The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH SUKAN DAN PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUZANA ISMAIL, 2023-02-13 04:50:53

E-MAJALAH SUKAN

E-MAJALAH SUKAN DAN PERPADUAN

MALAYSIA 2021 SUKAN MENYATUKAN KITA MAJALAH TERBARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN


SUKAN DAN PERPADUAN NAMA: NUR FARAH NADIA BINTI HAMIZI NO MATRIK: 09DMB19F1056 NAMA: UKAIL SUHAYL BIN JAFRY NO MATRIK: 09DMB19F1070 NAMA: MOHAMAD IQBAL NAIM BIN ABDUL HAMID NO MATRIK: 09DMB19F1078 NAMA: MUHAMMAD FIQRY HAFFIZY BIN ISMAIL NO MATRIK: 09DMB19F1007


ISI KANDUNGAN PERPADUAN DALAM SUKAN BADMINTON MALAYSIA MELONJAK NAIK IKLAN KL CITY MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA DATUK NICOL DAVID DIIKTIRAF ATLET TERUNGGUL SEPANJANG ZAMAN SUKAN DUNIA. LEBIH 1.8 JUTA SERTAI HARI SUKAN NEGARA 2021 COVID-19 TIDAK JEJAS PERTANDINGAN SUKAN SEKOLAH KESIMPULAN RUJUKAN 1 2 3&4 5 6 7 8 9 10


PERPADUAN DALAM SUKAN SIAPA yang pernah lupa dengan skuad bola sepak generasi emas 1980 yang layak ke Olimpik? Diketuai Soh Chin Aun, maruah Malaysia ketika itu turut digalas beberapa bintang seperti Santokh Singh, Hassan Sani, R. Arumugam, James Wong dan Bakri Ibni. Siapa juga yang bisa melupakan skuad badminton negara yang menghadiahkan Piala Thomas buat Malaysia pada tahun 1992. Skuad itu dibarisi anak-anak Sidek, Foo Koo Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Pada era milenium ini nama jagoan sukan seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong turut harum di pentas antarabangsa. Yang pasti, sukan bukan semata-mata pentas persaingan atlet mana yang paling kuat dan hebat. Tanpa kita sedari, sukan sejak sekian lama telah menjadi ejen perpaduan paling berjaya dalam menyatukan rakyat sesuatu negara tidak terkecuali di Malaysia. Lihat sahaja bagaimana apabila kejayaan ahli sukan diiringi dengan berkibarnya Jalur Gemilang, berdendangnya lagu Negaraku dan lebih hebat seluruh stadium bergema dengan sorakan pelbagai lapisan kaum. Bagi bekas pengendali Harimau Malaya, B.Sathianathan, sewaktu masyarakat bercakap soal bola sepak atau menontonnya, semua sempadan diri tersingkir dengan sendiri kerana mereka fokus kepada perkara yang sama diminati."Dalam pasukan bola sepak itu sendiri terdiri daripada pemain pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Kemudian masyarakat berbilang bangsa hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak setiap kali perlawanan."Misalnya ketika Malaysia bertemu Thailand pada kejohanan AFF dan Sukan SEA di negara ini dahulu. Pelbagai bangsa dan kaum datang ke stadium yang secara langsung menunjukkan kehadiran semangat kenegaraan yang tinggi."Lebih manis pemain-pemain juga daripada pelbagai bangsa," katanya memberikan pandangan. Ketua Jurulatih Selangor itu berkata, selain bola sepak tidak lupa juga sukan seperti badminton, sepak takraw dan bola keranjang yang boleh mendorong memupuk penyatuan bangsa di negara ini. Secara peribadi anak kelahiran Perak itu berkata, beliau melihat perkara itu sejak remaja misalnya ketika mewakili sekolah dalam sukan sepak takraw dahulu."Saya mewakili sekolah pada tahun 1970 hingga 1975 dalam sukan sepak takraw dan saya terpilih kerana pasukan itu perlu terdiri daripada pemain Melayu, Cina dan India. Kami berlatih bersama-sama. Secara tak langsung saya sebagai bangsa India bergaul mesra dengan pemain lain terdiri daripada pemain Melayu dan Cina. Bagi saya, situasi seperti inilah yang dikatakan mendorong penyatuan bangsa melalui sukan," katanya. Sementara itu, bekas pemain perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek berkata, beliau kagum melihat semangat penyokong, secara tidak langsung memberi motivasi kepada pemain sewaktu beraksi mewakili negara. “Sorakan penyokong turut membantu pasukan negara merangkul Piala Thomas pada 1992. Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum itu mengikut rentak ketua sorak mereka memberi sorakan. “Saya dapat melihat semangat Malaysia melalui sorakan itu yang mahu pasukan kebangsaan menang dalam pertandingan itu,” katanya kepada Sinar Harian. Lebih manis Rashid mengakui, Foo Kok Keong merupakan rakan baiknya ketika sesi latihan. “Kita memberi sokongan dalam satu sama lain, kita anggap pasukan ini sebagai satu keluarga, selepas latihan saya meluangkan masa minum dan makan bersama dengan mereka,” katanya. Beliau berharap masyarakat pelbagai kaum ini dapat terus bersatu dan menjaga keharmonian negara.“Kita harus mengekalkan perpaduan dan saling bekerjasama untuk mencapai satu matlamat,” katanya. 1


