10/18/2021 PANDUAN KERJA
LAPANGAN
GEOGRAFI
TINGKATAN 1
NAMA GURU:
PUAN ROZAINA BINTI HUSSAIN
1.Kerja lapangan Geografi WAJIB dibuat dan
dihantar oleh semua murid kerana terdapat dalam
silibus mata pelajaran Geografi.
2.Kerja Lapangan Geografi (folio) hendaklah
ditulis dengan tangan ( tidak boleh ditaip
dengan komputer atau mesin taip).
3.Peta Lakar perlu dilukis dengan menggunakan
pensil dan simbol-simbol tertentu boleh
menggunakan warna yang standard seperti warna
hutan (hijau)
4.Guna kertas kajang yang bergaris untuk menulis
laporan. Peta lakar boleh dilukis atas kertas
putih A4 kosong.
5.Murid perlu menulis dalam bentuk esei/karangan.
tidak boleh menggunakan nombor atau point form.
6.Susun helaian kerja lapangan dengan betul
sebelum dihantar.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
2021
TAJUK:
KAJIAN MENGENAI SUMBER AIR DI KAWASAN
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN
NAMA: NURUL FATIHAH BINTI MOHAMED RAMLI
KELAS: 1 ADIL
NAMA GURU: PUAN HAJAH ROSMINI BINTI ABDUL MANAN
ISI KANDUNGAN :
Bil Perkara Muka surat
1 Penghargaan 1
2 Jadual Kerja
3 Pendahuluan 2-3
4 Objektif kajian 4
5
5 Kaedah kajian 6
6 Kawasan kajian 7-8
7 Hasil Kajian 9-13
- Jenis-jenis sumber air 14
- Punca krisis air
- Kesan krisis air
- Cadangan mengatasi krisis
air
8 Rumusan
9 Rujukan 15
10 Lampiran 16-20
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi , Puan Hajjah
Rosmini Binti Hassan kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan
ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu
Tuan Haji Pauzi Bin Ngah kerana membenarkan saya menjalankan kajian lapangan
geografi . Terima kasih juga diucapkan kepada rakan saya bernama Siti Hazila Binti
Awang kerana sering membantu bersama mencari maklumat. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohamed Ramli
Bin Malik dan Puan Salwa Bt Rahman kerana memberi sokongan dan semangat
kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapaangan ini.
1
JADUAL KERJA: SUMBER AIR DI KAWASAN PEGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN.
Tarikh/ Aktiviti Catatan
Hari
14/06/21 Saya mendengar taklimat dan mengadakan PDPR
Isnin perbincangan secara dalam talian mengenai tajuk
kerja lapangan geografi. Tajuk yang dipesetujui
ialah :
15/06/21 “SUMBER AIR DI KAWASAN KAJIAN MURID” Secara google meet
SELASA Saya mengadakan perbincangan dengan rakan bersama Siti Hazila.
saya Siti Hazila Binti Awang mencari kaedah kajian
16/06/21 yang sesuai menjalankan kerja lapangan. Di rumah
RABU Kami bersetuju untuk menggunakan dua kaedah Di rumah
kajian.
17/06/21 Saya membuat borang pemerhatian . Saya
KHAMIS menghantar borang tersebut kepada Siti Hazila
untuk disemak semula oleh Siti Hazila.
Siti Hazila telah menghantar semula borang yang
telah disemak.
19/06/21 Saya membuat rondaan dengan bapa saya untuk Persekitaran rumah
SABTU meninjau keadaan persekitaran kawasan kajian dan kawasan
saya. Saya mencatat maklumat dalam borang perindustrian
pemerhatian saya. Pengkalan Chepa I
dan II
20/06/21 Saya melayari internet untuk mencari maklumat Di rumah
AHAD mengenai kawasan perindustrian Pengkalan
Chepa.
