IMPERIALISME BARAT
IMPERIALISME BARAT
APAKAH MAKSUD IMPERIALISME BARAT?
• Penguasaan sesebuah negara yang kuat terhadap negara lain yang
lebih lemah dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi
politik dan ekonomi.
NEGARA MANAKAH YANG TERLIBAT?
• Negara yang terlibat ialah Sepanyol,Portugal,England,Perancis dan
Belanda.
FAKTOR IMPERIALISME BARAT
1. Revolusi perindustrian memerlukan bahan mentah yang
banyak dan berterusan serta pasaran bagi hasil pengeluaran
industri mereka
2. Revolusi pengangkutan:
Kewujudan sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal wap telah
memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.
3. Mengembangkan tamadun mereka di luar eropah
sebagai tanggungjawab mereka serta menyebarkan
agama kristian
4. Semangat perlumbaan di kalangan negara
barat untuk saling mengatasi antara satu
sama lain dalam kegiatan menakluk
kawasan di luar eropah sebagai satu status
atau simbol sebuah kuasa yang kuat
KESAN IMPERIALISME BARAT
1. POLITIK
(a) Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat
(b) Perundangan peribumi diubahsuai menyerupai sistem perundangan Barat
© Campur tangan kuasa Eropah ke atas negara-negara Asia Tenggara
2. EKONOMi
(a) Kegiatan ekonomi peribumi distruktur bagi memberi manfaat kepada negara metropolitan
(b) Kegiatan penanaman dan perlombongan dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di
Eropah. Contoh penanaman getah dan perlombonggan bijih timah di Tanah Melayu.
3. sosial
(a) Sistem pendidikan Barat diperkenalkan
(b) Kemasukan buruh luar untuk tenaga kerja
(c) Perubahan kepada demografi dan komposisi etnik
(d) Masalah hubungan dalam kalangan pelbagai kaum yang dihadapi pemerintah peribumi selepas
merdeka