta risiko dan
KEWANGAN PERNIAGAAN
kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Pelajar akan menyediakan hubungan antara risiko dan pulangan untuk membuat
(BUSINESS FINANCE) dokumen pengurusan kewangan perniagaan untuk membuat keputusan keputusan kewangan yang mempengaruhi nilai firma.
kewangan dan menguruskan analisa kewangan untuk menentukan
(C2,PLO1)
kedudukan kewangan dan prestasinya Menguruskan analisa kewangan supaya pengguna boleh
memahami kedudukan kewangan firma dan prestasinya.
(C3,PLO1)
Membentangkan konsep modal kerja dari segi polisi-polisi
modal kerja, pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar,
pengurusan penghutang dan pengurusan inventori,
(A2,PLO4)
3. DBF 3133 3.0 Kursus ini akan memberi pendedahan mengenai gambaran sistem Mengaplikasi konsep sistem maklumat pengurusan dalam
SISTEM MAKLUMAT
PENGURUSAN maklumat pengurusan, pembangunan, implementasi, penggunaan dan juga situasi yang diberi secara bertulis.
(MANAGEMENT INFORMATION
SYSTEM) kesan sistem dan teknologi maklumat terhadap struktur organisasi. (C3,PLO1)
.
4. DBF 3143
E-DAGANG Melaksanakan penggunaan internet dan teknologi maklumat
(E-COMMERCE) lain untuk menyokong sistem maklumat media sosial secara
berkumpulan.
(A3,PLO5)
Mencadangkan penyelesaian berkaitan dengan masalah
sistem maklumat pengurusan dalam organisasi perniagaan
(A2,PLO6)
3.0 Kursus ini memberi tumpuan kepada prinsip-prinsip E-Dagang dari Menggunakan konsep asas, teori, dan model perniagaan E-
perspektif perniagaan, memberikan gambaran mengenai topik perniagaan Dagang secara bertulis
dan teknologi, model perniagaan, rantai nilai maya dan strategi pemasaran. (C3,PLO1)
Di samping itu, beberapa isu utama yang berkaitan dengan E-Dagang - etika,
undang-undang, privasi, hak harta intelek akan diterokai. Melaksanakan platform E-Dagang untuk memenuhi
perniagaan dalam talian yang berkesan.
(A2,PLO5)
Mencadangkan penyelesaian yang berkaitan dengan cabaran
dan isu semasa dalam E-Dag
(A3,PLO6)
SEMESTER 4
Course Credit Course Description Course Outcome
3.0
1. DBF 4113 Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepad bidang Membincangkan konsep dan teknik pengurusan operasi yang
PENGURUSAN OPERASI pengurusan operasi. Aspek-aspek spesifik bidang pengurusan digunakan dalam perniagaan yang berkaitan dengan pelaksanaan
(OPERATIONS MANAGEMENT) operasi yang dipelajari ialah produktiviti, strategi – strategi operasi strategi-strategi operasi, pengukuran kerja, pengurusan rantaian
seperti proses, lokasi dan susun atur, pengukuran kerja, bekalan, pengurusan kualiti dan inventori
pengurusan rantaian bekalan, pengurusan kualiti dan pengurusan
inventori. (C3,PLO1)
Menilai operasi perniagaan berkaitan dengan strategi proses, pemilihan
lokasi dan susun atur untuk membuat penambahbaikan kepada proses
perniagaan
(C3,PLO6)
Mempraktikkan kemahiran berkumpulan untuk membincangkan konsep
dan aplikasi pengukuran kerja, pengurusan rantaian bekalan dan
pengurusan kualiti dalam proses perniagaan.
(A2,PLO5)
2. DBF 4123 3.0 Kursus ini akan memberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi Menjelaskan pelaksanaaan perancangan dan fungsi-fungsi pengurusan
PENGURUSAN SUMBER pengurusan sumber manusia seperti perekrutan, pemilihan, sumber manusia.
MANUSIA
latihan, penilaian prestasi, ganjaran dan pampasan, dan hubungan (C3,PLO1)
(HUMAN RESOURCE
MANAGEMENT) industry
Melaporkan pelaksanaan aktiviti perekrutan dan pemilihan secara
berkumpulan.
(A2,PLO5)
Mencadangkan dan melaksanakan aktiviti latihan pekerja.
(A3,PLO6)
3. DBF 4133 3.0 Kursus ini direkabentuk untuk meningkatkan dan memperkayakan Menjelaskan konsep, peranan budaya dan persekitaran dalam
PERNIAGAAN
ANTARABANGSA pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan bagi perniagaan antarabangsa.
