Jom Sayangi
Gigi Kita
“Kurangkan Gula dalam Makanan dan Minuman agar Sentiasa Manis
dalam Senyuman”
Shahida Abd Razak
Tengku Fauzan Tengku Anuar
Buku ini dimiliki oleh :
..................................
..................................
Isi Kandungan
• Definisi Gigi ........................... 1-3
• Jenis-Jenis Gigi Manusia ............. 4
• Fungsi Gigi ........................... 5
• Struktur Gigi .......................... 6
• Sakit Gigi ........................... 7-11
• Punca-Punca Kerosakan Gigi .......... 12-13
• Cara-Cara Penjagaan Gigi ............ 14-16
• Pemeriksaan Gigi ...................... 17-18
• Cara-Cara Penjagaan Berus Gigi ..... 19
• Jenis-Jenis Rawatan Pergigian ....... 20-22
• Latihan ........................... 23-27
Definisi
Gigi
Hai Kawan-kawan !
Sebenarnya, terdapat banyak info menarik tentang gigi yang
perlu anda ketahui. Apa itu gigi? Mari kita sama-sama lihat
definisi gigi di bawah :-
1
Gigi adalah merupakan struktur kecil berwarna putih yang
terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan
vertebrat.
2
Gigi dapat membantu seseorang itu mengunyah makanan dengan
baik serta dapat bertutur dengan jelas dan mudah difahami
oleh orang lain.
3
Setiap manusia mempunyai dua set gigi iaitu gigi susu
dan gigi kekal.
1
4
Gigi susu manusia mula tumbuh seawal usia enam bulan
dan akan mempunyai set gigi yang lengkap sebanyak 20 batang
sekitar usia tiga tahun.
5
Gigi kekal manusia pula akan mula tumbuh seawal usia enam tahun
dan akan mempunyai set gigi yang lengkap sebanyak 32 batang
sekitar usia 21 tahun.
*Haiwan vertebrat - Haiwan yg bertulang belakang termasuk
ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia.
2
Jadual
Set-Set Gigi Manusia
Gigi Susu Kekal
Jumlah 20 Batang 32 Batang
Besar
Saiz Kecil Kuat
Panjang
Ketahanan Sedikit Lemah
Jangka Hayat Pendek
3
Jenis-Jenis
Gigi
Manusia
Jenis-Jenis Gigi Manusia
(Set Gigi Kekal)
Gigi Kacip
Gigi Taring Gigi Taring
Gigi Geraham Gigi Geraham
Kecil Kecil
Gigi Geraham Gigi Geraham
Besar Besar
Rahang Atas
Rahang Bawah
Gigi Geraham Gigi Geraham
Besar Besar
Gigi Geraham Gigi Geraham
Kecil Kecil
Gigi Taring Gigi Taring
Gigi Kacip
4
Fungsi
Gigi
Kawan-kawan,
Tahukah anda bahawa setiap jenis gigi mempunyai fungsi yang
tersendiri. Jom kita lihat di bawah :-
Gigi Kacip Gigi Taring Gigi Geraham
Gigi kacip Gigi taring Gigi geraham
berfungsi untuk berfungsi untuk berfungsi untuk
memotong mengoyakkan melumatkan
makanan. makanan. makanan.
5
Struktur
Gigi
Struktur Gigi
Kawan-kawan,
Tahukah anda bahawa struktur gigi terdiri daripada :
Enamel
Dentin Saraf &
Gusi Salur Darah
6
Sakit
Gigi
Kawan-Kawan,
Pernahkah gigi anda terasa sakit?
Kesakitan gigi ini sebenarnya
terjadi apabila seseorang itu
sering mengabaikan
kesihatan mulut.
Kebiasaannya, kesakitan ini
akan terasa di sekitar gigi
serta di bahagian rahang
seseorang itu.
Sekiranya anda mengalami
kesakitan gigi yang teruk,
anda perlu berjumpa doktor
gigi dengan kadar segera bagi
mendapatkan nasihat serta
rawatan yang sepatutnya.
7
Jom kita lihat, faktor-faktor
yang boleh menyebabkan gigi anda
terasa sakit :
1 Kerosakan (Karies) Gigi
2 Penyakit Gusi (Penyakit Periodontium)
3 Gigi Sensitif
4 Gigi Retak
5 Sakit Sendi Rahang
8
Kawan-kawan,
Tahukah anda, sebenarnya
terdapat beberapa kesan
buruk sekiranya seseorang itu
tidak mendapatkan rawatan
segera apabila mengalami
kesakitan pada gigi.
9
Jom kita lihat, kesan-kesan
buruk yang berlaku :
1 Kesakitan pada gigi atau gusi
2 Kesukaran untuk mengunyah makanan
3 Kebengkakan di bahagian gusi
atau pipi
4 Sukar untuk membuka mulut
5 Kesukaran untuk tidur
6 Gigi mati (non vital tooth)
7 Kehilangan gigi
10
Uji Minda
1. Aduhhh, sakitnya gigi saya !
Kawan-kawan, bolehkah anda bantu
saya carikan jalan untuk ke klinik gigi ?
