The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dezinerj82, 2024-05-17 00:29:53

Bahasa Melayu KSSR Tahun 1

Bahasa Melayu KSSR Tahun 1

Perhimpunan Mingguan Aktiviti Menulis jawapan bagi soalan bertumpu dan soalan bercapah. Pada setiap hari Isnin, perhimpunan mingguan diadakan di sekolah Jagu. Mereka tidak berbual semasa Guru Besar berucap. Jagu mencatat maklumat yang penting. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku. Mereka berdiri tegak. Jawab soalan di bawah ini. 1. Bilakah perhimpunan mingguan diadakan? 2. Apakah yang dilakukan oleh Jagu semasa Guru Besar berucap? 3. Mengapakah kita mesti berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku? Setelah perhimpunan tamat, murid-murid bergerak ke kelas. Mereka berjalan dengan teraturnya. 1 2 3 4 92 3.2.2 (i) (ii) BA: 18 • Minta murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan bahan. KB – Menjana idea Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi Menulis


Jagu duduk bersila dengan sopannya. Amalan yang Sopan Brif ilustrasi: Normi bersin menggunakan sapu tangan. Membina ayat penyata yang betul berdasarkan gambar. Aktiviti Bersopan Santun Normi menutup hidung dan mulut dengan sehelai sapu tangan ketika bersin. Amin menutup mulut semasa menguap. menutup mulut menutup hidung dan mulut berjabat tangan duduk bersila 93 5.3.1 (i) BA: 19-20 • Bimbing murid membina ayat penyata berdasarkan bahan. KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi TATABAHASA Ayat Penyata


Aktiviti Membina ayat tanya berdasarkan bahan. Bantu-membantu Ayah, barang-barang ini untuk siapa? Kebakaran itu berlaku semalam. Ayah akan ke sana dengan Pak Cik Musa. Di manakah Bilakah Barang-barang ini untuk mangsa kebakaran. Kebakaran itu berlaku di Kampung Aman. ? ? ? 94 5.3.1(ii) BA: 21-22 • Bimbing murid membina ayat tanya berdasarkan jawapan yang diberikan. KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Baik hati TATABAHASA Ayat Tanya


Jagu Pengawas itu Cikgu Razlan makan nasi lemak. menaikkan Jalur Gemilang. membaca buku di pusat sumber. melihat perarakan Hari Kebangsaan. membuang sampah ke dalam tong sampah. Pemulihan Bina ayat daripada rajah di bawah. Pengayaan Cari benda tersembunyi yang terdapat dalam gambar. Kemudian, bina ayat. 95


Penilaian 5 A. Nyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar. B. Tulis lima perkataan yang sesuai berdasarkan gambar. C. Bina dua ayat penyata dan dua ayat tanya berdasarkan gambar. D. Baca petikan dengan teliti. Kemudian, betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. Jualan barang buatan Malaysia diadakan di dewan orang ramai. Jagu dan keluarganya berkunjong ke pesta itu. Para peniaga menjual pelbagai barang ibu Jagu telah membeli alas meja bakol dan tuala. keluarga Jagu menghargai barang buatan negara seniri. 96


97 Bersoal jawab berdasarkan bahan grafik. Aktiviti TEMA 6


98 SAINS DAN KITA Ingat Pesanan Cikgu Aktiviti Mendengar dan memberikan respons terhadap pesanan. Bawa batu kecil, gelas plastik, duit syiling, penyedut minuman dan tudung botol. Kita akan membuat uji kaji sains. Tolong sampaikan pesanan ini kepada kawan-kawan kamu. Kalang, esok ada benda yang kamu perlu bawa. Ya, cikgu. Apakah benda yang perlu dibawa? Unit 16 Mendengar dan Bertutur Apakah yang hendak kita buat? 1.1.2 (iii) BA: 23 • Bimbing murid melakukan aktiviti main peranan. KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Hormat–menghormati


99 Tenggelam dan Timbul Menyatakan maklumat tersirat berdasarkan grafik. Aktiviti Berdasarkan uji kaji ini, objek yang berat akan tenggelam di dalam air. Objek yang ringan pula akan . Membaca Cikgu Amar membimbing murid-murid membuat uji kaji sains. Mula-mula, murid-murid diminta mengisi air ke dalam gelas plastik. Kemudian, mereka diminta memasukkan duit syiling, tudung botol, batu kecil dan penyedut minuman yang dipotong pendek ke dalam gelas. Yang berikut ialah hasil uji kaji yang dijalankan. Batu dan duit syiling tenggelam di dalam air. Penyedut minuman dan tudung botol timbul di permukaan air. 2.2.1 (iii) BA: 24 • Bimbing murid menaakul teks untuk mendapatkan idea tersirat. KB – Membuat kesimpulan Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Rasional


