The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANALISIS TENTANG GAYA PEMBELAJARAN, TEORI
PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI ASPEK ASPEK
TERSEBUT TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR
BERKEPERLUAN KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1083-16-nixon, 2023-06-12 08:42:23

ANALISIS TENTANG GAYA PEMBELAJARAN, TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI ASPEK ASPEK TERSEBUT TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

ANALISIS TENTANG GAYA PEMBELAJARAN, TEORI
PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI ASPEK ASPEK
TERSEBUT TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR
BERKEPERLUAN KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16109 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN Nama : NIXON TUJANG ANAK MARTIN No. K/P : 030713-13-0815 Angka Giliran : 2022082340262 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Ambilan : JUN 2022 Semester : 2 Unit : MATEMATIK 1 Nama Pensyarah : USTAZ PAUZI BIN YUSOFF Tugasan : (2) PENULISAN Tarikh Hantar : 28 FEBRUARI 2023


Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki danfahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU. BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: NIXON TUJANG ANAK MARTIN Angka Giliran: 2022082340262 Kod Kursus: EDUP3113 Nama Kursus: PSIKOLOGI PEMBELAJARAN Pensyarah: USTAZ PAUZI BIN YUSOFF Tarikh Hantar: Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’ Tanda tangan Pelajar: NIXON Tarikh: 28 FEBRUARI 2023 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh: NIXON 28 FEBRUARI 2023


ANALISIS TENTANG GAYA PEMBELAJARAN, TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI ASPEK-ASPEK TERSEBUT TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS


PENGHARGAAN Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Bersyukur terhadap Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus EDUP3113: PSIKOLOGI PEMBELAJARAN ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya medapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik Kursus EDUP3113: PSIKOLOGI PEMBELAJARAN iaitu USTAZ PAUZI BIN YUSOFF yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada USTAZ PAUZI BIN YUSOFF kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih diucapkan juga kepada semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya.


KANDUNGAN PENGENALAN ...................................................................................................................................................... 1 ANALISIS GAYA PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS ......................................................................................................................... 2-4 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS ......................................................................................................................... 5-6 KESIMPULAN ....................................................................................................................................................... 7 RUJUKAN.......................................................................................................................................................... 8-9


