The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Sabrina, 2022-05-24 19:45:33

BUKU PERATURAN SKTZ

BUKU PERATURAN SKTZ

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, Guru Besar, Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebaangsaan Tengku Zainun dengan penuh
keinsafan dan azam berikrar dan berzanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:
● Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada setiap murid kami,
● Menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif dan menggembirakan untuk murid
belajar,
● Berusaha menerapkan budaya ilmu kepada setiap murid melalui program-program galakan
membaca,
● Memberi sepenuh perhatian kepada perkembangan sahsiah murid dalam aspek-aspek
kebajikan, kesihatan dan keselamatan,
● Memberi layanan serta perkhidmatan yang mesra, adil, terbuka dan cepat kepada setiap
aduan urid, ibu bapa dan penjaga serta tetamu kami,
● Bersedia mengadakan perbincangan dengan stake holders kami tentang kemajuan anak
mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setahun,
● Bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kecemerlangan sekolah kami,
● Menekankan disiplin yang tinggi oleh setiap warga sekolah berdasarkan peraturan sekolah.

VISI
Sekolah Unggul
Penjana Generasi

Terbilang

MISI
Membangunkan Potensi
Murid Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO
USAHA JAYA

LOGO SEKOLAH Putih (Nama sekolah)

Hitam Merah
Merah Kuning

Putih (Slogan)

A. Maksud warna pada lencana sekolah
Putih : melambangkan kesucian, keikhlasan dan kemurnian hati warga sekolah dalam melaksanakan
sebarang tanggungjawab yang diamanahkan
KUNING : melambangkan warna pembesar negeri dan daerah sebagai tunggak pemerintah di samping
ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa, agama, raja dan Negara.
MERAH : melambangkan kegagahan da keberanian warga sekolah menghadapi sebarang cabaran dan
rintangan dengan jalan penyelesaian yang bijaksana.
HITAM: melambangkan perpaduan di kalangan warga sekolah dalam menjana dan melaksanakan visi
dann misi sekolah atas dasar musyawarah.

B. Maksud reka bentuk lencana sekolah
PERISAI : Benteng kekuatan, keteguhan dan semangat waja warga sekolah memperlengkapkan diri
dengan ilmu bagi menangkis segala cabaran.
OBOR : semangat membara yang berterusan dalam menuntut dan mengamalkan ilmu yang diMuridi dan
sebagai penyuluh kehidupan.
BUKU : kewajipan menuntut ilmu yang tiada batasnya demi kebahagiaan dunia dan akhirat kerana buku
adalah gedung ilmu.
PADI : kemakmuran dan kesuburan dalam melahirkan masyarakat berilmu dan beramal.
MOTO : Usaha Jaya – Manusia dituntut berusaha dengan gigih di samping bertawakal bagi mencapai
kejayaan.
SKTZ : Singkatan kepada nama sekolah – Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun
3 Jalur Hitam : Tiga kaum bersatu dan mendapat pendidikan yang sama adil.
2 Jalur Kuning: Tunggak pemerintah YM Tungku Besar Tampin selaku tampuk pemerintah daerah dan
YTM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan selaku tampuk pemerintah negeri.

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

LAGU NEGERI SEMBILAN

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

LAGU SEKOLAH

SKTZ, Sekolah indah
Gurunya sepakat sekata,
Mendidik setiap anak watan,
Tidak kira bangsa dan agama.

SKTZ, sekolah permai,
Muridnya tekun dan mesra,
Sentiasa bantu,membantu semua,
Ibarat aur dengan tebing.

Mari kita bersatu, mari kita berusaha,
Bersama majukan sekolah kita,
Tegakkanlah tenaga sumbangkan bakti semua,
Untuk mencapai cita mulia.

SKTZ, Sekolah indah,
Budimu disanjung tinggi,
Bakti mulia kan kuhargai,
Jasamu dikenang selamanya,
SK Tengku Zainun tersemat di hati.

IKRAR MURID

BAHAWANYA NEGARA KITA MALAYSIA, mendukung cita-cita hendak :
 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya,
 Memelihara cara hidup demokratik,
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati secara adil
dan saksama,
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak,
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

RASIONAL

Menyediakan panduan tatatertib untuk rujukan murid-murid, guru dan ibu bapa.

MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH

Penyediaan buku peraturan sebagai asas perlaksanaan/ panduan langkah-langkah pengawalan disiplin
dengan menekankan proses pencegahan diutamakan dari pemulihan.

OBJEKTIF

1. Murid-murid mengetahui dan memahami perkara tingkah laku/ perbuatan yang dibenarkan dilarang
dilakukan sepanjang masa.
2. Murid-murid menyedari keperluan menguatkuasa dan melaksanakan peraturan ini demi peraturan
sekolah dipatuhi oleh anak-anak mereka.
3. Ibu bapa/ penjaga mendapat maklumat lebih jelas tentang tanggungjawab memastikan pembentukan
sahsiah Murid/ murid berkembang secara positif bagi melahirkan generasi murid yang matang dan berkualiti.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

UNTUK MURID

PERKARA 1 : MASA PERSEKOLAHAN

1.1. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:

Tahap 1

1.1.1 Hari Isnin - 7.25 pagi – 1.30 petang

1.1.2 Hari Selasa - 7.25 pagi – 1.00 petang

1.1.3 Hari Rabu - 7.25 pagi – 1.00 petang

1.1.4 Hari Khamis - 7.25 pagi – 1.00 petang
1.1.5 Hari Jumaat - 7.25 pagi – 12.00 tengah hari

* Murid Tahap 1 dikecualikan dari aktiviti Ko-Kurikulum

1.2. Tahap 2 - 7.25 pagi – 2.00 petang
1.1.1 Hari Isnin

1.1.2 Hari Selasa - 7.25 pagi – 1.30 petang

1.1.3 Hari Rabu - 7.25 pagi – 1.00 petang

*Waktu Ko-Kurikulum dari pukul 2.00 – 4.00 petang

1.1.4 Hari Khamis - 7.25 pagi – 1.30 petang
1.1.5 Hari Jumaat - 7.25 pagi – 12.00 tengah hari

1.3. Murid yang datang awal ke sekolah, dikehendaki meletak beg di kelas dan terus ke Lapang Atur.

1.4. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dikehendaki melaporkan diri di

pondok pengawal.

1.5. Kelas Agama Petang (Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat jam 2.30 – 5.30 petang)

1.6. Waktu Pendidikan Jasmani

1.6.1. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan.

1.6.2. Beratur di luar kelas dan berbaris ke padang setelah menerima arahan daripada guru.

1.6.3. Murid yang tidak sihat berada di tepi padang semasa waktu PJ.

1.6.4. Murid yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan membuat aktiviti padang dan guru ambil

tindakan (catat nama)

1.7. Setiap Murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang

djalankan oleh pihak sekolah.

1.8. Waktu Rehat

1.8.1. Berjalan dalam barisan dengan senyap ke kantin.

1.8.2. Selepas makan murid bolehlah berehat di pondok bacaan atau pergi ke perpustakaan.

1.8.3. Dilarang makan selain di kantin.

1.8.4. Apabila loceng tamat rehat dibunyikan, semua murid beratur dan berbaris masuk ke kelas.

1.9. Waktu Pertukaran Ke Kelas Khas

1.9.1. Semua murid esti berbaris dan berjalan dengan senyap dan pantas mengikut arahan guru

1.9.2. Murid tidak dibenarkan keluar tanpa urusan. Semasa keluar gunakan PAS KELUAR.

1.9.3. Untuk keluar kelas mestilah mendapat kebenaran guru.

1.9.4. Kasut yang ditanggalkan mesti disusun rapi.

1.10. Perhimpunan Khas

1.10.1. Semua murid diWAJIBkan hadir.

1.10.2. Semua murid berbaris dengan cepat dan pantas mengikut kelas masing-masing setelah loceng

dibunyikan. Murid yang rendah, berbaris di hadapan.

1.10.3. Semua murid mesti berpakaian kemas dan lengkap dengan LENCANA NAMA dan LENCANA

SEKOLAH serta berTALI LEHER bagi murid lelaki.

