The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danialj781, 2022-01-08 23:40:58

Kerja lapangan geoerafi tingkatan 2

Alat Telekomunikasi

SEKOLAH MENENGAH AGAMA
ARAB AN-NUR

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 2

2021

KAJIAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
DI SEKITAR PARIT RAJA ,BATU PAHAT , JOHOR.

NAMA : DANIAL HAZIQ BIN JAMALUDIN

TINGKATAN : 2 IBNU KHALDUN

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 2
KAWASAN KAJIAN 3-4
KAEDAH KAJIAN 5
HASIL KAJIAN 6 - 14
15
RUMUSAN 16
RUJUKAN
17
LAMPIRAN

PENGHA
RGAAN



Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan
kepada pengetua SMA Arab An-nur, Puan Hajah Ramlah binti
Abdul Ghani kerana memberi kebenaran untuk menjalankan
kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi
saya iaitu Puan Norhayati Binti Saini kerana telah membantu
saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk


ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil
komitmen yang jitu daripada beliau.


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya, iaitu Encik Jamaludin Bin Songip dan Puan Nurhanis
Binti mohammad Radzi yang memberi bantuan kewangan

dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja
lapangan ini.



Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan
saya, Umar Uthman dan Nafis Khalis kerana turut sama
menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan

kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih
ditujukan kepada responden dan orang sumber yang sudi

menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.

1

PENDAHULUAN




Saya telah memilih tajuk "Kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di
Sekitar Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja, Batu Pahat, Johor" sebagai
tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem telekomunikasi
dapat memberi banyak kemudahan kepada penduduk setempat.



Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah
selama dua minggu. Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan dalam
kerja lapangan ini dilakukan pada waktu lapang selepas waktu persekolahan.
Manakala penulisan laporan pula dijalankan pada waktu pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Geografi di dalam bilik darjah.



OBJEKTIF
KAJIAN


Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di sekitar
"Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja, Batu Pahat, Johor" untuk mencapai

objektif yang berikut:



1. Menghuraikan konsep dan takrifan sistem telekomunikasi.



2. Mengkaji latar belakang kawasan kajian.



3. Menghuraikan jenis alat telekomunikasi dan penggunaannya.



4. Membina jadual dan graf untuk menerangkan jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian.



5. Menghuraikan kepentingan sistem telekomunikasi di kawasan kajian.



6. Menghuraikan kesan positif dan kesan negatif daripada perkembangan
sistem telekomunikasi di kawasan kajian.


7. Merumuskan hasil kajian.

2

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN





Kawasan kajian saya adalah di sekitar
"Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor". Terdapat beberapa
ciri fizikal yang ada di kawasan kajian
saya. Antaranya ialah tanah pamah dan

tanah beralun. Kedudukan kawasan
kajian saya adalah di barat Batu Pahat.

Jaraknya kira-kira 22 km dari Batu
Pahat.



Ciri budaya yang terdapat di sekitar
kawasan kajian saya adalah sebuah
masjid, kilang dan taman perumahan.

Terdapat jaringan jalan raya yang
memudahkan perhubungan antara
satu destinasi ke destinasi yang lain.

3

PETA LAKAR SEKITAR PARIT RAJA

4

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah
dalam menjalankan kajian ini. Antaranya

ialah:



1. Pemerhatian: Saya telah membuat
pemerhatian di kawasan kajian untuk
mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri

budaya di kawasan kajian.



2. Temubual: Saya telah menemubual 5
orang responden untuk mendapat
maklumat tentang tugasan ini.



3. Soal selidik: Saya telah memberi soal
selidik kepada 20 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.



4. Rujukan: Saya telah melayari beberapa

laman web untuk mendapat maklumat
berkaitan kajian dan membuat rujukan

berdasarkan buku teks.

5

HASIL KAJIAN

KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI


Mengikut wikipedia,

telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi

elektronik jarak jauh, sama ada
satu atau dua hala. Ini

termasuklah komunikasi
menggunakan, radio,
televisyen, telefon dan
komputer.



Sistem telekomunikasi pula
merupakan semua sistem atau
komponen yang terlibat dalam

proses penghantaran
maklumat tersebut

6

KONSEP DAN TAKRIFAN
SISTEM TELEKOMUNIKASI



Mengikut wikipedia, telekomunikasi
pada dasarnya merupakan komunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu

atau dua hala. Ini termasuklah
komunikasi menggunakan, radio,
televisyen, telefon dan komputer.



Sistem telekomunikasi pula merupakan

semua sistem atau komponen yang
terlibat dalam proses penghantaran

maklumat tersebut

7

JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI

DAN PENGGU
NAANNYA


Terdapat banyak alat telekomunikasi. Berdasarkan soal
selidik/temu bual, berikut adalah alat telekomunikasi yang

responden berikan.



1. Mesin faks



Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan
salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan

dengan rangkaian telefon.



