NAMA : SIVAYAVASI A/P KANTHASAMY
KELAS : 3 VAAIMAI
PENGENALAN
SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
I. WAU
II. GALAH PANJANG
III. BATU SEREMBAN
IV. SEPAK RAGA
V. GASING
VI. CONGKAK
VII. KETINGTING
SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL INDIA
I. SATHURANGGAM
II. KABADI
III. KHO KHO
SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL CINA
I. MAHJONG
II. XIANG QI
III. YOYO CINA
KEPENTIGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan
yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi
satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Lantaran resam yang
demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-
masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak
dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di
antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui
oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu
termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong,
dan lain-lain.
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau
masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti
wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi,
wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat
digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan
menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan
dinding
CARA BERMAIAN
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau atau layang-layang tersebut tinggi di udara.
Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan
berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari
melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan
dan bilangannya seramai sepuluh orang (boleh berubah-ubah).
Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah lingkungan 5-10
orang pemain di dalam satu regu dan terdapat satu (1) pemain simpanan.
Permainan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah lapang
dan rata. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung
kepada bilangan pemain.
CARA BERMAIAN
Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah
panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. Selepas pemilihan dilakukan,
setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan
akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang
dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah
dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini
gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan –
dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan
dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya
dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja
mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus
duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
CARA BERMAIAN
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi
satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke
udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini
akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,
malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
CARA BERMAIAN
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali
atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan
gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa
gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau,
rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga
menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang
tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada
panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk
melicinkan pergerakan gasing.
CARA BERMAIAN
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum
tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu
daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Jenis gasing Jenis gasing
Gasing toyol Gasing pacitan
Gasing begelen Gasing pangkah
Gasing berembang
Gasing buku benang Gasing piring
Gasing jantung Gasing pinang
Gasing kelamar Gasing tanjung
Gasing kepala duri Gasing telor
Gasing Cina
Gasing kuno Gasing Melayu
Gasing lang laut
Gasing uri
Gasing leper Gasing bawang
Gasing leper Kelantan Gasing history
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai
kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Papan congkak
berbentuk bangau menyudu.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu
papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh
diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris
yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm
dan lebarnya 18 cm.
CARA BERMAIAN
pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang
berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak
di lubang hujung sebelah kiri pemain. Setiap pemain akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah Congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan
pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi
mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.
SENARAI PERMAIANAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
CHATHUR
ANGGAM
KABADI KHO KHO
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat
bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama
itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata
yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna
memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan
kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan
(kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda
tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di
Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga
meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi
juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan
badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada
tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada
gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan
seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit
setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan
menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini
terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua
pembantu penjaring.
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum
India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan
menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa
Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan
kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain
lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta
pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12
pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan.
Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan
selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8
pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan "foul", Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi
pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa
rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang
diperlukan ialah 27mX15m.
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk
empat orang yang berasal dari China. Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan,
termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada
variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh
atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga
popular sebagai perjudian dan sebagai permainan
komputer.
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh
dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan
catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar
sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan
seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah
satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang
panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan
yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo
cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah
wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana
ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila
dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
KEPENTINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah
warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda
bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada
generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar,
tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh
supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak
berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.