(INTERNATIONAL BUSINESS)
membolehkan mereka menghadapi dunia perniagaan global yang (C3, PLO1)
4. DBF 4044
PROJEK PERNIAGAAN mencabar. Pelajar akan mempelajari bagaimana menangani isu
(BUSINESS PROJECT)
dan cabaran perniagaan antarabangsa, mengenalpasti pemandu Membincangkan tentang pasaran gobal dan persekitarannya
untuk kelestarian perniagaan dan kelebihan daya saing serta dalam kumpulan
strategi memasuki peringkat globalisasi (A3,PLO5)
Mencadangkan penyelesaian dalam isu pengurusan dalam
perniagaan antarabangsa.
(A4,PLO6)
3.0 Kursus ini akan memberi pendedahan mengenai penjanaan idea Membangunkan rancangan perniagaan untuk projek perniagaan.
untuk merebut peluang perniagaan mengikut pertimbangan (C3,PLO1)
pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Pelajar perlu menyediakan
satu rancangan perniagaan dan menjalankan aktiviti perniagaan Melaporkan aktiviti perniagaan melalui pembentangan dan laporan
berdasarkan rancangan perniagaan yang telah disediakan bertulis.
(A2,PLO5)
Melakukan analisa pelaksanaan projek perniagaan berdasarkan garis
panduan yang diberikan.
(A3,PLO8)
PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Dokumen ini dinamakan Peraturan Akademik Kolej Vokasional, digubal untuk
menyelaras pentadbiran semua hal akademik dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
1.2 Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa
di Kolej Vokasional yang membawa kepada penganugerahan:
1.2.1 Pensijilan Kemahiran Malaysia
1.2.2 Diploma
2.0 TAKRIFAN
“KPM” Kementerian Pendidikan Malaysia
“BPTV”
“KV” Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
“Senat”
Kolej Vokasional
“Pemberi Pendidikan
Tinggi Senat Kolej Vokasional KPM yang ditubuhkan di bawah Akta
(KOLEJ VOKASIONAL)” Pendidikan 1996 , Peraturan-Peraturan Pendidikan (Senat Kolej
Vokasional) 2016
“JPK”
Satu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang
“Pusat Bertauliah Induk” lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan
termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada
penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang
menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah
Pemberi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta, badan
peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya
Jabatan Pembangunan Kemahiran
BPTV adalah Penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa
oleh Ketua Pengarah JPK untuk menjalankan suatu program
bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu sijil
“Pusat Bertauliah Kolej Vokasional adalah Penyedia latihan kemahiran yang telah
Cawangan ” diberi kuasa oleh Ketua Pengarah JPK untuk menjalankan suatu
program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu sijil
“ILKA” Institut Latihan Kemahiran Awam
“ILKS”
Institut Latihan Kemahiran Swasta
”Core Ability”
Kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai dalam diri setiap
pelajar bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran, menggunakan teknologi,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam
kumpulan dan kemahiran mengurus
“SPP” Struktur Program Pengajian mengandungi dua komponen iaitu
Kursus Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan Kursus Teras
“Pengajian” Displin (Vokasional) yang wajib diikuti.
“Program”
“Jawatankuasa Tempoh pelajar belajar selama dua tahun enam (6) bulan
Akademik” terdiri daripada Lima (5) semester panjang dan satu (1)
semester pendek
Bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Vokasional
Jawatankuasa yang bertanggungjawab di peringkat Kolej
Vokasional dalam menentusahkan pentaksiran dan penilaian serta
membuat keputusan dalam kes-kes khas pengajian
“Jawatankuasa Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam hal
Pengurusan Akademik” ehwal perancangan dan pelaksanaan akademik dan vokasional
“Jabatan Pentaksiran dan Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan
Penilaian (JPP)” pentaksiran dan penilaian serta pensijilan di Kolej Vokasional
“Ketua Jabatan” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan pengajian
“Ketua Program” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program pengajian
“Pensyarah Kursus”
Staf akademik / tenaga pengajar bagi kursus dalam sesuatu
“Pelajar” program pengajian
“Semester” Seseorang pelajar yang berdaftar untuk mengikuti program
latihan di Kolej Vokasional atau Kolej Vokasional yang
“Semester Pendek” melaksanakan program Kolej Vokasional.
