TAJUK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2021:
“Kajian tentang Sisa Domestik di Kawasan Tempat Tinggal
Murid”.
Objektif Kajian:
1. Menyatakan konsep sisa domestik.
2. Menghuraikan jenis dan contoh sisa domestik di
kawasan tempat tinggal murid.
3. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan tempat tinggal murid.
4. Menerangkan langkah-langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik yang boleh diamalkan di
kawasan tempat tinggal murid.
ARAHAN
1. Kerja Lapangan Geografi (folio) hendaklah ditulis dengan tangan (TIDAK
BOLEH DITAIP DENGAN KOMPUTER ATAU MESIN TAIP).
2. Peta Lakar perlu dilukis dengan menggunakan pensil dan simbol-simbol
tertentu boleh menggunakan warna yang standard seperti warna hijau untuk
hutan.
3. Gunakan kertas kajang yang bergaris untuk menulis laporan. Peta lakar boleh
dilukis atas kertas putih A4 kosong.
4. Murid perlu menulis dalam bentuk esei/karangan. Murid DILARANG
menggunakan nombor atau point form.
5. Susun helaian kerja lapangan dengan betul sebelum dihantar.
6. Murid dikehendaki menggunakan kerangka dan contoh yang disediakan bagi
menghasilkan laporan kerja lapangan.
- FORMAT MUKA HADAPAN -
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
2021
TAJUK:
KAJIAN MENGENAI SISA DOMESTIK DI TEMPAT TINGGAL
MURID
NAMA:
KELAS:
NAMA GURU:
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Penghargaan
2 Jadual Kerja
3 Pendahuluan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Kawasan kajian
7 Hasil Kajian
- Konsep sisa domestik
- Jenis-jenis sisa domestik
- Kesan pembuangan sisa domestik
- Langkah-langkah mengurangkan sisa
domestik
8 Rumusan
9 Rujukan
10 Lampiran
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi ……. kerana
telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu …….. kerana
membenarkan saya menjalankan kajian lapangan Geografi . Terima kasih juga
diucapkan kepada rakan saya bernama ………. kerana sering membantu bersama
mencari maklumat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya iaitu ………. dan ………. kerana memberi sokongan dan semangat kepada
saya. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu proses
menyiapkan kerja lapangan ini.
JADUAL KERJA
Tarikh / Hari Aktiviti Catatan
Saya mendengar taklimat dan mengadakan PDPR
perbincangan secara dalam talian mengenai tajuk
kerja lapangan geografi. Tajuk yang dipesetujui
ialah :
……………………………………………………….
Saya mengadakan perbincangan ……………….
Saya membuat borang ………. Di rumah
Saya membuat rondaan / pemerhatian ………. Persekitaran rumah
dan kawasan kajian
Saya melayari internet untuk mencari maklumat Di rumah
mengenai
Saya mengadakan perbincangan dengan guru PDPR
geografi saya …………………..
Saya telah menulis jadual kerja yang mempunyai Di rumah
tiga bahagian iaitu ……………………………….
Saya menulis bahagian ………………………… Di rumah
Saya telah menulis objektif kajian. Ada Di rumah
…….objektif kajian yang telah ditetapkan.
Tarikh / Hari Aktiviti Catatan
Saya mula melukis peta lakar kawasan …………. Di rumah
Saya merujuk buku ……… untuk melihat simbol-
simbol peta lakar.
Saya menulis kaedah kajian. Saya telah memilih Di rumah
dua kaedah kajian iaitu ……………………….
Saya mula menulis laporan hasil kajian saya. Saya Di rumah
memulakan laporan dengan menulis ………………
Saya menyambung menulis huraian mengenai Di rumah
………………..di kawasan kajian saya. Saya Di rumah
membuat rujukan daripada ……………………..
Saya membuat peta minda mengenai ……………..
Saya menulis bahagian terakhir laporan saya Di rumah
iaitu………..dan juga membuat bahagian ………… Di rumah
Saya mencetak ……….. daripada …….yang saya
gunakan sebagai rujukan semasa menulis laporan.
Saya menghantar laporan kajian lapangan geografi Pondok pengawal
kepada guru saya. Saya menghantar ke pondok keselamatan
pengawal keselamatan sekolah saya. sekolah.