100 Kenali Anggota Badan Kita Membina dan menulis perkataan. Aktiviti Anggota badan kita terdiri daripada empat bahagian. Bahagian-bahagian itu ialah kepala, badan, tangan dan kaki. Mari kita labelkan. 2 3 4 Menulis 1 2 4 3 1 3.2.1 (i) BA: 25 • Bimbing murid membina dan menulis perkataan berdasarkan bahan. KB – Mencirikan Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kesyukuran


101 Membina dan menulis frasa. Aktiviti Mata ialah deria lihat kita. Kita menggunakannya untuk melihat. Hidung ialah . Kita menghidu melaluinya. Telinga ialah kita. Kita menggunakannya untuk mendengar. Lidah ialah . Kita menggunakannya untuk merasa. Tangan ialah . Kita menggunakannya untuk menyentuh. deria dengar deria sentuh deria rasa deria bau Menulis 3.2.1 (ii) BA: 26 • Bimbing murid membina dan menulis frasa berdasarkan bahan. KB – Mencirikan Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kesyukuran


102 Aktiviti Membina ayat perintah. Sains Perubatan Ayat Perintah Kalang demam. Ayah membawanya berjumpa dengan Doktor Mira. Tolong simpan ubat di tempat yang selamat. Tarik nafas kamu. Baik, puan. Terima kasih. Sila makan ubat mengikut aturannya. Jangan minum minuman berais. Baik, doktor. Sila ambil ubat di kaunter ubat. Baiklah, doktor. Ya, puan. Bijak Bahasa: Ayat perintah ialah ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Contoh: Sila duduk. Sila ambil ubat. Jangan minum air batu. Tolong simpan ubat ini. Tolong buka mulut kamu. Suhu badan kamu tinggi. Kamu demam. Kamu perlu berehat. Bilik Rawatan Kaunter Ubat TATABAHASA 5.3.1 (iii) BA: 27-28 • Bimbing murid mengenal pasti dan membina ayat perintah berdasarkan gambar. • Minta murid menyampaikan maklumat berdasarkan bahan. KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab


103 Bertutur berdasarkan gambar dan maklumat. Aktiviti TEKNOLOGI DAN KITA Kamus Elektronik Kamus elektronik ini . Wah, kamu sudah ada kamus elektronik! Boleh ceritakan kelebihan kamus ini? 1 sebutan perkataan tepat 2 pantas mencari makna perkataan 3 makna perkataan dalam pelbagai bahasa 4 mempunyai ayat-ayat contoh i menggunakan kuasa bateri ii tahan lasak iii ringan iv mesra pengguna v capaian pantas Unit 17 Mendengar dan Bertutur 1.2.1 BA: 29 • Bimbing murid bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Menghargai teknologi


104 Kami Memudahkan Kerja Wah, hebatnya kamu! Aku pula mesin basuh. Aku kuat bekerja. Aku menggunakan kuasa elektrik. Aku dapat membasuh pakaian dengan cepat. Aku juga dapat mengeringkan pakaian. Aku berasa bangga kerana dapat meringankan kerja manusia. Hai, aku pembersih vakum! Aku sangat berguna kepada manusia. Aku dapat menyedut habuk dan sampah. Aku dapat membersihkan lantai dan siling rumah. Aku kuat kerana aku menggunakan tenaga elektrik. Manusia sangat sayang akan aku. Peralatan • mesin basuh • membasuh pakaian • membasuh pakaian dengan cepatnya Kegunaan Keistimewaan Membaca


105 Menyatakan kandungan teks dengan betulnya. Aktiviti Aku juga penting seperti kamu. Nama aku pengisar elektrik. Aku dapat melumatkan cili dan bawang dengan cepat. Aku juga dapat membuat jus buah-buahan. Aku memudahkan manusia menyediakan makanan dan minuman. Aku bekerja dengan pantasnya. Manusia sentiasa memerlukan aku. Aku seterika elektrik. Badan aku panas dengan kuasa elektrik. Aku dapat menggosok pakaian dengan cepat. Aku mampu menggosok banyak pakaian setiap hari. Aku sangat membantu manusia. Tanpa aku, kerja menggosok menjadi sukar. Gunalah aku. 2.3.1 (i) BA: 30-31 • Bimbing murid membaca, mengenal pasti kandungan teks dan memindahkannya ke dalam bentuk grafik. KB – Mengkategorikan BCB – Bacaan Intensif EMK: Nilai Murni – Kesyukuran


