INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
NAMA KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR NABILLA BINTI MOHD HANAPI
ANGKA GILIRAN 2020192310099
NO. KAD PENGENALAN 020313010428
KUMPULAN PPISMP G5
KOD/NAMA KURSUS GKB1053
KEMAHIRAN BELAJAR
TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI: TUGASAN 1
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN MASTURA BINTI HALIM
TARIKH HANTAR JABATAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME KEGURUAN
2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BELAJAR CoRT 1
2.1 PLUS, MINUS, INTERESTING (PMI) ATAU BAIK, BURUK, MENARIK 2-3
2.2 CONSIDER ALL FACTORS (CAF) ATAU MEMPERTIMBANGKAN 4
FAKTOR-FAKTOR LAIN
2.3 AIMS, GOALS, OBJECTIVES (AGO) ATAU TUJUAN, MATLAMAT DAN 5
OBJEKTIF
2.4 ALTERNATIVES, POSSIBILTIES, CHOICES (APC) ATAU 6-7
ALTERNATIF, KEMUNGKINAN DAN PILIHAN
3.0 KESIMPULAN 7
4.0 RUJUKAN 8
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua saya dapat menyelesaikan
tugasan kerja kursus bagi kursus Kemahiran Belajar dengan jayanya. Jutaan terima kasih
saya ucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Dr. Mastura binti Halim atas kesudian beliau
memberi bimbingan untuk menulis esei menerusi taklimat yang disampaikan secara
terperinci. Sehubungan itu, hal sedemikian sangat membantu saya memahami teknik
penulisan kerja kursus dengan baik.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan bahan bacaan
berilmiah di perpustakaan yang sangat membantu saya untuk menyempurnakan kerja kursus.
Sokongan daripada ibu bapa juga tidak dilupakan sebagaimana mereka telah merangsang
motivasi saya supaya terus cekal dan bersemangat dalam setiap usaha yang dilakukan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan- rakan seperjuangan yang
turut menjadi tulang belakang dan tempat bertukar pendapat.
Oleh itu, saya berharap agar penghasilan kerja kursus ini membantu saya untuk meneroka
pelbagai ilmu pengetahuan untuk diaplikasikan sebagai seorang pelajar dan bakal guru yang
menyumbang ke arah kecemerlangan generasi pada masa hadapan. Semoga pada suatu
hari nanti, saya menjadi guru yang berpengetahuan luas dan mampu menyampaikan ilmu
yang bermanfaat bukan sahaja untuk proses pengajaran murid-murid di sekolah malah untuk
dikongsikan kepada masyarakat setempat khususnya.
1
1.0 PENGENALAN
Pelbagai pendekatan perlu diambil kira bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengajaran
dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, para pelajar kini berada dalam
persekitaran pendidikan abad ke-21 yang lebih berpusatkan pelajar untuk berfikir secara kritis.
Sehubungan itu, pendekatan CoRT iaitu Cognitive Research Trust atau Amanah Penyelidikan
Kognitif yang dipelopori oleh Dr. Edward de Bono sangat signifikan untuk diaplikasikan oleh
golongan pelajar. Alat CoRT merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang
digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Berdasarkan kajian Dr. Edward
pada peringkat awal, kaedah CoRT yang terdiri daripada enam jenis alat didapati berkesan
untuk meningkatkan kognitif pelajar di sekolah-sekolah Barat. CoRT 1 merupakan salah satu
daripada jenis alat CoRT tersebut yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini berdasarkan
alat-alat berfikir. CoRT 1 juga bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu
idea dan dapat membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dengan berkesan (Widad
dan Kandar, 2006).
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR CoRT 1
2.1 PLUS, MINUS, INTERESTING (PMI) ATAU BAIK, BURUK, MENARIK
Rajah 2.1 Simbol alat berfikir PMI
Alat berfikir PMI merupakan kaedah untuk melihat idea dari segi tiga perspektif iaitu
menyenaraikan semua perkara yang baik, buruk dan difikirkan menarik. PMI bertujuan untuk
meluaskan sudut pandangan tanpa meninggalkan sebarang perkara yang berkaitan. Secara
tidak langsung, minda seseorang dapat membuat penilaian yang bijak dan wajar berdasarkan
ketiga-tiga aspek berkenaan. Hal sedemikian bertepatan dengan pandangan Arlin (dalam
Stenberg dan Jordan, 2005: 17) yang menyatakan bahawa kebijaksanaan sangat erat
kaitannya dengan kemampuan mengenal pasti masalah, proses refleksi dan penilaian kognitif
yang mendasar.
2
Contoh isu yang mengaplikasikan alat berfikir tersebut adalah ketika membuat pemilihan
pekerjaan dalam sektor awam atau sektor swasta. Maka, berdasarkan pengelasan kepada
aspek baik, buruk dan menarik sebagaimana jadual 2.1 yang dilampirkan, pekerjaan di sektor
awam menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai keunikan dan kelebihan dalam jangka
masa yang panjang.