“Student Learning Time Tempoh Empat belas (14) minggu pembelajaran dan pengajaran
(SLT)” dan Tiga (3) minggu Penilaian Akhir
“Kursus Pendidikan
Umum” Semester yang dilaksanakan selama Lapan (8) minggu
“Kursus Teras Displin” pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan satu (1) minggu
Penilaian Akhir.
Jumlah jam pembelajaran yang melibatkan pembelajaran
bersemuka, pembelajaran tidak bersemuka dan penilaian formal
yang ditetapkan bagi setiap kursus
Komponen kursus wajib umum, kursus wajib teras dan kursus
wajib elektif yang ditetapkan di peringkat diploma.
Komponen vokasional yang ditetapkan dan wajib diikuti oleh
semua pelajar di peringkat diploma.
“Kurikulum Standard Kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuk
Kolej Vokasional” kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai
“Silibus” kebolehkerjaan, kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan
merujuk kepada keperluan industri terkini dan panel pakar
”Course Outline” akademik terditi daripada UA, IPTA dan IPTS
“Kursus” Hasil pembelajaran khusus ditulis berteraskan hasil pembelajaran
“Lulus” program dan kemahiran insianiah mengikut aras taksonomi
pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc dan kaedah penilaian.
“Kompeten”
“Kes Khas” Perancangan kuliah yang berteraskan hasil pembelajaran program
dan kemahiran insianiah mengikut aras taksonomi pembelajaran
“Pemberhentian dan pemudahcaraan PdPc dan kaedah penilaian.
Pengajian”
Mata pelajaran bagi sesuatu program pengajian
“Penangguhan
Pengajian” Pencapaian tahap minima gred C dengan purata nilai gred 2.00
bagi semua Kursus Pendidikan Umum
“ Penggantungan
Pengajian” Pencapaian tahap minima gred B- dengan nilai mata gred 2.67
bagi semua Kursus Teras Disiplin
“Penilaian Akhir (PA)”
Kes luar jangka (Rujuk Panduan Pengurusan Pentaksiran dan
“Pentaksiran Penilaian Lembaga Peperiksaan)
Berterusan (PB)”
“Arahan Penilaian Akhir Pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian disebabkan salah
(APA)” laku disiplin atau gagal memenuhi syarat pengajian
“Projek Tahun Akhir Penangguhan ialah tempoh pengajian yang diberi kepada pelajar
(PTA)” berdasarkan keputusan Jawatankuasa Akademik KV dengan
kelulusan dibawah Senat Kolej Vokasional KPM
Hukuman oleh Lembaga Disiplin Kolej Vokasional yang
mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian
dalam tempoh tertentu.
Penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesuatu
semester. Penilaian dilaksanakan di Kolej Vokasional
berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan penskoran /
peraturan pemarkahan yang ditetapkan.
Penilaian bertulis dan amali yang diadakan sepanjang semester
dan dikendalikan oleh Kolej Vokasional
Panduan penyediaan bahan dan peralatan ujian amali Penilaian
Akhir pada setiap semester
Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar
menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,
perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian
mengikut kaedah-kaedah yang sesuai.
Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar
“On-the-Job Training di agensi kerajaan atau swasta yang wajib diikuti oleh setiap
(OJT)”
pelajar selama tempoh yang ditetapkan mengikut keperluan
“Purata Nilai Gred
(PNG)” program pengajian
“Purata Nilai Gred Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
Akademik (PNGA)” gred yang diperoleh dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam
satu semester.
“Purata Nilai Gred
Kumulatif Akademik Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
(PNGKA)” gred yang diperoleh bagi Kursus Pendidikan Umum dengan jumlah
jam kredit yang diambil dalam satu semester
“Purata Nilai Gred
Vokasional (PNGV)” Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
gred yang diperoleh bagi Kursus Pendidikan Umum dengan jumlah
“Purata Nilai Gred jam kredit yang diambil dalam semua semester
Kumulatif Vokasional
(PNGKV)” Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
gred yang diperoleh bagi Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan
“Purata Nilai Gred jumlah jam kredit yang diambil dalam satu semester
Kumulatif (PNGK)”
Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
“Nilai Mata Gred gred yang diperoleh bagi Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan
(NMG)” jumlah jam kredit yang diambil dalam semua semester
“Purata Nilai Gred Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
Kumulatif Keseluruhan gred yang diperoleh Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan
(PNGKK)” Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan jumlah jam kredit yang
mulai semester pertama sehingga semester terkini
“Slip Keputusan”
Nilai yang diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG)
“Slip Kemasukan dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Penilaian Akhir”
Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah gred yang
“Transkrip” diperolehi bagi Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan Kursus
Teras Displin (Vokasional) dengan jumlah jam kredit yang telah
diambil dalam semua semester
Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan terperinci setiap
semester
Dokumen rasmi yang dikeluarkan kepada pelajar oleh Kolej
Vokasional sebagai kebenaran menduduki PA
Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan terperinci
sepanjang tempoh pengajian
3.0 SISTEM PENGAJIAN
3.1 Tempoh Pengajian
3.1.1 Tempoh pengajian di Kolej Vokasional yang menawarkan program
3.1.2
diploma adalah minimum selama 2 tahun 6 bulan.
