The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Sabrina, 2023-06-07 00:51:47

PENGENALAN IMK

PENGENALAN IMK

INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) PENGENALAN


PENGENALAN Inventori Minat Kerjaya ( IMK ) merupakan salah satu ujian psikometrik yang menentukan minat kerjaya seseorang. Pemilihan kerjaya seseorang individu adalah berdasarkan personaliti dan beberapa angkubah lain yang terdapat pada latar belakang pekerjaan itu (Holland 1973 ). Menurut Holland (1985 ),kepuasan dalam pemilihan sesuatu pekerjaan adalah mengikut kesukaan orientasi peribadinya sendiri. Ini bermakna kepuasan dalam pekerjaan akan tercapai apabila individu memilih kerjaya selaras dengan personaliti dan persekitarannya. Kepuasan akan tercapai apabila seseorang individu itu mewujudkan satu orientasi pekerjaan yang kukuh. Sekiranya orientasi pekerjaan yang dibina berbelah bahagi,kemungkinan kepuasan yang dicapainya akan berkurangan.


Sumber: Infografik google Inventori Minat Kerjaya (IMK)


Teori • Instrumen Inventori Minat Kerjaya (IMK) dibina berasaskan Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Teori ini menumpukan kepada aspek personality peribadi dan tingkahlaku dalam persekitaran kerjaya. • Teori Holland dapat menunjukkan perkaitan antara minat manusia dengan persekitaran kerja. Teori ini telah dibahagi kepda 6 kumpulan personality individu iaitu Realistik, Investigatif, Artistik,Sosial Enterprise dan Konvensional. Asas yang digunakan dalam teori ini ialah : • i)Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personality individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. • ii)Minat seseorang itu lahir daripada personality. • iii)Individu daripada jenis persekitaran pekerjaan yang sama mempunyai persamaaan dari segi pola personality. • Keselarasan antara personality dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja,pencapaian,kestabilan dan kepuasan kerja.


Teori Tipologi Holland (1996 ) mengutarakan empat andaian iaitu : • i)Semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jeni s personality iaitu Reali stik (R), Investigatif ( I), Arti stik (A), Sos ial, Enterpri se (E), dan Konvens ional (K). Setiap personality terhas il daripada ciri-ciri interaks i antara pelbagai kebudayaan, keturunan dan desakan individu termasuklah rakan sebaya, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal. Situas i yang demikian akan menimbulkan minat dalam kalangan individu. • ii)Terdapat enam jeni s persekitaran pekerjaan yang menyokong personality individu dan didominas i oleh jeni s personality tertentu iaitu Reali stik(R) , Investigatif ( I), Arti stik (A), Sos ial (S), Enterpri se (E), dan Konvens ional (K). Ringkasan bagi enam jeni s persekitaran pekerjaan ini ailah RIASEK. • iii)Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personality yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan s ikap dan nilai. Individu akan merasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Mi salnya individu yang mempunyai personality reali st ic akan merasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitranan reali st ic juga. • iv)Tingkahlaku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaks i antara personality dan kriteria-kriteria persekitarannya secara t idak langsung kita akan dapat meramal beberapa perkara berkaitan pemilihan kerjaya,pencapaian kerjaya,kompetens i, t ingkahlaku pendididkan dan social serta pertukaran pekerjaan. (Rujukan : Manual Pentaks iran Ps ikometrik Lembaga peperiksaan KPM )


Instrumen : • Inventori Minat Kerjaya ( IMK ) mempunyai dua komponen iaitu Inventori Kesukaan dan Inventori Pekerjaan. IMK telah diuji sah ke atas 1000 murid Tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malays ia dari 5 April 2012 hinggan 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat nilai kebolehpercayaan dan kesahan item ( Cres swell, 2005 ). Item-item ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach >0.8 ( Hair,Black & Babin,2010 ). Ujian IMK mengandungi 6 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item pekerjaan . (Manual Pentaks iran Ps ikometrik Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malays ia ) • Pentadbiran inventori ini hendaklah dilaksanakan di bilik yang kondus if dan lengkap dengan kemudahan asas seperti kerus i dan meja. Inventori perlu di selesaikan dalam tempoh 20-30 minit. Pengambilan ujian ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama. • Pengiraan : • Pengiraan skor perlu dibuat dengan teli t i untuk menjamin kebolehpercayaan skor. Borang IMK mengandungi 6 lajur dan 20 bari s . Bilangan lajur menjelaskan bahawa ins t rument ini ,mengukur 6 kons t ruk iai tu Reali s t ik, Inves t igat if, Art i s t ik, Sos ial, Enterpri s ing dan Konvens ional. Sementara 20 bari s menjelaskan bahawa set iap kons t ruk diwakili oleh 20 i tem. Pengiraan skor mentah adalah sepert i berikut : • i.Pada lajur pertama pelajar dikehendaki mengira jawapan yang di tandai Y sahaja iai tu dari nombor 1-10 dan 61-70. Jumlah skor Y di tuli s dalam jadual yang di sediakan di bahagian bawah borang yang bertanda R • ii.Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua,ket iga,keempat .kelima dan keenam • Lajur 2 – I • Lajur 3 – A • Lajur 4 – S • Lajur 5 – E • Lajur 6 – K • iii.Pilih 3 jumlah skor yang tert inggi dan masukkan ke dalam jadual dibahagian bawah borang jawapan. • iv.Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil Ps ikomet rik (BPP) untuk mengenalpas t i kecenderungan kerjaya. (Rujukan : Manual Pentaks iran Ps ikometrik Lembaga peperiksaan KPM)


Carta Alir


Click to View FlipBook Version