PENDAHULUAN
Saya, ………………….. merupakan pelajar tingkatan …… SMK ….. Saya telah
memilih tajuk …………… kerana tajuk ini memudahkan saya membuat pemerhatian
dan membuat rujukan daripada …….. dan ……… Kawasan ………….. dipilih kerana
ia berdekatan dengan rumah saya.
Saya telah menetapkan empat objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja kursus iaitu ……………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………...
Saya menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah ………. dan kaedah
………….. dan ………. Saya mengambil masa ……. minggu untuk menyiapkan kerja
lapangan saya.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menetapkan tiga objektif kajian untuk dicapai bagi ………………di
kawasan …………, ……….., …………. Objektif-objektif tersebut ialah:
1. Saya dapat menyatakan konsep sisa domestik,
2. Saya dapat menghuraikan ………………… di kawasan kajian saya,
3. Saya dapat menjelaskan ………………………..di kawasan kajian saya,
4. Saya dapat menerangkan langkah-langkah ……………………………
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih …….kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat bagi
menyiapkan kerja lapangan geografi saya.
Kaedah pertama ialah kaedah ……... Saya telah membuat borang
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap …………….. di kawasan
kajian saya dan kemudahan asas atau kemudahan awam yang terdapat di sini. Selain
daripada itu juga, saya juga telah membuat pemerhatian ke atas
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
Kaedah yang kedua ialah kaedah rujukan. Saya membuat rujukan buku ….
…………….. untuk mendapatkan maklumat mengenai…………. Saya juga merujuk
kepada halaman sesawang untuk mendapatkan bahan tentang ………………………
………………………………………………………………………………………………….
KAWASAN KAJIAN SAYA
Kawasan kajian saya ialah ……………….. …………….. . Saya tinggal di sini
sejak ……. tahun yang lalu kerana ………………………………………………………….
……………….. merupakan kawasan ……………. yang terletak di daerah …….,
………. Melalui pemerhatian saya, bentuk muka buminya………….. Ciri-ciri fizikal
yang lain terdapat di sini ialah…………….. Kawasan kajian saya ini mempunyai
banyak kemudahan seperti kemudahan ……………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
PETA LAKAR
SILA LUKIS SENDIRI
LAPORAN HASIL KAJIAN
Tulis dalam bentuk esei
1.0 MENYATAKAN KONSEP SISA DOMESTIK
Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, sisa domestik ialah_____
______________________________________________________
Sisa domestik terdiri daripada _______________________________
Manakala konsep sisa domestik menurut Wikipedia ialah____
_______________________________________________________
LAPORAN HASIL KAJIAN
2.0 MENGHURAIKAN JENIS DAN CONTOH SISA DOMESTIK YANG
TERDAPAT DI KAWASAN _______________________________
Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di kawasan
______ terdiri daripada bahan organik seperti_________________________.
Sisa bahan organik merupakan sisa yang ____________________________
dan dihasilkan daripada __________________________________________.
Terdapat juga sisa domestik bukan bahan organik di kawasan kajian saya
seperti _______________________________________________________.
Sisa bahan bukan organik dihasilkan daripada _________________________
dan sukar ___________________ dan _____________________________
Sisa domestik di kawasan __________________ juga terdiri daripada
sisa pepejal seperti _______________________ dan sisa cecair seperti
_________________________.
Sila ambil gambar sisa–sisa domestik yang ada di rumah atau
persekitaran rumah anda.
LAPORAN HASIL KAJIAN
3.0 MENJELASKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI
KAWASAN_______________________________________________
Sisa domestik yang tidak diurus dengan baik akan mendatangkan kesan buruk
kepada alam sekitar di kawasan _____________________
Menurut pemerhatian saya, pembuangan sisa domestik yang tidak terurus
akan menyebabkan____________________________________________________
Kesan yang kedua ialah __________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Kesan yang terakhir ialah ________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
BAHAN GRAFIK
Lukis peta minda bertajuk:
KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI KAWASAN
________________________________________
(RUJUK ESEI DI ATAS – ADA 3 KESAN)
LAPORAN HASIL KAJIAN
4.0 MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI KAWASAN ______________________
Sisa domestik yang tidak diuruskan dengan baik akan meninggalkan kesan
negatif kepada ________________________. Oleh sebab itu, langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik perlu diambil dan dilaksanakan
oleh saya dan _______________________________________________________.
Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan saya
ialah mengamalkan amalan___________. Amalan ______ iaitu ______, _______
dan _______. Contoh barangan yang ada di rumah saya yang boleh dikitar semula
ialah ___________ dan ______________. Saya dapat membuat barangan baharu
daripada ________________ seperti ______________. Saya juga dapat
menggunakan semula __________________________________________.
Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan kempen _________________.
Tujuan kempen ialah untuk _____________________________________________.
Contoh kempen kesedaran alam sekitar ialah _______________________________.
Langkah terakhir yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik di kawasan kajian saya ialah penguatkuasaan
___________________________________________________________________.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan saya iaitu ________________________
boleh mengenakan hukuman ______________________ kepada _______________
supaya mereka ______________________________________________________.
Kerajaan telah menggubal banyak akta seperti Akta __________________________
yang bertujuan untuk __________________________________________________.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian lapangan, saya mengetahui sisa domestik
dijumpai di kawasan _______________________________________ialah
____________________________. Saya juga mengetahui kesan pembuangan sisa
domestik yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya _____________________
___________________________________________________________________
Langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang baik dan terurus seperti
__________________________________________________________________
___________________________________________________________________
diharap dapat mengurangkan kesan ______________________________________
Keseluruhannya, saya bersyukur dan berbangga dapat tinggal di kawasan
yang ______________________________________________________________
Saya berharap sisa domestik di kawasan kajian saya iaitu _____________________
dapat diuruskan dengan baik supaya jumlah _______________________________
dapat di _____________________________________ dan dapat menjamin
kesejahteraan hidup saya dan ________________________________________
RUJUKAN
Buku teks:
Laman Sesawang:
LAMPIRAN:
Masukkan borang pemerhatian, artikel yang dirujuk oleh murid
daripada internet (perlu cetak muka surat yang dijadikan rujukan)
dan gambar sisa domestik yang diambil di kawasan rumah murid.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
2021
TAJUK:
KAJIAN MENGENAI SUMBER AIR DI KAWASAN
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN
NAMA: NURUL FATIHAH BINTI MOHAMED RAMLI
KELAS: 1 ADIL
NAMA GURU: PUAN HAJAH ROSMINI BINTI ABDUL MANAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Penghargaan 1
2 Jadual Kerja 2-3
3 Pendahuluan 4
4 Objektif kajian 5
6
5 Kaedah kajian 7-8
6 Kawasan kajian 9-14
7 Hasil Kajian 15-16
- Jenis-jenis sumber air 17
- Punca krisis air
- Kesan krisis air 18-22
- Cadangan mengatasi krisis air
8 Rumusan
9 Rujukan
10 Lampiran
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi, Puan Hajjah
Rosmini binti Hassan kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu Tuan
Haji Pauzi bin Ngah kerana membenarkan saya menjalankan kajian lapangan
geografi. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan saya bernama Siti Hazila binti
Awang kerana sering membantu bersama mencari maklumat. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohamed Ramli
bin Malik dan Puan Salwa binti Rahman kerana memberi sokongan dan semangat
kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapangan ini.
1
JADUAL KERJA
Tarikh/ Hari Aktiviti Catatan
14/06/21 Saya mendengar taklimat dan mengadakan PDPR
Isnin perbincangan secara dalam talian mengenai tajuk
kerja lapangan geografi. Tajuk yang dipesetujui ialah
:
15/06/21 “SUMBER AIR DI KAWASAN KAJIAN MURID” Secara google meet
SELASA Saya mengadakan perbincangan dengan rakan saya bersama Siti Hazila.
Siti Hazila Binti Awang mencari kaedah kajian yang
sesuai menjalankan kerja lapangan.
Kami bersetuju untuk menggunakan dua kaedah
kajian.
16/06/21 Saya membuat borang pemerhatian . Saya Di rumah
RABU menghantar borang tersebut kepada Siti Hazila untuk Di rumah
disemak semula oleh Siti Hazila.
