The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danilizwan, 2022-05-30 03:06:49

PERGERAKAN SOLAT

TAHSIN SOLAT

Keywords: SOLAT

DISEDIAKAN OLEH:
DANIL IZWAN BIN ISAHAK

JOM BACA
SURAT AL-BAQARAH

AYAT 45

RUKUN FI’LI DALAM SOLAT (PERBUATAN)

1. QIYAM
2. RUKUK
3. IKTIDAL
4. SUJUD
5.DUDUK ANTARA DUA SUJUD
6.DUDUK TAHIYAT AKHIR

Qiyam atau berdiri betul
• Dada menghadap kiblat, Melihat tempat sujud.
• Menghadapkan jari-jari kaki kearah kiblat.
• Tangan kanan diatas tangan kiri (bahagian tangan hingga

tempat memakai jam tangan.)

• MAZHAB HANAFI / HAMBALI (TANGAN DILETAK DIBAWAH PUSAT)
• MAZHAB MALIKI (TANGAN TEGAK)
• MAZHAB SHAFIE (ANTARA DADA DAN PUSAT)



Rukuk
• Merenggangkan dua siku dari dua rusuk.
• Membaca tasbih 3 kali ketika rukuk’(sunat Hai’ah).
• Thoma’ninah ketika rukuk’
• Thoma’ninah pada setiap rukun.
• Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak

rukuk’ bangkit daripada rukuk’, dan ketika ketika
berdiri selepas tahiyyat awal. ( sunat Hai’ah ).



Iktidal
• Membaca “SamiAllahu liman hamidah” ketika

mengangkat kepala daripada rukuk’ dan
membaca “Rabbana lakal hamd” ketika berdiri betul
(ketika I’tidal).
• Thoma’ninah ketika I’tidal.



Sujud

• Menghadapkan anak-anak jari tangan ke kiblat ketika
sujud. (sunat Hai’ah).

• Membaca tasbih 3 kali ketika sujud, iaitu “Subhana Rabbiyal
a’la wa bihamdih.”(sunat Hai’ah).

• Ketika hendak sujud, diletakkan terlebih dahulu dua
lutut, kemudian dua tapak tangan, kemudian dahi,
kemudian hidung. (sunat Hai’ah).

• Bagi lelaki sunat ketika hendak sujud itu, merenggangkan
kedua-dua lutut dan tapak tangan, merenggangkan perut
daripada paha, merenggangkan siku daripada rusuk.

• Bagi perempuanpula ketika sujud itu keadaan
sebaliknya. ( sunat Hai’ah ).

• Thoma’ninah ketika sujud.
• Kedua kaki tidak boleh tergantung, perut jari kaki perlu

kena lantai, jari dibengkokkan menghadap kiblat.



Duduk antara dua sujud.
• Membaca “ Rabbighfirli........wahdini ” ketika

duduk diantara dua sujud. (sunat Hai’ah).
• Thoma’ninah ketika duduk antara dua sujud.
• Duduk istirahah. (sunat Hai’ah).
• Duduk IFTIRASY pada semua duduk kecuali

ketika duduk tahiyyat akhir. (sunat Hai’ah).



Duduk Tahiyyat akhir.

• Meletakkan tangan keatas paha ketika duduk membaca tahiyyat
awal dan tahiyyat akhir, dengan meluruskan jari-jari tangan
kedudukan sama hujung jari itu dengan kepala lutut.

• Semasa Tahiyat Akhir Menggenggamkan jari tangan kanan
melainkan jari telunjuk, yang mana jari Telunjuk itu akan diangkat
sebagai isyarat ketika mengucap “illallah”. (sunat Hai’ah).

• Pandangan mata ditujukan kepada hujung telunjuk ( isyarat
telunjuk )selepas diangkat sehingga salam. (sunat Hai’ah).

• Membaca doa selepas sempurna membaca tahiyyat akhir. (sunat
Hai’ah).

• Duduk TAWARRUK pada tahiyyat akhir itu duduk sebelah
punggung dengan menghulurkan kaki kiri ke bawah betis kaki
kanan. (sunat Hai’ah ).



LINGKARAN LENGKAP DARJAH
PERGERAKAN SOLAT

KADAR DEGUPAN JANTUNG PADA
SETIAP PERGERAKAN SOLAT

SOLAT SENAMAN PALING
SIHAT UNTUK TUBUH

PERGERAKAN YANG MEMBATALKAN SOLAT.

(PERGERAKAN YANG BANYAK BOLEH MEMBATALKAN SOLAT)

IMAM SHAFIE:
PERGERAKAN SOLAT BERTURUT-TURUT MELEBIHI 3

PERGERAKAN ANGGOTA BESAR.
(PUKULAN (DHORBAH) , LANGKAH (KHOTWAH) )

IMAM HAMBALI:
TIDAK SEMESTI 3 PERGERAKAN, YANG PENTING

BANYAK BERDASARKAN KEFAHAMAN UMUM
MASYARAKAT.

Kata Abu Ishak al-Syirazi :
“Jika seseorang melangkah tiga langkahan secara berturut
atau memukul sebanyak tiga secara berturut maka batal
solatnya.”
Rujuk al-Tanbih Fi al-Fiqh al-Syafie (hlmn 76)
Imam al-Nawawi menyebut :
“Secara ringkas tentang apa yang disebut oleh ashab kami
bahawa pergerakan yang bukan dari jenis pergerakan solat
jika ianya banyak maka batal solat tanpa ada khilaf, Jika
pergerakan itu sedikit, ianya tidak membatalkan solat.”
Rujuk al-Majmu’ syarh al-Muhazzab (4/25-26)

Solat terbatal jika berlaku perkara-perkara ini :
• Pergerakan itu dengan niat untuk bermain-

main
• Pergerakan yang terlalu melampau
Pergerakan yang sedikit yang tidak
membatalkan solat (yang dilakukan di dalam
solat) adalah makruh kecuali pada beberapa
keadaan.
• Dilakukan dalam keadaan terlupa
• Dilakukan kerana ada keperluan


Click to View FlipBook Version