KINI dunia badminton Malaysia sekali lagi menggemparkan dunia. Pemain perseorangan lelaki Negara, Lee Zii Jia menewaskan juara bertahan Denmark, Victor Alexson dan Kento Momota pemain perseorangan nombor satu dunia dari Jepun. Lee Zii Jia mungkin pengganti terbaik, Datuk Lee Chong Wei. Seperti yang kita tahu, Datuk Lee Chong Wei pernah mengharumkan nama negara semenjak satu dekad yang lalu. Backhand smash milik Lee Zii Jia dilihat seringkali mengelirukan lawan di gelanggang. Jika dahulu kita terlampau bergantung pada Lee Chong Wei sehingga tiada pemain pelapis yang ditonjolkan. Benar, untuk menghasilkan seorang pemain bertaraf dunia bukan satu perkara yang mudah namun usaha-usaha mencari pemain pelapis itu tidak perlu berhenti hanya kerana kita berjaya menemui “permata” baru. Bagi Lee Zii Jia perjalanan baru sahaja bermula dan masih banyak usaha perlu diteruskan untuk meletakkan beliau sebaris pemain legenda badminton dunia. Bagi BAM (Badminton Association of Malaysia), mereka bukan sahaja perlu merancang dan meneliti program akar umbi tetapi juga berterusan mengeluarkan pemain yang boleh diletakkan untuk bersaing di persada dunia. Kita mahukan Lee Zii Jia bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi kekuatan mentalnya juga. Semoga momentum Lee Zii Jia ini berterusan dan menaikkan nama Malaysia sekali lagi sebagai gergasi badminton dunia. Bukan sahaja Lee Zii Jia yang menaik pada tahun ini, ramai sebenarnya yang menaik seperti Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Goh Liu Ying, Chan Peng Soon dan ramai lagi.Mereka adalah kaum cina. Semua tahu bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Oleh itu, Malaysia juga menghantar pemain melayu seperti Nur Izzuddin, Siti Nurshuhaini Azman, Aidil Sholeh dan ramai lagi pemain muda. Tidak lupa juga pemain india iaitu Thinaah Muralitharan, Letshanaa Karupathevan, dan Kisona Selvaduray. BADMINTON MALAYSIA MELONJAK NAIK 2


3


KL CITY MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA EDISI KE100 APABILA MEMBENAM JDT, 2-0 PADA 30NOV 2021. Penonton boleh hadir ke stadium mulai 29 oktober 2021 setelah sekian lama ditutup akibat virus covid-19 dengan kepatuhan sop. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC tetap meriah dengan kehadiran penyokong sekalipun berlangsung dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat. Tinjauan Astro AWANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang Selasa menyaksikan kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan yang mula hadir seawal jam 3 petang, walaupun sepak mula bermula jam 9 malam. Walaubagaimana pun, ada juga rakyat Malaysia memberi sokongan di kedai makan dan mamak. Di sini kita boleh lihat bahawa rakyat Malaysia sangat menitikberatkan tentang perpaduan kaum iaitu mereka berkumpul antara melayu, india dan cina di kedai mamak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Piala Malaysia | Selepas 32 tahun menunggu, KL City muncul juara PENANTIAN 32 tahun untuk ke pusingan akhir tidak sia-sia apabila Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 malam tadi. Disifatkan sebagai 'underdog' di pentas final, pasukan kendalian Bojan Hodak itu menundukkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. 5


