The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azainsani, 2021-09-07 12:46:39

Muafakat Membawa Berkat

Muafakat Membawa Berkat

Di sebuah hutan, tinggal sekumpulan haiwan dalam sua-
sana yang aman dan damai. Mereka ialah ular, arnab,
beruang, gajah, rusa, landak, ayam, kancil dan banyak
lagi. Haiwan-haiwan ini hidup saling bersandaran antara
satu sama lain. Mereka diketuai oleh Raja Serigala yang
menjadi raja di situ. Raja Serigala memerintah dengan adil
dan bijaksana.

Pada suatu hari, Raja Serigala telah mengumpulkan
semua penghuni rimba itu di hadapan istananya. Baginda
mahu memberitahu kepada rakyat jelata bahawa minggu
hadapan akan diadakan gotong-royong membersihkan ka-
wasan hutan.





“Wahai rakyat sekalian! Beta mahu kamu semua menga-
dakan gotong-royong membersihkan kawasan hutan.
Kita akan membina sebuah taman rekreasi baharu un-
tuk kemudahan semua,” begitulah titah Raja Serigala
kepada rakyat jelata.

Haiwan-haiwan itu tidak pernah membantah arahan Ra-
ja Serigala.

“Baiklah. Kami semua akan menurut perintah tuanku!
Patik selaku pembesar tuanku akan memastikan aktiviti
gotong-royong ini akan berjalan dengan lancar,” kata
burung gagak menurut perintah.

Kemudian, setelah selesai Raja Serigala bertitah, semua
haiwan bersurai pulang ke rumah masing-masing. Mere-
ka tidak sabar hendak mengadakan gotong-royong sep-
erti yang diperintahkan oleh Raja Serigala.

Semua haiwan di hutan tersebut berkawan baik dan sal-
ing bantu-membantu kecuali burung merpati. Ia tidak
suka bergaul dengan haiwan-haiwan lain. Burung
merpati gemar hidup bersendirian. Baginya, hidup ber-
sendirian lebih baik daripada mempunyai kawan. Ia hai-
wan yang sangat angkuh kerana mempunyai rupa yang
cantik serta bulu yang putih bersih.

“Kawan-kawan hanya menyusahkan aku sahaja! Lebih
baik aku hidup sendirian. Lebih senang. Segala yang aku
miliki tidak perlu dikongsi dengan orang lain,” begitulah
pendapat burung merpati.

Sejak dahulu, burung merpati tidak suka bergaul
dengan haiwan-haiwan lain termasuklah jiran-
jirannya. Ia juga tidak suka jika ada tetamu yang da-
tang bertandang ke sarangnya.

“Ada apa engkau datang ke rumahku?” soal burung
merpati sebaik-baik sahaja melihat kelibat burung
gagak. “Lebih baik engkau pulang sahaja. Jangan
mengganggu kehidupanku!”

“Begini, Raja Serigala memerintahkan kita semua un-
tuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawa-
san hutan,” beritahu burung gagak.

“Gotong-royong? Engkau tidak nampakkah aku se-
dang sibuk?” marah burung merpati. “Lagipun, aku
tidak suka menyertai perkara yang tidak menda-
tangkan faedah! Jika aku menyertai gotong-royong
tersebut, aku hanya akan mendapat penat. Tetapi, jika
aku bersiar-siar, aku akan mendapat makanan yang
banyak.”

Setiap kali diadakan gotong-royong, begitulah ja-
wapan yang selalu diberikan oleh burung merpati.
Namun, burung gagak tetap tidak berputus asa.

“Suka hati engkaulah, burung merpati. Tetapi aku
nasihatkan lebih baik engkau hadiri gotong-royong
itu. Banyak manfaat yang akan diperoleh nanti,”
kata burung gagak lalu menggeleng-geleng.

Kemudian, burung gagak pun beredar dari situ. Ia
faham benar sikap burung merpati yang tidak
pernah berubah dan hanya mementingkan diri
sendiri. Namun, perkara tersebut tidak pula
diberitahu Raja Serigala kerana bimbang burung
merpati akan dimurkai.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba. Semua haiwan datang
dengan penuh bersemangat. Masing-masing membawa
peralatan untuk membersihkan kawasan. Raja Serigala
berasa beruntung mempunyai rakyat seperti mereka.

Baginda sungguh gembira pada hari itu. Gotong-royong
itu berjalan dengan lancar. Masing-masing telah men-
jalankan tugas dengan baik. Raja Serigala memerhati
seekor demi seekor rakyatnya.

“Beta sungguh bangga mempunyai rakyat jelata seperti
kalian. Beta berharap tradisi bekerjasama ini akan
diteruskan hingga ke masa akan datang,” titah Raja Seri-
gala.