106 Aktiviti Pintu Pagar Automatik Kawan-kawan, Pada suatu hari, saya dan keluarga pulang dari bandar. Pada masa itu, hujan turun dengan lebatnya. Ibu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar. Walaupun ibu menggunakan payung, badannya basah kuyup. Kami kasihan melihat keadaan ibu. Membina dan menulis ayat. • pasang pintu pagar automatik • guna alat kawalan jauh • buka secara automatik • tutup secara automatik Menulis Ayah mendapat suatu idea. Kita haruslah bersyukur kerana kemajuan teknologi telah membantu dan memudahkan kerja kita. 3.2.1 (iii) BA: 32 • Bimbing murid membina dan menulis ayat berdasarkan gambar dan frasa. KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Menghargai teknologi


107 Hebat Teknologi Membina pantun empat kerat dan melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Aktiviti Pantun Turunkan sauh pasangkan pukat; Fungsi utama jimatkan masa. Jarak yang jauh menjadi dekat. Kerja yang lambat menjadi cepat, Naik kereta ke Kota Tinggi, Membawa sarat sebakul berangan; Jika kita gunakan teknologi, Kerja yang berat menjadi ringan. Hutan mana hendak diredah, Mencari pakma yang tiada di desa; Teknologi berguna sangat berfaedah, . Daunnya lebat pohon serapat, Tidaklah tinggi tumbuhnya jarang; , Itulah teknologi zaman sekarang. Menangkap ikan waktu pagi, ; Banyak kebaikan guna teknologi, . 4.2.1 (ii) 4.3.1 (ii) BA: 33 • Bimbing murid membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid menyatakan kebaikan sains dan teknologi berdasarkan pantun. KB – Mencirikan Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi


108 Aktiviti Membina ayat seruan berdasarkan gambar. Basikal Solar Kereta Solar Mariah: Wah, hebatnya basikal solar ini! Kanang: Ya, Mariah. Basikal ini menggunakan tenaga solar untuk menggerakkannya. Basikal ini ringan dan mesra alam. Tenaganya diperoleh daripada cahaya matahari. Kalang: Apakah yang kamu berdua lihat? Mariah: Eh, kamu rupanya, Kalang! Kami sedang melihat basikal solar. Kalang: Oh, begini rupanya basikal solar! Amboi, laju sungguh basikal solar ini! Ayat Seruan wah eh oh amboi TATABAHASA Bijak Bahasa: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok, sakit dan sebagainya. Contoh: Wah, cantiknya kereta ini! Amboi, laju motosikal itu! 5.3.1 (iv) BA: 34 • Bimbing murid membina ayat seruan berdasarkan gambar dan kata seru. • Minta murid merujuk contoh ayat seruan berdasarkan ayat yang diwarnakan. KB – Menganalisis Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Rasional


109 Menyampaikan maklumat berdasarkan gambar. Aktiviti HEBATNYA INOVASI Penyiram Pokok Inovasi tebuk lubang Benamkan di dalam tanah. Tanah akan menyerap air. isikan air dan tutup botol Kawan-kawan, Marilah kita membuat penyiram pokok inovasi. Cara membuatnya sungguh mudah. Mula-mula, sediakan ..... . . Keistimewaan penyiram pokok inovasi: • menjimatkan air • tahan lama • mudah digunakan • tidak perlu siram setiap hari • guna bahan terbuang • menjimatkan wang • menjimatkan tenaga botol plastik Unit 18 Mendengar dan Bertutur 1.2.2 BA: 35-36 • Bimbing murid menghasilkan alat penyiram pokok. KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran berasaskan projek EMK: Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi


110 Treler Motosikal Datuk Aktiviti Menyatakan maksud pantun berdasarkan gambar. Membaca Rambut ikal cantik terbentuk, Nampak indah berwarna perang; Treler motosikal ciptaan datuk, Untuk mudah mengangkut barang. Datuk mencipta treler motosikal untuk mengangkut barangan dengan mudahnya. Enak rasanya belimbing besi, Dibawa belayar ke Sungai Perak; Treler dibuatnya daripada besi, Dipasang tayar senang bergerak. Hinggap belatuk di palang besi, Besi bukan palang penghadang; Ciptaan datuk menjadi inovasi, Menjadi tarikan ramai peladang. Ke Kuala Lukut membawa bekal, Bekal serawa dengan manisan; Treler disangkut pada motosikal, Untuk membawa hasil tanaman. 2.3.1 (ii) BA: 37 • Bimbing murid menyatakan maksud pantun berdasarkan gambar. KB – Merumus Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi


111 Wah, Mudahnya! Membina dan menulis ayat berdasarkan rajah. Aktiviti Ibu Kalang mencipta penanda buku pintar. Penanda buku pintar ini memudahkan Kalang membawa buku ke sekolah mengikut jadual waktu. Kalang perlu membawa buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari Isnin. Pada hari Selasa pula, Kalang membawa buku . Kalang membawa buku pada hari Rabu. Pada hari Khamis dia membawa buku . Kalang tidak lagi perlu membawa semua bukunya setiap hari ke sekolah. Begnya menjadi ringan. Buku Teks Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Muzik Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Pelekat Pelekat Menulis 3.2.1 (iii) BA: 38-39 • Bimbing murid membina dan menulis ayat berdasarkan jadual. KB – Menyelesaikan masalah Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi


112 Berus Gigiku Hebat Aktiviti Menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul. Saya ada berus gigi Berus gigi inovasi Gosok sana Gosok sini Berus gigi hari-hari Rupanya macam pen Disemat pada poket Ubat gigi di dalamnya Nak guna picit saja Berus gigi istimewa Mari kita gunakannya Saya guna setiap hari Gigi putih nampak berseri Mari Bernyanyi (Irama lagu: Wau Bulan) 4.2.2 (ii) BA: 40 • Bimbing murid menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul. KB – Menghubungkaitkan KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Menjaga kebersihan


113 Nyamuk akan tertarik dengan bahan campuran ini. Perangkap Nyamuk Memahami ayat tunggal berdasarkan gambar. Aktiviti Ayat Tunggal Ayah memasukkan gula merah. Ayah menuang air panas. Ayah mengacau bahan-bahan itu. Ayah mencampurkan ragi. Perangkap nyamuk inovasi ini amat berguna kepada kita. Sekarang kita dapat tidur dengan nyenyaknya. Nyamuk sangat banyak. Ayah hendak membuat perangkap nyamuk. Ayah menuang bancuhan itu ke dalam botol. Ayah memotong botol plastik. TATABAHASA Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh: Ali membaca buku. Melukis kegemaran Siti. Masakannya enak. Bijak Bahasa: 5.3.3 (i) BA: 41 • Bimbing murid membina ayat tunggal yang lain. KB – Menganalisis Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi


114 Mari Kutip Durian Aktiviti Mengenal pasti dan membina ayat majmuk. Ayat Majmuk Pada musim buah-buahan, Kalang dan keluarganya pulang ke kampung. Datuk Kalang ada dusun durian. Dusun durian datuk terletak di lereng bukit. Bukit itu tidak tinggi tetapi curam. Datuk memasang jaring di sekeliling dusunnya. Buah durian yang gugur akan tersangkut pada jaring tersebut. Datuk membawa buah durian dengan treler motosikal atau lori. Datuk menjual buah durian kepada peraih atau pemborong. TATABAHASA Ayat majmuk ialah cantuman dua ayat tunggal atau lebih. Contoh: Ali dan Ahmad membaca buku. Kakak menari sambil bernyanyi. Bijak Bahasa: 5.3.3 (ii) BA: 42 • Bimbing murid membina ayat majmuk yang lain berdasarkan gambar dan maklumat. KB – Menganalisis Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerajinan


115 Pemulihan Bina ayat majmuk berdasarkan rajah. Pengayaan 1. Kalang tidak? Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberikan. Alia melawat ke Pusat Sains Negara. sangat berguna. 2. Telefon pintar ini mahal 3. Kamu hendak melihat pameran sains dan atau tetapi dan atau tetapi 1. a) Alif melawat ke pameran robotik di Kuala Lumpur. b) Keluarga Alif melawat ke pameran robotik di Kuala Lumpur. 2. a) Alif hendak pergi ke pameran robot kereta. b) Alif hendak pergi ke pameran robot motosikal. 3. a) Alif cuba menyentuh robot yang dipamerkan. b) Ayah melarang Alif menyentuh robot yang dipamerkan.


116 Penilaian 6 A. Sampaikan maklumat berdasarkan gambar. B. Baca teks. Kemudian, buat kesimpulan. D. Bina dan tulis ayat berdasarkan gambar. Keistimewaan: Boleh memasak pelbagai jenis makanan dengan pantas. Contohnya: • mengukus pulut, kuih, nasi • membakar roti, kek • memanggang ikan, ayam, daging • memasak sup Cikgu Amar membawa dua buah pasu yang ditanam pokok bunga. Sebuah pasu diletakkan di dalam kelas. Sebuah pasu lagi diletakkan di luar kelas. Pasu bunga di luar kelas terdedah kepada cahaya matahari. Cikgu Amar menyuruh murid-muridnya menyiram pokok bunga tersebut. Selepas beberapa hari, pokok bunga di dalam kelas telah layu manakala pokok bunga di luar kelas tetap segar. Kesimpulannya, pokok memerlukan cahaya matahari untuk . C. Lengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan berikut. Sila Tolong Wah Amboi 1. ____________, tingginya Menara Alor Setar ini! 2. ____________ letakkan pembersih vakum itu di dalam bilik. 3. ____________, kapal selam ini boleh timbul di permukaan air! 4. ____________ duduk, tayangan video akan bermula sebentar lagi.


Murid berbincang tentang gambar. Aktiviti LINDUNGI ALAM TEMA 7 LINDUNGI ALAM 117


Indira, bolehkah menolong ibu buangkan sampah ini? Baik, ibu. Saya akan membuang sampah itu. Kita perlu membuang sampah agar rumah kita bersih, Indira. Mula-mula, asingkan sampah mengikut jenisnya. Kemudian, . Mengapakah kita perlu membuang sampah, ibu? Bagaimanakah caranya? asingkan sampah ikat beg plastik Uruslah Saya Memberikan respons terhadap soalan berdasarkan bahan. Aktiviti • Bimbing murid memahami bahan untuk memberikan respons. KB – Menjanakan idea KP - Interpersonal EMK : Nilai Murni – Kelestarian alam sekitar SAYANGI ALAM Unit 19 Mendengar dan Bertutur 118 1.1.2 (i) BA: 43


Membuat gerakan berdasarkan seni kata lagu. Aktiviti Airmu mengalir Dari gunung jauh di sana Jernih dan sejuknya Sungguh indah dipandang mata Kau tetap mengalir Walau apa halangan tiba Tak berhenti-henti Hingga sampai di laut nanti Masa juga akan berlalu Tak menunggu kita Gunakanlah sepenuhnya Janganlah leka (Irama lagu: Sungai ) Sungai Membaca • Bimbing murid menyatakan maklumat daripada seni kata lagu dengan membuat gerakan. KB – Menghubungkaitkan KP - Kinestetik EMK : Nilai Murni – Kelestarian alam sekitar 119 2.3.1 (iii) BA: 44


Kolam Ikan Indira Ini rumah Indira. Di rumah Indira ada kolam ikan. Kolam ikan di rumahnya besar. Kolam ikan Indira terletak di belakang rumah. Kolam ikannya sentiasa bersih. Ayah Indira membersihkan kolam pada waktu petang. Kolam perlu dibersihkan agar tidak berbau busuk. Indira membela 10 ekor ikan koi. Ikan itu cantik dan berwarna-warni. Indira rajin memberi ikan makan. Aktiviti Jawab soalan yang berikut. • Apakah yang ada di rumah Indira? • Di manakah kolam ikan Indira? • Bilakah ayah Indira membersihkan kolam ikan? • Berapa ekorkah ikan yang dibela oleh Indira? apa di mana bila berapa Menulis • Pastikan murid membaca dan memahami bahan untuk menjawab soalan bertumpu. KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan intensif EMK : Nilai Murni – Kerjasama 120 3.2.2 (i) BA: 45


Kegunaan Rumput Kata Ma muk Rumput hiasan mengindahkan taman bunga. - ditanam di padang bola - sebagai tanaman tutup bumi Menulis ayat menggunakan kata majmuk berdasarkan bahan. Aktiviti - berwarna hijau gelap Rumput hiasan ditanam di rumah. Rumput ini juga ditanam di taman permainan. Rumput hiasan cantik dan lembut. Rumput hiasan boleh ditanam di halaman rumah banglo dan rumah teres. TATABAHASA KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual EMK : Nilai Murni – Prihatin • Bimbing murid meneliti dan memahami ayat untuk membina ayat menggunakan kata majmuk. 121 5.2.2 (i) BA: 46


Nyatakan kata ganda berdasarkan teks. Kemudian, bina ayat. • Bimbing murid membina ayat menggunakan kata ganda. KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual EMK : Nilai Murni – Kerjasama Kata Ganda Kebun Mini Pagi-pagi lagi, Indira sudah bangun. Dia dan keluarga membersihkan kebun mini. Indira mengutip siput-siput yang terdapat di kebun. Dia juga menyapu daun-daun kering. Ayah pula memacakkan kayu-kayu pada pokok terung. Pokok-pokok terung tidak akan tumbang. Ibu memetik cili-cili yang sudah masak. Kawasan rumah kelihatan hijau. Udara juga segar. Aktiviti TATABAHASA 122 5.2.3 (i) BA: 47-48


