The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 3052 (KIT PERSEMBAHAN) (NUR MAISARA BINTI MOHAMED SABRI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lifem8125, 2022-04-14 09:34:52

BMMB 3052 (KIT PERSEMBAHAN)

BMMB 3052 (KIT PERSEMBAHAN) (NUR MAISARA BINTI MOHAMED SABRI)

slidesmania.com BMMB3052
(SENI DALAM PENDIDIKAN)
Tugasan 2: Penghasilan Kit

Persembahan

DISEDIAKAN OLEH:
NUR MAISARA BINTI MOHAMED SABRI

KELAS: BAHASA MELAYU 2

slidesmania.com ISI KANDUNGAN

✓ Pengenalan
✓ Modul Kerangka Konsep
✓ Aplikasi Standard Pembelajaran Dalam DSKP
✓ Objektif Kit Persembahan
✓ Elemen Seni dalam Pendidikan
✓ Panduan Penggunaan
✓ Cara bermain Dam Ular
✓ Set Kandungan
✓ Kit Persembahan
✓ Rasional Rekaan Kit Persembahan
✓ Rumusan

slidesmania.com PENGENALAN

Seni dalam Pendidikan (SDP) merupakan suatu integrasi antara seni dalam pengajaran dan
pembelajaran yang boleh meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. SDP dapat
membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Selain itu, SDP juga penting
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Kelebihan SDP dalam Bahasa Melayu
ialah untuk menerapkan minat membaca dan kemahiran bahasa murid. SDP berperanan dalam
memupuk semangat keyakinan diri dalam pergaulan, pertandingan syarahan, pidato dan
sebagainya. SDP penting kerana berperanan dalam mengembangkan imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis dalam penulisan..

MODUL KERANGKA KONSEP

KIT PERSEMBAHAN

Topik Kajian DSKP Aplikasi Kit Persembahan
Elemen Seni
slidesmania.com Aplikasi elemen seni (DSKP tahun 3) Kit Kata Nama
dalam Pendidikan Standard Seni Muzik, seni ‘Dam Ular’
melalui kit Pembelajaran 5.1.1 visual dan seni
persembahan. 5.1.1 Memahami dan
menggunakan pergerakan
golongan kata nama
mengikut konteks
(i) Kata nama am
(ii) Kata nama khas

APLIKASI STANDARD KANDUNGAN DALAM DSKP

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

5.1 Memahami fungsi dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan golongan
golongan kata mengikut konteks kata nama mengikut konteks
(i) Kata nama am
(ii) Kata nama khas

slidesmania.com Aplikasi Standard Pembelajaran merujuk kepada Standard Pembelajaran 5.1.1
bagi Tahap 1 tahun 3 di bawah aspek tatabahasa. Objektif pada akhir pembelajaran
ialah murid boleh memahami fungsi serta dapat membezakan kata nama am dan
kata nama khas. Kesesuaian Standard Pembelajaran ini telah diintegrasikan
dengan elemen Seni dalam Pendidikan (SDP) untuk membantu murid menguasai
kemahiran secara didik hibur.

slidesmania.com DSKP BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
TAHUN 3

OBJEKTIF KIT PERSEMBAHAN

Definition Characteristics

Murid mampu membezakan kata nama am Murid dapat memahami fungsi
dan kata nama khas. penggunaan golongan kata

Objektif yang
diperoleh oleh murid

daripada kit
persembahan

slidesmania.com Murid memperoleh semangat Murid dapat mengkategorikan kata
berpasukan nama am dan kata nama khas dalam

Examples kumpulan yang betul

Non-Examples

ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

Kit persembahan yang dihasilkan mengandungi ketiga-tiga elemen seni dalam Pendidikan (SDP)
sebagai salah satu peneguhan untuk mencapai objektif yang diinginkan. Tiga elemen seni dalam
pendidikan ialah seni muzik, seni visual dan seni pergerakan.

Seni Muzik Seni Visual Seni Pergerakan

Seni muzik ini digunakan Seni visual digunakan Seni pergerakan ini
sebagai muzik iringan melalui penggunaan digunakan semasa murid
semasa proses bahan-bahan yang mengerakkan buah dam
permainan berlangsung mempunyai warna, bentuk dan juga melekatkan kad

dan rupa. perkataan.

slidesmania.com

PANDUAN PENGGUNAAN

Pada peringkat awal, guru akan menerangkan berkenaan kata nama am dan kata nama khas
kepada murid. Untuk meneguhkan lagi pengetahuan murid mengenai kata nama am dan kata
nama khas, permainan dam ular diaplikasikan. Pertama sekali, guru membahagikan murid-murid
kepada 4 kumpulan. Guru menyuruh setiap kumpulan untuk menghantar wakil untuk bermain
permainan dam ular. Kemudian, guru akan menerangkan cara-cara bermain permainan dam ular
kepada murid. Setiap wakil perlu membaling dadu. Pemain yang memperoleh bilangan dadu yang
paling banyak akan memulakan permainan. Guru akan memasang lagu yang menandakan
permainan sudah bermula.

slidesmania.com

slidesmania.com PANDUAN PENGGUNAAN

Langkah 1: Murid dibahagikan ke dalam 4 kumpulan.yang
terdiri daripada 4 hingga 5 orang.