Haiwan-haiwan tersebut berasa bangga mendapat pu-
jian daripada Raja Serigala. Mereka turut berazam akan
terus mengekalkan suasana kehidupan yang aman,
damai, harmoni dan saling bekerjasama.

Dalam keramaian tersebut, ternyata burung merpati
tidak hadir. Nasibnya agak baik kerana Raja Serigala tid-
ak menyedarinya. Namun, burung gagak tahu burung
merpati tidak ada bersama.

Burung gagak mendiamkan diri kerana bimbang burung
merpati akan dihukum oleh Raja Serigala. Kerja-kerja
membersihakan kawasan hutan hampir siap. Hari su-
dah mulai petang. Haiwan-haiwan dibenarkan pulang
ke rumah masing-masing. Pulang sahaja dari gotong-
royong tersebut, burung gagak terus menuju ke rumah
burung merpati.

Apabila sampai di rumah burung merpati, burung gagak
memanggilnya beberapa kali namun tiada sahutan. Ia
tahu burung merpati ada di dalam sarangnya. Ia terus
memanggil haiwan itu beberapa kali.
“Ada apalagi engkau datang ke sini? Aku tak suka
sesiapa datang ke sini!” marah burung merpati.

Burung gagak terperanjat dengan sikap burung merpati.

“Engkau tetap tidak berubah, burung merpati,” kata bu-
rung gagak berasa kesal.

Pada suatu hari, ketika mencari makanan di hutan, bu-
rung merpati terserempak dengan sang kancil dan
ayam yang juga sedang mencari makanan.

“Eh, burung merpati, apa yang kamu lakukan di sini?”
sapa sang kancil.

“Mencari makananlah. Apa, engkau fikir engkau saha-
ja yang boleh cari makanan di sini?” agak tinggi nada
suara burung merpati.

“Aku cuma bertanya, burung merpati. Aku tidak pula
menyatakan engkau salah mencari makanan di sini,”
kata sang kancil.

“Kenapa engkau tidak menghadiri gotong-royong
membersihkan kawasan hutan baru-baru ini?” soal
ayam pula.

Burung merpati kurang senang dengan pertanyaan
itu. Tanpa memandang wajah kedua-dua ekor sa-
habat itu, burung merpati menjawab, “Aku benci
kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah.
Lagipun, ia hanya membuang masa!”

“Engkau tidak boleh terus bersikap begini. Kita harus
saling bekerjasama dan bantu-membantu. Hidup
bermuafakat sangat penting untuk mewujudkan sua-
sana yang harmoni,” nasihat sang kancil.

“Ah! Engkau jangan pandai nak menasihati aku!
Engkau saja yang pergi gotong-royong itu!” marah
burung merpati lalu terbang dari situ.

“Ia tetap tidak berubah,” kata ayam kepada sang
kancil.





“Tak mengapalah. Aku yakin, suatu hari nanti burung
merpati tentu sedar akan sikap angkuh dan mementing-
kan diri sendirinya,” kata sang kancil.

Kedua-dua ekor haiwan tersebut terus mencari makanan
di tepi danau.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, burung merpati
terserempak pula dengan jirannya, iaitu burung belatuk.

“Wah! Banyak engkau dapat makanan hari ini,” tegur bu-
rung belatuk.

“Ya... aku rajin, beginilah hasilnya,” kata burung merpati
lalu menunjukkan makanan yang diperolehnya.

“Berilah sedikit kepadaku. Anakku di rumah sedang sakit.
Aku tidak boleh terbang jauh kerana tiada yang menjaga
anakku,” pinta burung belatuk.

“Tidak! Aku tidak akan berikan makanan ini kepada
sesiapa pun. Sudah berapa kali aku katakan. Engkau tidak
perlu menghadiri gotong-royong atau majlis keramaian.
Aktiviti itu hanya membuang masa. Lebih baik engkau
mencari makanan sebanyak mungkin,” sindir burung
merpati.

“Bukankah hidup bermasyarakat itu sangat penting?” soal
burung belatuk.

“Ah! Bagiku ia hanya membuang masa. Engkau lihatlah
aku sekarang. Di rumahku terlalu banyak makanan. Aku
tidak perlukan hidup bermasyarakat. Aku boleh mencari
makananku sendiri,” kata burung merpati dengan
bongkak.

Burung belatuk berasa sungguh sedih. Ia pun terbang pu-
lang ke rumah.

Pada suatu hari, Raja Serigala mengumpulkan semua
rakyat jelatanya. Seperti biasa, semua rakyat berkumpul
dengan segera kecuali burung merpati.