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 1 PENGENALAN Mok (2009) merumuskan bahawa perbezaan perilaku yang agak berpanjangan yang dihasilkan menerusi proses baik melalui latihan mahupun pengalaman organisma merujuk kepada maksud pembelajaran yang didefinisikan oleh ramai ahli psikologi pada peringkat umum. Selain itu, kepelbagaian gaya pembelajaran mempunyai pengaruh terhadap pengajaran dan pembelajaran. Lain daripada itu, gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan seseorang pelajar dapat membantu mereka untuk mencapai prestasi akademik yang baik. Oleh itu, Rosly et al. (2023) dan Zubaidah Begam (2007) menyatakan bahawa oleh kerana gaya pembelajaran mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian akademik, pelajar hendaklah mempraktikkan pembelajaran dengan cara yang sesuai. Selain gaya pembelajaran, teori pembelajaran yang diwujudkan oleh ahli-ahli psikologi turut mempunyai kepentingan sebagai panduan dan rujukan untuk mendorong pembelajaran dalam kalangan pelajar menjadi lebih bermakna dan berkesan. Menurut Abu Zahari (1988), teori pembelajaran diertikan sebagai buah fikiran ahli pengkaji tentang kebenaran konsep, faktor dan proses pembelajaran hasil daripada beberapa kajian atau eksperimen yang dijalankan. Berikutan itu, terdapat pelbagai teori pembelajaran yang mempunyai disiplin atau prinsip tersendiri dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, kemahiran berfikir, mengingat, mempersepsi, menginterpretasi, menaakul dan menyelesai masalah merupakan peranan aktiviti mental yang ditekankan oleh Teori Pembelajaran Kognitif dalam proses pembelajaran (Clark, 2018). Akhir sekali, implikasi-implikasi kedua-dua aspek pembelajaran tersebut perlu dinilai, diteliti dan dikenal pasti dengan lebih jitu agar pihak pendidik dapat menggunakan cara dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan terutamanya terhadap pelajar berkeperluan khas.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 2 ANALISIS GAYA PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Seperti mana yang kita tahu, gaya pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian amat membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Dalam aspek gaya pembelajaran, terdapat pelbagai perkara yang perlu dikaji iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi, jenis-jenis, model-model, dan implikasinya. Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran ialah personaliti, jantina, persekitaran, rakan sebaya dan guru. Pembelajaran boleh dipengaruhi oleh personaliti seseorang melalui motivasi dan sikap. Seperti kajian Siddiquei et al. (2018), ciri personaliti membantu epelajar dalam proses pembelajaran selain mendapat inspirasi. Faktor kedua ialah guru iaitu merujuk kepada kaedah atau strategi serta pendekatan yang digunakan oleh mereka untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar terutamanya pelajar berkeperluan khas. Menurut Siti Rubiyani et al. (2020), kemenjadian murid berkeperluan khas dapat ditingkatkan oleh guru yang kompeten manakala proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan adalah disebabkan guru yang tidak kompeten. Faktor jantina juga mempengaruhi gaya pembelajaran termasuklah pelajar berkeperluan khas. Dari segi pelajar berkeperluan khas, masalah pembelajaran lebih banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding di sekolah pada pandangan yang pertama (Mohamad Qasim, 2018). Keadaan persekitaran turut memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran. Persekitaran yang kondusif dan positif dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dan sebaliknya. Semua pelajar terutamanya golongan berkeperluan khas mendapat kebaikan daripada persekitaran pembelajaran yang berkualiti tinggi berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan (García-Carrión et al. 2018). Rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang juga mempengaruhi gaya pembelajaran termasuklah pelajar berkeperluan khas. Bagi pelajar yang biasa, rakan sebaya secara kasarnya hanya mempengaruhi mereka dari segi tabiat, tingkah laku atau perkara yang melibatkan aktiviti sosial harian. Akan tetapi, pelajar berkeperluan khas melihat diri mereka amat berbeza dengan rakan sebaya yang normal iaitu dari segi kesempurnaan fizikal dan mental. Perkara ini dapat memberi kesan yang negatif kepada emosi dan motivasi mereka dalam pembelajaran. Bagi jenis gaya pembelajaran pula, saya berpandangan bahawa gaya pembelajaran jenis Visual, Auditori dan Kinestetik amat sesuai diaplikasikan kepada kedua-dua pelajar biasa dan berkeperluan khas. Abdul Rahim (2021) menyatakan bahawa teknik dan gaya belajar berteraskan Visual, Auditori dan Kinestetik perlu digunakan oleh guru pendidikan khas bagi menjadikan penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) lebih efektif. Terdapat kajian yang


