The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-81044428, 2022-06-23 18:35:40

Buku Program MAT PIBG

Buku Program MAT PIBG

Kata Penghargaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

ُ‫اَل َّسلاَ ُمُ َعلَ ْي ُك ْمُ َو َر ْح َم ُُة ال هُل َو َب َر َكا ُت ُه‬

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48
pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG
boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam
bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan
tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi
2021/2022 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini.
Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru banyak
membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk
anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan
dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana
bagi membantu sekolah ini.

Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat
berperanan mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri
yang baik dapat diterapkan. Dengan ini akan membantu pihak sekolah
mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya percaya dan yakin
bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk anak-
anak meraih kejayaan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Sekian,
terima kasih.

Sekian, wassalam.

Saya yang menjalankan amanah,

NGATIMAN BIN SEERON
Yang Dipertua PIBG
SK Melayu Raya

Kata Alu-aluan Guru Besar

‫اَل َّسلاَ ُُم َع َل ْي ُك ْمُ َو َر ْح َم ُُة ال هُل َو َب َر َكا ُت ُُه‬

Sepenuh kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keizinanNya, maka sekali lagi warga SK Melayu Raya dapat mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48.

Jutaan terima kasih di atas kerjasama tuan puan hadir dan melapangkan masa
menjaya dan memeriahkan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua
Jawatankuasa PIBG yang banyak membantu pihak sekolah. Banyak sungguh
penambahbaikan sekolah yang terhasil berkat komitmen dan kerjasama daripada
anda. Kerjasama seperti ini sesungguhnya membantu program dan aktiviti sekolah
berjalan dengan lancar, anak-anak dapat belajar dengan selesa dan secara tidak
langsung memperlihatkan PIBG sekolah ini aktif dan berfungsi. Tahniah!, Bangga
menjadi sebahagian daripada anda.

Moto sekolah yang berbunyi “Ilmu Suluh Hidup” memperlihatkan betapa
pentingnya ilmu kepada setiap individu. Ilmu mempengaruhi jatuh bangunnya
seorang manusia. Ia bukan sahaja menjamin seseorang itu berjaya menggapai
kerjaya yang dimpikan malah meletakkan martabat dan harga diri seorang manusia.
Untuk itu sekolah akan berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan setiap
cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh setiap murid akan mereka perolehi sebelum
mereka meninggalkan sekolah ini.

Di sinilah letaknya keperluan seluruh warga sekolah; guru dan ibu bapa
mengembeling tenaga untuk memastikan anak-anak kita mencapai kejayaan bukan
sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulum juga. Harapan saya semoga
usaha murni dari kita semua dapat diteruskan, dipertingkatkan dari semasa ke
semasa bagi memastikan slogan sekolah ‘SKMR awesome’ menjadi realiti. Rangkai
kata ‘teratak kecil tiang beribu ‘ pula dilahirkan untuk mengalu-alukan, meraikan apa
sahaja bentuk sumbangan dan bantuan dari pihak luar demi memajukan sekolah
kecil ini menjadi besar kemenjadian dan auranya, tinggi kualitinya.

Akhir sekali, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YDP PIBG, guru-guru,
para pelajar serta warga kerja SK Melayu Raya atas kejayaan mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 ini. Semoga SK Melayu Raya yang kita cintai ini
menjadi sekolah berkualiti yang dapat melahirkan kemenjadian murid sebagaimana
yang dihasratkan oleh KPM yang diterjemahkan di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Kebangsaan 2013-2025

Sekian Terima Kasih.

#skmrawesome
#teratakkeciltiangberibu

MOHD ALI BIN HADOON @ ADON
Guru Besar
SK Melayu Raya

ATUR CARA

2:00 petang - Kehadiran jemputan
2:30 petang - Ketibaan YB Hajah Natrah binti Ismail
- Doa
3:00 petang - Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmian
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 dimulakan

AGENDA MESYUARAT
a) Ucapan Pengerusi ;
b) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung
Tahunan 2021;
c) Membentang dan menerima Laporan Tahunan ;
d) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 ;
e) Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022
f) Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023
g) Membahaskan usul ;
h) Ucapan Penangguhan ; dan
i) Hal – hal lain.
- Penyampaian Cenderamata
- Cabutan Bertuah
- Penutup / Bersurai

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

PENGERUSI
Cikgu Mohd Ali bin Hadoon @ Adon

Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Cikgu Roainis binti Mohamed Ali
Guru Penolong Kanan Kurikulum