BEKERJA DI SEKTOR AWAM
BAIK BURUK MENARIK
1 Mendapat caruman Persaingan yang sengit Memperoleh Imbuhan Tetap
Kumpulan Wang untuk mendapatkan jawatan Khidmat Awam (ITKA)
Simpanan Pekerja kerajaan
(KWSP) dan wang
pencen
2 Bekerja dalam jangka Gaji pokok yang sedikit Kenaikan gaji pada setiap
masa yang sesuai bagi tahun
manusia pada setiap
hari seperti lapan jam
sehari
3 Mendapat cuti tahunan Terdapat peluang untuk
mengikut kelayakan kenaikan pangkat
dan cuti bersalin
4 Risiko dibuang kerja Berpeluang melanjutkan
adalah tipis pelajaran
BEKERJA DI SEKTOR SWASTA
BAIK BURUK MENARIK
1 Ruang kerja yang Kadangkala terdapat Elaun yang lebih tinggi
kondusif diskriminasi dalam diberikan mengikut
penggunaan tenaga kerja kelayakan dan keuntungan
syarikat
2 Mendapat cuti tahunan, Pekerjaan tidak terjamin Gaji pokok yang banyak
cuti bersalin dan cuti kerana berisiko untuk
perkahwinan dibuang kerja pada bila-bila
masa
Jadual 2.1: Pengelasan aspek yang baik, buruk serta menarik bagi sektor awam dan sektor
swasta.
3
2.2 CONSIDER ALL FACTORS (CAF) ATAU MEMPERTIMBANGKAN FAKTOR-FAKTOR
LAIN
Berdasarkan alat berfikir CAF, faktor-faktor lain berkenaan sesuatu isu diambil kira
secara menyeluruh. Individu yang mengaplikasikan alat berfikir CAF juga tidak hanya
memfokuskan perspektif terhadap faktor yang terdekat sahaja seperti faktor persekitaran,
bahkan turut mempertimbangkan pelbagai aspek yang penting seperti pegangan agama,
kepercayaan, ekonomi, politik, sosiobudaya dan sains teknologi. Malah, di peringkat sekolah,
kemahiran menggunakan alat berfikir tersebut telah diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains untuk meningkatkan penguasaan murid tentang topik
yang dipelajari berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Rentetan itu, contoh isu yang memerlukan pertimbangan faktor-faktor lain ialah pemilihan
kerjaya sebagai seorang usahawan digital. Antara faktor yang boleh dipertimbangkan adalah
dari segi modal. Para usahawan digital hanya perlu memperuntukkan modal yang sedikit
untuk mengiklankan produk di Google Ads atau laman sosial seperti Facebook secara meluas
tanpa harus menyewa kedai bagi memulakan perniagaan. Selain itu, kerjaya tersebut sangat
fleksibel kerana tiada penetapan waktu bekerja yang membolehkan usahawan berurus niaga
pada bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan. Akhir sekali, usahawan digital dapat
mengasah kemahiran mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
memajukan perniagaan secara dalam talian.Contohnya, kecekapan menggunakan akaun
perniagaan di Instagram untuk melihat prestasi siaran pengiklanan produk. Hal sedemikian
disokong oleh pernyataan Morgan et.al (2006) bahawa perniagaan akan menjadi sia-sia jika
kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang
rendah.
Rajah 2.2: Simbol alat berfikir CAF
4
2.3 AIMS, GOALS, OBJECTIVES (AGO) ATAU TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Alat berfikir berkenaan tujuan, matlamat dan objektif pula mendorong seseorang individu
untuk bertindak secara rasional sebelum membuat keputusan. Malah, ketiga-tiga aspek
berikut mestilah mendatangkan kebaikan kepada individu yang akan membuat keputusan dan
terhadap persekitaran seperti ahli keluarga dan masyarakat. Menurut I.K. Davies (1976),
tujuan merupakan titik permulaan bagi sesuatu idea, cita-cita dan arah untuk dituju. Matlamat
pula ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang dipelajari dalam satu bahagian
pembelajaran berdasarkan pandangan C.D. Cavert (1974). Seterusnya, objektif dapat
difahami sebagai pernyataan spesifik mengenai gerak balas penuntut yang telah dirancang.
Sehubungan itu, tujuan, matlamat dan objektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti jelas, bersifat
khusus dan umum, realistik dan boleh diukur serta pelan bertindak yang komprehensif
sebagaimana Rajah 2.3 di bawah.
Ciri-ciri tujuan,
matlamat dan
objektif
Jelas Bersifat khusus dan Realistik dan boleh Tindakan dan pelan
umum diukur tindakan yang
komprehensif
Rajah 2.3: Ciri-ciri tujuan, matlamat dan objektif
Sebagai contoh, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia kearah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sebelum Mesyuarat Profesional bilangan 14/2017 meluluskan program tersebut, beberapa
tujuan, matlamat dan objektif telah diambil kira. Misalnya, antara matlamat program TS25
ialah memantapkan kepimpinan sekolah dan mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti
serta pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Objektif utama program tersebut pula ialah
mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang bermakna. Oleh hal yang demikian, program TS25 dianggap
relevan untuk melaksanakan transformasi pendidikan.