Tempoh maksimum pengajian adalah 4 tahun bagi kes-kes khas
dengan kelulusan Senat Kolej Vokasional.
PROGRAM TAHUN SEMESTER
DIPLOMA TAHUN 1 SEMESTER 1
TAHUN 2 SEMESTER 2
(2 TAHUN 6 SEMESTER PENDEK
BULAN) SEMESTER 3
SEMESTER 4
OJT SEMESTER 5
Jadual 1 : Sistem Pengajian Diploma
3.2 Bahasa Pengantar
3.2.1 Bahasa Pengantar adalah Bahasa Melayu.
3.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah
dibenarkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum.
3.3 Stuktur Program Pengajian
3.3.1 Pelaksanaan Struktur Program Pengajian (SPP) meliputi
pembelajaran secara teori dan amali berdasarkan jumlah jam
pertemuan dan jam kredit bagi setiap kursus. SPP mengandungi
komponen Kursus Pendidikan Umum dan Kursus Teras Displin.
3.4 Komponen Pengajian
3.4.1 Kursus Pendidikan Umum adalah tidak melebihi 30% manakala
Komponen Kursus Teras Displin tidak melebihi 70%.
3.4.2 Komponen Kursus Pendidikan Umum adalah terdiri daripada Kursus
Wajib Umum, Kursus Wajib Teras dan Kursus Wajib Elektif.
3.4.3 Projek Tahun Akhir (PTA)
Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar
menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,
perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian mengikut
kaedah-kaedah yang sesuai. (Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan PTA).
3.4.4 On-The-Job Training (OJT)
OJT wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh Lima (5) bulan
dalam tempoh pengajian seperti terkandung dalam SPP. Pelaksanaan
OJT dilaporkan sebagai LULUS atau GAGAL (Rujuk Garis Panduan
Pelaksanaan OJT KV)
3.4.5 Takwim pengajian
Takwim pengajian merujuk Takwim Semasa yang dikeluarkan oleh
BPTV KPM setiap tahun. Tempoh pengajian bagi satu semester
ialah 14 minggu kuliah dan 3 minggu penilaian akhir (PA) manakala
semester pendek adalah 8 minggu kuliah dan 1 minggu penilaian
akhir (PA).
4.0 SYARAT KELAYAKAN MASUK
4.1 Pelajar yang layak masuk ke program diploma hendaklah memiliki Sijil
Vokasional Malaysia dengan pencapaian seperti berikut:
i. Kepujian Bahasa Melayu 1104
ii. PNGK Akademik ≥ 2.00
iii. PNGK Vokasional ≥ 2.67
4.2 Pelajar yang gagal menepati syarat di atas, akan meneruskan pengajian
ke aliran kemahiran.
4.3 Calon sihat tubuh badan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan.
4.4 Calon mesti tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah
penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan
menyukarkan pelaksanaan kerja amali.
4.5 Calon mestilah TIDAK BUTA WARNA mengikut keperluan program.
4.6 Calon bebas daripada masalah mental.
5.0 PENDAFTARAN PENGAJIAN
5.1 Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran bersyarat
kepada pelajar yang layak berdasarkan keputusan Jawatankuasa
Akademik Kolej.
5.2 Semua pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum pengajian
baharu bermula bagi setiap semester.
5.3 Pelajar wajib hadir semua kursus dalam program yang didaftarkan.
5.4 Sekiranya pelajar tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan tanpa sebab
maka dengan sendirinya pelajar tidak boleh meneruskan pengajian
pada semester tersebut.
6.0 RAYUAN KEMASUKAN
6.1 Pelajar yang gagal ditawarkan ke program diploma boleh membuat
rayuan bertulis kepada Jawatankuasa Akademik kolej.
6.2 Rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh pendaftaran.
7.0 STATUS PENGAJIAN
7.1 KEHADIRAN
7.1.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran
danpemudahcaraan (PdPc) yang telah ditetapkan bagi
sesuatu kursus.