Lakonkan dialog dengan memberikan respons terhadap suruhan. Aktiviti • Bimbing murid memahami dan melakonkan dialog. KB – Menghubungkaitkan KP - Interpersonal EMK : Nilai Murni – Kasih sayang FLORA DAN FAUNA Sayangi Haiwan Pada setiap pagi, Indira dan Hana berjalan kaki ke sekolah. Pada suatu hari, mereka terjumpa seekor kucing di dalam longkang di tepi jalan. Hana: Indira, cepat kita selamatkan kucing ini. Indira: Baiklah, Hana. Saya bantu kamu. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya kucing itu telah dapat diselamatkan. Hana: Cepatlah, Indira, bawa kucing ini ke sekolah. Indira: Ya, Hana, saya setuju. Lagipun kita sudah lewat ke sekolah. Di sekolah, Indira dan Hana bertemu dengan guru kelas mereka. Indira dan Hana: Maafkan kami, cikgu, kerana lewat. Cikgu Hadi: Beritahu cikgu, sebab kamu berdua datang lewat hari ini. Indira dan Hana pun bercerita kepada Cikgu Hadi tentang peristiwa yang berlaku. Cikgu Hadi memuji sikap mereka. Unit 20 Mendengar dan Bertutur 123 1.1.2 (ii) BA: 49


Haiwan yang Prihatin Saya pula boleh mengangkat kayu-kayu yang besar. Saya bersetuju, Sang Kancil. Saya semakin sakit. Banyak kawan saya di sungai yang telah mati. Saya boleh memungut sampah dengan paruh saya. Pada suatu hari, Sang Kancil bertemu dengan haiwan-haiwan di hutan. Membaca Pencerita 124


Menyampaikan cerita yang telah dibaca. Aktiviti Pencerita Terima kasih, kawan-kawan. Jika sungai bersih, hidup kita akan sihat. Mengapa, Sang Kancil? Cuba lihat. Sungai kita semakin kotor. Hai, kawan-kawan! Mari kita bersihkan sungai. Semua haiwan di dalam hutan tersenyum gembira. • Bimbing murid membaca dan memahami cerita dan mempersembahkannya dalam teater pembaca. KB – Membuat inferens KP – Kinestetik EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 125 2.3.2 BA: 50


Diari Abang Aktiviti Keluarga Indira telah pergi ke Taman Negara di Pahang. Abang Indira menulis catatan tentang lawatan itu. Menulis maklumat berdasarkan bahan. guru rakan buku teks keluarga Aktiviti 1. mendengar taklimat Kami disambut oleh Encik Kamal, renjer yang bertugas. Kami mendengar taklimat daripada beliau. Indira mengukur ukur lilit sebatang pokok yang besar. Pokok itu berusia lebih daripada 100 tahun. Ayah mengambil gambar kami bersamasama dengan pokok periuk kera. Kami melihat seekor tenggiling memanjat pokok. Tenggiling hidup bebas di situ. Sebelum pulang, kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Kamal. 14 OKTOBER 2017 Menulis • Bimbing murid memahami bahan untuk melengkapkan maklumat dalam pengurusan grafik. KB – Menghubungkaitkan BCB – Mencatat maklumat EMK: Nilai Murni – Menghargai alam 126 3.2.3 BA: 51


• Bimbing murid memahami bahan untuk membina ayat dengan kata hubung. Taman Botani KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Menghargai alam Kata Hubung dan tetapi Indira Indira dan abang ingin berjoging kakak bermain jongkang-jongket. hari hujan. atau ke taman tema air? Indira ke taman botani TATABAHASA Cuba kamu bina ayat berdasarkan jadual. Indira ke taman botani atau ke taman tema air? Aktiviti Membina ayat dengan menggunakan kata hubung. 127 5.1.4 (i) BA: 52


Buku Skrap Kakak Membina ayat penyata berdasarkan bahan. Aktiviti Ayat Penyata Pokok Periuk Kera Pokok periuk kera ialah sejenis tumbuhan liar. Pokok ini tumbuh di dalam hutan di Malaysia. Pokok ini unik dan cantik. Kita perlu memelihara pokok ini agar tidak pupus. Pokok periuk kera pokok herba. Mengikut petua orang-orang tua, pokok ini baik untuk kesihatan. Terdapat beberapa jenis periuk kera yang airnya boleh mengubati sakit mata. Akarnya pula dapat mengubati sakit lelah. Kelongsong periuk kera juga boleh dijadikan acuan untuk membuat lemang. bunga seperti ada penutup periuk TATABAHASA • Bimbing murid memahami bahan untuk membina ayat penyata. KB – Menjanakan idea KP – Naturalis EMK : Nilai Murni – Bersyukur Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh: 1. Pokok periuk kera ialah sejenis tumbuhan liar. 2. Kita perlu memelihara pokok ini agar tidak pupus. Bijak Bahasa: 128 5.3.1 (i) BA: 53-54


Memberikan respons terhadap pesanan berdasarkan bahan. Aktiviti Baik, cikgu. Kami akan datang. Anita, kamu boleh juga membawa bunga untuk hiasan di atas meja. Program Hari Hijau • Bimbing murid memahami perbualan dan membuat simulasi. KB – Menjanakan idea KP - Interpersonal EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi BERSIHKAN ALAM Unit 21 Mendengar dan Bertutur Murid-murid, esok ada Program Hari Hijau. Kamu perlu membawa kain lap. Ya, cikgu. Saya akan bawa kain lap. 9 - 129 1.1.2 (iii) BA: 55