17/06/21 Siti Hazila telah menghantar semula borang yang
KHAMIS telah disemak.
19/06/21 Saya membuat rondaan dengan bapa saya untuk Persekitaran rumah
SABTU meninjau keadaan persekitaran kawasan kajian saya. dan kawasan
Saya mencatat maklumat dalam borang pemerhatian perindustrian
saya. Pengkalan Chepa I
dan II
20/06/21 Saya melayari internet untuk mencari maklumat Di rumah
AHAD
mengenai kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.
21/06/21 Saya mengadakan perbincangan dengan guru PDPR
ISNIN geografi saya iaitu Puan Hajjah Rosmini Bt Hassan.
Saya telah memberitahu tugasan yang saya telah Di rumah
22/06/21 buat minggu lepas. Cikgu saya membenarkan saya Di rumah
SELASA memulakan penulisan laporan kajian saya. Di rumah
23/06/21 Saya telah menulis jadual kerja yang mempunyai tiga
RABU bahagian iaitu tarikh/hari, aktiviti dan catatan
Saya menulis bahagian penghargaan dan
24/06/21 pendahuluan. Saya memberi penghargaan kepada
KHAMIS lima pihak dan menulis mengenai latar belakang
kawasan kajian saya di bahagian pendahuluan.
Saya telah menulis objektif kajian. Ada empat objektif
kajian yang telah ditetapkan.
2
Tarikh/ Hari Aktiviti Catatan
25/06/21 Saya mula melukis peta lakar kawasan Pengkalan Di rumah
JUMAAT Chepa. Saya merujuk buku teks tingkatan 1 untuk
melihat simbol-simbol peta lakar. PDPR
28/06/21 Saya telah menunjukkan peta lakar kepada guru saya Di rumah
ISNIN semasa kelas PDPR hari ini.
29/06/21 Saya menulis kaedah kajian. Saya telah memilih dua
SELASA kaedah kajian iaitu pemerhatian dan rujukan buku
atau internet.
30/06/21 Saya mula menulis laporan hasil kajian saya. Saya Di rumah
RABU memulakan laporan dengan menulis definisi sumber
air. Di rumah
02/07/21 Saya menyambung menulis huraian mengenai kesan-
JUMAAT kesan krisis air dan cara mengatasi kesan krisis air di Di rumah
kawasan kajian saya. Saya membuat rujukan PDPR
05/07/21 daripada borang pemerhatian dan bahan buku teks
ISNIN serta internet. Di rumah
06/07/21 Saya membuat peta minda mengenai punca-punca Di rumah
SELASA krisis air Pondok pengawal
Saya bertanya kepada guru mengenai beberapa keselamatan
07/07/21 perkara yang saya kurang faham semasa ingin sekolah.
RABU menulis laporan hasil kajian saya dalam kelas PDPR
08/07/21 Saya menulis rumusan laporan saya dan juga
KHAMIS membuat bahagian rujukan.
09/09/21 Saya mencetak artikel daripada internet yang saya
JUMAAT gunakan sebagai rujukan semasa menulis laporan.
Saya menghantar laporan kajian lapangan geografi
kepada guru saya. Saya menghantar ke pondok
pengawal keselamat sekolah saya.
3
PENDAHULUAN
Saya, Nor Fatihah Binti Mohamed Ramli merupakan pelajar tingkatan satu
SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Saya telah memilih tajuk Sumber Air
kerana tajuk ini memudahkan saya membuat pemerhatian dan membuat rujukan
bahan dari buku dan halaman sesawang. Kawasan Pengkalan Chepa dipilih kerana
ia berdekatan dengan rumah saya.
Saya telah menetapkan empat objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja kursus iaitu memberikan jenis-jenis sumber air, menjelaskan
punca-punca krisis air di kawasan kajian saya, menerangkan kesan krisis air dan
memberi cadangan cara mengatasi krisis air di kawasan kajian saya.