7.1.2 Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran
setiap pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan.
7.1.3 Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang sah) dari
jumlah jam pertemuan bagi sesuatu kursus boleh
menyebabkan pelajar berkenaan tidak dibenarkan
menduduki Penilaian Akhir.
Peratus Kehadiran = Jumlah Kehadiran Sebenar
(jam) x 100
Jumlah Kehadiran
Sepatutnya (jam)
7.1.4 Ketua Jabatan perlu memohon secara rasmi kepada
Jawatankuasa Akademik kolej bagi menghalang pelajar yang
mempunyai kehadiran kurang dari 80% (tanpa sebab yang sah)
daripada menduduki Penilaian Akhir.
7.1.5 Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada
Jawatankuasa Akademik dalam tempoh satu (1) minggu
selepas menerima keputusan tidak layak menduduki
Penilaian Akhir (PA)
7.1.6 Jawatankuasa Akademik kolej akan memutuskan status
pelajar yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.
7.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN
7.2.1 Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan
7.2.2 kelulusan Jawatankuasa Akademik kolej dan disahkan oleh
7.2.3 Jawatankuasa Akademik Pusat KPM.
7.2.4 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tertakluk di bawah
kuasa Senat Kolej Vokasional KPM
Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah seperti
berikut:
i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai
perubatan hospital kerajaan.
ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Senat
Kolej Vokasional KPM.
Tempoh maksimum penangguhan adalah tertakluk kepada
keputusan Senat Kolej Vokasional KPM.
7.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN
7.3.1 Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah didapati
7.3.2 bersalah oleh Lembaga Disiplin kolej dan disahkan oleh
7.3.3 Jawatankuasa Akademik kolej.
Tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan
Lembaga Disiplin di kolej mengikut garis panduan displin
pelajar yang sedang berkuatkuasa.
Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh
meneruskan pengajian dan tidak boleh berada di kolej.
7.4 MENGULANG SEMESTER
7.4.1 Pelajar yang gagal mencapai tahap kelulusan minima bagi
semua kursus Pendidikan Umum dan tidak kompeten semua
Kursus Teras Displin hendaklah mengulang semester.
7.4.2 Pelajar boleh memohon rayuan untuk mengulang semester
pengajian melalui Jawatankuasa Akademik kolej.
7.4.3 Keputusan mengulang semester adalah tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Akademik kolej.
7.5 MENGULANG PENILAIAN AKHIR
7.5.1 Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum atau
Kursus Teras Dispilin bagi Penilaian Akhir dibenarkan mengulang
sebanyak Satu (1) kali sahaja.
7.5.2 Ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa.
7.5.3 Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah dibawah kuasa
Jawatankuasa Akademik kolej.
7.6 MENGULANG KURSUS
7.6.1 Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum atau Kursus
Teras Displin bagi Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir
dibenarkan mengulang.
7.6.2 Kelulusan untuk mengulang kursus adalah dibawah kuasa
Jawatankuasa Akademik kolej.
8.0 PEMBERHENTIAN PENGAJIAN
8.1 Pelajar boleh diberhentikan daripada pengajian setelah didapati
bersalah oleh Lembaga Disiplin kolej atau gagal memenuhi
syarat pengajian oleh Jawatankuasa Akademik di kolej.
8.2 Pelajar yang gagal dalam semua kursus teras disiplin pada setiap
semester boleh ditamatkan pengajian dari kolej selepas disahkan
oleh Jawatankuasa Akademik kolej.
8.3 Pelajar yang telah diberhentikan berhak membuat rayuan kepada
Jawatankuasa Akademik di kolej.
8.4 Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan diberi Surat
Akuan Pengajian daripada kolej.
9.0 PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN
9.1 Pelajar boleh memohon rayuan untuk pertukaran tempat pengajian
semsasa tempoh pengajian melalui Jawatankuasa Akademik kolej
berdasarkan kes-kes khas.
9.2 Kelulusan pertukaran tempat pengajian adalah dibawah persetujuan
BPTV, KPM.
9.3 Semua dokumen berkaitan pentaksiran dan penilaian bagi pelajar
yang bertukar tempat pengajian adalah menjadi tanggungjawab
kolej asal untuk menyerahkan kepada kolej yang baru.
9.4 Pelajar yang bertukar tempat pengajian WAJIB menyelesaikan PB
bagi tempoh pengajian di kolej asal terlebih dahulu.
9.5 Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu kelapan (8)
pengajian kecuali kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran khas
dari BPTV, KPM.
