The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN SK KAMPUNG IDAMAN, 2022-04-17 11:02:28

JACK YANG BERTUAH

ruqa

Pada masa dahulu, di sebuah negeri,

tinggal seorang saudagar bersama-sama tiga
orang anak lelakinya. Anak sulung bernama
John, manakala anak kedua bernama Jim.
Mereka sangat bijak.
Pada suatu hari, utusan raja membuat
pengumuman bahawa puteri raja negeri itu
hendak memilih calon suami. Lelaki itu
mestilah seorang yang bijak.

2



John dan Jim ingin berkahwin dengan

puteri raja. John sangat pandai dalam
perkamusan. Jim pula sangat arif dalam ilmu
undang-undang. Mereka hendak mencuba nasib.
“Saya yang akan dipilih oleh puteri kerana
saya bijak,” kata John.
“Mana boleh! Saya lebih bijak daripada
kamu!” kata Jim pula.
Saudagar berharap yang seorang daripada
anaknya dapat berkahwin dengan puteri itu.
Saudagar memberikan seekor kuda hitam yang
tangkas kepada John dan seekor kuda putih
yang cantik kepada Jim.

4



K etika John dan Jim hendak pergi ke

istana, adik bongsu mereka, Jack, datang ke
tempat itu. Jack tidak sebijak abang-abangnya.
Namun dia seorang yang baik hati dan jujur.
“Kamu berdua hendak ke mana dengan
berpakaian cantik begini?” tanya Jack.
“Kami hendak pergi ke istana. Kamu tidak
tahukah yang tuan puteri hendak memilih calon
suami?”
“Saya hendak ikut sama,” kata Jack.
John dan Jim hanya ketawa terbahak-bahak
sebelum meninggalkan tempat itu.

6



“A yah,” kata Jack kepada saudagar.

“Bolehkah ayah berikan seekor kuda kepada
saya? Saya pun hendak pergi ke istana untuk
mencuba nasib.”
“Kamu hendak pergi ke istana?” kata
saudagar. “Kamu tidak sebijak abang-abang
kamu. Mustahil kamu dapat menarik perhatian
puteri raja itu. Ayah tidak akan memberikan
kuda kepada kamu.”
“Kalau begitu, saya akan bawa kambing saya.”
Jack pun menunggang kambingnya ke istana.

8



D i pertengahan jalan, Jack bertemu

dengan abang-abangnya.
“Bagusnya dapat bertemu dengan kamu
di sini. Bolehlah kita pergi bersama-sama,”
kata Jack.
Tiba-tiba Jack nampak bangkai seekor merpati.
“Lihat apa yang saya jumpa!” kata Jack
sambil mengambil bangkai burung itu.
“Kamu hendak buat apa dengan bangkai
burung itu?” tanya John.

10



“Saya hendak berikan kepada tuan puteri,”

kata Jack.
John dan Jim ketawa.
Jack kemudian terjumpa sebelah kasut lama.
Dia memasukkan kasut itu ke dalam koceknya.
Apabila dia nampak madu yang tertumpah di atas
jalan, madu itu pun dikutipnya.
John dan Jim hanya ketawa melihat tingkah
laku Jack.

12



S etelah lama berjalan, mereka tiba

di istana. John dan Jim tiba dahulu di
istana manakala Jack tiba sejam kemudian.
Ramai pemuda sedang menunggu giliran
mereka di luar istana. Mereka kelihatan gugup.
Seorang demi seorang masuk ke dalam istana
untuk menemui puteri raja.
Tidak lama kemudian, seorang demi
seorang dibawa keluar dari dalam istana.

14



T idak lama kemudian, tiba giliran John.

Dia terkejut melihat keadaan di dalam dewan
istana itu. Api di tempat perdiangan sedang
marak menyala menyebabkan keadaan di situ
sangat panas.
“Panasnya tempat ini,” kata John.
“Ya,” jawab tuan puteri. “Ayahanda beta
hendak memanggang ayam hari ini.”
“Oh!” jawab John. Dia kemudian terdiam
dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
“Bawa dia pergi!” perintah puteri raja.

16



T iba pula giliran Jim. Dia juga gugup seperti

pemuda lain.
“Panasnya tempat ini,” kata Jim yang mulai
cemas apabila berada di dalam dewan istana itu.
“Ya, beta hendak memanggang ayam hari ini,”
jawab puteri raja.
“Hah! Er…. tuan puteri… aaa…” Jim tidak tahu
apa lagi yang hendak dikatakannya. Dia hanya arif
dalam bidang undang-undang dan tidak terfikir akan
menghadapi keadaan seperti itu.
“Bawa dia pergi!” perintah puteri raja.

18



Setelah abangnya keluar, Jack masuk ke

dalam istana dengan menunggang kambingnya.
“Alamak, panasnya tempat ini,” kata Jack
sambil turun dari kambingnya.
“Memang panas kerana beta hendak
memanggang ayam,” jawab puteri raja yang
cuba menahan ketawa kerana geli hati melihat
telatah Jack.
“Wah, saya bernasib baik!” kata Jack.
“Bolehlah saya memanggang burung merpati
ini!” kata Jack lagi sambil mengeluarkan burung
merpati dari dalam bajunya.

20



“T api apa yang akan kamu gunakan

22 untuk memanggang burung itu? Di sini tidak
ada periuk atau kuali,” kata puteri raja.
“Saya ada tempat memanggang yang
baik,” jawab Jack sambil mengeluarkan kasut
lama dari koceknya. Dia memasukkan burung
merpati itu ke dalam kasut, dan kemudian
menuangkan madu ke atasnya. “Ini untuk
sosnya,” kata Jack lagi.
Puteri raja ketawa geli hati melihat
tingkah laku Jack.
Akhirnya puteri memilih Jack sebagai
calon suaminya. Setelah berkahwin
dengan puteri, Jack dilantik menjadi raja
negeri itu.



A Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapakah bilangan anak saudagar?
2. Mengapakah John dan Jim ketawa terbahak-bahak apabila
Jack mengatakan yang dia juga hendak pergi ke
istana?
3. Apakah yang ditunggang oleh Jack untuk pergi ke istana?
4. Jika Jack tiba di istana pada pukul 1 tengah hari, pukul
berapakah John dan Jim tiba di istana?
5. Apakah yang digunakan oleh Jack sebagai tempat
memanggang?

B Apakah yang dikatakan oleh Jack apabila dia berkahwin dengan puteri?

Untuk mengetahui jawapannya, tuliskan huruf awal setiap objek.


Click to View FlipBook Version