“Dua hari lagi, kita akan mengadakan gotong-royong mem-
bina taman rekreasi baharu. Beta mahu kalian bekerjasa-
ma membinanya. Kerjasama antara kita semua amat
penting. Segala kerja akan menjadi lebih mudah dan
lancar,” titah Raja Serigala.

Rusa, kancil, arnab, beruang, ular serta haiwan-haiwan lain
berasa gembira dengan berita tersebut. Mereka sudah tid-
ak sabar hendak membina taman rekreasi baharu itu.

“Bolehlah anak-anak kita bermain di taman itu
nanti,” kata beruang kepada rusa.

“Benar. Mungkin dengan adanya taman rekreasi ini,
anak-anak kita dapat bermain dengan selamat kerana
menurut Raja Serigala, akan dibina benteng kesela-
matan kerana taman itu bakal dibina berhampiran
sungai,” balas rusa.

Setelah selesai Raja Serigala bertitah, haiwan-haiwan
tersebut pun bersurai. Mereka sudah tidak sabar
menunggu hari gotong-royong tersebut. Kali ini, bu-
rung gagak tidak ke rumah burung merpati. Se-
baliknya, ia menyuruh burung belatuk menyam-
paikan berita tersebut.

“Oleh kerana engkau tinggal berhampiran dengan ru-
mah burung merpati, apa kata engkau pula yang
memujuknya supaya datang pada hari gotong-royong
nanti,” ujar burung gagak.

“Aku akan cuba walaupun aku tahu burung merpati
akan memarahiku,” kata burung belatuk.

Ia tahu burung merpati tidak akan datang pada hari
gotong-royong itu nanti. Tetapi, sekurang-kurangnya ia
akan tetap memujuknya.

“Apa? Engkau nak suruh aku menghadiri gotong-royong
membina taman? Tidak! Tidak! Itu kerja yang memen-
atkan. Aku tidak akan membuang masaku di sana,” kata
burung merpati berasa kurang senang dengan ke-
hadiran burung belatuk ke rumahnya.

“Tapi, itu titah daripada Raja Serigala. Kita wajib lak-
sanakannya dengan baik. Lagipun, kerja yang berat akan
menjadi ringan kalau kita semua bersatu hati membi-
nanya,” ujar burung belatuk dengan harapan burung
merpati akan menghadiri gotong-royong tersebut.

Oleh kerana mahukan burung belatuk pulang cepat, bu-
rung merpati pun berkata, “Baiklah. Jika tidak ada aral
melintang, aku akan sampai ke sana.”

Burung belatuk berasa lega mendengar kata-kata bu-
rung merpati. Namun, ia tidak tahu bahawa itu helah
burung merpati sahaja. Burung belatuk pulang ke ru-
mah dengan gembira. Kemudian, berita tersebut
disampaikan kepada burung gagak, pembesar Raja Ser-
igala.

Alangkah gembira hati burung gagak. Sangkaannya bu-
rung merpati sudah berubah dan bersama-sama akan
membina taman rekreasi itu.

Pada hari gotong-royong tersebut, semua haiwan da-
tang dengan peralatan masing-masing. Sang gajah
membawa cangkul. Sang beruang memikul kampit
tanah, sang kura-kura, sang arnab dan sang tikus pula
mengangkut batu. Raja Serigala gembira melihat ker-
jasama yang ditunjukkan oleh rakyatnya.

“Bagus… bagus! Beta sungguh gembira pada hari ini.
Tidak sia-sia beta memerintah rimba ini. Amalan gotong
-royong ini perlu dikekalkan,” titah Raja Serigala.

Begitulah, tuanku. Hamba akan pastikan suasana har-
moni ini akan berterusan sampai bila-bila,” kata burung
gagak dengan yakin.

Namun, ia tidak melihat kelibat burung merpati. Hatinya
resah. Bukankah burung merpati akan datang ke situ? Ia
menyoal dirinya.

“Eh, engkau ada nampak burung merpati?” tanya bu-
rung gagak kepada burung belatuk.

“Tidak. Saya tidak nampak burung merpati. Tetapi saya
sudah menyampaikan utusan ini kepadanya,” jawab bu-
rung belatuk dengan jujur.

“Mungkin ia terlupa hendak datang ke sini,” duga bu-
rung gagak.

“Kalau begitu, marilah kita menyambung kerja,” kata bu-
rung gagak.

“Baiklah,” sahut burung belatuk.

Ia terus mematuk-matuk tanah untuk dijadikan lubang.
Arnab dan tikus pula akan menyusun batu di dalam
lubang tersebut.

Kerja-kerja membina taman rekreasi itu semakin siap.
Taman tersebut tersergam indah dibina daripada tanah
dan susunan batu sebagai benteng keselamatan. Ta-
man tersebut sengaja dibina di tepi kolam kerana
memudahkan anak-anak angsa untuk bermain selain
haiwan air yang lain seperti katak dan ikan. Setelah
sehari suntuk bekerja, sebuah taman indah telah siap
didirikan.