Langkah 2: Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil
untuk bermain permainan dam ular.

Langkah 3: Setiap pemain perlu membaling dadu untuk
menentukan pemain yang perlu mula berdasarkan mata

dadu.

Langkah 4: Murid perlu meletakkan buah di tapak mula.

Langkah 5: Muzik iringan dipasang menandakan bermulanya
permainan.

slidesmania.com PANDUAN PENGGUNAAN

Langkah 6: Murid yang membaling dadu dan terkena pada
tapak yang mempunyai bulatan hijau, perlu mengambil kad

perkataan dalam sebuah kotak.

Langkah 7: Setiap wakil kumpulan ditolong ahli kumpulannya
untuk melekatkan kad perkataan tersebut pada ‘mounting
board’.

Langkah 8: Sekiranya, pemain berhenti pada tapak yang tidak
mempunyai bulatan hijau, mereka tidak perlu melekatkan kad

yang ada di dalam kotak.

Langkah 9: Setelah melekatkan kad tersebut sama ada pada
kata nama am atau kata nama khas, murid perlu meneruskan

permainan tersebut.

Langkah 10: Permainan diteruskan sehingga setiap buah
pemain berada pada tapak 50.

slidesmania.com CARA BERMAIN KIT KATA NAMA
‘DAM ULAR’

1
Pemain perlu membaling dadu terlebih dahulu untuk menentukan giliran..

2
Pemain yang mendapat angka paling banyak akan memulakan permainan dan diikuti pemain
lain.

3
Setiap pemain meletakkan buah di tapak mula.

4
Pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan dam ular bergantung pada angka dadu
yang diperoleh.

5
Sekiranya pemain berhenti di tapak tangga, pemain akan maju ke tapak seterusnya.

slidesmania.com CARA BERMAIN KIT KATA NAMA
‘DAM ULAR’

6

Jika pemain berhenti di tapak ular, pemain perlu mundur ke tapak sebelumnya.

7 Jika pemain berhenti di tapak yang mempunyai bulatan hijau, pemain perlu mengambil kad
perkataan yang terdapat di dalam kotak.

8 Pemain dan ahli kumpulan pemain perlu menampalkan kad perkataan tersebut pada kata
nama am atau kata nama khas.

9

Pemain yang melekatkan pada jawapan yang betul paling banyak dan menamatkan permainan
paling awal akan dikira sebagai pemenang.

MUZIK IRINGAN
IMBAS QR CODE

slidesmania.com

SET KANDUNGAN

Buah dam dan dadu Papan dam Kad perkataan

Papan kata nama am
dan kata nama khas

slidesmania.com

slidesmania.com KIT PERSEMBAHAN

Kit Kata Nama
‘Dam Ular’

RASIONAL REKAAN KIT PERSEMBAHAN

Satu Dua

Mencipta suasana serta proses Mencapai objektif standard pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih Bahasa Melayu yang mahukan murid

menarik. memahami dan menggunakan golongan
kata nama mengikut konteks kata nama

am dan kata nama khas.

slidesmania.com Tiga Empat

Mengintegrasikan elemen seni dalam Memupuk nilai murni seperti nilai
pendidikan melalui paparan muzik, berkerjasama dan nilai keberanian dalam
rangsangan daya imaginasi melalui
diri murid-murid.
gambar dan menjana pergerakan melalui
gerakan tangan dan kaki.

slidesmania.com RUMUSAN

Kesimpulannya, penghasilan kit persembahan ini dapat menjadikan proses Pengajaran
dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih menarik dan efektif. Selain itu, kit persembahan
ini juga menjadikan proses PdP menjadi lebih berkesan melalui galakkan murid untuk
berfikir dengan baik. Penghasilan kit persembahan ini juga memudahkan murid lebih
memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mudah. Murid juga dapat belajar sambil
mendapatkan keseronokan. Kit persembahan ini penting dalam menghasilkan murid
yang dapat berfikiran secara kritis dalam penulisan. Oleh sebab itu, penghasilan kit
persembahan sangat penting dalam subjek Bahasa Melayu.


Click to View FlipBook Version