10.0 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN
10.1 Pelajar layak memohon pertukaran Program Pengajian disebabkan
oleh kes-kes khas dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
kolej.
10.2 Pertukaran program pengajian di antara kolej yang berbeza
hendaklah mendapatkan kelulusan BPTV, KPM.
11.0 PEMINDAHAN KREDIT
11.1 Pelajar yang bertukar program boleh diberi pemindahan kredit
bagi kursus yang sama.
11.2 Pelajar hendaklah memohon pengesahan kredit bagi kursus-kursus
yang telah diambil melalui Ketua Jabatan Penilaian & Pentaksiran
kolej.
11.3 Pelaksanaan pemindahan kredit hendaklah diluluskan oleh
Jawatankuasa Akademik kolej.
11.4 Keputusan kursus yang berkenaan diguna pakai dalam pengiraan
PNGK dan PNGKK.
11.5 Nilai kredit bagi kursus yang diberi pemindahan kredit diambil
kira bagi memenuhi keperluan jumlah kredit bergraduat.
12.0 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan
Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh
BPTV.
12.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
12.1.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh kolej berdasarkan
kepada Perancangan Kuliah (Course Outline) yang telah
ditetapkan.
12.1.2 PB dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara
terancang mengikut Garis Panduan Pengurusan
Pentaksiran & Penilaian Diploma.
12.1.3 Pentaksiran PB dilaksanakan oleh pensyarah yang terlibat
secara berterusan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).
12.1.4 PB Program Diploma dilengkapkan dalam aplikasi yang
disediakan oleh BPTV pada minggu ke-14 mengikut
takwim pengajian kolej pada setiap semester setelah
disahkan oleh Jawatankuasa Akademik kolej.
12.1.5 Pentaksiran Berterusan (PB) adalah berdasarkan
Assessment Specification Table (AST) di dalam
Perancangan Kuliah (Course Outline)
12.0 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan
Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh
BPTV.
12.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
12.2
12.1.6 Pembinaan Jadual Spesfikasi Pentaksiran Berterusan
(JSPB) adalah berdasarkan Assessment Specification Table
(AST) dalam Perancangan Kuliah (Course Outline).
12.1.7 Pembinaan instrumen PB adalah merujuk kepada Jadual
Spesfikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB).
12.1.8 Pelaksanaan vetting, verifikasi, moderasi pemarkahan dan
analisis Course Learning Outcome Review Report (CLORR)
dan Proggrame Learning Outcome Review Report (PLORR)
hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur yang
ditetapkan Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian
Diploma.
PENILAIAN AKHIR (PA)
12.2.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej
Vokasional berdasarkan arahan pentadbiran dan jadual
waktu mengikut SOP Pengurusan Pentaksiran dan
Penilaian.
12.2.2 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah
dilaksanakan oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kolej.
12.2.3 Pelajar wajib menduduki peperiksaan PA bagi kursus-
kursus yang ditetapkan. Pelajar yang tidak menduduki PA
akan gagal kursus tersebut secara automatik.
12.2.4 Pelajar yang tidak menduduki PA di atas sebab-sebab khas
boleh menduduki dengan kebenaran Jawatankuasa
Akademik Kolej.
12.2.5 Pentadbiran PA adalah seperti berikut:
i. PA dijalankan pada minggu ke-15 hingga minggu ke-17
mengikut takwim pengajian.
ii. Arahan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Muat
Turun soalan PA disediakan oleh BPTV serta
dimaklumkan melalui e-mail Kolej.
iii. Arahan Penilaian Akhir (APA) Amali akan dimuat naik
oleh BPTV selewat-lewatnya SATU (1) bulan sebelum
tarikh PA.
iv. Kertas soalan PA (Bertulis/Teori dan Amali) dimuat
turun oleh Kolej sekurang-kurangnya TIGA (3) hari
bekerja sebelum tarikh PA.
v. Peraturan Pemarkahan (PP) bagi PA hanya boleh dimuat
turun setelah Penilaian Akhir kursus yang berkenaan
dijalankan.
vi. Markah PA dilengkapkan dalam aplikasi yang disediakan
oleh BPTV pada minggu ke-22 mengikut takwim
pengajian bagi setiap semester setelah disahkan
oleh Jawatankuasa Akademik Kolej.
12.3 EVIDEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
12.3.1 Fail Eviden pelajar mengandungi pembuktian hasil pentaksiran dan
12.3.2 penilaian PB dan PA pelajar yang disediakan mengikut Garis
12.3.3 Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma.
Semua eviden PB hendaklah disimpan dalam fail Eviden Pelajar.