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 3 membuktikan bahawa kaedah belajar Visual, Auditori dan Kinestetik ini amat sesuai digunakan terutamanya pelajar bekeperluan khas. Antaranya ialah kajian Bawalsah et al. (2020) mendapati bahawa tanpa sebarang program tambahan atau pemulihan melalui perkhidmatan pendidikan khas, pencapaian Purata Nilai Gred pelajar Gred 10 dengan masalah pembelajaran yang baik memperlihatkan mereka dapat menstabilkan dan seterusnya mengurangkan impak negatif masalah pembelajaran melalui penggunaan gaya pembelajaran Auditori dan Kinestetik. Kumar & Raja (2009) pula menyarankan gaya pembelajaran Visual harus digunakan oleh guru Matematik bagi membantu pelajar dyscalculic. Daripada kesemua faktor dan jenis gaya pembelajaran yang telah dianalisis, didapati bahawa Model Pembelajaran Dunn dan Dunn sesuai digunakan oleh pelajar termasuklah berkeperluan khas. Hal ini kerana Model Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah melibatkan kelima-lima faktor pembelajaran iaitu personaliti, persekitaran, jantina, rakan sebaya dan guru dan juga ketiga-tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik yang terdapat dalam antara lima kategori gaya pembelajaran murid seperti kategori fizikal dan sosiologikal. Persekitaran, emosional dan psikologikal juga merupakan kategori yang amat penting untuk diambil kira bagi mengoptimumkan pembelajaran pelajar khasnya bagi berkeperluan khas. Oleh itu, Model Pembelajaran Dunn dan Dunn amat sesuai digunakan oleh pelajar termasuklah pelajar berkeperluan khas. Implikasinya, guru harus menggunakan kaedah mengajar yang sesuai bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Hal ini sepadan menurut Mardziah et al. (2021) yang menyatakan bahawa suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kondusif dan menghiburkan adalah disebabkan kebolehan guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran. Selain itu, guru hendaklah mengamalkan sikap dan amalan moral yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana. Hal ini kerana keberkesanan pengajaran dan pencapaian murid ditentukan oleh sikap guru (Norma et al., 2021; Mohamad Ziyad et al., 2021). Guru harus sentiasa bersikap positif dan memberi dorongan motivasi yang membina kepada semua pelajar terutamanya kepada golongan berkeperluan khas supaya mereka merasakan diri mereka dihargai serta mendapat hak pendidikan yang sama rata. Implikasi yang terakhir ialah guru hendaklah menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan perkembangan minda pelajar termasuklah golongan berkeperluan khas agar mereka menjadi insan yang berjaya. Perkara ini sejajar dengan Nor Shahida (2021) yang menyatakan bahawa generasi masa hadapan yang cemerlang bergantung kepada kepelbagaian teknik yang dipelajari oleh guru.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 4 Tamsilnya, guru perlu mencipta aktiviti mental yang memerlukan pelajar untuk menaakul, mengira, menganalisis dan menyelesaikan serta seumpamanya. Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan gaya pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK) yang dapat membantu pelajar termasuklah golongan berkeperluan khas dalam meningkatkan perkembangan kognitif serta memperolehi pengetahuan, pengalaman pembelajaran serta kemahiran baharu.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 5 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Dengan memfokuskan faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi proses pembelajaran, teori pembelajaran memberi penerangan terhadap variasi cara belajar. Disebabkan proses pembelajaran yang kompleks, pelbagai strategi pembelajaran telah dijelaskan melalui teori-teori yang telah diterokai. Terdapat lima teori pembelajaran utama iaitu Behaviorisme, Kognitif, Konstruktivis, Sosial dan Humanistik. Walau bagaimanapun, tidak semua teori dapat diaplikasikan terhadap pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Didapati bahawa teori pembelajaran Behaviorisme, Sosial dan Humanisme amat sesuai digunakan dalam pembelajaran pelajar berkeperluan khas dalam semua peringkat. Di samping pelajar berkeperluan khas, ketiga-tiga teori pembelajaran tersebut juga sesuai digunakan untuk pembelajaran pelajar normal. Teori pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme hanya bersesuaian digunakan kepada pelajar biasa tetapi agak sukar kepada pelajar berkeperluan khas. Hal ini kerana terdapat pelajar berkeperluan khas yang menghadapi masalah perkembangan kognitif seperti contoh lembam, terencat akal, disleksia dan seumpamanya. Implikasi teori pembelajaran Behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah ialah guru memerlukan strategi pengajaran yang dapat mengukuhkan tingkah laku baik pelajar serta mengelakkan perkara yang tidak diingini. Dalam teori ini, guru menggunakan segala bentuk pengukuhan dan peneguhan yang dapat membantu pelajar menguasai pengetahuan, amalan dan kemahiran yang positif secara berterusan. Salah satu idea Lenjani (2015) iaitu bagi membolehkan penguasaan berlaku, latihan dan semakan yang diperbanyakkan amat sesuai untuk dilaksanakan dalam implikasi teori pembelajaran Behaviorisme. Implikasi teori pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru perlu menjadi model yang memainkan peranan dalam mengukuhkan tingkah laku positif kerana Noriati et al. (2009a, p. 94) mengatakan sekiranya tingkah laku yang diperhatikan menjadi tumpuan, pelajar akan dapat menirunya. Oleh sebab itu, guru harus mempunyai akhlak dan keperibadian diri yang mempunyai nilai-nilai moral dan keagamaan supaya menjadi teladan kepada para pelajar. Akhir sekali, teori pembelajaran Humanisme memerlukan guru untuk peka terhadap keperluan pelajar terutamanya golongan berkeperluan khas dari segi potensi berdasarkan kebolehan mental dan kemampuan fizikal mereka. Dengan itu, guru harus mengenal pasti aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan potensi setiap pelajar mengikut peringkat perkembangan masing-masing lebihlebih dari segi kognitif. Bukan itu sahaja, guru perlu menyamaratakan pelajar normal dengan berkeperluan khas supaya dapat meningkatkan potensi akademik masing-masing tanpa mengira


