The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfadzila28, 2021-10-13 04:50:35

kerja lapangan geografi

kerja lapangan geografi

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
2021

GUNA TANAH DI KAMPONG ALOR SENIBONG, LANGGAR KEDAH

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD AFIQ BIN MISNADI
KELAS : 3 IHSAN
NO KAD PENGENALAN: 060519020951
NAMA GURU: ARHAMNI BINTI ROBIAN

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif kajian 5
6
Kaedah kajian
7
Kawasan kajian
10
Lampiran

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zaiton
binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar
kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang
diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan
Arhamni binti Ronbian atas segala bimbingan, tunjuk ajar,
teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak
menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
ibu bapa saya iaitu Misnadi bin A. Khalid dan Norfazila Binti
Abdul Rahaman yang telah banyak memberi sokongan moral dan
dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka
untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan rakan
sekelas saya terutamanya Muhammad Waiz bin Zunnurain
kerana memberi saya banyak pendapat dan idea

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang
ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab
Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah di kawasan
Kampung Alor senibong ,Langgar Kedah

Tujuan saya memilih kawasan Langgar ini adalah kerana
kawasan ini merupakan Kawasan tempat tinggal saya jadi
memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini
.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan
seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya
untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian
tentang guna tanah ini. Saya telah menemu ramah dan soal
selidik mak dan ayah Dan abg saya yang terpilih untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan
kajian dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna
tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar
yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha
untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut daripada
responden. Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang
baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat
menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan
kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan
maklumat yang dipilih telah direkod

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif: utama kajian ini dibuat adalah untuk
memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek
dan perkara-perkara seperti berikut:

a) Mendapatkan maklumat terperinci tentang
latar belakang Kawasan kajian

b) Melukis dan mentafsir peta lakar tentang
taburan dikawasan kajian

c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di
kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah berkenaan.

(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna
tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan
kajian.

(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap
usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 3 kaedah kajian yang telah dijalankan dan membantu
saya bagi memastikan tugasan kajian peta dikawasan kajian
iaitu Alor Setar Kedah dapat disiapkan dengan sempurna dan
bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang
tepat.

1. Kaedah pemerhatian dan tinjauan

Bagi mengenal pasti guna tanah pamah yang terdapat disitu.
Maklumat yang diperoleh itu membantu saya melukis dan
mentafsir peta lakar guna tanah

2. Kaedah melayari internet

Selaras dengan teknologi masa kini. Internet adalah satu
gerbang limpahan pelbagai sumber untuk dapatkan maklumat.
Melalui laman sesawang berautoniti yang telah dilayari iaitu
portal Rasmi Google. Saya turut memuat turun berkaitan
tugasan dijadikan rujukan tambahan

3. Bimbingan guru

Tanpa bimbingan guru , saya tidak Berjaya melaksanakan
tugasan itu. Oleh itu saya mendapat bimbingan dari guru iaitu
Puan Arhamni Binti Robian.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini ialah Alor Setar, Kedah.
Terdapat 32 buah mukim didaerah alor setar ini dan beberapa buah
bandar dan pekan termasuklah bandar Langgar. Alor setar terkenal
sebagai daerah termaju di kedah. Kedudukannya terletak di utara
Semenanjung Malaysia , bersempadan dengan negara Thailand.
Pulau Langkawi merupakan tarikan pelancong di Kedah.

Faktor ciri fizikal semulajadi yang terdapat dalam peta Kawasan
ialah Kawasan penanaman padi menyebabkan pembukaan kilang
disitu untuk memproses padi tersebut.

Secara keselurahannya, guna tanah di Mergong adalah lebih
kepada kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perniagaan,
pertanian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan
untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat penting
kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.

Selain itu, Alor Setar juga merupakan kawasan tumpuan penduduk
setempat kerana tanah pamahnya yang luas membolehkan banyak
perumahan dibina disini. Kebanyakan rumah tersebut ialah rumah
teres 1 tingkat dan teres 2 tingkat.

Kawasan perniagaan juga banyak dikawasan ini iaitu terdapat
banyak kedai kedai dan pasaraya telah membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk disitu. Orang dari luar negeri juga
sanggup datang semata mata ingin bekerja disitu

Kereta dan motosikal merupakan pengangkutan terpenting di
sini. Oleh itu, kerajaan telah membina jalan raya untuk
menghubungkan bandar dan luar bandar. Laluan kuala kedah
merupakan jalan raya utama di kedah yang menghubungkan
bandar utama ianya juga merupakan laluan utama ke Langkawi
melalui kuala kedah. Selain itu terdapat kemudahan stesen bas
bagi ke daerah daerah berdekatan .

Bagi infrastruktur pendidikan pula, terdapat banyak sekolah
yang telah dibina berdekatan kawasan perumahan dan Kawasan
pentadbiran . Antara sekolah yang terkenal disini ialah Sekolah
kebangsaan datuk kumbar, Sekolah kebangsaan langgar, Sekolah
kebangsaan gelam , sekolah kebangsaan jalan pegawai dan lain
lain lagi.

Antara kesan guna tanah untuk petempatan ialah peningkatan
suhu dikawasan sekitar Alor Setar meningkat . Semakin ramai
manusia membuat penempatan di sesuatu kawasan
meningkatkan lagi bilangan kenderaan. Kenderaan seperti kerata,
motor dan lori melepasakan gas karbon monoksida dan ia
menyebabkan daya serap haba lebih tinggi. Fenomena ini dikenali
sebagai pulau haba. Pembinaan bangunan secara rapat
meningkatkan lagi suhu sekitar Seremban kerana haba
terperangkap dalam kawasan penempatan tersebut.

Selain itu, kesan lain hasil guna tanah petempatan yang sering
berlaku adalah banjir kilat. Hal ini sering berlaku jika hujan lebat
berterusan tanpa henti pada waktu yang singkat. Peningkatan
penduduk di kawasan perumahan akan meningkatkan sisa
pepejal dan jika ia tidak tidak dilupuskan dengan efisyen akan
menyebabkan masalah perparitan yang serius.

Kesan guna tanah untuk pertanian pula ialah tanah pertanian itu
akan terjejas kerana penggunaan racun tumbuhan yang tidak
terkawal dan baja pokok akan membusukkan tanah tersebut.
Selain itu, aktiviti pertanian memerlukan banyak ruang.

Cadangan saya untuk mengatasi kesan guna tanah petempatan
dengan membuat perumahan hijau yang terancang. Pemaju dan
kerajaan hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam
melaksanakan langkah ini. Pihak pemaju hendaklah merancang
dengan teliti terlebih dulu kawasan petempatan yang akan dibina
dengan mengambil kira faktor kepadatan penduduk. Kawasan
perumahahan yang ingin dibina hendaklah mempunyai sistem
perparitan dan pengudaraan yang sistematik agar tidak berlaku
pencemaran dan banjir kilat. Di samping itu, kawasan teduhan
juga hendaklah diperbanyakkan dengan menanam pokok-pokok
bagi menurunkan suhu sekitar kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga hendaklah memperkenalkan
undang-undang bagi mengalakkan pemaju untuk mengambil kira
faktor kehijauan kawasan petempatan yang dibina. Imbuhan dan
rebat juga boleh diperkenalkan bagi menggalakan pemaju-
pemaju menyahut seruan ini.

Cadangan saya untuk mengatasi kesan guna tanah pertanian ialah
Mengurangkan pengunaan racun perosak dan penggunaan baja
yang lebih mesra alam dan tidak mengeluarkan bau yang terlalu
kuat.

TAFSIRAN PETA LAKAR KAJIAN

Peta lakar tipografi menunjukkan Kawasan Langgar. Ciri pandang
darat fizikal yang terdapat dalam Kawasan peta tidak ada
manakala ciri pandang darat budaya dikawasan peta terdiri
daripada jalan raya , sawah padi , petempatan , kedai, masjid,
sekolah , stesen bas dan rumah sewa.

Keseluruhan bentuk muka bumi di Kawasan peta adalah terdiri
daripada Kawasan tanah pamah yang rata. Kawasan tanah pamah
digunakan untuk petempatan, pertanian dan perniagaan.

Berdasarkan peta kegiataan ekonomi utama penduduk ialah
pertanian. Tanaman yang diusahakan ialah sawah padi. Padi
ditanam dikawasan barat laut yang jauh dari petempatan dan
jalan raya.

Jalan raya merupakan cara pengngkutan utama di dalam peta
kerana menghubungkan perumahan perumahan disitu . Barat
daya menjadi tumpuan penduduk dan pola petempatan berpusat.

Kawasan ini mempunyai banyak kemudahan social seperti
sekolah, kedai, rumah sewa, dan stesen bas.

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN


Click to View FlipBook Version