2. Komputer



Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai
ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding
dengan telefon bimbit biasa


3. Telefon pintar


Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara
dalam talian. Komputer juga memudahkan pelajar

mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang
boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan
internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan

tugasan

8

MEMBINA JADUAL DAN GRAF UNTUK
MENERANGKAN JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DI

KAWASAN KAJIAN





Saya telah menjalankan soal selidik / (temu bual) terhadap
20 / (3) orang responden di kawasan kajian untuk
mendapatkan maklum balas terhadap jenis-jenis alat
telekomunikasi yang mereka guna. Hasil soal selidik
diringkaskan dalam Jadual 1 dan dipersembahkan dalam
Graf 1.

9

Jadual 1 menunjukkan jenis alat
telekomunikasi di sekitar "Taman
Gemilang Harmoni, Parit Raja, Batu

Pahat, Johor". iaitu mesin faks,
komputer dan telefon pintar.



Melalui soal selidik/temu bual, seramai

1 orang responden menggunakan
mesin faks untuk memudahkan urusan

pekerjaan mereka. Sebagai contoh,
Encik Ahmad seorang peniaga

menggunakan mesin faks untuk urusan
perniagaannya.



Seterusnya, sejumlah 3 orang
responHdeAnPmPeYngNgEunWakYanE AkoRmputer
untuk memudahkan urusan pekerjaan

mereka. Sebagai contoh, Pak Abu
mengedit video menggunakan

komputer untuk meningkatkan kualiti
dan kreatifan videonya.

10

Berdasarkan soal selidik/temu
bual, didapati 16 orang

responden menggunakan
telefon pintar untuk

memudahkan urusan pekerjaan
mereka. Sebagai contoh, Kak
Limah menggunakan telefon
pintar untuk memudahkan
urusan pekerjaannya.


Kesimpulannya, telefon pitar

mendapat respoden yang paling
tinggi kerana ia boleh

berkomunikasi sesiapa sahaja
dimana jua.

11

KEPENTINGAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI



1. Mengeratkan silaturahim



Berdasarkan soal selidik/temu
bual dengan responden,

telefon pintar merupakan alat
telekomunikasi yang mampu

mengeratkan silaturahim
antara ahli keluarga dan
rakan-rakan. Silaturahim ini
akan dapat kekal berterusan

tanpa masalah.



Sebagai contoh, anak yang
berada di luar negara seperti

Madinah dapat dihubungi
oleh ahli keluarga yang lain
melalui telefon pintar dengan

mudah.

12

KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF
PERKEMBANGAN SISTEM TELEKOMUNIKASI



Kesan Positif



1. E-perbankan



Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan

serta soal selidik/temu bual dengan
responden, perkembangan sistem
telekomunikasi di kawasan kajian telah
mampu menggalakkan ramai orang
menggunakan e-perbankan untuk urusan
bank secara atas talian dengan mudah dan

cepat.



Sebagai contoh, urusan pembayaran bil
seperti bil elektrik rumah boleh dibayar
menerusi e-perbankan bank masing-masing

walau di mana saja kita berada.

13

Kesan Negatif



1. Penyebaran Maklumat Berunsur
Negatif



Melalui soal selidik/temu bual dengan
responden, perkembangan sistem
telekomunikasi di kawasan kajian
mendapati banyak maklumat
berunsur negatif seperti keganasan,
hasutan dan khabar angin sukar
ditapis serta berleluasa tanpa
kawalan.


Sebagai contoh, maklumat tentang

data kes COVID-19 yang telah berlaku
di sesuatu kawasan disebarkan tanpa
merujuk kepada data sahih dari KKM

dan MKN. Ini boleh menyebabkan
maklumat tersebut menjadi satu
khabar angin di atas talian secara

berleluasa.

14

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak
alat telekomunikasi seperti telefon pintar

yang digunakan oleh orang ramai
khususnya di kawasan kajian saya. Alat
telekomunikasi ini mempunyai banyak

kepentingan, antaranya ialah untuk
mengeratkan silaturahim dan dapat
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.



Seterusnya, perkembangan sistem
telekomunikasi telah memberi banyak
kesan positif seperti e-perbankan. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kesan
negatif terhadap perkembangan sistem
telekomunikasi ini seperti penyebaran

maklumat berunsur negatif



Sama-samalah kita berusaha untuk
menggunakan pelbagai alat

telekomunikasi dengan betul dan elakkan
menyebar berita-berita atau maklumat
tidak tepat kepada orang ramai.

15

RUJUKAN

8.1 Buku



Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003).
Geografi tingkatkan 2 Kuala Lumpur: pencetakan

Saufi.



Aw Soo Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai Yoeng
& Nik Idris Nik Muhammed. (2017). Focus PT3
Geografi Tingkatkan 1,2,3. Bangi: Penerbitan
pelangi Sdn. Bhd


8.2 Orang sumber


Encik Samat bin junus, 50 tahun, No.88 Taman

Purnama, 86200 simpang renggam, johor. Encik
boemgyu bin johan,23 tahun, No.333 Taman,
Purnama, 86200 simpang renggam,
johor


Encik Hyeongjun bin minhee, 21 tahun, No.423
Taman Purnama, 86200 Simpang Renggam,
johor.


Internet


https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
https://youtu.be/w5htc7-FKhg

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version