Fail eviden ini disimpan oleh program masing-masing dan akan
diserahkan kepada pelajar 6 bulan selepas tamat pengajian dan
telah diverifikasi oleh JPK dan MQA.
Rekod Penilaian Kompetensi (RPK) hendaklah disahkan oleh
pentaksir yang mempunyai kelayakan sebagai Pegawai Penilai
kolej.
12.4 KELAYAKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR
12.4.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak
menduduki Penilaian Akhir:
i. Telah mendaftar kursus yang berkenaan.
ii. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah / tutorial / amali bagi
jangka masa yang ditetapkan.
12.4.2 Pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan tidak memenuhi
12.4.3 syarat pada perkara 12.4.1 (ii) hendaklah mengemukakan surat
akuan doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada DUA
(2) hari berturut-turut dan tidak melebihi LAPAN (8) hari dalam satu
semester. Jika melebihi dari tempoh tersebut perlu mendapatkan
pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk menduduki
Penilaian Akhir tanpa alasan yang munasabah, tindakan berikut
boleh diambil:
i. Pelajar tidak layak menduduki Penilaian Akhir.
ii. Pelajar akan diberi Gred E dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi
kursus berkenaan; dan
iii. Pelajar dianggap telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.
iv. Dalam keadaan tertentu Jawatankuasa Akademik kolej boleh
menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan.
v. Pelajar yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang diluluskan
oleh Jawatankuasa Akademik kolej adalah terkecuali
daripada syarat di atas.
12.4.4 Kes Luar Jangka
Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan
munasabah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Akademik kolej
untuk tindakan selanjutnya.
13.0 PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)
Projek tahun akhir terdiri daripada PTA 1 dan PTA 2 adalah merujuk kepada
Garis Panduan PTA .
14.0 ON -THE - JOB TRAINING
Pelajar WAJIB menjalani OJT untuk diperakukan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Diploma. (Sila rujuk buku Garis Panduan On-The-Job
Training).
15.0 PENYELEWENGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
15.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan pentaksiran dan penilaian
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550). Pelajar tidak boleh melakukan mana-
mana penyelewengan akademik berikut:
15.1.1 Menciplak / plagiat.
15.1.2 Menipu atau cubaan menipu dalam kerja kursus, ujian
amali dan ujian bertulis.
15.1.3 Kes meniru adalah merujuk kepada perlakuan yang boleh
diklasifikasikan seperti di bawah bertulis.
15.1.4 Membawa masuk atau keluar apa-apa bahan bertulis,
bercetak, alat/alat komunikasi atau objek ke/dari bilik
Peperiksaan tanpa kebenaran Ketua Pengawas.
15.1.5 Memberi atau menerima apa-apa bahan bertulis, bercetak,
alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak
semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua
Pengawas.
15.1.6 Memberi atau menerima apa-apa bahan bertulis, bercetak,
alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak
semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua
Pengawas.
15.1.7 Melakukan perbuatan dengan apa cara sekali pun yang
disifatkan sebagai tindakan meniru semasa ujian atau
peperiksaan.
15.1.8 Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar mana-
mana arahan Penilaian Akhir boleh dikenakan tindakan
berikut:
i. Amaran; atau
ii. Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan
dan diberikan Nilai Mata Gred 0.00
16.0 SISTEM GRED PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PROGRAM DIPLOMA
Jadual 2 : Sistem Gred Pentaksiran dan Penilaian
17.0 STATUS GAGAL
17.1 Pelajar yang gagal dalam Kursus Pendidikan Umum dan Kursus
Teras Disiplin bagi program diploma dibenarkan mengulang
17.2 semula PA satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus sepanjang
17.3 tempoh pengajian.
Tiada pentaksiran ulangan bagi Pentaksiran Berterusan (PB).
Pelajar yang mengulang PA hanya layak mendapat gred
tertinggi C bagi Kursus Pendidikan Umum dan gred tertinggi
B - bagi Kursus Teras Disiplin.
18.0 KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Kolej hendaklah mencetak Slip Keputusan Program Diploma bagi
setiap Semester.
19.0 TRANSKRIP DAN SKROL
19.1 Transkrip Diploma dikeluarkan oleh kolej kepada pelajar yang
19.2 berjaya menamatkan pengajian.
19.3
Transkrip Diploma hendaklah ditandatangani oleh Pengarah
kolej.
Diploma dianugerahkan oleh Senat Kolej Vokasional KPM
kepada pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat
bergraduat.