Saya menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah
rujukan buku dan bahan internet. Saya mengambil masa tiga minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menetapkan empat objektif kajian untuk dicapai bagi tajuk Sumber
Air Di Kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Objektif-objektif tersebut
ialah:
1. Saya dapat menyenaraikan jenis sumber air,
2. Saya dapat menjelaskan punca-punca krisis air di kawasan kajian saya
3. Saya dapat menghuraikan kesan-kesan krisis air,
4. Saya dapat memberi cadangan cara mengatasi kesan krisis air di kawasan
Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan.
5
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih dua kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat bagi
menyiapkan kerja lapangan geografi saya.
Kaedah pertama ialah kaedah pemerhatian. Saya telah membuat borang
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap ciri-ciri bentuk muka
bumi di kawasan kajian saya dan kemudahan asas atau kemudahan awam yang
terdapat di sini. Selain daripada itu juga, saya juga telah membuat pemerhatian ke
atas Sungai Pengkalan Chepa yang terletak hanya 3 km dari rumah saya. Saya
melihat kebersihan sungai dan memerhatikan kesan krisis air ke atas keluarga saya
dan jiran-jiran saya.
Kaedah yang kedua ialah kaedah rujukan. Saya membuat rujukan buku teks
Geografi tingkatan 1 untuk mendapatkan jenis-jenis sumber air. Saya juga merujuk
kepada halaman sesawang untuk mendapatkan bahan tentang sumber air yang lain.
6
KAWASAN KAJIAN SAYA
Kawasan kajian saya ialah kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, Kota
Bharu, Kelantan. Saya tinggal di Taman Pinggiran yang terletak berhampiran
kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Saya tinggal di sini sejak 18 tahun yang
lalu kerana bapa saya bekerja di sebuah kilang dalam kawasan Pengkalan Chepa.
Pengkalan Chepa merupakan kawasan sub bandar yang terletak di daerah
Kemumin, jajahan Kota Bharu. Kawasan ini merupakan kawasan perindustrian utama
di negeri Kelantan. Melalui pemerhaian saya, bentuk muka buminya tanah pamah dan
terdapat sungai di kawasan ini iaitu Sungai Pengkalan Chepa.
Kawasan kajian saya ini mempunyai banyak kemudahan seperti kemudahan
pendidikan dan jalan raya yang cekap. Lapangan terbang Sultan Ismail Petra pula
hanya terletak kira-kira 4 km sahaja dari rumah saya. Ada banyak sekolah di kawasan
saya seperti SMK Pengkalan Chepa 2, MRSM Pengkalan Chepa dan Universiti
Malaysia Kelantan. Terdapat juga klinik kesihatan Pengkalan Chepa dan ibu pejabat
polis Daerah Kota Bharu.
Contoh kilang yang terdapat di kawasan kajian saya ialah Kilang Rohm Wako
iaitu kilang pembuatan alat semi konduktor, kilang memproses ubat-ubatan Ain
Medicare dan kilang membuat baju DHM Trading.
7
PETA LAKAR
8
LAPORAN HASIL KAJIAN
1.0 JENIS-JENIS SUMBER AIR
Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, terdapat dua jenis sumber air di
Malaysia iaitu air permukaan dan air bawah tanah.
Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan. Air hujan yang
turun sebahagiannya akan diserap masuk ke dalam tanah dan sebahagiannya pula
akan mengalir di permukaan bumi. Air permukaan ini akan mengalir masuk ke
dalam sungai, tasik atau empangan.
Sumber air kedua ialah air bawah tanah. Menurut buku teks tingkatan 1, air
bawah tanah ialah air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak
di bawah permukaan bumi. Malaysia mempunyai banyak air bawah tanah iaitu kira-
kira 5 000 billion meter padu.
9
LAPORAN HASIL KAJIAN
2.0 PUNCA-PUNCA KRISIS AIR DI KAWASAN
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN
Kawasan kajian saya sering mengalami masalah kekurangan sumber
air bersih. Bekalan air yang terdapat di kawasan kajian saya kurang bersih sejak 18
tahun yang lalu.
Punca utama yang menyebabkan krisis air ini ialah pencemaran air akibat
pembuangan sampah dan sisa toksik daripada kilang. Berdasarkan pemerhatian
saya, saya mendapati banyak sampah sarap dibuang ke dalam Sungai Pengkalan
Chepa.