21/06/21 Saya mengadakan perbincangan dengan guru PDPR
ISNIN geografi saya iaitu Puan Hajjah Rosmini Bt
Hassan. Saya telah memberitahu tugasan yang Di rumah
22/06/21 saya telah buat minggu lepas. Cikgu saya Di rumah
SELASA membenarkan saya memulakan penulisan laporan Di rumah
23/06/21 kajian saya.
RABU Saya telah menulis jadual kerja yang mempunyai
tiga bahagian iaitu tarikh/hari, aktiviti dan catatan
24/06/21 Saya menulis bahagian penghargaan dan
KHAMIS pendahuluan. Saya memberi penghargaan
kepada lima pihak dan menulis mengenai latar
belakang kawasan kajian saya di bahagian
pendahuluan.
Saya telah menulis objektif kajian. Ada empat
objektif kajian yang telah ditetapkan.
2
Tarikh/ Aktiviti Catatan
Hari
25/06/21 Saya mula melukis peta lakar kawasan Pengkalan Di rumah
JUMAAT Chepa. Saya merujuk buku teks tingkatan 1 untuk
melihat simbol-simbol peta lakar. PDPR
28/06/21 Saya telah menunjukkan peta lakar kepada guru Di rumah
ISNIN saya semasa kelas PDPR hari ini.
29/06/21 Saya menulis kaedah kajian. Saya telah memilih
SELASA dua kaedah kajian iaitu pemerhatian dan rujukan
buku atau internet.
30/06/21
RABU Saya mula menulis laporan hasil kajian saya. Saya Di rumah
memulakan laporan dengan menulis definisi sumber
02/07/21 air. Di rumah
JUMAAT Saya menyambung menulis huraian mengenai
kesan-kesan krisis air dan cara mengatasi kesan Di rumah
05/07/21 krisis air di kawasan kajian saya. Saya membuat PDPR
ISNIN rujukan daripada borang pemerhatian dan bahan
06/07/21 buku teks serta internet. Di rumah
SELASA Saya membuat peta minda mengenai punca-punca Di rumah
krisis air Pondok
07/07/21 Saya bertanya kepada guru mengenai beberapa pengawal
RABU perkara yang saya kurang faham semasa ingin keselamatan
08/07/21 menulis laporan hasil kajian saya dalam kelas sekolah.
KHAMIS PDPR
09/09/21 Saya menulis rumusan laporan saya dan juga
JUMAAT membuat bahagian rujukan.
Saya mencetak artikel daripada internet yang saya
gunakan sebagai rujukan semasa menulis laporan.
Saya menghantar laporan kajian lapangan geografi
kepada guru saya. Saya menghantar ke pondok
pengawal keselamat sekolah saya.
3
PENDAHULUAN
Saya , Nor Fatihah Binti Mohamed Ramli merupakan pelajar tingkatan satu
SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Saya telah memilih tajuk Sumber Air
kerana tajuk ini memudahkan saya membuat pemerhatian dan membuat rujukan
bahan dari buku dan halaman sesawang. Kawasan Pengkalan Chepa dipilih
kerana ia berdekatan dengan rumah saya.
Saya telah menetapkan empat objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja kursus iaitu memberikan jenis-jenis sumber air, menjelaskan
punca-punca krisis air di kawasan kajian saya , menerangkan kesan krisis air dan
memberi cadangan cara mengatasi krisis air di kawasan kajian saya.
Saya menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah
rujukan buku dan bahan internet. Saya mengambil masa tiga minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menetapkan empat objektif kajian untuk dicapai bagi tajuk Sumber
Air Di Kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Objektif-objektif tersebut
ialah:
1. Saya dapat menyenaraikan jenis sumber air ,
2. Saya dapat menjelaskan punca-punca krisis air di kawasan kajian saya
3. Saya dapat menghuraikan kesan-kesan krisis air,
4. Saya dapat memberi cadangan cara mengatasi kesan krisis air di kawasan
Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan.
5
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih dua kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat bagi
menyiapkan kerja lapangan geografi saya.
