NAIK TARAF SURAU
DATIN TO’ PUAN
SITI RUHANI
(Surah al-Taubah : 18)
َو الْ َي ْو ِم ا ْْل خِ ِر َِم َس اجِ َد اللَّـهِ َم ْن آ َم َن بِاللَّـه َي ْع مُ ُر َّن َم ا
َو لَ ْم َي ْخ َش إََِّل ََو أَقَا َم ال َّص ََل ةَ َو آ َت ى ال َّز َك اة
اللَّـ َهMaksudnya: “Hanyasanya yang
layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-
orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta mendirikan
SK TENGKU ZAINUN sembahyang dan menunaikan zakat
73000 TAMPIN
dan tidak takut melainkan kepada
NEGERI SEMBILAN
Allah.”
TEL/FAX : 06-4418699
[email protected]
KERTAS KERJA
TAMBAH BAIK SURAU DAN
MENAIKTARAF SISTEM PEMBESAR
UNTUK AZAN DAN TAZKIRAH
SURAU DATIN TO’ PUAN SITI RUHANI
SK TENGKU ZAINUN
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA SURAU DATIN TO’ PUAN SITI RUHANI
SK. TENGKU ZAINUN
73000 TAMPIN, N. SEMBILAN
1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Begitu juga
surau sekolah ini di mana majoritinya murid-murid Islam. Surau sekolah amat diperlukan untuk
warga sekolah terutama untuk murid-murid.
Hasil daripada sumbangan daripada Datin To’ Puan Siti Ruhani, maka surau yang dulu uzur,
telah berubah wajah kepada lebih baik dan selesa. Projek Naik Taraf Surau pada Februari –
April 2019 yang lalu telah menelan belanja hingga ke RM80,000 dan sumbangan yang
disalurkan tidak dapat menampung perbelanjaan untuk sistem pembesar suara.
Hampir separuh masa persekolahan dihabiskan di surau kerana murid-murid akan mengikuti
kelas agama petang hingga jam 5.30 petang. Namun, akibat pertambahan bilangan murid dan
penggunaan surau yang amat menggalakkan kerana murid-murdi begitu suka masuk ke surau
untuk mendirikan solat sunat dan duduk di surau terutama semasa menunggu sekolah agama
petang, surau ini tidak dapat menampung bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesuatu
masa. Malah, aktiviti tazkirah yang dijalankan hanya menggunakan Portable Speaker dan tidak
dapat menampung seluruh surau. Malah, azan berkemundang di dalam surau kurang didengari
di luar surau.
Oleh hal yang demikian, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana yang diadakan setiap
tahun terpaksa dijalankan di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di surau
daripada belajar solat hingga mengaji Al-Quran.
Oleh hal yang demikian, Ahli Jawatankuasa Surau Datin To’ Puan Siti Ruhanai bercadang
untuk menggunakan tapak tanah di hadapan surau untuk didirikan ruang terbuka bagi
kegunaan warga sekolah pada setiap masa yang terluang. Diharap agar cadangan ini dapat
direalisasikan.
2.0 MATLAMAT
2.1 Surau ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
2.2 Memberi keselesaan kepada murid-murid belajar dan beribadat.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap dan digunakan
sepenuhnya oleh warga sekolah juga kepada pengunjung luar.
2.5. Menyampaikan tazkirah dan melaung azan dengan lebih kuat dan jelas.
3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif ialah :
3.1 Meluaskan ruang solat kepada warga sekolah kerana jemaah semakin ramai.
3.2 Menyediakan ruang belajar dan mengulangkaji kepada anak-anak sekolah Kelas Agama
Petang.
3.3 Menyediakan kemudahan berteduh yang selesa dan bersih kepada pengguna untuk
menunaikan ibadat.
3.4 Memasang kemudahan pembesar suara untuk azan dan tazkirah yang dijalankan setiap
petang.
4.0 JAWATANKUASA TAMBAH BAIK SURAU DAN NAIK TARAF SISTEM PEMBESAR
SUARA SURAU DATIN TO’ PUAN SITI RUHANI
Penasihat : Encik Basri b Hj Yusof
Pengerusi : Ustaz Mohd Zamsul b Abd Latiff (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : En Hishamuddin b Siran (NYDP PIBG)
Setiausaha : Ustaz Zainuddin b Sarong
Naib Setiausaha : Pn Nur Sabrina bt Roslan
Bendahari : Pn Hjh Sharliza bt Abu Nawas
Ahli Jawatankuasa
Puan Siti Shamsul Bariyah bt Abu Kassim
Ustazah Rosziah bt Mohd Taufek
Encik Ahmad Nizam b Zulkifli
JAWATANKUASA SURAU DATIN TO‘ PUAN SITI RUHANI SK TENGKU ZAINUN
Pengerusi : Cikgu Basri b Haji yusof (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Cikgu Ahmad Nizam b Zulkifli (PK1)
: Cikgu Khazimah bt Mahmud (PK HEM)
: Cikgu Zainidar b Idris (PK KK)
: Cikgu Norlia bt Burhan (PK PPKI)
Penyelaras : Ustaz Zainudin b Sarong
Setiausaha : Cikgu Nur Sabrina bt Roslan
AJK
: Ustazah Roszaina Zuhairah bt Rusti
: Ustazah Rusminah bt Abu Hassan
: Ustazah Zaimah bt Mohd Fauzi
: Ustazah Syamimi bt Zakaria
: Ustazah Sarah bt Ramli
: Ustazah Nur Syafawati bt Mohd Nawi
: Ustazah Siti Aishah bt Ibrahim
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
KERJA-KERJA MENDIRIKAN KORIDOR SURAU DATIN TO’ PUAN SITI RUHANI
1. Tambah tanah anggaran 10 lori
2. Besi BRC (BS) 6 x 2.2m - 8 keping
3. Konkrit Gred 20 – 10 m3
4. Cement Render & Tiles
5. Batu Botol 91’ x 3
6. Takung Pengikat Batu Botol
7. Tiang Roman 8’
8. Besi Y12 (BS) 20 Bar
9. Simen dan Batu ¾ dan pasir
10. Atap Zink Kilang (26G) 1” x 2”
11. Kerangka Besi 3” x 6”
12. Siling 4x 4 dan kayu dan paku siling\
13. Cat
14. Wiring Lampu (6 unit) dan kipas (3 unit)
L/S RM 30 000.00
Ringgit Malaysia tiga puluh ribu
7.0 PENUTUP
Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Mendirikan Koridor Surau Datin To’ Puan Siti
Ruhani ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kesejahteraan
warga Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun terutama bagi murid-murid, amnya.
Sekian , Wassalam .
Disediakan oleh , Disahkan oleh :
(ZAINUDDIN B SARONG) (BASRI B HJ YUSOF)
Setiausaha Guru Besar
SK Tengku Zainun
LAMPIRAN
CADANGAN TAMBAH BAIK SURAU