Punca kedua krisis air di kawasan kajian saya ialah permintaan yang tinggi
daripada sektor perindustrian. Kawasan kajian saya merupakan kawasan
perindustrian utama di negeri Kelantan. Pelbagai jenis kilang ada di sini seperti kilang
plastik, kilang memproses minyak masak, kilang tekstil dan banyak lagi. Jumlah kilang
yang banyak di kawasan kajian saya menyebabkan permintaan bekalan air bersih
yang tinggi setiap hari.
Selain daripada itu, punca krisis air di kawasan kajian saya ialah disebabkan
peningkatan jumlah penduduk yang semakin meningkat. Semakin banyak kilang dan
taman perumahan telah dibangunkan di kawasan ini. Kedai makan atau restoren
semakin bertambah kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pekerja-
pekerja kilang dan penduduk sekitar. Contoh perumahan di kawasan kajian saya ialah
Taman Desa Kemumin, Perumahan Padang Tembak dan Taman Orkid.
10
LAPORAN HASIL KAJIAN
Bahan Grafik
Pencemaran air
Punca-punca
krisis air
Permintaan Peningkatan
tinggi jumlah penduduk
Rajah 1: Punca-punca krisis air di kawasan Pengkalan Chepa
11
LAPORAN HASIL KAJIAN
3.0 KESAN-KESAN KRISIS AIR DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA,
KOTA BHARU, KELANTAN
Kekurangan bekalan air bersih telah meninggalkan kesan yang buruk kepada
penduduk di kawasan kajian saya.
Berdasarkan rujukan saya dalam halaman sesawang FOMCA, ramai rakyat
Kelantan merungut mengenai masalah air bersih yang terputus dan air berkeladak.
Kawasan yang sering mengalami masalah krisis air ialah Kota Bharu dan Pasir Mas.
Rumah saya sering mengalami masalah air berkeladak hingga menyukarkan ibu saya
untuk memasak.
Di rumah saya, bekalan air yang banyak hanya didapati pada waktu tengah
malam dan awal pagi iaitu di sekitar pukul 2 hingga 5 pagi sahaja. Pada waktu lain,
air paip di rumah saya hanya mengalir sangat perlahan dan menyukarkan saya untuk
membasuh baju dan memasak.
Selain daripada itu juga, saya dan penduduk kawasan kajian saya mudah
mendapat penyakit bawaan air jika menggunakan air yang kurang bersih. Contohnya
akan mengalami sakit perut. Air yang kurang bersih juga boleh mengakibatkan
penyakit taun dan demam kepialu
Kesan krisis air yang terakhir ialah kepupusan flora dan fauna. Tiga orang
reponden bersetuju pencemaran air akan mengakibatkan hidupan dalam air akan
mati. Hidupan marin seperti ikan akan mati dan boleh menjejaskan bekalan sumber
ikan kepada penduduk.
12
LAPORAN HASIL KAJIAN
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR
DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA,
KOTA BHARU, KELANTAN
Krisis air yang berlaku di kawasan kajian saya telah menimbulkan
banyak masalah kepada penduduk di sini. Aktiviti harian dan kegiatan ekonomi
terjejas kerana kekurangan bekalan air bersih yang mencukupi. Contohnya
pengusaha kedai makan dan restoren mengalami masalah untuk membasuh bahan
mentah dan memasak makanan serta menyediakan minuman. Langkah-langkah
yang proaktif perlu dilaksanakan untuk memastikan krisis air tidak berlarutan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan air bawah tanah.
Berdasarkan rujukan saya daripada akhbar Berita Harian 6hb Januari 2020, Negeri
Kelantan menggunakan bekalan air bawah tanah sebanyak 50%. Pada pendapat
saya, jumlah ini perlu dipertingkatkan untuk menampung jumlah penduduk dan kilang
yang semakin bertambah. Air bawah tanah juga lebih bersih dan tidak memerlukan
kos yang tinggi untuk merawat air sebelum disalurkan kepada pengguna.
Di rumah saya dan jiran saya , kami menggunakan air bawah tanah atau
telaga tiub yang disebut sebagai “Air Boring”. Dengan adanya “air boring’ ini, rumah
saya dan jiran saya mempunyai alternatif mendapatkan sumber air bersih.