1.10.4. Selepas perhimpunan, semua murid berjalan balik ke kelas dengan teratur, pantas dan senyap.
1.10.5. Pengawas berbaris mengikut barisan di belakang kecuali yang bertugas berdiri di kelas berkenaan.
1.11. Pakaian Seragam Sekolah (Sila lihat Lampiran A)
1.11.1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas berlencana, bertali leher mesti dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan lawatan rasmi. Semua murid wajib memakai
pakaian sekolah sehingga belik ke rumah.
1.11.2. Pakaian Murid Lelaki:
a. Seluar panjang biru tua.
b. Tali pinggang berkepala kecil dan warna tali pinggang hitam sahaja..
c. Baju putih dan berlengan pendek serta bertali leher biru gelap.
d. Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih
berukuran sejengkal daripada buku lali.
e. Lencana dan tanda nama dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada.
1.11.3. Pakaian Murid Perempuan:
a. Baju kurung putih dan kain sarung berwarna biru tua.
b. baju hendaklah dibutangkan di bahagian leher.
c. Lencana dan tanda nama dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada atau bahagian kiri baju.
d. Tudung/ Mini Telekung berwarna putih dan berbentuk segi tiga.
e. Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih
berukuran sejengkal daripada buku lali.
f. Murid dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di bahagian dalam baju sekolah.
1.11.4. Murid perempuan bukan beragama Islam dibenarkan memakai gaun biru tua dan labuhnya hendaklah
sampai ke paras lutut. Blaus putih yang berlengan pendek.
1.11.5. Pakaian Pengawas
a. Pengawas lelaki. Baju biru lengan panjang biru muda berseluar panjang biru gelap. Kasut dan Stokin hitam
bertali leher merah gelap (maroon). Lencana dan tanda nama di atas poket sebelah kiri.
b. Pengawas perempuan. Berbaju kurung dan tudung biru muda, kain biru tua, kasut serta stoking berwarna
hitam. Lencana dan tanda nama di sebelah kiri tudung.
1.11.6. Pakaian Pendidikan Jasmani:
T-shirt rumah sukan atau T-shirt sukan sekolah. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau
bewarna gelap. Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani.
Murid dibenarkan memakai kasut sukan.
1.11.7. Untuk kegiatan ko-kurikulum dan sukan, pakaian seragam badan beruniform atau pakaian sukan
diwajibkan.
1.11.8. Rambut/ Kuku/ Riben (sila lihat Lampiran B)
a. Rambut murid lelaki hendaklah pendek, disikat dan kemas.
b. Rambut murid perempuan yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang dengan menggunakan
riben hitam atau biru tua sahaja.
c. Murid dilarang menyimpan kuku panjang atau meWARNAkannya.
d. Murid dilarang mewarnakan rambut.
1.11.9. Barang-barang kemas, telefon bimbit dan hiasan rambut.
a. Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang, cincin dan lain-
lain ke sekolah.
b. Murid diLARANG membawa telefon bimbit ke sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009
Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah)
c. Hiasan rambut (cekak) mesti berwarna hitam atau biru tua sahaja.

PERKARA 2 : KEDATANGAN (Sila lihat Jadual 1)
2.1. Semua murid diwajibkan hadir pada waktuya (sebelum 7.25 pagi)

a. Pada semua hari persekolahan (sebelum 7.25 pagi)
b. Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
c. Aktiviti Ko-Kurikulum
2.2. Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan
mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap
PONTENG.
2.3. Ibu bapa/ Penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi
penjelasan. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan berikut akan diambil :

SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama
(Berdaftar)

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua
(Berdaftar – Akuan

Penerima)

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir

Jumlah Hari Tidak 31 hari 60 hari bukan berturut-turut
Hadir

JADUAL 1

Nota : Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid (di bahagian belakang oleh guru kelas) seperti berikut:

Jika buat panggilan telefon / Untuk Surat-surat

AP – Amaran Pertama AK – Amaran Kedua
AT – Amaran Ketiga BS – Buang Sekolah

Ruj – Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah, KPM 1994

2.4. Semasa persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran

Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.
2.5. Murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa/ penjaga, hendaklah mengisi
borang kebenaran keluar sekolah di pejabat setelah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru-guru
Penolong Kanan.
2.6. Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.

PERKARA 3 : PERHIMPUNAN
3.1. Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.
3.2. Perhimpunan harian akan ditentukan oleh Guru Besar iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu
minggu persekolahan.
3.3. Semua Murid dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula.
3.4. Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Murid
hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
3.5. Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan
oleh guru atau pengawas. Semua Murid dilarang berbual-bual antara satu sama lain.
3.6. Selepas perhimpunan, para Murid hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan.
Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru
disiplin/bertugas dan pengawas.
3.7. Murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan
diambil tindakan.