5
2.4 ALTERNATIVES, POSSIBILTIES, CHOICES (APC) ATAU ALTERNATIF,
KEMUNGKINAN DAN PILIHAN
Alat berfikir APC mendorong seseorang menilai tiga aspek iaitu alternatif, kemungkinan
dan pilihan yang ada secara serentak sebelum membuat keputusan serta menentukan
perancangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), alternatif bermaksud satu pilihan
antara dua kemungkinan. Kemungkinan pula ialah sesuatu yang barangkali berlaku.
Sesungguhnya, berdasarkan pandangan Ab. Aziz Yusof (2004), keputusan diambil
berdasarkan pelbagai alternatif supaya menepati situasi sebenar atau situasi yang
dikehendaki. Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa individu dapat menghindarkan diri
daripada melakukan kesilapan ketika membuat keputusan jika mengambil kira alat berfikir
sedemikian dan mempertimbangkan pelbagai faktor yang berkaitan. Tambahan pula, alat
berfikir CoRT 1 ini telah diaplikasikan di peringkat sekolah rendah dalam subjek Kemahiran
Hidup dan Kajian Tempatan bagi meningkatkan kemahiran murid untuk berfikir secara kritis.
Contoh isu yang memerlukan pertimbangan alat berfikir APC adalah ketika memilih
langkah terbaik untuk membendung pembakaran terbuka di tapak pelupusan haram. Terdapat
dua alternatif yang dipertimbangkan iaitu pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-
undang atau pihak kerajaan menganjurkan kempen kesedaran tentang kelestarian alam
sekitar. Berdasarkan kemungkinan yang dinyatakan dalam jadual 2.4 di yang dilampirkan,
penguatkuasaan undang-undang menjadi pilihan utama dan usaha yang perlu digiatkan. Hal
sedemikian disokong oleh pernyataan daripada Siti Zubaidah (2013) bahawa hukuman dilihat
sebagai satu mekanisme pencegahan daripada melakukan kesalahan. Kempen kesedaran
juga barangkali kurang efektif jika tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan
masyarakat setempat.
6
ALTERNATIF KEMUNGKINAN PILIHAN
Pihak kerajaan
menguatkuasakan undang- • Masyarakat takut Peranan pihak kerajaan
undang alam sekitar
Pihak kerajaan dengan tindakan dalam menguatkuasakan
menganjurkan kempen
kesedaran tentang tegas dan hukuman undang-undang menjadi
kelestarian alam sekitar
• Kurang mendapat pilihan utama kerana
sambutan dalam mendorong masyarakat
kalangan memandang serius terhadap
masyarakat kesalahan melakukan
• Tidak berasa pembakaran terbuka di
terancam untuk tapak pelupusan haram
melakukan sebarang sekaligus mengelakkan diri
kesalahan yang daripada terlibat dalam
menyalahi undang- kesalahan tersebut.
undang
• Masyarakat tidak
menghayati mesej
dalam kempen
kesedaran
Jadual 2.4: Alternatif, kemungkinan dan pilihan tentang langkah terbaik membendung
pembakaran terbuka di tapak pelupusan haram
3.0 KESIMPULAN
Alat-alat berfikir CoRT 1 yang berteraskan pemikiran kritis merupakan elemen yang perlu
dititikberatkan untuk meningkatkan kemahiran belajar. Pemikiran kritis dapat difahami sebagai
keupayaan menggunakan minda dalam menilai kewajaran dengan alasan dan bukti yang
munasabah (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2001:94-96). Maka, para murid dan pelajar
seyogianya menguasai semua alat berfikir CoRT 1 dengan baik supaya dapat meningkatkan
prestasi dalam bidang akademik. Tambahan pula, kebolehupayaan CoRT dalam menilai
keluasan persepsi terhadap sesuatu yang difikirkan dapat membantu sesorang individu untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara rasional. Oleh hal yang demikian,
keberkesanan alat CoRT 1 tidak dapat disangkal lagi untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran.
7
4.0 RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof. (2004). Kepemimpinan dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
C.D. Cavert. 1974. An Approach to The Design of Mediated Instruction. Association for
Educational Communications and Technology. University Michigan.
I.K. Davies. 1976. Objectives in Curriculum Design. US: McGraw-Hill Inc.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Azhar Abdul Hamid. 2001. Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia. hlmn. 94-96
Rosinah Edinin. 2014. Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Siti Zubaidah Ismail. 2013. Dasar dan Amalan Penghukuman Kes Jenayah di Mahkamah
Syariah: Ke Mana Halatuju? JH 27 Bhg 1 1430 H
Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324.
Sternberg, R. J., & Jordan, J. (Eds.). (2005). A handbook of wisdom: Psychological
perspectives. Cambridge University Press. p. 17.
Widad Othman dan Kandar Selamat. (2006). “Types of Learning” in Module
“Teaching Methods in Technical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: PD
Offset Sdn. Bhd. m.s. 73, 74, 75
8