20.0 RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
20.1 Rayuan semakan keputusan pentaksiran dan penilaian boleh
20.2 dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada Ketua Jabatan
Pentaksiran & Penilaian (KJPP) kolej untuk dibawa ke
mesyuarat Jawatankuasa Akademik dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
Segala proses rayuan adalah tertakluk kepada tatacara yang
terkandung di dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran dan
Penilaian Diploma.
21.0 KEDUDUKAN AKADEMIK
21.1 Kedudukan akademik pelajar berdasarkan PNG dan PNGK.
Jadual 3 : Kedudukan Akademik Pelajar
21.2 Status Kedudukan Akademik
21.2.1 Pelajar yang mendapat Keputusan Baik (KB), layak
21.2.2 untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya.
21.2.3 Pelajar yang mendapat Keputusan Bersyarat (KS) tetapi
gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum perlu
21.2.4 mengulangi penilaian kursus berkenaan. Pelajar hanya
boleh mengulangi Penilaian Akhir kursus berkenaan
sekali sahaja.
Pelajar yang masih gagal mana-mana Kursus Pendidikan
Umum setelah menduduki penilaian ulangan adalah tidak
layak untuk dianugerahkan Diploma dan hanya
ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia
berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai.
Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Teras Displin boleh
mengulang satu (1) kali sahaja Penilaian Akhir.
22.0 PENETAPAN KEPUTUSAN UNTUK KENAIKAN SEMESTER
22.1 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 1
22.2 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 2
22.3 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 3
22.4 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 4
Jadual 4: Kriteria Penetapan Untuk Kenaikan Semester
NOTA:
Dalam kes mengulang PA, pihak kolej hendaklah memberi penekanan kepada pelajar
agar kompeten semua Kursus Teras Displin kerana sekiranya masih gagal pelajar boleh
diberhentikan dari pengajian. Oleh itu, bimbingan sewajarnya perlu diberikan kepada
pelajar sebelum dan semasa ulangan PA berlangsung khususnya bagi Kursus Teras
Displin untuk menentukan pelajar sekurang-kurangnya boleh ditawarkan ke program
kemahiran sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya
23.0 PENETAPAN KEPUTUSAN UNTUK KENAIKAN SEMESTER
23.1 KEDUDUKAN BERGRADUAT
Jadual 5: Status Bergraduat
23.2 ON-THE-JOB TRAINING (OJT)
Jadual 6: Kriteria On-The Job Training (OJT)
24.0 SYARAT-SYARAT PENSIJILAN
24.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya
menamakan pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan
syarat ditetapkan:
i. Kompeten semua Kursus Teras Displin dengan Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGKV) ≥ 2.67
ii. Lulus semua kursus di bawah Kursus Pendidikan Umum dengan
Purata Nilai Gred Kumulatif Akademik (PNGKA) ≥ 2.00
iii. Lulus OJT
iv. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional KPM
25.0 SALINAN SKROL / TRANSKRIP DIPLOMA
25.1 Permohonan salinan skrol Diploma boleh dibuat oleh pelajar
25.2 kepada BPTV.
Permohonan salinan transkrip dibuat oleh pelajar kepada kolej.
26.0 PERUNTUKAN AM
Garis Panduan Pengurusan Akademik ini tertakluk kepada Akta Pendidikan
Kebangsaan 1996 (Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa.
27.0 RUJUKAN YANG PERLU ADA
27.1 Struktur Pogram Pengajian (SPP)
27.2 Garis Panduan Kurikulum Diploma
27.3 Panduan Pengurusan Pentaksiran & Penilaian Diploma
27.4 Panduan Pentaksiran Berterusan
27.5 Garis Panduan On-The-Job Training (OJT)
27.6 Panduan Peraturan Pelajar
27.7 Panduan Pengurusan Pelajar
27.8 Panduan Pengurusan Kolej
29.9 Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550)
27.10 KPM berhak untuk memida sebarang peraturan dari semasa ke
semasa.
Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh :
Mesyuarat Senat Kementerian Pendidikan Malaysia
Kali Kedua Bil.1/2017
Pada 03 Mac 2017
PEMBERATAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
KRITERIA GRED
Pelajar layak untuk tujuan Penganugerahan Diploma setelah :
* Kompeten semua kursus Vokasional dengan PNGV minima 2.67 (B-)
* Lulus semua Kursus Pendidikan Umum
* Menjalani dan lulus OJT
* Diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Kolej
* Diperakui oleh Jawatankuasa Senat
OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)