The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khatijahazizan, 2023-02-09 20:34:27

PERATURAN ASRAMA SMA AL- MAARIF

1


2 Peraturan Am Asrama Semua penghuni asrama hendaklah : 1. Sentiasa berkelakuan baik, beradab, bertanggungjawab dan akur dengan peraturan asrama. 2. Berpakaian bersih, kemas dan sopan serta bersesuaian dengan sebarang aktiviti yang dijalankan. 3. Mempunyai semangat kekitaan, kekeluargaan, bekerjasama, bertoleransi serta menghormati semua keluarga asrama. 4. Bertanggungjawab menjaga harta benda asrama. Persediaan ke Sekolah 1. Semua penghuni aspura/aspuri beratur di dataran asrama jam 7.00 pagi. 2. Memastikan semua kelengkapan ke sekolah cukup. 3. Tiada pergerakan pelajar di asrama pada sesi persekolahan tanpa kebenaran. Keperluan Asrama Pelajar Banin Banat • Baju Melayu hitam 1 helai • Tshirt berkolar kosong 3 helai* • Baju kemeja kasual 1 helai* • Baju Raihan/ baju Melayu tanpa seluar (berwarna) 1 helai* • Seluar slack hitam 2 helai • Tshirt tidak berkolar 3 helai • Track suit 2 helai* • Jubah putih 1 helai • Serban putih 1 helai • Kopiah putih / hitam 1 unit • Selipar tandas • Selipar prep • Kasut sukan sepasang • Kelengkapan mandi (baldi,gayung,keperluan mandian,hanger,penyepit baju,kain basahan) • Ubat persendirian (jika perlu) • Kunci locker • Baju batik asrama, cadar, sarung bantal dan selimut (dibeli di koperasi sekolah) Nota: *tidak termasuk seragam sekolah • Baju kurung longgar / jubah cut A 4 pasang* • Tshirt Muslimah* 3 helai + 2 helai kain hitam • Track suit 2 helai* • Jubah hitam /baju kurung hitam (kosong) • Tudung hitam labuh* 2 helai • Tudung krim labuh 1 helai • Tudung berwarna 1 helai • Seluar panjang tidur malam + tshirt tidur : 4 helai sahaja • Selipar tandas • Kasut sukan • Sandal • Kelengkapan mandi (baldi,gayung,keperluan mandian,hanger,penyepit baju,kain basahan) • Ubat persendirian (jika perlu) • Kunci locker • Baju batik asrama, cadar, sarung bantal dan selimut (dibeli di koperasi sekolah) Nota: *tidak termasuk seragam sekolah


3 Persediaan Belajar 1. Semua penghuni asrama dikehendaki mengikuti waktu persediaan belajar seperti berikut: Prep pagi : 8.00-10.00 pagi Prep malam : 8.00-10.00 malam 2. Ketika sesi prep, pelajar perlu gerak ke sekolah pada pukul 7.45 pagi untuk sesi prep pagi dan 7.45 malam pada sesi prep malam. 3. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada warden bertugas. 4. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan akademik tidak dibenarkan melainkan atas arahan pengurusan sekolah. 5. Pelajar tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, berjalan-jalan atau berbual kosong ketika prep. 6. Percampuran lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali. Pemakaian Pelajar ke Prep Hari Pakaian Ahad Banin: baju Raihan/ baju Melayu (berwarna), berkopiah & seluar slack hitam Banat: segala jenis baju kurung (longgar) / jubah cut A & tudung hitam Isnin Banin: baju Melayu hitam , berkopiah & seluar slack hitam Banat: segala jenis baju kurung (longgar) / jubah cut A & tudung hitam Selasa Banin: baju Melayu hitam, berkopiah & seluar slack hitam Banat: jubah hitam/baju kurung hitam (kosong) & tudung krim Rabu Banin: baju kemeja kasual, berkopiah & seluar slack hitam Banat: segala jenis baju kurung (longgar) / jubah cut A & tudung krim Khamis Banin: baju Raihan/ baju Melayu (berwarna), berkopiah & seluar slack hitam Banat: segala jenis baju kurung (longgar) / jubah cut A & tudung berwarna Sabtu (Pagi) Banin: tshirt berkolar, berkopiah & seluar track suit Banat: tshirt Muslimah, kain hitam & tudung berwarna Peraturan Di Bilik Asrama Semua penghuni asrama hendaklah : 1. Mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama 2. Menyerahkan telefon bimbit (atas kebenaran bertulis) kepada warden. 3. Memastikan bilik asrama hendaklah sentiasa kemas, bersih dan teratur setiap masa 4. Menyusun baldi dan alatan mandi dalam tandas pada ruang yang telah disediakan. 5. Susun kasut dan selipar pada rak yang berasingan. 6. Memastikan tempat tidur kemas dan teratur sebelum jam 7.00 pagi.