Kaedah pertama ialah kaedah pemerhatian. Saya telah membuat borang
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap ciri-ciri bentuk muka
bumi di kawasan kajian saya dan kemudahan asas atau kemudahan awam yang
terdapat di sini. Selain daripada itu juga, saya juga telah membuat pemerhatian ke
atas Sungai Pengkalan Chepa yang terletak hanya 3 km dari rumah saya. Saya
melihat kebersihan sungai dan memerhatikan kesan krisis air ke atas keluarga saya
dan jiran-jiran saya.
Kaedah yang kedua ialah kaedah rujukan. Saya membuat rujukan buku teks
Geografi tingkatan 1 untuk mendapatkan jenis-jenis sumber air. Saya juga merujuk
kepada halaman sesawang untuk mendapatkan bahan tentang sumber air yang lain.
6
KAWASAN KAJIAN SAYA
Kawasan kajian saya ialah kawasan perindustrian Pengkalan Chepa , Kota
Bharu , Kelantan. Saya tinggal di Taman Pinggiran yang terletak berhampiran
kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Saya tinggal di sini sejak 18 tahun yang
lalu kerana bapa saya bekerja di sebuah kilang dalam kawasan Pengkalan Chepa.
Pengkalan Chepa merupakan kawasan sub bandar yang terletak di daerah
Kemumin, jajahan Kota Bharu. Kawasan ini merupakan kawasan perindustrian
utama di negeri Kelantan. Melalui pemerhaian saya, bentuk muka buminya tanah
pamah dan terdapat sungai di kawasan ini iaitu Sungai Pengkalan Chepa.
Kawasan kajian saya ini mempunyai banyak kemudahan seperti kemudahan
pendidikan dan jalan raya yang cekap. Lapangan terbang Sultan Ismail Petra pula
hanya terletak kira-kira 4 km sahaja dari rumah saya. Ada banyak sekolah di
kawasan saya seperti SMK Pengkalan Chepa 2 , MRSM Pengkalan Chepa dan
Universiti Malaysia Kelantan. Terdapat juga klinik kesihatan Pengkalan Chepa dan
ibu pejabat polis Daerah Kota Bharu.
Contoh kilang yang terdapat di kawasan kajian saya ialah Kilang Rohm Wako
iaitu kilang pembuatan alat semi konduktor, kilang memproses ubat-ubatan Ain
Medicare dan kilang membuat baju DHM Trading.
7
PETA LAKAR
8
LAPORAN HASIL KAJIAN
1.0 JENIS-JENIS SUMBER AIR
Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, terdapat dua jenis sumber air di
Malaysia iaitu air permukaan dan air bawah tanah.
Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan. Air hujan yang
turun sebahagiannya akan diserap masuk ke dalam tanah dan sebahagiannya pula
akan mengalir di permukaan bumi. Air permukaan ini akan mengalir masuk ke
dalam sungai, tasik atau empangan.
Sumber air kedua ialah air bawah tanah. Menurut buku teks tingkatan 1, air
bawah tanah ialah air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak
di bawah permukaan bumi. Malaysia mempunyai banyak air bawah tanah iaitu kira-
kira 5 000 billion meter padu.
9
LAPORAN HASIL KAJIAN
2.0 PUNCA-PUNCA KRISIS AIR DI KAWASAN
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN
Kawasan kajian saya sering mengalami masalah kekurangan sumber
air bersih. Bekalan air yang terdapat di kawasan kajian saya kurang bersih sejak 18
tahun yang lalu.
Punca utama yang menyebabkan krisis air ini ialah pencemaran air akibat
pembuangan sampah dan sisa toksik daripada kilang. Berdasarkan pemerhatian
saya, saya mendapati banyak sampah sarap dibuang ke dalam Sungai Pengkalan
Chepa.
Punca kedua krisis air di kawasan kajian saya ialah permintaan yang tinggi
daripada sektor perindustrian. Kawasan kajian saya merupakan kawasan
perindustrian utama di negeri Kelantan. Pelbagai jenis kilang ada di sini seperti
kilang plastik, kilang memproses minyak masak , kilang tekstil dan banyak lagi.