NAIB PENGERUSI I
Cikgu Mohamad Nasir bin Sanusi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI II
Cikgu Azlinda binti Ahmad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Cikgu Mohd Hafizzuddin bin Mohd Rubai

BENDAHARI
Cikgu Zabridin bin Abd Karem

JURUAUDIT

Encik Abdul Sukor bin Abd Karem
Puan Nor Azlina binti Wahab

PEMEGANG AMANAH

Guru Besar
Yang Dipertua

Setiausaha
Bendahari

AJK TERTINGGI
Encik Ngatiman bin Seeron
Encik Abd Rahman bin Omar
Cikgu Zabridin bin Abd Karem
Cikgu Saiful Bahar bin Darus
Cikgu Zulfadlesham bin Said
Cikgu Zuraini binti Mohd Taib
Cikgu Noorfaezah binti Lot
Puan Suzana binti Sapari
Encik Masnon bin Ahmad
Encik Abdul Sukor bin Abd Karem
Puan Nor Azlina binti Wahab
Puan Halizawati binti Mat Hussin
Puan Afizah binti Md. Yusof
Puan Safezah binti Sapari

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

PENYAMBUT TETAMU
Encik Ngatiman bin Seeron
Encik Abd Rahman bin Omar
Cikgu Mohd Ali bin Hadoon @ Adon
Cikgu Roainis binti Mohamed Ali
Cikgu Mohamad Nasir bin Sanusi
Cikgu Azlinda binti Ahmad

BUKU PROGRAM
En. Abdul Sukor bin Abd Karem
Cikgu Siti Raihana binti Zainal

CABUTAN NOMBOR BERTUAH
En. Masnon bin Ahmad

Cikgu Rozana binti A. Wahid
Pn. Siti Khatijah binti Jerawi

SIAR RAYA
En. Ngatiman bin Seeron
Cikgu Abd Hadi bin Md Saim

PENDAFTARAN
Puan Halizawati bin Mat Hussin

Cikgu Hapipah binti Budi

PENGACARA MAJLIS
Puan Halizawati binti Mat Hussin

Cikgu Zabridin bin Abd Karem

BACAAN DOA
Cikgu Saiful Bahar bin Darus
Cikgu Zuraini binti Mohd Taib

PERSIAPAN PENTAS
Puan Safezah binti Sapari
Puan Nor Azlina binti Wahab
Pn. Leny Irnawati binti Sapari
Pn. Afizah binti Md Yusof

Pn. Suzana binti Sapari
En. Masnon bin Ahmad

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK
Cikgu Zulfadlesham bin Said
En. Mohamad Ariff bin Jalani
Puan Norradiah binti Dulkarim

PERAKAM PERISTIWA
Puan Nor Azlina binti Wahab
Cikgu Zulfadlesham bin Said
Cikgu Saiful Bahar bin Darus
Cikgu Mohd Rashdan bin Mustaffa

HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA
Puan Nor Azlina binti Wahab
Cikgu Zaireen binti Sulaiman
Cikgu Noorfaezah binti Lot

PERSIAPAN DEWAN
Puan Afizah binti Md Yusof
Cikgu Mohd Rashdan bin Mustaffa
Cikgu Abd Hadi bin Md Saim

Pekerja Pembersihan

KEBERSIHAN DEWAN
Cikgu Mohd Hafizzuddin bin Mohd Rubai

Pekerja Pembersihan

JAMUAN
Puan Safezah binti Sapari
Puan Suzana binti Sapari
Puan Suyera binti Othman
Puan Afizah binti Md Yusof
Puan Nor Azlina binti Wahab
Cikgu Habshah binti Hasbullah

PENCATAT MINIT MESYUARAT
Pn. Suzana binti Sapari

Cikgu Rozana binti A. Wahid
Cikgu Noorfaezah binti Lot
Cikgu Zaireen binti Sulaiman

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-47

SK MELAYU RAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA, SEGAMAT.
MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE 47

Tarikh : 26 September 2021
Masa : 2:30 petang
Tempat : Lokasi Masing-masing (Google Meet)
Pengerusi : Encik Ngatiman bin Seeron (YDP PIBG)
Kehadiran : 98 orang

1. PERUTUSAN PENGERUSI YDP PIBG (ENCIK NGATIMAN BIN SEERON)

1.1. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru.
1.2. Berharap agar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 secara norma baharu

berjalan lancar sehingga ke penghujung.
1.3. Ucapan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan semua demi kemenjadian

murid walaupun berdepan pelbagai kekangan pergerakan, pematuhan SOP

norma baharu dan cabaran pandemik Covid-19.

2. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR (CIKGU ROSNANI BINTI AMINON)

2.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat YDP
PIBG, ibu bapa, guru-guru, Ketua Kampung dan semua hadirin yang hadir ke
mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 tahun 2021.

3. UCAPAN PERASMIAN OLEH CIKGU ROSNANI BINTI AMINON
3.1. Memaklumkan perkembangan sekolah merangkumi bilangan terkini guru
seramai 18 orang (cukup badan) tetapi masih kekurangan opsyen Pendidikan
Islam. Jumlah murid termasuk prasekolah seramai 191 orang. Ahli Kumpulan
Pelaksana (AKP) seramai tiga orang, kakitangan pembersihan swasta
seramai tiga orang dan pengawal keselamatan seramai empat orang.
3.2. Aktiviti kurikulum dan hal ehwal murid telah dapat dilaksanakan dengan baik
meskipun berhadapan cabaran pandemik Covid-19 yang menuntut
pengamalan norma baharu dalam kehidupan murid, guru dan ibu bapa.
3.3. Laporan penyertaan kokurikulum murid adalah seperti dalam lampiran yang
disertakan.
3.4. Dengan lafaz Bismillah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKMR kali ke-47
bagi tahun 2021.

4. AGENDA MESYUARAT AGUNG

2.1 Cikgu Mohd Hafizzuddin bin Mohd Rubai selaku setiausaha PIBG SKMR
membentangkan minit mesyuarat kali ke 46.

Cadangan pengesahan minit oleh : Puan Nurul Idayu binti Termidi

Disokong oleh : Cikgu Zabridin bin Abd Karem

2.2 Cikgu Zabridin Bin Abd Karem selaku bendahari PIBG SKMR
membentangkan laporan kewangan tahun 2020.

Cadangan pengesahan penyata kewangan : Puan Ramlah binti Ab Hamid

Disokong oleh : Puan Halizawati binti Mat

Hussin

2.3 Yang Dipertua PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2021 pada jam
3:55 petang bagi memberi laluan lantikan AJK baharu. Cikgu Halimatus
Saadiah binti Mahadi mempengerusikan sementara pemilihan jawatankuasa.

2.4 Cikgu Zabridin bin Abd Karem mencadangkan AJK PIBG Tahun 2020 dilantik
semula untuk sesi 2021/2022. Hadirin memberikan sokongan sebulat suara.

2.5 Senarai Jawatankuasa Tertinggi:

Ex-Officio : Puan Rosnani binti Aminon (Guru Besar)

Yang Dipertua : Encik Ngatiman bin Seeron (Dilantik semula)

Naib Yang Dipertua : Encik Abd Rahman bin Omar (Dilantik semula)

Setiausaha : Encik Mohd Hafizzuddin bin Mohd Rubai

Bendahari : Encik Zabridin bin Abd Karem

Ahli Jawatankuasa Guru
1. Encik Saiful Bahar bin Darus (Dilantik semula)
2. Encik Zulfadlesham bin Said (Dilantik semula)
3. Puan Noorfaezah binti Lot (Dilantik semula)
4. Cik Zuraini binti Mohd Taib (Dilantik semula)

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
1. Encik Masnon bin Ahmad (Dilantik semula)
2. Puan Suzana binti Sapari (Dilantik semula)
3. Puan Halizawati binti Mat Hussin (Dilantik semula)
4. Puan Safezah binti Sapari (Dilantik semula)
5. Puan Afizah binti Md Yusof (Dilantik semula)
6. Puan Leny Irnawati binti Sapari (Dilantik semula)

Juruaudit Dalaman

1. Encik Abdul Sukor bin Abd Karem (Dilantik semula)
2. Puan Nor Azlina binti Wahab (Dilantik semula)

5. MEMBAHASKAN USUL

5.1 Puan Nor Azura binti Othman mengusulkan agar dibina susur gajah (laluan pejalan
kaki) berbumbung dari bangunan sekolah ke Pintu Pagar B bagi memudahkan
pergerakan murid terutamanya ketika pulang ketika cuaca panas terik dan hujan
lebat. Cikgu Rosnani binti Aminon memaklumkan permohonan untuk mendapatkan
peruntukan bagi projek tersebut telah dipanjangkan kepada pihak kementerian.
Projek ini sangat berkeperluan, memerlukan belanjawan yang tinggi. Sehubungan
itu, semua ibu bapa teruskan berdoa agar dana yang dimohon diluluskan segera.

5.2 Cikgu Zabridin bin Abd Karem mengusulkan agar ibu bapa untuk menyumbang
RM30 setiap keluarga untuk tahun 2021. Usul disokong sebulat suara oleh 98
orang peserta mesyuarat.