Aktiviti • Ceritakan cara kamu menjimatkan tenaga elektrik di sekolah. Selepas makan malam, Indira bertanya kepada ayahnya. “Ayah, bagaimanakah caranya menjimatkan tenaga elektrik di rumah?” Ayah berfikir sebentar, kemudian berkata, “Oh, ada banyak cara Indira! Kita hendaklah menutup suis lampu apabila hari sudah cerah. Selain itu, tutup juga suis lampu dan kipas apabila meninggalkan rumah.” “Ya, ayah. Guru selalu berpesan begitu. Amalan ini dapat menyelamatkan bumi kita,” terang Indira. “Pandai, anak ibu,” kata ibu sambil memeluk Indira. Jimatkan Tenaga Membaca • Bimbing murid membaca dan memahami cerita untuk mencatat maklumat penting. KB – Penilaian BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat 130 2.3.1 (i) BA: 56


Menulis karangan yang bertajuk “Beg Mesra Alam”. Aktiviti l beg mesra alam l diperbuat daripada tumbuhan Ini beg mesra alam. Beg ini diperbuat daripada tumbuhan. Beg Mesra Alam l beg istimewa l ada pelbagai bentuk l ada pelbagai warna l beg ini ringan dan nipis l mudah dibawa l beg boleh dikitar semula l boleh dicuci l cepat kering Menulis • Bimbing murid memahami maklumat untuk menulis karangan. KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual Nilai Murni – Mencintai alam sekitar 131 3.3.1 (i) BA: 57-58


Aktiviti Nyatakan ayat perintah berdasarkan dialog. Kemudian, bina ayat perintah yang lain. • Bimbing murid mengenal pasti dan membina ayat perintah berdasarkan respons. KB – Mengenal pasti Pembelajaran Kontekstual EMK: Nilai Murni – Menghargai alam Sila beratur sebelum menaiki komuter. Minta ayah kamu terangkan. Apakah kelebihan menaiki komuter, ibu? Ayat Perintah Menaiki Komuter Esok kita ke ibu kota. Jangan bangun lewat. Abang, tolong beli tiket di kaunter. Boleh, ayah. Ya, ayah. Kita dapat menjimatkan masa, Indira. Baiklah. TATABAHASA Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Contoh: Jangan bangun lewat. Sila beratur. Bijak Bahasa: Selain itu, komuter tidak mengeluarkan asap. Oleh itu, udara tidak tercemar. 132 5.3.1 (iii) BA: 59 - 60


Aku Senaskhah Surat Khabar • Bimbing murid membina ayat seruan berdasarkan bahan. KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerajinan Mengenal pasti ayat seruan berdasarkan bahan. Aktiviti Ayat Seruan Hai, kawan! Apa khabar? Wah, cantiknya saya! Aku telah dianyam hingga menjadi tudung saji. Aduh, sakitnya saya! Aku telah berjaya menyelamatkan alam sekitar. Gembiranya, saya telah berbakti! Aku diikat dan diletakkan di dalam stor. Aku berjumpa dengan rakan-rakan lain di dalam stor. TATABAHASA 133 5.3.1 (iv) BA: 61 - 62


Pemulihan Pengayaan Tulis ayat penyata berdasarkan gambar. Tulis ayat penyata berdasarkan gambar dan frasa. menanam anak pokok menyiram – dengan air hujan yang ditadah pokok – dibaja – hidup subur menyambut hari lahir – ke-7 tahun 134


Penilaian 7 A. Menyatakan respons terhadap suruhan, pesanan dan perintah. B. Baca dan fahami teks. Kemudian, nyatakan maklumat. C. Bina ayat seruan berdasarkan gambar. Huda dan Rina menyertai gotong-royong membersihkan sungai. Huda dan Rina melihat banyak sampah di dalam sungai. Mereka mengutip sampah-sampah itu dan memasukkannya ke dalam beg plastik. Beg-beg plastik itu dibuang ke dalam tong sampah. Ibu bapa Huda dan Rina telah menanam anak-anak pokok berhampiran dengan sungai. Mereka turut memacakkan papan tanda “Cintailah Sungai Kita”. Sungai itu menjadi bersih dan cantik. Sayangi Sungai Kita Baik, cikgu. Saya akan bermain di dalam rumah. wah amboi aduh Udara berjerebu. Kurangkan aktiviti di luar rumah. Bersihkan muka dan tangan setelah melakukan aktiviti. Jangan lupa memakai penutup mulut. 135