DATUK NICOL DAVID DIIKTIRAF ATLET TERUNGGUL SEPANJANG ZAMAN SUKAN DUNIA. SIAPA je tak kenal dengan bekas ratu skuasy negara kita ni, Datuk Nicol Ann David yang telah meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian sebanyak 318,943. Menurut laporan, atlet berusia 37 tahun kelahiran Pulau Pinang itu perlu bersaing undian secara dalam talian dengan 23 calon lain yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya Sukan Dunia dari tahun 1981 hingga 2017. Difahamkan, undian tersebut berakhir pada 9 malam 1 Februari waktu Malaysia dengan mencatat satu lagi sejarah baru buat sukan negara yang membuktikan Nicol David berada pada kelasnya yang tersendiri. Malah, berita itu turut dikongsikan oleh laman rasmi Twitter The World Games, yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pencapaian beliau dalam sukan squash. Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia. Rakyat Malaysia berasa bangga serta mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian terunggul yang diperolehi Datuk Nicol Ann David. Sukan squasy tidak terhenti walaupun tiada Datuk Nicol Ann David. Aifa kejutkan pemain No. 8 dunia, juarai Terbuka Malaysia. Ia menunjukkan aksi luar biasa sejak aksi pertama Terbuka Malaysia 2021, pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan di kejohanan tersebut. Pemain berusia 19 tahun layak beraksi dalam kejohanan bernilai RM209,000 itu atas tiket wild card (jemputan). Aifa yang hanya menduduki ranking ke-69 dunia terus mencipta kejutan apabila menundukkan Salma yang berada di ranking kelapan dunia. Sementara itu, skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini. Kejayaan Malaysia menewaskan juara bertahan 2-1 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini turut menyaksikan Malaysia kekal sebagai pasukan paling banyak meraih gelaran berkenaan dengan kejuaraan kali ke-10.Selain itu, kuad lelaki negara turut cemerlang apabila menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 tahun mengatasi India 2-1 pada final kategori lelaki. 6


Lebih 1.8 Juta sertai Hari Sukan Negara 2021 PUTRAJAYA: 10 Oct 2021 Hari Sukan Negara (HSN) 2021 mensasarkan penglibatan lebih daripada 2.5 juta Keluarga Malaysia melakukan aktiviti sukan kecergasan dan rekreasi di seluruh negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sasaran itu diyakini boleh dicapai apabila sejumlan 1.8 juta penyertaan sudah direkodkan menerusi www.harisukannegara.my pada hari pertama pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Menurut beliau, HSN 2021 turut mengenal pasti kumpulan sasaran seperti keluarga, kanak-kanak, wanita, belia, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas dengan kawasan sasaran pelaksanaan pula adalah di luar bandar, pusat kecergasan, institusi pendidikan, kawasan perumahan, tempat kerja, dan pusat kesihatan. “Objektif HSN 2021 adalah menggalakkan keluarga Malaysia untuk melaksanakan aktiviti sukan seperti kecergasan dan rekreasi ke arah menjadikan Malaysia negara bersukan. “Asas perancangan HSN 2021 adalah memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif walaupun di kala negara dilanda pandemik Covid-19 dengan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. Ahmad Faizal berkata, HSN 2021 bermotifkan peningkatan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah pembudayaan sukan yang menyeluruh walaupun dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Katanya, ini termasuk meningkatkan dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum agar terus bersatu untuk terus kekal aktif dan - sihat ke arah pemulihan negara yang masih berhadapan dengan penularan wabak pandemik. Beliau berkata, ia sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan yang menyokong rakyat terus bersukan melalui pembelian dan penjualan barangan sukan dan secara tidak langsung dapat memberikan sokongan kepada ekosistem sektor sukan dan rekreasi. Hari Sukan Negara diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia diperkenalkan julung kali pada tahun 2015 dengan jumlah penyertaan keseluruhan HSN 2015 adalah seramai 5,195,869 orang termasuk 1 juta penyertaan dari sekolah-sekolah di seluruh negara. Penyertaan daripada rakyat Malaysia di luar negara turut memberangsangkan melalui kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Luar Negeri telah mencatatkan penyertaan seramai 7,242 rakyat Malaysia di 76 Pejabat Kedutaan Luar Negeri. HSN 2015 juga mencipta Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan penganjuran sebanyak 17,648 aktiviti sukan, manakala pelaksanaan HSN 2020 tidak dapat disambut disebabkan penularan pandemik. 7