PERKARA 4 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
4.1. Bilik Darjah
a. Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
b. Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.
c. Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan
bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
d. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap
dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.
e. Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja disusun dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup
suisnya.
4.2. Kawasan Sekolah
a. Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
b. Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (Program 3K)
c. Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang di dalam tong sampah.
d. Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
e. Semua murid dilarang meludah di merata-rata tempat.
4.3. Tandas Sekolah
a. Semua Murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
b. Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
c. Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul, menjaga kebersihan serta dilarang membuang
sampah ke dalam mangkuk tandas.
d. Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip selepas digunakan.
4.4. Harta Benda Sekolah
Murid-Murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa
berada di sekolah seperti :

a. Kerusi meja Murid jangan diukir/diconteng
b. Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
c. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
d. Tandas hendaklah diguna dengan betul
e. Cermin tingkap jangan dipecahkan
f. Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir
g. Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga dengan baik
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.
Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid itu sendiri.
Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan/ diletakkan ke tempat asalnya dalam
keadaan baik.
4.5. Kawasan Yang Dilarang
a. Tempat letak kenderaan guru
b. Kawasan tangki air belakang kantin
c. Bilik Guru
d. Pejabat
e. Tandas Guru
f. Bengkel
g. Tempat Bakar Sampah
h. Parit Besar
i. Bilik Gerakan dan kaki limanya
j. Bilik-bilik Khas (Murid dilarang masuk tanpa kebenaran guru)
f. Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan”
4.5. Kantin
a. Semua murid mesti makan di kantin sahaja.
b. Setip murid diwajibka berbaris semasa membeli makanan atau minuman. Dilarang masuk ke tempat
memasak atau menyediakan makanan.
c. Tidak dibenarkan Murid-Murid membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu
kecuali dengan kebenaran.
d. Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin ketika membeli makanan dan minuman.
e. Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam
bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman.
f. Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan.
g. Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan.
h. Dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
i. Murid-murid RMT hendaklah makan di tempat yang disediakan (Anjuang RMT). Murid tidak dibenarkan
makan di tempat laini kecuali mendapat kebenaran guru.

PERKARA 5 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
5.1. Setiap murid wajib mengenal guru dan kakitangan sekolah.
5.2. Setiap murid wajib menghormati guru-guru, kakitangan sekolah/ pelawat dan sesame murid
5.3. Ucapan Salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesame orang Islam dan Selamat Sejahtera bagi
yang bukan Islam.
5.4. Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang persekolahan dan menjaga
nama baik sekolah.
5.5. Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik denga sesiapa sahaja.

PERKARA 6 : JENIS SALAH LAU & TINDAKAN
6.1. Antara tingkah laku jenayah
- Berjudi
- Mencuri
- Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan guru
- Memeras ugut
- Membuli
- Melawan/ mengancam/ memukul/ mencedera
- Berkelakuan kasar terhadap pengawas
- Berkelakuan kasar terhadap murid lain
- Berbahasa kesat
- Menyimpan rokok
- Menghisap rokok
- Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
- Tidak menghormati guru
- Tidak menghormati pengawas
Antara tindakan yang dikenakan
- Amaran
- Rotan
- Digantung persekolahan
- Laporan kepada polis
6.2. Tingkah Laku memusnah
- Merosakkan harta benda sekolah
- Merosakkan harta benda Guru Besar dan Guru-guru
- Merosakkan harta benda kantin
- Merosakkan harta benda murid
Antara tindakan yang diambil
- Amaran
- Ganti
- Rotan
6.3. Tingkah laku tak jujur / menipu
- Menipu yang melibatkan wang
Tindakan
- Amaran
- Laporan polis
6.4. Ponteng
- Ponteng Kelas
- Ponteng Perhimpunan
- Ponteng Ko-Kurikulum
- Ponteng Ujian
- Ponteng Peperiksaan
Tindakan
- Amaran
- Rotan
6.5. Tindakan tatatertib
6.5.1. Nasihat/ Kaunseling
6.5.2. Menghubungi ibu bapa/ penjaga
6.5.3. Amaran

6.5.4. Rotan Satu Kali
6.5.5. Rotan Dua Kali
6.5.6. Rotan Tiga Kali
6.5.7. Digantung persekolahan
6.5.8. Ditukar ke sekolah lain
6.5.9. Laporan kepada polis
6.5.10.Dibuang sekolah