Tong Kitar Semula (Sumber: [email protected]) Tahukah, adik-adik, jenis-jenis tong kitar semula? Terdapat tiga tong kitar semula yang disediakan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini berwarna biru, coklat dan jingga. Semua kertas seperti akhbar, majalah, buku, kad dan kotak hendaklah dibuang ke dalam tong biru. Kegunaan tong coklat pula adalah untuk mengumpulkan barang-barang kaca. Antaranya termasuklah botol minuman, botol sos dan balang makanan. Barang-barang buangan daripada aluminium seperti tin minuman dan makanan perlu dimasukkan ke dalam tong jingga. Bahan plastik seperti beg plastik, botol minuman, botol cecair pencuci dan bekas makanan juga dimasukkan ke dalam tong ini. Dengan adanya tong kitar semula ini sampah sarap dapat diurus dengan baiknya. Persekitaran rumah dan alam sekitar akan menjadi bersih. Bacaan Luas 136


137 EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Berbual tentang maklumat yang terdapat dalam gambar. Aktiviti TEMA 8 NIA


138 138 Contoh Contoh Contoh Contoh Aktiviti Bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. WANG DALAM KEHIDUPAN Wang untuk Aimi Cuba kira berapa jumlah wang yang ada. Baiklah, ibu. Saya akan menyimpan di dalam tabung. Wang yang lebih . Gunakanlah wang ini secara berhemah. Contoh Contoh Terima kasih, ibu. Baik, ibu. Ada sekeping . Aimi, ini wang saku kamu untuk minggu ini. Contoh Contoh Contoh Unit 10 Mendengar dan Bertutur 22 Contoh Contoh 1.2.1 BA: 63 • Bimbing murid bertutur berdasarkan bahan dengan menggunakan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. KB – Membuat keputusan KP – Logik matematik EMK: Nilai Murni – Keusahawanan


139 Aktiviti Membaca, memahami dan menyatakan idea tersurat dan tersirat dengan betulnya. Rajin Menabung Ayah Rani memberikan sehari kepada Rani dan abangnya. Sebelum berbelanja, Rani dan abangnya akan menyimpan di dalam tabung. Baki wang mereka sebanyak RM1.50. Mereka berbelanja di kantin. Rani membeli roti dan susu kotak. Makanan itu baik untuk kesihatan. Pada hari minggu, Rani dan abangnya mengira jumlah simpanan mereka. Simpanan mereka berjumlah RM2.50 setiap seorang. Mereka bercadang hendak mendermakan wang itu. TABUNG KEBAJIKAN SK TAMAN MUHIBAH Contoh Contoh Idea tersurat: Idea tersirat: Idea tersurat: Idea tersirat: Membaca Contoh Idea tersurat: Sebelum berbelanja, Rani dan abangnya akan menyimpan RM0.50 di dalam tabung. Idea tersirat: Rani dan abangnya berjimat-cermat. 2.2.1 (ii) (iii) BA: 64-65 • Bimbing murid membaca, memahami dan menaakul untuk menyatakan idea tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks. KB – Mensintesis Pembelajaran kontekstual EMK: Nilai Murni – Prihatin


140 140 Membeli Alat Tulis RM0.40 RM0.60 RM0.40 Jamil membawa RM1.50 ke kedai buku di sekolah. Dia hendak membeli alat tulis. Jamil mengira harga barang-barang di kedai buku. Pensil dan pemadam berharga RM0.40 setiap satu. Harga buku latehan RM0.60. “Baki wang tingal RM0.10 sen sahaja jika aya membeli semua barang itu,” pikir Jamil. Wang RM0.20 tidak cukop untuk Jamil berbelanja. Adakah Jamil hendak membeli di kedai buku atau berbelanja di kentin? Aktiviti Mengedit ejaan dalam teks. Menulis 3.3.2 (i) BA: 66 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan dan membetulkannya. KB – Mengenal pasti KP – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Rasional


141 Di Pejabat Pos Hardip mengikut ayahnya ke pejabat pos. Ayahnya ada urusan di situ. Dia perlu membayar bil telefon, elektrik dan air. Ketika di pejabat pos ... Ayah Hardip dapat membuat bayaran dengan cepatnya. Dia berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di situ. Imbuhan Awalan dan Akhiran mengambil nombor giliran membilang jumlah wang mencari tempat duduk berbual-bual Aktiviti Berbual dengan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran. TATABAHASA 1 3 2 4 Imbuhan awalan hadir di bahagian awal kata dasar. Contoh: melihat, membaca, berkata, beratur Imbuhan akhiran hadir di bahagian akhir kata dasar. Contoh: bayaran, makanan Bijak Bahasa: 5.2.1 (i) (ii) BA: 67-68 • Bimbing murid berbual berdasarkan gambar dengan menggunakan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. KB – Membandingbezakan KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab


Click to View FlipBook Version