DRILL SOALAN PERCUBAAN NEGERI
TAHUN 2020
ULANGKAJI BERFOKUS
BAB 5 TINGKATAN 4
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NOR AZIMAH MAT NOR (SMK BUKIT RAHMAN PUTRA)
KREDIT : GROUP 123SEJSPM & EXTRATIME CIKGU YUSOFF
LATIHAN T4 B5 ms 124 -129 : PIAGAM MADINAH
Kepala ayat :
Maksud Piagam Madinah ialah …
Maksud piagam Madinah ialah perlembagaan
bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, piagam Madinah digubal berpandukan
wahyu Allah.
Akhir sekali, piagam Madinah menerangkan
tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan
rakyat. 02//
Kepala ayat :
Perkara asas dalam piagam berkaitan aspek ekonomi ialah…
Perkara asas dalam piagam berkaitan aspek
ekonomi ialah kerjasama masyarakat Madinah
dituntut demi memajukan ekonomi negara.
Selain itu, unsur penipuan dan riba dihapuskan
dalam sistem perniagaan.
Akhir sekali, piagam Madinah menetapkan tiada
diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.
02//
Kepala ayat :
Perkara asas dalam piagam berkaitan aspek sosial ialah…
Perkara asas dalam piagam berkaitan aspek
sosial ialah masyarakat Madinah dianggap sebagai
satu ummah.
Selain itu, masyarakat Madinah mempunyai
tanggungjawab yang sama terhadap negara
Akhir sekali, piagam Madinah menetapkan
masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
sesama sendiri.
02//
Kepala ayat :
Isi kandungan piagam Madinah ialah…
Aspek Politik
• Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah
• Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah antara orang Islam dan orang bukan Islam
Aspek agama
• Bebas mengamalkan agama masing-masing
• Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam
Aspek Sosial
• Masyarakat Madinah dianggap sebagi satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama.
• Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
Aspek Perundangan
• Undang-undang Islam diguna secara menyeluruh.
Aspek Ekonomi
• Penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
Aspek Kedudukan Yahudi
//
04• Menjamin keselamatan orang bukan Islam – selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah
Kepala ayat :
Kesan Piagam Madinah terhadap perkembangan tamadun
Islam ialah…
Kesan Piagam Madinah terhadap perkembangan tamadun
Islam ialah membantu mengukuhkan kerajaan Islam Madinah.
Hal ini kerana unsur Islam telah dipraktikkan dalam
pentadbiran dan undang-undang Islam diguna pakai
seluruhnya dalam sistem perundangan. Jelaslah, piagam
Madiah menjadi panduan kepada pemerintah negara.
Selain itu, piagam Madinah telah membentuk masyarakat
yang hidup bersatu padu dengan konsep satu ummah. Hal ini
dapat mengekalkan keamanan negara. Kesannya, agama Islam
tersebar ke seluruh Tanah Arab. 04//
Kepala ayat :
keranaUndang-undang penting dalam pembangunan sesebuah negara …
Undang-undang penting dalam F1 – Menjamin keamanan
F2 – Meningkatkan ekonomi
kehidupan masyarakat kerana dapat F3 – Mengelakkan
pergaduhan / perbalahan
mengawal tingkah laku masyarakat F3 – Menjamin kestabilan
politik
agar kes jenayah dapat dikurangkan. F4 – Memajukan negara
F5 – Mengelakkan salah laku
Contoh jenayah ialah rompakan. Maka, dalam kalangan pemimpin
F6 – Meningkatkan
jelaslah bahawa undang-undang dapat semangat patriotism
F7 – Meningkatkan imej
menjamin keamanan negara 04// negara
Kepala ayat : 04//
Piagam Madinah dapat memudahkan Nabi Muhammad meneruskan dakwah
Islamiah dengan cara…
Piagam Madinah dapat memudahkan Nabi Muhammad meneruskan dakwah Islamiah dengan
cara mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana
kandungan piagam Madinah dari aspek sosial ialah membentuk masyarakat baharu berasaskan satu
ummah. Kesannya, masyarakat hidup bersatu padu dan keadaan yang aman memudahkan Islam
tersebar.
Selain itu, piagam Madinah juga menjamin sistem pemerintahan yang stabil. Hal ini kerana
pentadbiran dilaksanakan berasaskan peraturan dalam Piagam Madinah yang dipersetujui oleh
orang Islam dan orang bukan Islam. Bahkan, undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh
meliputi peraturan berkaitan dunia dan akhirat sebagai panduan kepada pemimpin.
Akhir sekali, Piagam Madinah membentuk Madinah menjadi kerajaan Islam yang kukuh. Hal ini
kerana Piagam Madinah digubal terlebih dahulu sebelum pengasasan negara. Jadi, masyarakat
diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap dan mereka lebih rela bernaung dibawah
pemerintahan Islam. Jelaslah, Kerajaan Madinah yang kukuh memudahkan dakwah Islam diteruskan
Kepala ayat :
Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ialah…
Strategi yang digunakan oleh Nabi
Muhammad SAW ialah menghantar perutusan ke
Rom Timur dan Parsi.
Selain itu, Nabi Muhammad juga menyeru
mereka memeluk Islam melalui warkah.
02//
Kepala ayat :
Islam mementingkan perdamaian dan melarang peperangan serta
perlu mengikut garis panduan iaitu…
Islam mementingkan perdamaian dan melarang
peperangan serta perlu mengikut garis panduan iaitu
peperangan hanya berlaku apabila diserang oleh
musuh. Peperangan juga dibenarkan dengan tujuan
untuk mencari keamanan dan menjaga rumah ibadat.
Selain itu, peperangan juga bertujuan untuk
menjaga maruah diri, agama dan negara serta
menentang kezaliman.
04//
Kepala ayat :
Dunia akan menjadi aman sekiranya masyarakat dunia berpegang
Kepada prinsip perang dalam Islam kerana…
Dunia akan menjadi aman sekiranya masyarakat dunia berpegang
kepada prinsip perang dalam Islam kerana masyarakat dunia akan
bersikap saling menghormati dan bertoleransi. Hal ini dapat
mengelakkan berlakunya persengketaan. Contohnya, segala konflik
dunia akan dapat diselesaikan melalui rundingan dan keganasan dapat
dielakkan.
Selain itu, amalan prinsip ini dapat membantu menjamin kemajuan
negara. Hal ini kerana sekiranya berlaku peperangan, banyak
kemusnahan dan kerosakan akan berlaku. Dengan mengamalkan prinsip
perang dalam Islam, kerosakan tempat ibadat dan kawasan pertanian
tidak akan berlaku. Jelas lah bahawa, pengamalan prinsip Islam dapat
mengelakkan kerugian kepada negara. 04//
Kepala ayat :
Peperangan dibenarkan dalam Islam kerana …
F1 Mendapat keizinan daripada Allah
H1a Setelah wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
F2 Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang musuh
H2a Setelah Arab Quraisy menyerang umat Islam.
F3 Mencari keamanan
H3a Supaya tempat ibadat terjaga
F4 Menentang kezaliman
F5 Mempertahankan diri
F6 Mempertahankan agama
F7 Mempertahankan negara/ menjaga kedaulatan negara 02//
F8 Menegakkan keadilan
Kepala ayat :
Antara prinsip yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan
ialah …
F1 - Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah
C1 - Orang tua/ kanak-kanak/ orang sakit/ wanita
F2 - Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan
F3 - Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
F4 - Dilarang memusnahkan kemudahan awam
F5 - Dilarang menceroboh atau merosakkan tempat beribadat
F6 - Tidak dibenarkan membunuh orang yang menyerah diri
F7 - Dilarang menyeksa tawanan perang
F8 - Hentikan peperangan jika musuh mengaku kalah 04//
F9 - Mengamalkan akhlak yang mulia
Kepala ayat : Mesti ada pendirian ( setuju @ tidak setuju)
Saya bersetuju peperangan pada masa kini menyebabkan berlaku banyak
kemusnahan dan kerosakan kerana….