PERKARA 7 : KO-KURIKULUM
7.1. Kehadiran adalah wajib.
7.2. Semua murid sekolah Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti
- Kelab/ Persatuan Akademik
- Pasukan Beruniform
- Sukan/ Permainan
7.3. Murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform pakaian
sekolah/ pakaian sukan
7.4. Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti tanpa Guru Penasihat

PERKARA 8 : PEPERIKSAAN
8.1. Murid-murid mesti mematuhi peraturan peperiksaan sekolah.
8.2. Murid-murid tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih
awal dari waktu sekolah kecuali mendapat arahan Guru Besar.
8.3. Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak dikecualikan daripda mematuhi
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah.

PERKARA 9 : KESELAMATAN MURID
9.1. Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.
9.2. murid mesti menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab/ sukan/ permainan/
dan aktiviti dalam bilik darjah/bengkel.
9.3. Setiap murid diwajibkan mengambil insurans takaful.

PERKARA 10 : PERTUKARAN SEKOLAH
10.1. Dibenarkan hanya dengan kebenaran/ kehendak ibu bapa/ penjaga pelajar.

PERKARA 11 : KEDAI BUKU
11.1. Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku sekolah mestilah pada waktu yang ditetapkan
kecuali dengan kebenaran guru.

PERKARA 12 : YURAN
12.1. Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan.

PERKARA 13 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
13.1. Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
13.2. Buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan baik :
- pada akhir tahun.
- apabila diberhentikan dari sekolah.
- sebelum bertukar sekolah ke luar negeri.
- apabila diarahkan oleh pihak sekolah.

PERKARA 14 : PERATURAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT/ BILIK-BILIK KHAS
14.1. Peraturan menggunakan Makmal Sains
a. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
b. tidak boleh menjalankan ujikaji tanpa arahan guru.
c. Dilarang bermain dengan sebarang peralatan atau kelengkapan di dalam makmal
d. Peralatan sains, bahan kimia dan lain-lain peralatan tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa
kebenaran guru.
e. Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
f. Setiap kerosakan, pecah atau hal-hal kemalangan perluah dilaporkan segera kepada guru.
g. Kayu mancis atau benda-benda lain yang menyala, mesti dimatikan sebelum dibuang ke dalam bakul
sampah.
h. Beg pelajar tidak boleh dibawa masukk ke dalam makmal sepanjang masa.
i. Semasa meninggalkan makmakl, pastikan semua paip air ditutup. Papan tulis bersih dan tidak
sebarang sampah.
j. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa dalam makmal.
14.2. Peraturan Dalam Bilik Kemahiran Hidup.
a. Tidak dibenarkan berada dalam bilik KH tanpa guru.
b. Apron untuk bekerja mestilah dipakai semasa berada di dalam bilik KH.
c. Jika memakai tudung/ mini telekung, mestilah diikat atau dimasukkan ke dalam baju.
d. Tutup suis elektrik sebelum memasang plug atau sebarang peralatan elektrik serta jangan lupa tutup
kembali semula suis selepas digunakan.
e. Jangan bermain dengan peralatan tajam. Berhati-hati menggunakannya dan simpan setelah
digunakan.
f. Sebarang kemalangan mestilah dilaporkan kepada guru yang mengajar dnegan segera.
14.3. Peraturan Menggunakan PSS
a. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam PSS tanpa guru.
b. Semua pinjaman BBM mestilah dibuat oleh guru dan dicatatkan ke dalam buku yang disediakan dalam
PSS.
c. Semasa memulangkan barang yang dipinjam dari PSS buku pinjaman hendaklah diisi.
d. Keselamatan peralatan yang terdapat dalam PSS adalah menjadi tanggungjawab bersama semua
pihak.
e. Guru yang menggunakan PSS untuk pengajaran, bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan
dan memastikan disiplin pelajar adalah terkawal.
f. Kebersihan PSS sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar dan guru.
g. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan dengan segera kepada guru PSS.