Cadangan yang kedua untuk mengurangkan kesan krisis air ialah
dengan menguatkuasakan undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang dapat
mengatasi masalah pembuangan sampah sarap dan sisa toksik terus ke dalam saliran
air seperti longkang dan sungai. Contoh undang-undang alam sekitar yang ada ialah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menetapkan sesiapa yang didapati bersalah
menyebabkan pencemaran sungai boleh didenda sehingga RM100 000 atau penjara
tidak melebihi 5 tahun.
Pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar perlu
sentiasa memantau cara kilang membuang sisa industri mereka dengan cara yang
betul. Mereka perlu memeriksa sisa kilang ditapis terlebih dahulu sebelum dilepaskan
masuk ke saliran seperti sungai.
13
Kempen Kesedaran Terhadap Alam Sekitar juga perlu diadakan untuk
menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar. Kawasan perumahan saya
akan mengadakan gotong royong setiap hujung bulan iaitu hari minggu untuk
membersihkan longkang dan persekitaran rumah.
14
LAPORAN HASIL KAJIAN
RUMUSAN
SUMBER AIR DI KAWASAN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN
Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah mengetahui dan memahami
tentang sumber air yang terdapat di kawasan kajian saya. Terdapat dua sumber air
iaitu sumber air permukaan dan sumber air bawah tanah.
Saya juga telah mengetahui sekiranya sumber air tidak dijaga dengan baik ia
akan menyebabkan berlakunya krisis air. Saya mendapati punca krisis air di kawasan
kajian saya ialah disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik.
Pertambahan penduduk dan kilang di Pengkalan Chepa juga menyebabkan
berlakunya krisis air.
Saya mendapati jika berlakunya krisis air, penduduk di kawasan kajian saya
akan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih. Kekurangan sumber air
bersih akan menyebabkan penduduk terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan air
kerana meminum air yang kurang bersih. Seterusnya akan berlakunya kepupusan
flora dan fauna yang hidup di dalam air.
Melalui kerja lapangan geografi ini, saya juga dapat memberikan cadangan
bagi mengatasi kesan negatif krisis air. Saya telah mencadangkan agar
menggunakan air bawah tanah. Saya juga telah memberi cadangan agar pihak
berkuasa dapat menguatkuasa undang-undang dengan lebih ketat bagi mengawal
pencemaran sumber air. Cadangan yang ketiga saya ialah mengadakan kempen
kesedaran alam sekitar seperti mengadakan gotong royong.
15
Saya bersyukur kerana kawasan kajian saya menerima kemudahan bekalan
air paip untuk kegunaan harian. Saya juga merasa bertuah kerana di kawasan kajian
saya juga dapat menggunakan sumber air bawah tanah. Ini menunjukkan kawasan
kajian saya mempunyai banyak sumber air. Saya berharap sumber air yang ada
dapat dijaga dengan baik supaya semua penduduk dan pengusaha kilang dapat
menikmati bekalan air bersih setiap hari.
16
RUJUKAN
BUKU TEKS:
Hisham Azman Bin Ibrahim & Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. (2016). KSSM
Geografi Tingkatan 1. Selangor: Era Visi Sdn Bhd.
LAMAN SESAWANG:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/237483/malaysia-ada-635-bilion-
meter-padu-air-bawah-tanah
https://www.doe.gov.my
http://www.fomca.org.my › index.php
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Chepa
17
LAMPIRAN
18
LAMPIRAN
Lampiran bahan-bahan rujukan yang telah saya gunakan untuk menyiapkan kerja
lapangan Geografi:
19
LAMPIRAN
Buku teks Geografi Tingkatan 1
20
LAMPIRAN
FOTO KILANG DI KAWASAN KAJIAN SAYA:
KILANG ROHM WAKO
KILANG MINYAK KELAPA SAWIT
21
LAMPIRAN
KILANG BARANG-BARANG KESIHATAN: AIN MEDICARE
Rumah saya menggunakan telaga tiub atau ‘air boring’ untuk mengatasi krisis
bekalan air bersih.
22