Sebelum bersurai, Raja Serigala memuji-muji sikap
rakyatnya.

“Semangat inilah yang beta mahukan. Dalam masa
sehari sahaja, kita telah berjaya membina sebuah ta-
man rekreasi yang sungguh indah,” titah Raja Serigala.
Semua haiwan itu bersorak gembira.

Setelah semuanya selesai, burung gagak mengajak bu-
rung belatuk ke rumah burung merpati. Ia hendak
melihat sama ada burung merpati ada di rumah atau pun
tidak. Ia juga hendak mengetahui mengapa burung
merpati tidak menghadiri gotong-royong sebentar tadi.

Malangnya, pintu rumah burung merpati berkunci. Su-
dah puas burung belatuk dan burung gagak memanggil-
nya tetapi tidak berjawab.

“Burung merpati... oh burung merpati!” burung gagak
memanggil burung merpati.

Namun, tetap tiada jawapan. Akhirnya, burung gagak
mengajak burung belatuk beredar dari situ.

“Mungkin ia keluar mencari makanan,” duga burung be-
latuk.

“Mungkin juga. Marilah kita pulang,” kata burung gagak
berasa hampa.

Sebenarnya, burung merpati ada di dalam rumahnya. Ia
sengaja tidak mahu membuka pintu kerana bimbang bu-
rung gagak dan burung belatuk akan mengajaknya me-
nyertai gotong-royong lagi.

Belum sempat burung belatuk dan burung gagak pergi,
kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari bahagian
belakang rumah burung merpati.
“Eh, rumah burung merpati terbakar! Rumah burung
merpati terbakar!” teriak burung belatuk.

“Mari kita tolong selamatkannya! Biar aku panggilkan
semua penghuni rimba!” jerit burung gagak.

Burung gagak pantas terbang untuk memberitahu kha-
bar buruk itu.

“Tolong! Tolong! Tolong! Api! Api!” tiba-tiba kedengar-
an suara burung merpati menjerit dari dalam rumahnya.

“Eh, bukankah itu suara burung merpati?” soal burung
belatuk kepada dirinya. “Aku mesti selamatkannya.”

Tidak lama kemudian, kelihatan semua haiwan datang
untuk menyelamatkan rumah burung merpati. Burung
merpati bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh
rakan-rakannya. Rumahnya juga berjaya diselamatkan
dengan bantuan jiran dan haiwan-haiwan lain.

Burung merpati berasa sangat malu dan menyesal kerana
selama ini ia tidak pernah bercampur dengan haiwan-
haiwan lain. Sekarang barulah ia sedar betapa hidup
berjiran itu amat penting.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan
nyawa saya. Kalau kamu semua tidak ada, sudah tentu
saya sudah tiada lagi di dunia ini,” kata burung merpati
dengan sedih.

“Itulah pentingnya kita hidup berjiran dan tolong- meno-
long. Kita tidak boleh hidup bersendirian,” kata burung
gagak.

Haiwan-haiwan lain mengangguk-angguk mendengar
kata-kata burung gagak.

Sejak hari itu, burung merpati tidak sombong lagi. Ia
mula berkawan dengan haiwan-haiwan lain. Ia juga
gemar membantu haiwan-haiwan yang susah. Mereka
mencari makanan bersama-sama. Jika burung merpati
mendapat makanan lebih, pasti ia akan memberikan
sedikit kepada haiwan lain. Begitulah sebaliknya.
Mereka juga akan bertukar-tukar makanan.

Setiap kali diadakan gotong-royong, burung
merpatilah haiwan pertama yang akan sampai di tem-
pat itu. Malah, ia turut mencadangkan beberapa pro-
jek gotong-royong dan pesta keramaian di rimba itu.
Perubahan burung merpati itu disenangi oleh semua
haiwan terutamanya burung gagak dan burung
belatuk.

Berita buruk menimpa burung merpati diketahui juga
oleh Raja Serigala. Baginda menasihatkan kepada
rakyatnya supaya sentiasa bersatu hati dalam apa jua
keadaan.

“Kejadian ini akan menjadi satu pengajaran kepada
kita semua. Beta tidak mahu ada dalam kalangan kalian
hanya mementingkan diri sendiri, suka memencil diri.
Ketahuilah bahawa hidup bermuafakat akan membawa
berkat,” titah Raja Serigala mengakhiri kata-katanya.

Sejak itu, mereka hidup dalam suasana yang aman,
damai dan menyenangkan.

Tamat


Click to View FlipBook Version