PERATURAN KAWAD KEBAKARAN DAN KECEMASAN
i.Apabila loceng isyarat dibunyikan LEBIH LAMA DARIPADA BIASA, murid-murid dikehendaki senyap dan

memberhentikan segala aktiviti yang berjalan di dalam kelas, di makmal sains dan sebagainya serta merta.
ii.Menutup semua suis, penggunaan elektrik seperti kipas dan lampu serta penggunaan tabung-tabung gas dan

bahan kimia daripada terdedah.
iii.Berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat).
iv.Murid-Murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba

antara satu sama lain tanpa membawa apa-apa peralatan/ barang-barang sekolah.
v.Semasa menuju ke tempat berhimpun, murid-murid dinasihatkan supaya TIDAK

- Berlari
- Terkebelakang adan tidak keluar dari barisan
- Pergi ke tandas atau tempat lain
- Tidak panic/ kelam kabut.
vi.Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya. Dengan
menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap Murid di dalam kelasnya berada di situ.
vii.Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui
tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera.
viii.Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku,
baju dan lain-lain.
ix.Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka
pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru
darjah dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN

1 Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan

menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

2 Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan

(maksima 3 kali sebatan)

3 Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling

Kesalahan Ringan
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang
bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
10. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
11. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.
13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja
rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
14. Lewat ke sekolah.

15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.
16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
20. Mengganggu kawan.
21. Mengganggu guru.
22. Lewat masuk kelas.
23. Mengotorkan kelas.
24. Tidak duduk setempat.
25. Berada dalam kawasan larangan.
26. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
27. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
28. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
29. Membuang sampah merata-rata.
30. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
31. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
32. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.
33. Memakai cermin mata berfesyen.
34. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah
35. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
36. Membawa telefon bimbit dan MP3.

Kesalahan Sederhana
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu
pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

Kesalahan Berat
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang
memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan
multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-
turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah .

SALAH LAKU
Tingkah Laku Jenayah
1. Mendera dan mencederakan.
2. Bertindak ganas dan mencederakan.
3. Memeras ugut.
4. Bergaduh.
5. Mencuri.
6. Menipu atau memperdayakan.
7. Menimbulkan kegelisahan dikalangan Murid.
8. Menyalahgunakan dadah.
9. Khalwat.
10. Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
11. Menyertai kumpulan kongsi gelap.

Tingkahlaku Lucah
1. Mencarut.
2. Berdua-duaan.
3. Becumbu-cumbuan.
4. Melihat / membaca bahan lucah.
5. Melukis / menulis bahan lucah.
6. Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
7. Bersubahat dalam perbuatan sumbang.
8. Berpakaian tidak senonoh.

Tingkahlaku Anti-Sosial
1. Tidak mahu bergaul.
2. Merosakkan harta benda individu / sekolah.
3. Membuat bising.
4. Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
5. Mengganggu orang lain.
6. Menulis dan menconteng bangunan.
7. Membuang sampah merata-rata.
8. Mendendam / hasat dengki / cemburu.
9. Memaki hamun.
10. Sombong , bongkak dan biadap.

Tingkahlaku Tidak Jujur
1. Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
2. Meniru tandatangan orang lain.
3. Bercakap bohong.
4. Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
5. Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
6. Menganiaya sesama rakan.
7. Tidak amanah.
8. Mengampu.
9. Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
10. Mengambil barang orang lain tanpa izin.
11. Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.

12. Berdolak-dalik.

Tingkahlaku Tidak Sopan
1. Berbahasa kasar.
2. Tidak menghormati guru.
3. Menghisap rokok.
4. Berambut panjang.
5. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
6. Lalai dan cuai terhadap Muridan.
7. Mempermain / memperlekehkan guru.
8. Selalu lewat.
9. Suka bertengkar.
10. Pakaian tidak sesuai.

PERATURAN KHAS

- Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan Murid-Murid, perlu memaklumkan
pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.
- Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil Murid-Murid ke / dari sekolah dikehendaki
berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.
- Murid-Murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad ujian,
dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.

PERATURAN LAIN ATAU BARU

● Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, murid-murid juga wajib akur kepada
peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.
● Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap
murid wajib mematuhinya.

BORANG AKU JANJI MURID

Bahawasanya saya ………………………………………………………………………………………. murid
kelas ……………………. telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah yang telah
ditetapkan. Dengan ini saya berjanji akan mematuhi setiap peraturan dan larangan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga faham bahawa sekiranyasaya ingkar atau melanggar
peraturan sekolah seperti yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah ini saya akan dikenakan
tindakan.

Tanda tangan Murid :

Nama :

Kelas :

Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :
Nama :

Tanda tangan Guru Kelas :

Nama :




Click to View FlipBook Version