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 6 kekurangan yang ada pada diri sendiri. Lain daripada itu, guru harus menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan khusus untuk pelajar berkeperluan khas supaya memudahkan proses pembelajaran mereka.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 7 KESIMPULAN Konklusinya, jenis gaya pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik, Model Pembelajaran Dunn dan Dunn serta teori pembelajaran Behaviorisme, Sosial dan Humanisme adalah sesuai digunakan untuk mendorong pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi pelajar termasuklah berkeperluan khas. Guru harus peka terhadap gaya pembelajaran yang sesuai dengan pelajar termasuklah berkeperluan khas supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran juga perlu dimanfaatkan sebagai panduan dalam pembelajaran pelajar termasuklah golongan berkeperluan khas. Hal ini kerana Noriati et al. (2009b, p. 94) menyatakan bahawa pembelajaran pelajar berkeperluan khas juga dapat mengaplikasikan teori pembelajaran selain untuk pelajar aliran perdana. Akhir sekali, guru perlulah melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut implikasi-implikasi yang sepadan dengan kedua-dua aspek pembelajaran tersebut dengan lebih bijak dan tekun. Hal ini supaya segala rintangan dan cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan dapat diatasi serta diselesaikan. Maka, negara kita dapat melahirkan generasi masa hadapan yang lebih kompeten, berdaya saing, saintifik dan berilmu pengetahuan serta memacu transformasi negara ke arah kegemilangan.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 8 RUJUKAN Abdul Rahim Razalli. (2021, Mei 25). Teknik PdPR murid OKU. Berita Harian. Dimuat turun Februari 18, 2023, daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/05/ 820506/teknik-pdpr-murid-oku. Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami psikologi pembelajaran. Fajar Bakti. Bawalsah, J. A., & Haddad, A. H. (2020). Preferred Learning Styles among students with learning disabilities. International Journal of Education, 12(3), 119. Clark, K. R. (2018). Learning theories: cognitivism. Radiologic Technology, 90(2), 176-179. García-Carrión, R., Molina Roldán, S., & Roca Campos, E. (2018). Interactive learning environments for the educational improvement of students with disabilities in special schools. Frontiers in psychology, 9, 1744. Kumar, S. P., & Raja, B. (2009). Will Dyscalculics Be Benefitted by Dint of Visual Learning ?. Journal on Educational Psychology, 3(2), 27-32. Lenjani, I. (2015). CONSTRUCTIVISM AND BEHAVIORISM METHODOLOGIES ON SPECIAL NEEDS EDUCATION. European Journal of Special Education Research, 1(1), 23. http:/ /www.oapub.org/edu. Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor, Hutagalung, F. D. (2021). PENDEKATAN PENGAJARAN BERMAIN DI BILIK DARJAH DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH. Journal of Educational Research, 39, 64-74. Mohamad Qasim Abdullah. (2018). Gender difference in learning disabled children neuropsychological review. Res Rev Health Open Assess J, 1, 42-6. Mohamad Ziyad Majani & Mohd Mokhtar Tahar. (2021). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 163-173. Mok, S. S. (2009). Teks komprehensif PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Bahagian II, Khusus/fungsional pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran gred DGA29, DGA32, DG17, DG27, DG41, DG44 (Ed. terbaru.). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia. Nor Shahida Munawir. (2021). KEPELBAGAIAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH BAGI MENCAPAI STRATEGI PENGAJARAN: SATU KAJIAN KES DI NEGERI PERAK DAN SELANGOR. Jurnal Kesidang, 6(1), 30-43. Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009a). Teori-teori pembelajaran. In Murid dan Alam Belajar (p. 94). Oxford Fajar Sdn. Bhd.


EDUP3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN | 9 Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009b). Teori-teori pembelajaran. In Murid dan Alam Belajar (p. 94). Oxford Fajar Sdn. Bhd. Norma Jusof, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam Hashim, & Zulfaqar Mamat. (2021). Sikap guru terhadap pengajaran berpusatkan murid di kalangan guru pendidikan islam dalam mata pelajaran Al-Quran di sekolah kebangsaan: Satu tinjauan. Universiti Sains Islam Malaysia. https://oarep.usim. edu.my/jspui/handle/123456789/14339. Rosly Kayar, Kamisah Buang, & Faridah Mohd Sopah. (2023). Psikologi pembelajaran. Local Publication (M) Sdn Bhd. Siddiquei, N., & Khalid, R. (2018). The relationship between personality traits, learning styles and academic performance of e-learners. Open Praxis, 10(3), 249-263. Siti Rubiyani Omar, Noradilah Abdul Wahab, Mohd Shahril Othman, Abdullah Yusof & Raihan Arifin. (2020, April). Kompetensi Guru Pendidikan Khas Terhadap Murid Bermasalah Pembelajaran: Kajian Literatur. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300. Zubaidah Begam Mohamed. (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik: tinjauan dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor (Disertasi kedoktoran, Universiti Teknologi Malaysia).


Click to View FlipBook Version