Mula
Akhir
Terima kasih kawan-kawan, KLINIK GIGI
anda sudah berjaya bantu saya sampai
ke klinik gigi untuk dapatkan
rawatan.
11
Punca-Punca
Kerosakan
Gigi
Kawan-kawan,
Tahukah anda, sekiranya anda tidak menjaga
gigi dengan betul, gigi anda akan mudah rosak
serta boleh mendatangkan pelbagai penyakit
berbahaya.
12
Jom kita lihat, punca-punca kerosakan
gigi di bawah :
Pengambilan Makanan Faktor Usia
atau Minuman yang
Tidak Sihat Kesihatan gigi seseorang
itu akan mula terjejas
Makanan atau minuman serta mengalami kerosakan
yang mengandungi kadar apabila usia seseorang itu
gula yang berlebihan, semakin meningkat.
karbohidrat dan asid.
Tidak Menjaga Mulut Kering
Kebersihan Mulut
Keadaan ini berlaku apabila
dengan Betul seseorang itu kurang minum
air serta pengambilan
Memberus gigi sahaja tidak sesetengah ubat-ubatan.
mencukupi, ia perlu dilengkapi Pembentukan plak berlaku
dengan memberus lidah, apabila kurangnya penghasilan
menggunakan ubat kumur air liur yang penting sehingga
serta memflos gigi untuk menjejaskan kesihatan gigi.
memastikan kebersihan
mulut lebih terjamin.
13
Cara-Cara
Penjagaan
Gigi
Kawan-kawan,
Tahukah anda, kuantiti ubat gigi yang anda gunakan hendaklah mengikut
jumlah yang betul supaya kesihatan gigi anda sentiasa berada dalam
keadaan baik.
Kuantiti ubat gigi
yang terlalu banyak
boleh merosakkan
gigi anda.
Kuantiti ubat gigi yang
diperlukan bagi individu
yang berumur 3 tahun
ke atas hanya bersaiz
sebiji kacang pis sahaja.
Kuantiti ubat gigi yang
diperlukan bagi individu
yang berumur 3 tahun
ke bawah hanya bersaiz
sebutir beras sahaja.
14
Tahukah anda, untuk mendapatkan gigi yang cantik dan sihat
itu sebenarnya memerlukan penjagaan yang betul.
Jom kita lihat cara-cara penjagaannya :
Memberus gigi dengan teliti sekurang-kurangnya
dua kali sehari.
Menggunakan ubat gigi berfluorida supaya
dapat membantu menguatkan enamel gigi.
Ubat Gigi
Memflos gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
sebelum tidur untuk membuang kotoran yang
terlekat di celah gigi.
15
Mengurangkan pengambilan minuman berasid
seperti minuman ringan, kordial dan jus kerana
ia boleh menyebabkan kaviti.
Mengurangkan pengambilan makanan yang bergula
kerana bakteria yang terdapat pada plak-plak
di gigi akan menukarkan gula tersebut
menjadi asid.
Membuat pemeriksaan gigi di klinik gigi yang
berhampiran sekurang-kurangnya setahun sekali.
16
Pemeriksaan
Gigi
PemeTruijkusaanan Gigi
1. Doktor akan memeriksa gigi,
gusi dan keadaan mulut anda.
2. Anda akan belajar cara memflos
gigi dengan betul.
3. Anda akan belajar cara
memberus gigi dengan betul.
17
Jadual
Pemeriksaan Gigi
Kekerapan Perkara
3 Bulan Sekali Individu yang mempunyai masalah gigi (berat)
6 Bulan Sekali serta kebersihan oral yang kurang memuaskan.
1 Tahun Sekali
Individu yang mempunyai masalah gigi
(sederhana) serta kebersihan oral yang
memuaskan.
Individu yang mempunyai masalah gigi (ringan)
serta kebersihan oral yang baik.
18
Cara-Cara
Penjagaan
Berus Gigi
Kawan-kawan,
Tahukah anda, berus gigi juga sebenarnya memerlukan penjagaan yang baik untuk memastikan
mulut kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat. Jom kita lihat cara-cara
penjagaannya :
1 Memastikan berus 2Mengelakkan
gigi anda sentiasa perkongsian berus gigi
berada dalam keadaan dengan individu
bersih selepas lain.
digunakan.
3 4 Mengelakkan
Menggantikan berus penyimpanan berus
gigi baharu sekurang- gigi di dalam bekas
kurangnya tiga atau yang tertutup.
empat bulan sekali.
19
Jenis-Jenis
Rawatan
Pergigian
Kawan-kawan,
Sebenarnya terdapat beberapa jenis rawatan pergigian
yang perlu kita ketahui. Jom sama-sama kita lihat di bawah :
Pemutihan Gigi 2 Cuci Gigi
1 Gigi Palsu (Scaling) 3
Tampalan Cabutan
Gigi 4 5 Gigi
Rawatan Saluran Sarung Gigi PPeennddaakkaapp GGiiggii
Akar Gigi 6 (Crown) 7 ((BBrraacceess)) 8
20
1 Pemutihan Gigi
Pemutihan gigi adalah rawatan untuk membantu memutihkan warna gigi
dengan menggunakan ejen peluntur yang dikenali sebagai hydrogen
peroxide yang dilakukan oleh doktor gigi yang bertauliah.
Gigi Palsu 2
Gigi palsu adalah merupakan alat yang boleh menggantikan semua atau
sebahagian gigi anda yang sudah tiada. Gigi palsu diberpuat daripada
porselin, resin akrilik, logam plastik atau gabungannya.
3 Cuci Gigi (Scaling)
Cuci gigi adalah rawatan penting yang perlu dilakukan bagi membuang
karang gigi serta bakteria yang terkumpul di dalam mulut.
Tampalan Gigi 4
Tampalan gigi adalah rawatan menutupi ruang gigi yang telah berlubang
agar tidak dimasuki bakteria. Bahan tampalan yang digunakan adalah
seperti resin, komposit dan amalgan.
21
5 Cabutan Gigi
Cabutan gigi biasanya dilakukan apabila gigi tersebut sudah rosak dan
tidak dapat dirawat lagi.
Rawatan Saluran Akar Gigi 6
Rawatan saluran akar gigi adalah rawatan alternatif bagi gigi yang telah
rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau mati. Rawatan ini
dapat membantu gigi tersebut boleh terus kekal berfungsi dengan baik.
7 Sarung Gigi (Crown)
Sarung gigi adalah merupakan satu bahan pergigian yang menutupi keseluruhan
struktur gigi. Kebiasaannya, rawatan ini dilakukan pada gigi yang patah kerana
jatuh atau kemalangan, gigi yang terdapat kerosakan dan sebagainya.
Pendakap Gigi (Braces) 8
Pendakap gigi adalah rawatan ortodontik yang boleh dilakukan oleh
doktor gigi yang berpengalaman sahaja dengan menggunakan peralatan
yang betul bagi memperbaiki kedudukan gigi.
22
Uji Minda
2. Cari dan warnakan perkataan mengenai jenis-jenis
rawatan pergigian yang terdapat di klinik gigi.
1. Pemutihan Gigi 4. Tampalan Gigi 7. Sarung Gigi
2. Gigi Palsu 5. Cabutan Gigi 8. Pendakap Gigi
3. Cuci Gigi 6. Saluran Akar Gigi
23
Latihan
1Latihan
1. Lengkapkan jadual set-set gigi manusia di bawah
dengan jawapan yang betul.
Gigi Susu Kekal
Jumlah
Saiz
Ketahanan
Jangka Hayat
24
2Latihan
2. Kenalpasti jenis gigi di bawah dan padankan
mengikut fungsi yang betul.
Gigi taring
berfungsi untuk
mengoyakkan
makanan.
Gigi geraham
berfungsi untuk
melumatkan
makanan.
Gigi kacip
berfungsi untuk
memotong
makanan.
25
3Latihan
3. Bulatkan pada gambar makanan dan minuman
yang boleh merosakkan gigi jika diambil secara
berlebihan.
Coklat
26
Jawapan
Uji Minda Latihan
1. Aduhhh, sakitnya gigi saya ! 1. Lengkapkan jadual set-set gigi manusia di bawah
Kawan-kawan, bolehkah anda bantu dengan jawapan yang betul.
saya carikan jalan untuk ke klinik gigi ?
Mula
Gigi Susu Kekal
Jumlah 20 Batang 32 Batang
Besar
Saiz Kecil Kuat
Panjang
Ketahanan Sedikit Lemah
Jangka Hayat Pendek
Akhir 2. Kenalpasti jenis gigi di bawah dan padankan
mengikut fungsi yang betul.
Terima kasih kawan-kawan, KLINIK GIGI
anda sudah berjaya bantu saya sampai Gigi taring
berfungsi untuk
ke klinik gigi untuk dapatkan
rawatan. mengoyakkan
makanan.
2. Cari dan warnakan perkataan mengenai jenis-jenis
rawatan pergigian yang terdapat di klinik gigi. Gigi geraham
berfungsi untuk
melumatkan
makanan.
Gigi kacip
berfungsi untuk
memotong
makanan.
3. Bulatkan pada gambar makanan dan minuman
yang boleh merosakkan gigi jika diambil secara
berlebihan.
Coklat
27
Profil Pereka
Shahida binti Abd Razak, berasal dari
Taiping, Perak. Pendidikan awal pereka
iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi
dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tat Beng. Seterusnya, pereka melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan
dalam bidang Rekabentuk Komunikasi
Visual.
[email protected]
Penjagaan gigi amat penting dalam
kehidupan seseorang. Buku ilustrasi
‘Jom Sayangi Gigi Kita‛ direka khas untuk
membina kesedaran serta kefahaman
masyarakat terhadap kepentingan
penjagaan gigi sejak dari kanak-kanak
lagi.
Keunikan buku ilustrasi ini juga bukan
sahaja dapat meluaskan ilmu pengetahuan
malah turut membantu mempercepatkan
proses pembelajaran kanak-kanak tentang
penjagaan gigi.