Bersetuju 04//
F1 - Banyak kerosakan harta benda seperti bangunan dan fasiliti awam
F2 - Banyak nyawa terkorban seperti di Palestin
F3 - Kemusnahan tumbuh-tumbuhan
F4 - Mengancam nyawa orang yang tidak bersalah
F5 - Kekejaman tentera/ tidak bertimbangrasa seperti tentera Israel
F6 - Kuasa besar yang mementingkan diri sendiri
Mana-mana munasabah
Tidak bersetuju
F1 - Hanya berlaku perang dingin yang tidak melibatkan senjata
F2 - Hanya melibatkan perang psikologi
F3 - Hanya melibatkan perang ekonomi antara kuasa besar dunia
F4 - Kuasa besar berlumba-lumba menunjukkan kekuatan
Mana-mana jawapan munasabah
F1 Perang Badar (624 M/ 2H) 04//
F2 Perang Uhud (625 M/ 3H)
F3 Perang Khandak (627 M/ 5H)
F4 Perang Tabuk (630 M/ 9H)
Maksud khandak ialah parit
01//
PERANG KHANDAK
Berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy
Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi
Pihak Islam menggunakan strategi menggali parit di sekeliling
kota Madinah
Islam menang kerana tenteranya mempunyai kesabaran yang
tinggi dan ketahanan diri yang tinggi
Kepala ayat :
Islam tidak berkembang secara paksaan atau melalui peperangan kerana …
F1 Islam berkembang secara sukarela dan melalui sikap toleransi
C contohnya Perang Badar
H1a walaupun tentera Islam memperoleh kemenangan
H1b Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Arab Quraisy
H1c tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
H1d tawanan lelaki yang Berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan
menulis akan dibebaskan
F2 perjuangan menyebarkan Islam oleh Nabi Muhammad dilakukan dengan tolak
ansur dan dilakukan dengan menunjukkan nilai-nilai baik
H2a buktinya selepas Perang Badar bilangan Arab Quraisy yang memeluk Islam 04//
bertambah ramai (mana-mana jawapan munasabah)
Kepala ayat : 04//
Kesan Piagam Madinah terhadap perkembangan tamadun Islam ialah…
F1 - Mengadakan hubungan diplomatik
F2 - Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
F3 - Memajukan ekonomi
F4 - Mengamalkan prinsip berkecuali
F5 - Mewujudkan kestabilan politik
F6 - Mengelakkan perlumbaan senjata
F7 - Mengadakan hubungan serantau
F8 - Menyelesaikan konflik melalui rundingan
F9 - Tidak mengadakan pakatan tentera
F10 - Tidak campur tangan dalam politik negara lain
F11 - mana-mana jawapan munasabah
Kepala ayat :
Usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan keamanan dunia berkekalan ialah …
Antara usaha ialah menyelesaikan konflik melalui rundingan. Selain itu, negara anggota
harus mematuhi prinsip resolusi PBB iaitu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua
negara lain. Hal ini dapat memupuk kesejahteraan dunia sekaligus mengelakkan tercetusnya
konflik dunia.
Usaha seterusnya ialah mengamalkan dasar bekerjasama antara negara. Contohnya
kerjasama ekonomi. Tambahan pula, setiap negara harus mengutamakan keamanan supaya
dapat melindungi hak asasi manusia sejagat.
Usaha selanjutnya ialah tidak menggalakkan keganasan. Sementelahan itu, menyertai
pertubuhan serantau dan antarabangsa serta mengelakkan perlumbaan senjata. Di samping
itu, kerajaan harus mendidik rakyat mencintai keamanan.
Seterusnya, meningkatkan kemajuan negara dan taraf hidup rakyat. Akhir sekali, negara
anggota dunia haruslah mengamalkan dasar berkecuali. 04//
Kepala ayat :
Kesan sekiranya garis panduan peperangan yang ditetapkan dalam Islam dipatuhi
ialah …
F1 - mewujudkan keamanan sejagat
F2 - membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat
F3 - membolehkan pentadbiran berjalan dengan lancar
F4 - mewujudkan perpaduan
F5 - mengeratkan kerjasama antara negara
F6 - mengelakkan pertumpahan darah
F7 - mengelakkan kemusnahan harta benda
F8 - mengelakkan campur tangan kuasa asing.
(Mana-mana jawapan yang munasabah.)
04//