Jumlah kilang yang banyak di kawasan kajian saya menyebabkan permintaan
bekalan air bersih yang tinggi setiap hari.
Selain daripada itu, punca krisis air di kawasan kajian saya ialah disebabkan
peningkatan jumlah penduduk yang semakin meningkat. Semakin banyak kilang
dan taman perumahan telah dibangunkan di kawasan ini. Kedai makan atau
restoren semakin bertambah kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada
pekerja-pekerja kilang dan penduduk sekitar. Contoh perumahan di kawasan kajian
saya ialah Taman Desa Kemumin, Perumahan Padang Tembak dan Taman Orkid.
10
LAPORAN HASIL KAJIAN
Bahan Grafik
Pencemaran air
Punca-punca
krisis air
Permintaan tinggi Peningkatan
jumlah penduduk
Rajah 1: Punca-punca krisis air di kawasan Pengkalan Chepa
11
LAPORAN HASIL KAJIAN
3.0 KESAN-KESAN KRISIS AIR DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA,
KOTA BHARU, KELANTAN
Kekurangan bekalan air bersih telah meninggalkan kesan yang buruk kepada
penduduk di kawasan kajian saya.
Berdasarkan rujukan saya dalam halaman sesawang FOMCA, ramai rakyat
Kelantan merungut mengenai masalah air bersih yang terputus dan air berkeladak.
Kawasan yang sering mengalami masalah krisis air ialah Kota Bharu dan Pasir Mas.
Rumah saya sering mengalami masalah air berkeladak hingga menyukarkan ibu
saya untuk memasak.
Di rumah saya, bekalan air yang banyak hanya didapati pada waktu tengah
malam dan awal pagi iaitu di sekitar pukul 2 hingga 5 pagi sahaja. Pada waktu lain,
air paip di rumah saya hanya mengalir sangat perlahan dan menyukarkan saya
untuk membasuh baju dan memasak.
Selain daripada itu juga, saya dan penduduk kawasan kajian saya mudah
mendapat penyakit bawaan air jika menggunakan air yang kurang bersih .
Contohnya akan mengalami sakit perut. Air yang kurang bersih juga boleh
mengakibatkan penyakit taun dan demam kepialu
Kesan krisis air yang terakhir ialah kepupusan flora dan fauna. Tiga orang
reponden bersetuju pencemaran air akan mengakibatkan hidupan dalam air akan
mati. Hidupan marin seperti ikan akan mati dan boleh menjejaskan bekalan sumber
ikan kepada penduduk.
12
LAPORAN HASIL KAJIAN
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR
DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA,
KOTA BHARU, KELANTAN
Krisis air yang berlaku di kawasan kajian saya telah menimbulkan
banyak masalah kepada penduduk di sini. Aktiviti harian dan kegiatan ekonomi
terjejas kerana kekurangan bekalan air bersih yang mencukupi. Contohnya
pengusaha kedai makan dan restoren mengalami masalah untuk membasuh bahan
mentah dan memasak makanan serta menyediakan minuman. Langkah-langkah
yang proaktif perlu dilaksanakan untuk memastikan krisis air tidak berlarutan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan air bawah tanah.
Berdasarkan rujukan saya daripada akhbar Berita Harian 6hb Januari 2020, Negeri
Kelantan menggunakan bekalan air bawah tanah sebanyak 50%. Pada pendapat
saya, jumlah ini perlu dipertingkatkan untuk menampung jumlah penduduk dan
kilang yang semakin bertambah. Air bawah tanah juga lebih bersih dan tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk merawat air sebelum disalurkan kepada
pengguna.
Di rumah saya dan jiran saya , kami menggunakan air bawah tanah
atau telaga tiub yang disebut sebagai “Air Boring”. Dengan adanya “air boring’ ini,
rumah saya dan jiran saya mempunyai alternatif mendapatkan sumber air bersih.