4 7. Memastikan tuala dan pakaian tidak disangkut atau disidai di dalam bilik asrama. 8. Bangun seawal jam 5.00 pagi mengikut jadual yang telah ditetapkan. 9. Menutup lampu bilik dan tidur tepat jam 11.30 malam mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Memastikan suis lampu, kipas dan pintu ditutup sebelum meninggalkan bilik asrama. Semua penghuni asrama tidak dibenarkan : 1. Menyidai pakaian di katil sepanjang sesi persekolahan 2. Membawa sebarang peralatan elektrik dan elektronik atau komputer riba, kamera dan MP3. 3. Membawa makanan tidak berkhasiat seperti mee segera. 4. Meminjam peralatan, kelengkapan atau pakaian penghuni lain. 5. Berada di dalam bilik asrama pada waktu belajar. 6. Tidur lebih dari seorang di atas satu katil. 7. Memasang lilin, pelita dan ubat nyamuk. 8. Berniaga di dalam kawasan asrama. 9. Membuat kerosakan dan kehilangan kemudahan yang terdapat di asrama. Peraturan Di Dewan Makan Semua penghuni asrama hendaklah : 1. Berada di dewan makan pada waktu yang ditetapkan. 2. Berpakaian kemas dan memelihara kesopanan diri ketika berada di dewan makan. 3. Pelajar tidak dibenarkan memakai kain pelekat ketika ke dewan makan dan sekolah . 4. Beratur ketika mengambil makanan. 5. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan ( termasuk meja makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah). 6. Dilarang makan di luar dewan makan asrama kecuali tidak sihat. 7. Menyusun semula kerusi dan peralatan lain yang telah digunakan. Peraturan Solat Berjemaah Di Surau Semua penghuni asrama hendaklah : 1. Bergerak ke surau untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah pada jam 7.00 malam dan memastikan membawa kelengkapan ulangkaji. 2. Menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau 3. Berada di dalam surau ketika waktu solat, doa dan tazkirah. 4. Memastikan suis lampu, pendingin hawa, kipas dan pintu ditutup sebelum meninggalkan surau. 5. Pemakaian jubah putih dan serban bagi banin diwajibkan pada hari Sabtu malam Ahad.