COVID-19 Tidak Jejas Pertandingan Sukan Sekolah PUTRAJAYA: 2 DECEMBER 2021 Penularan COVID-19 sejak tahun lalu menyebabkan penganjuran pertandingan sukan di peringkat sekolah berubah dan terpaksa dijalankan secara dalam talian. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bagaimanapun berkata, ia tetap diadakan bagi memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat sukan mereka walaupun berada di rumah. "Pandemik COVID-19 sejak awal 2020 memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan dan sektor sosial, terutama apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Ia menyebabkan aktiviti sukan, termasuk latihan dan pertandingan secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. "Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada guru untuk menjadi lebih kreatif dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi meneruskan pembelajaran termasuk menggilap potensi murid dalam bidang sukan," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidik (KPM)-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-MILO 2019, yang diadakan dalam talian, pagi ini. Pertandingan Kemahiran Sukan MSSM Secara Dalam Talian 2021 turut dianjurkan secara dalam talian dan disertai seramai 46,269 peserta. Radzi berkata, KPM amat menghargai usaha dan peranan dimainkan MSSM dalam mencungkil dan membentuk bakat atlet dalam kalangan murid. "Ramai daripada mereka berjaya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa, termasuk di pentas sukan olimpik," katanya. Beliau berkata, seramai 59 orang atlet murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia sejak Olimpik 2000 di Sydney hingga Olimpik 2020 di Tokyo tahun ini. Katanya, walaupun aktif dalam sukan, atlet terbabit turut cemerlang dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya hebat seperti atlet gimrama, Lok Mei Hui, yang muncul pelajar terbaik aliran sains dengan memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. "Ia termasuk jaguh berbasikal negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang yang ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). "Atlet sukan memanah, Dr Mon Redee juga seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di UPSI dan pakar oftalmologi Dr Goh Yi Wei juga atlet sukan gimrama," katanya. Radzi berkata, KPM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sukan termasuk Syarikat Nestle Products Sdn Bhd yang terus menjadi penaja majlis anugerah sukan itu selain pelbagai aktiviti sukan di sekolah, khususnya MSSM. 8


KESIMPULAN Kesimpulannya. sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa. 9


RUJUKAN 1. https://www.sinarharian.com.my/article/46132/KHAS/CeritaMerdeka/Sukan-menyatukan-anak-Malaysia 2. https://www.astroawani.com/video-sukan/mfl-penontonboleh-hadir-ke-stadium-mulai-29-oktober-1925886 3. https://www.astroawani.com/berita-sukan/kl-city-benam-jdtmuncul-juara-piala-malaysia-edisi-ke100-333802 4. https://www.utusan.com.my/sukan/2021/10/lebih-1-8-jutasertai-hari-sukan-negara-2021/ 5. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894371 /covid-19-tidak-jejas-pertandingan-sukan-sekolah 6. https://www.erabaru.com.my/2021/02/03/datuk-nicol-daviddiiktiraf-atlet-terunggul-sepanjang-zaman-sukan-dunia/ 7. https://www.sinarharian.com.my/article/46132/KHAS/CeritaMerdeka/Sukan-menyatukan-anak-Malaysia 8. https://malaysiadateline.com/lee-zii-jia-pengganti-lee-chongwei/ 9. https://www.astroawani.com/berita-sukan 10


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version