The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG IDAMAN, 2022-04-16 08:37:30

SAYA SAYANG NENEK

gdkx

Saya sayang
nenek

SAYA SAYANG
NENEK



Nama saya Arif. Saya anak bongsu kepada tiga adik
beradik. Abang dan kakak saya tinggal di asrama. Ibu
saya adalah guru di sekolah saya.

Hari ini, ayah mengajak saya balik ke kampung untuk
menjenguk nenek yang tinggal seorang diri semenjak
enam bulan yang lalu setelah kematian datuk.

Ibu saya telah mengambil cuti tiga hari lebih awal untuk
ke kampung nenek.



Setibanya di kawasan rumah nenek, kami dapat melihat
dari jauh nenek sedang mengangkat pakaian di
jemuran, namun ibu tidak kelihatan. Saya dengan segera
keluar daripada kereta dan memeluk nenek. Nenek
mengajak ayah dan saya masuk ke rumah.



Tiba di ruang. dapur, saya melihat ibu sedang
menghidang pelbagai lauk untuk hidangan tengahari.



Setelah kenyang makan tengahari dengan lauk yang di
masak bersama oleh nenek dan ibu, saya duduk di tepi
nenek menunggu nenek bercerita.

Saya tak pernah bosan mendengar cerita-cerita dari
nenek. Saya suka melihat gaya nenek bercerita dengan
senyuman dan kadangkala nenek membesarkan
matanya untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.



Pada sebelah petang, nenek menyediakan pisang
goreng sebagai hidangan. Itulah nenek saya, yang
tidak kenal erti penat untuk melayan anak dan cucu-
cucunya setiap kali kami datang melawatnya.



Selesai minum petang, nenek mengajak saya ke ruang
di belakang rumah untuk melihat tanaman sayuran yang
baru di semai oleh nenek.



“Cuba Arif tengok macam mana nenek siram pokok-
pokok itu. Ibu Arif yang membantu. Dia reka satu kaedah
yang dipelajari di sekolah. Cukup senang dan mudah
untuk nenek”, kata nenek.

“Oh, patutlah ibu ambil cuti untuk datang awal rumah
nenek”, kata saya.

Nenek berkata “Terima kasih pada ayah dan ibu Arif yang
sentiasa menggembirakan hati nenek. Nenek sangat
bahagia bila anak-anak dan cucu-cucu nenek selalu
datang ke sini”, katanya sambil memeluk erat badan
saya dan mencium pipi saya.


Click to View FlipBook Version