Kumpulan 1
AHLI KUMPULAN:
NUR ADAM BIN KHOLIB
MUHAMMAD RAZIQ RAFIQI BIN MOHD
RIDZUAN
GURU PEMBIMBING:
Cikgu Bashirah Mohd Saad
PUSAT PENTERNAKAN LEBAH KELULUT
Salah satu kemudahan yang akan dibina di
kawasan Agro Pelancongan Desa Beras Wangi
ialah Pusat Penternakan Lebah Kelulut.
Rumah-rumah kelulut dibina dengan pelbagai
rekaan yang menarik seperti model istana,
masjid, cendawan dan lain-lain untuk menarik
perhatian pelancong.
Manakala kawasan persekitaran Desa Beras
Wangi akan ditanam dengan pelbagai jenis
tumbuhan berbunga untuk membantu lebah-
lebah kelulut menghasilkan madu. Madu
kelulut boleh dijadikan ubatan herba yang
boleh menghasilkan ubat batuk dan lain-lain.
Lokasi Desa Padi Wangi sangat sesuai untuk
penternakan lebah kelulut. Spesies kelulut
hitam dipilih untuk diternak kerana terdapat
banyak di kawasan ini. Sumber air bersih dari
kawasan bukit berdekatan juga mencukupi
untuk proses penternakan kelulut ini.
Madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk
tubuh badan manusia.Ianya dapat menjadi menawar
pada, pelbagai penyakit seperti diabetes, strok,
kanser, sakit sendi, penyakit-penyakit kulit seperti
jerawat, kudis, kurap dan sebagainya. Justeru,
pelancong boleh membeli madu kelulut di sini
dengan harga istimewa yang ditawarkan.
Istimewanya, pelancong yang menginap di Desa
Padi Wangi dapat merasa madu kelulut yang
dihasilkan secara percuma. Mereka juga boleh
melawat ke ladang ternak lebah kelulut dan
merakam gambar sebagai kenang-
kenagan.Seterusnya, para pelancong juga dapat
mempelajari cara-cara mengambil madu kelulut
dari sarang yang pastinya sangat menarik.
Madu kelulut boleh di
beli di pusat sehenti
yang
terdapat di sini.Selain itu,
pasaran madu kelulut
akan diperluas ke merata
tempat mengikut
permintaan dalam
pasaran .Promosi jualan
madu kelulut ini juga
akan dilakukan secara
dalam
talian untuk menambah
pendapatan pengusaha.
Madu kelulut-warnanya lebih jernih berbanding
madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur
sedikit masam.Madunya mempunyai banyak
khasiat untuk memulihkan pelbagai penykit kronik
dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan
kesihatan.
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat
bagi pelbagai penyakit manusia.Khasiat madu
sebagai mana disampaikan al-Quran telah di
buktikan secara ilmiah oleh pakar
perubatan.Khasiat madu kelulut termasuklah
meningkatkan metabolisme badan,menambahkan
tenaga batin,menjaga kecantikan,menguatkan
wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai
penyakit dan kecederaan dalaman .
Ada ratu ada perkerja,
Berkumpul dan berkerjasama;
Madu manisnya,
Penawar penyakit manusia.
Sarang lebah penuh bermadu,
Sarang dibina lebah berjuta;
Orang di sini menanggung rindu,
Orang di sana apa cerita.
Sekian, terima kasih.
Sekian terima kasih.