70 (B) PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Merancang dan menyelaraskan takwim aktiviti unit beruniform, kelab persatuan dan kelab permainan di dalam dan di luar sekolah. 2. Menyelia dan menilai aktiviti unit beruniform kelab persatuan dan kelab permainan di sekolah. 3. Menyelaraskan pembahagian guru penasihat mengikut unit dalam kokurikulum dengan mengambilkira kemahiran dan kepakaran guru. 4. Menyelaraskan pembahagian murid-murid dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. 5. Mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi melalui kejohanan sukan sekolah, program pembangunan bakat dan kokurikulum tambahan dalam bidang koakademik dan kokurikulum. 6. Mengurus dan mengawal selia alatan dan kemudahan tempat latihan dalam keadaan selamat dan kondusif untuk digunakan. 7. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program koakademik dan kokurikulum anjuran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bil 3/67: Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan ii Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982: Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967. iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma. sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HR02) adalah seperti berikut: (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Membantu menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah. 2. Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Guru Sesi Petang. TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM) HR05 | Guru Penolong Kanan Petang
71 3. Membantu mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan. 4. Membantu merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan. 5. Membantu, merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar. 6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah sesi petang. 7. Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid sesi petang. 8. Membantu mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas. 9. Membantu GPK yang lain mengawal selia pengoperasian bidang pengurusan tugas khusus masing-masing berkaitan guru dan murid sesi petang. 10. Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM dan kokurikulum. 11. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK yang lain. (B) PENGURUSAN KURIKULUM 1. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan PdP sesi petang. 2. Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru dan pencapaian murid sesi petang. 3. Membantu merancang dan menyelaraskan jadual waktu PdP bagi kelas dan guru sesi petang supaya PdP dilaksanakan dengan terancangnya dan berkesannya. 4. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan pencerapan dan tindakan susulan bagi peningkatan kualiti guru sesi petang. 5. Membantu merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid sesi petang. 6. Membantu merancang dan mengelola pengurusan pusat sumber sekolah. 7. Melaksanakan PdP mengikut pekeliling berkuatkuasa. (C) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid sesi petang. 2. Membantu merancang dan memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling murid sesi petang. 3. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program kesihatan, kebajikan dan keceriaan sekolah. 4. Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks.
72 5. Membantu mengawal dan menyelaraskan perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bangunan dan kawasan pada sesi petang. 6. Membantu mengawal dan memantau pengurusan kantin dan kedai buku pada sesi petang. (D) PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan bagi murid sesi petang. 2. Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan penyertaan murid sesi petang dalam aktiviti luar. 3. Membantu pemantauan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sesi petang. RUJUKAN i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67: Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kakitangan ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982: Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 15 Tahun 2010: Pengisian/ Penempatan/ Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) Gred DG44 bagi Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Menengah dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. v. Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2015 KPM(BPSH-SPDK) 100-1/7/3 bertarikh 14 April 2015 berkaitan Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015 vi. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015, Bahagian Pendidikan Khas KPM 201 sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HR02) adalah seperti berikut: (A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan Pendidikan Khas. TUGAS UTAMA (KHUSUS) TUGAS UTAMA (UMUM) HR06 | Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas