The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammaddanish.mn, 2021-10-10 10:18:05

TUGASAN GEOGRAFI

TUGASAN GEOGRAFI

TAJUK:KAJIAN KES SISA DOMESTIK DI
KAWASAN PUTRA VILLA CONDOMINIUM,

TAMAN MELATI.

Tingkatan 1

NAMA: Muhammad Danish B. Muhd
Norizan
KELAS: 1 Mutiara
SEK: SMK GOMBAK SETIA
GURU: Cikgu Nurfathilah Che Nor

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan memberikan
saya ilham untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru matapelajaran
geografi saya Cikgu Nurfathilah Che Nor, Ibu saya
Sa’iidah binti Jafar dan rakan-rakan yang telah
banyak membantu saya dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan
yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya disamping dapat
meningkatkan rasa prihatin dan tanggung jawab
dalam diri saya terhadap bumi dan persekitaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Tajuk kajian berkaitan sisa domestik yang di
jalankan di kawasan Putra Villa Condominium,
Taman Melati, Kuala Lumpur adalah berdasarkan
objektif seperti berikut:

1)Menyatakan definisi sisa domestik

2)Menyatakan 2 contoh sisa domestic di Kawasan
Putra Villa Condominium, Taman Melati, Kuala
Lumpur.

3)Menghuraikan punca-punca pembuangan sisa
domestic di kawasan Putra Villa Condominium,
Taman Melati, Kuala Lumpur.

4)Menerangkan kesan-kesan pembuangan sisa
domestic di kawasan Putra Villa Condominium,
Taman Melati, Kuala Lumpur.

5)Mencadangkan Langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestic
di kawasan Putra Villa Condominium, Taman
Melati, Kuala Lumpur.

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal
pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat
secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan
kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang
telah digunakan:

1)Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian
untuk mengenal pasti jenis sisa domestic yang
terdapat di kawasan peruamahan saya.

2)Soal Selidik: Saya juga telah menyediakan 3
borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk
prumahan saya yang menjadi responden terhadap
kajian sisa-sisa domestik ini.

3)Rujukan: selain itu, saya juga membuat rujukan
dari buku teks Geogarfi tingkatan 1 dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai sisa domestik.

KAWASAN KAJIAN

Putra Villa Condominium, Taman Melati,
Kuala Lumpur.

DEFINISI SISA
DOMESTIK

1.Sisa domestik merupakan bahan-bahan
buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan logam
terpakai.

2. Sisa buangan toksik pula seperti minyak
masak atau minyak enjin, lebihan racun
rumpai atau serangga dan hampas organik.

3. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal
dan sisa cecair.

4. Sisa domestik dapat dikelaskan
kepada bahan organik dan bahan bukan
organik.

5. Kebanyakan sisa domestik berpunca
daripada aktiviti harian manusia dan bencana
alam. Selebihnya daripada tindak balas
semula jadi alam sekitar.

SISA-SISA DOMESTIK DI
KAWASAN TEMPAT
TINGGAL

Pembuangan sisa domestik tempat tinggal
saya adalah seperti berikut:

1.Sisa-sisa makanan dan sampah dari setiap
isi rumah akan diletakkan di bilik sampah.
Bilik sampah ini disediakan di setiap aras
kondominium tempat tinggal saya.

2.Kemudian, petugas kebersihan akan
membawa sisa-sisa tersebut ke tempat
pembuangan sampah yang lebih besar di
bawah kondominium.

3.Terdapat juga tong kitar semula di tempat
pembuangan sampah ini. Namun, akibat
sikap penduduk di sini yang tidak begitu
menitik beratkan pengasingan bahan kitar
semula dari rumah, maka sampah yang
terdapat di kawasan ini menjadi kurang
terurus dan menyakitkan mata yang
memandang.

4.Seterusnya, lori sampah akan datang dan
mengambil sampah-sampah di sini untuk di
bawa ke tempat pelupusan sampah.

PUNCA-PUNCA
PEMBUANGAN SISA

DOMESTIK DI
KAWASAN TEMPAT

TINGGAL

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal
selidik daripada 3 orang responden di taman
saya,punca-punca sisa domestik di kawasan
ini adalah seperti berikut:

1)Sikap Penduduk:

-Didapati di kawasan ini terutamanya di
kawasan Block A-2 terdapat banyak
longgokan sampah yang di buang oleh
menduduk di sekitar kawas Block A,
terutamanya sisa-sisa makanan yang tidak di
bungkus dengan baik sehingga
bersepah.Sikap penduduk yang tidak-

bertanggung jawab ini juga membuang
sampah di luar daripada tong sampah.

2)Kegagalan Penyelenggaraan:

-Pihak pengurusan Putra Villa Condominium
juga didapati tidak mengambil berat tentang
pengurusan sampah di kawasan ini. Maka
tidak hairanlah setiap isi rumah di sini tidak
mengambil inisiatif untuk menguruskan
sampah dengan lebih sistematik.

KESAN-KESAN SISA
DOMESTIK DI

KAWASAN TEMPAT
TINGGAL

Antara kesan-kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
Putra Villa Condominium,Taman Melati,adalah:

1.Pencemaran Bau:

-Timbunan sisa domestic di kawasan Block A-2 ini yang
tidak diurus dengan baik, boleh menyebabkan
pencemaran bau dan menimbulakan bau yang tidak
menyenangkan.

2.Wabak penyakit:

-Sisa pembuangan sampah secara langsung di
kawasan ini dapat menjadi tempat penularan wabak
penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus,
lipas dan lalat.Sebagai contoh, penyakit taun, demam
denggi, malaria, zika dan rotavirus.

3.Peningkatan Kos Penyelenggaraan:

-Peningkatan jumlah sisa domesticdi kawasan ini juga

akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang

diuruskan oleh piihak kerajaan, khususnya pihak

berkuasa tempatan (PBT).Kos penyelenggaraan yang

perlu dibiayai oleh PBT juga melibatkan kos

penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih

kemusnahan, perawatan air tercemar dan gaji pekerja

pembersihan

Boleh menyebabkan Serangga yang boleh

pencemaran bau menyebarkan penyakit

Kos penylenggaraan
bertambah

LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI KESAN
SISA DOMESTIK DI
KAWASAN TEMPAT
TINGGAL

Langkah-langkah bagi mengurangkan kesan-
kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
Putra Villa Condominium, Taman Melati
adalah seperti berikut:

1.Beli barangan keperluan dengan berhemah.

-Kita haruslah mengamalkan pembelian barangan
keperluan dengan berhemah kerana membeli
barangan keperluan yang berlebihan juga akan
menyebabkan pencemaran yang terhasil dari
timbunan sisa-sisa domestik yang terlampau
banyak.

2.Mengadakan kempen pengurusan sampah.

-Pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen
pengurusan sampah secara besar-besaran melalui
media sosial,media masa serta papan-papan iklan
bagi memupuk kesedaran dalam masyarakat
serta menguatkuasakan undang-undang dengan
mengenakan denda kepada isi rumah yang gagal
menguruskan sisa domestik mengikut peraturan.

3.Mengamalkan Amalan 3R.

-Semua pihak samada di sekolah, di tempat kerja,
di kawasan awam serta di rumah haruslah
mengamalkan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan
Recycle.Sebagai contoh, kita hendaklah
mempunyai keupayaan untuk mengurangi
timbulan sampah, memanfaatkan Kembali bahan
atau barang,agar tidak menjadi sampah dan
menggunakan kembali bahan yang sudah melalui
proses pengolahan.

4.Memberi sokongan kepada agensi
pengurusan sampah.

-Pihak yang bertanggung jawab hendaklah
membuat inisiatif bagi mendapatkan dana dan
peruntukan supaya pengurusan sampah dapat di
laksanakan dengan lebih teliti dan meluas.Pihak
berkuasa tempatan seperti ketua kampung,ketua
mukim dan ketua kawasan perlulah memberi
maklumat serta tindakan yang lebih tegas
terhadap isi rumah yang gagal mengikut
peraturan.

RUJUKAN.

BUKU ILMIAH:
1.Buku teks Geografi Tingkatan 1
2.Buku Focus visual KSSM Geografi tingkatan
1.2.3.
3.Master Class PT3 tingkatan 1.2.3 KSSM
Geografi.

INTERNET:
1.Wikipedia,https://ms.wikipedia.org/wiki/Sis
a_domestik
2.PDF,https://www.researchgate.net/publicat
ion/319090214_Sisa_Pepejal_dan_Pembersih
an_Awam_Pengurusan_dan_Perundangan

ORANG SUMBER ( Maklumat daripada orang
yang mengisi borang soal selidik):

-Nuru Zahira binti Khairul Anwar,13 tahun,Block
A-7-7,Putra Villa Condominium,Taman
Melati,Kuala Lumpur.

-Adriana Husna binti Sulaiman,19 tahun,Block A-
10-16,Putra Villa Condominium,Taman
Melati,Kuala Lumpur.

-Haji Mohammed Jahfar bin Abdullmutalib,78
tahun,Block A-7-7,Putra Villa
Condominium,Taman Melati,Kuala Lumpur.


Click to View FlipBook Version