5.3 Puan Noor Jannah binti Rahman mencadangkan agar guru-guru menjalankan

Pengajaran dan Pemudahcaraan di Rumah (PdPR) dengan murid melalui pelantar
‘Google Meet’ sekurang-kurangnya sekali sehari bagi satu mata pelajaran. Cikgu

Halimatus Saadiah binti Mahadi menjelaskan guru-guru komited dan sentiasa
bersedia untuk melaksanakan PdPR menggunakan pelantar ‘Google Meet’

mengikut jadual. Namun begitu, kerjasama jitu dan padu juga dituntut menerusi

sokongan ibu bapa kepada murid melalui galakan supaya menyertainya. Hasil

dapatan laporan harian mendapati, purata 5 orang murid sahaja yang menyertai
PdPR menerusi ‘Google Meet’ iaitu kurang memuaskan. Sebagai langkah

intervensi, PdPR secara luar talian juga turut dijalankan bagi mereka yang tidak

dapat menyertai kelas secara dalam talian (GM). Antara medium yang digunakan
ialah kumpulan perbualan Whatsapp dan Telegram dimanfaatkan secara optimum.
Sebagai langkah nilai tambah, modul lembaran kerja bercetak turut dibekalkan
kepada murid bagi meningkatkan tahap kefahaman terhadap isi kandungan
pelajaran yang disampaikan sewaktu PdPR.

5.4 Cikgu Rosnani binti Aminon memohon pandangan dan mandat daripada ibu bapa
hadirin bagi menggunakan dana tabung PIBG bagi pengurusan pembelian alas
meja murid di kelas yang kian uzur dan usang. Alas meja baharu menggunakan
bahan berasaskan gegantung (banner) yang tahan lasak serta mudah diuruskan.
Rasional lain ialah memudahkan proses sanitasi sebelum murid pulang ke rumah
dan dapat memastikan meja bersih daripada kekotoran dan kuman. Usul disokong
sebulat suara.

5.5 Cikgu Zabridin bin Abd Karem mencadangkan agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Melayu Raya membuka akaun bank di bawah kelolaan Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia bagi melicinkan perjalanan pengurusan penyaluran dana
sumbangan. Cadangan diterima dan disokong sebulat suara.

6. HAL-HAL LAIN

Tiada.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1. Cikgu Rosnani binti Aminon mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang bekerjasama membimbing anak-anak sepanjang PdPR
berlangsung.

7.2. Taklimat khas berkenaan pengoperasian sekolah akan diadakan pada hari
Isnin, 27 september 2021 menerusi platform Google Meet. Semua murid dan
ibu bapa adalah dipohon supaya menunjukkan kebersamaan yang tinggi
dengan menyertai taklimat tersebut bagi mendapatkan info terkini.

7.3. Encik Ngatiman bin Seeron sekali lagi mengucapkan terima kasih atas
kerjasama semua menjayakan mesyuarat agung tahunan kali ini.

7.4. Mesyuarat ditangguhkan oleh pada jam 4:05 petang.

Minit dicatat oleh:
Cikgu Rozana binti A. Wahid, Cikgu Noorfaezah binti Lot, Cikgu Hapipah binti Budi,
Cikgu Zaireen binti Sulaiman dan Cikgu Zuraini binti Mohd Taib.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................……………………………………. ………………………….......
MOHD HAFIZZUDDIN BIN MOHD RUBAI NGATIMAN BIN SEERON
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Melayu Raya, SK Melayu Raya,
85000 Segamat, Johor 85000 Segamat, Johor.

PENYATA KEWANGAN PIBG

Disediakan oleh: Disemak ole

zabridin ABDUL SUK
ZABRIDIN BIN ABD KAREM Juruaudit 1
Bendahari PIBG

G SK MELAYU RAYA TAHUN 2021

eh: Disemak oleh:
sukor
azlina
KOR BIN ABD KAREM NOR AZLINA BINTI WAHAB
Juruaudit 2

USUL DAN CADANGAN IBU BAPA

1.Sumbangan PIBG

Nama : 1) Cikgu Zabridin Bin Abd. Karem

Usul/ cadangan

 Mencadangkan yuran PIBG dibayar sebanyak RM 30 setiap satu keluarga diteruskan
untuk tahun 2023.

CATATAN

Sekalung Penghargaan Kepada Semua Pihak Yang
Terlibat Dalam Menjayakan Dan Menyumbangkan

Dana Bagi
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


Click to View FlipBook Version