Cadangan yang kedua untuk mengurangkan kesan krisis air ialah
dengan menguatkuasakan undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang dapat
mengatasi masalah pembuangan sampah sarap dan sisa toksik terus ke dalam
saliran air seperti longkang dan sungai. Contoh undang-undang alam sekitar yang
ada ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menetapkan sesiapa yang didapati
bersalah menyebabkan pencemaran sungai boleh didenda sehingga RM100 000
atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar perlu
sentiasa memantau cara kilang membuang sisa industri mereka dengan cara yang
betul. Mereka perlu memeriksa sisa kilang ditapis terlebih dahulu sebelum
dilepaskan masuk ke saliran seperti sungai.
Kempen Kesedaran Terhadap Alam Sekitar juga perlu diadakan untuk
menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar. Kawasan perumahan
saya akan mengadakan gotong royong setiap hujung bulan iaitu hari minggu untuk
membersihkan longkang dan persekitaran rumah.
13
LAPORAN HASIL KAJIAN
RUMUSAN
SUMBER AIR DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN
Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah mengetahui dan
memahami tentang sumber air yang terdapat di kawasan kajian saya. Terdapat dua
sumber air iaitu sumber air permukaan dan sumber air bawah tanah.
Saya juga telah mengetahui sekiranya sumber air tidak dijaga dengan
baik ia akan menyebabkan berlakunya krisis air. Saya mendapati punca krisis air di
kawasan kajian saya ialah disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik.
Pertambahan penduduk dan kilang di Pengkalan Chepa juga menyebabkan
berlakunya krisis air.
Saya mendapati jika berlakunya krisis air, penduduk di kawasan kajian
saya akan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih. Kekurangan sumber
air bersih akan menyebabkan penduduk terdedah kepada pelbagai penyakit
bawaan air kerana meminum air yang kurang bersih. Seterusnya akan berlakunya
kepupusan flora dan fauna yang hidup di dalam air.
Melalui kerja lapangan geografi ini, saya juga dapat memberikan
cadangan bagi mengatasi kesan negatif krisis air. Saya telah mencadangkan agar
menggunakan air bawah tanah. Saya juga telah memberi cadangan agar pihak
berkuasa dapat menguatkuasa undang-undang dengan lebih ketat bagi mengawal
pencemaran sumber air. Cadangan yang ketiga saya ialah mengadakan kempen
kesedaran alam sekitar seperti mengadakan gotong royong.
Saya bersyukur kerana kawasan kajian saya menerima kemudahan
bekalan air paip untuk kegunaan harian . Saya juga merasa bertuah kerana di
kawasan kajian saya juga dapat menggunakan sumber air bawah tanah.Ini
menunjukkan kawasan kajian saya mempunyai banyak sumber air. Saya berharap
sumber air yang ada dapat dijaga dengan baik supaya semua penduduk dan
pengusaha kilang dapat menikmati bekalan air bersih setiap hari.
14
RUJUKAN
BUKU TEKS:
Hisham Azman Bin Ibrahim & Mohamad Khairun Fitri Bin Ahmad.(2016). KSSM
Geografi Tingkatan 1. Selangor: Era Visi Sdn Bhd.
LAMAN SESAWANG:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/237483/malaysia-ada-635-bilion-
meter-padu-air-bawah-tanah
https://www.doe.gov.my
http://www.fomca.org.my › index.php
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Chepa
15
LAMPIRAN
16
LAMPIRAN
Lampiran bahan-bahan rujukan yang telah saya gunakan untuk menyiapkan kerja
lapangan Geografi:
17
LAMPIRAN
Buku teks Geografi Tingkatan 1
18
LAMPIRAN
FOTO KILANG DI KAWASAN KAJIAN SAYA:
KILANG ROHM WAKO
KILANG MINYAK KELAPA SAWIT
19
LAMPIRAN
KILANG BARANG-BARANG KESIHATAN: AIN MEDICARE
Rumah saya menggunakan telaga tiub atau ‘air boring’ untuk mengatasi krisis
bekalan air bersih.
20