5 Membawa Anak Keluar dari Asrama atas Urusan Keluarga 1. Ibu bapa perlu memohon kebenaran membawa anak keluar dengan menyerahkan surat rasmi (dalam whatsap) kepada PK HEM atau Pentadbir Sekolah. 2. Setelah lulus, ibu bapa / pelajar berkenaan perlu mengambil resit keluar di pejabat sekolah. 3. Pelajar perlu menyerahkan slip keluar dan ibu bapa perlu mengisi borong pengesahan membawa anak keluar di post keselamatan. 4. Pelajar perlu menyerahkan slip keluar dan ibu bapa perlu mengisi borong pengesahan membawa anak keluar di post keselamatan. Membawa Anak Keluar dari Asrama atas Urusan Temujanji Doktor / Sakit/ Kes Kecemasan 1. Ibu bapa perlu memohon kebenaran membawa anak keluar dengan sertakan salinan surat atau salinan kad temujanji kepada pentadbir atau warden bertugas . 2. Setelah lulus, pelajar perlu mengambil resit keluar di pejabat sekolah atau warden bertugas. 3. Jika temujanji awal pagi, ibu bapa dibenarkan mengambil anak selepas sesi persekolahan (sebelum hari temujanji) dan perlu menghantar anak semula ke asrama sebelum jam 5.30 petang. 4. Jika temujanji petang, ibu bapa perlu mengambil anak pada hari temujanji dan perlu menghantar anak sebelum jam 5. 30 petang. 5. Jika pelajar mendapat rawatan dan menerima cuti sakit dari doktor, pelajar dibenarkan balik ke rumah mengikut jumlah cuti yang diberikan. Mohon serahkan surat mc kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya. 6. Pelajar perlu menyerahkan slip keluar dan ibu bapa perlu mengisi borong pengesahan membawa anak keluar di post keselamatan. Peraturan Ziarah Pelajar 1. Ibu bapa dibenarkan menziarahi pelajar pada hari yang ditetapkan sahaja. 2. Tempoh ziarah ialah bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. 3. Mohon ibu bapa menjaga kebersihan sepanjang sesi pertemuan dengan pelajar. 4. Etika pemakaian ketika ziarah pelajar hendaklah sopan dan menutup aurat.


6 Peraturan Outing Pelajar 1. Masa outing bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari yang ditetapkan sahaja. 2. Pelajar tidak dibenarkan outing dengan ibu bapa/ penjaga lain. 3. Pelajar perlu sentiasa memakai pakaian baju batik asrama dan berkasut sepanjang keluar dengan ibu bapa / penjaga masing-masing. 4. Pelajar perlu menulis nama di post keselamatan dan serahkan kad oren kepada pengawal keselamatan. 5. Ambil kad oren sewaktu tiba di sekolah. 6. Bagi pelajar yang tidak dapat outing, mereka hanya tinggal di asrama dan ibu bapa tidak dibenarkan untuk menziarahi pelajar. Menghantar Barang Keperluan Pelajar 1. Jika ada ibu bapa yang ingin menghantar barang keperluan anak, boleh tinggalkan di post keselamatan berserta nama penuh dan nombor bilik. 2. Barang basah tidak dibenarkan. Balik Bermalam Pelajar 1. Pelajar dibenarkan balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak asrama sahaja. 2. Pemakaian ketika keluar dari asrama dibenarkan pakaian sekolah / tshirt koko / baju batik asrama. 3. Pemakaian ketika masuk ialah baju batik asrama dan berkasut sahaja. 4. Waktu masuk ke asrama ialah sehingga jam 5.30 petang. Jadual Penggunaan Telefon Awam ISNIN – KHAMIS : 3.30 petang – 6.30 PETANG JUMAAT : 12.00 TENGAH HARI – 10.00 MALAM SABTU : 10.00 PAGI – 10.00 MALAM AHAD : 10.00 PAGI – 6.30 PETANG 1. Mengikut masa yang telah ditetapkan 2. Maksimum penggunaan tidak melebihi 10 minit (setiap kali penggunaan) 3. Tidak dibenarkan menggunakan telefon waktu prep.


7 Kehadiran Pelajar ke Masjid untuk Solat Jumaat 1. Pelajar banin perlu berada di dataran sekolah pada jam 12.40 tengah hari. 2. Perkhidmatan bas pergi dan balik hanya disediakan pada minggu pelajar tidak balik. 3. Etika pemakaian ialah jubah putih atau pakaian rasmi sekolah hari Jumaat dan berkopiah. 4. Pelajar perlu sentiasa menjaga adab tatasusila sepanjang berada di masjid 5. Pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan sepanjang berada di masjid. 6. Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tempat lain setelah selesai solat Jumaat di masjid. BADAN PENGURUSAN ASRAMA SMA AL-MAARIF (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


Click to View FlipBook Version