The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Integrasi Kaum Dalam Program Pelajar di IPT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirul Ashadi, 2023-05-29 00:28:52

KUMP 8

Integrasi Kaum Dalam Program Pelajar di IPT

INTEGRASI KAUM DALAM PROGRAM PELAJAR DI IPT MPU21032 (DR NORFARAHI) AMIRUL ASHADI BIN RUMAIZAN (09DTP21F2001) KUMPULAN 8


ISI KANDUNGAN 1)ABASTRAK 2)LATAR BELAKANG 4)PENGENALAN -DEFINISI (INTEGRASI) -OBJEKTIF -KEPENTINGAN 10)RUJUKAN 5)PENGHURAIAN 7)PROGRAM DI IPT 3) DEFINISI(PERPADUAN) 9)KESIMPULAN 6)PERANAN IPT 8)ARTIKEL


Kajian ini memaparkan analisis Penyelidikan Tahap Integrasi Kaum di Kalangan Pelajar di Malaysia untuk mengukur tahap integrasi kaum di kalangan pelajar. Hasil kadar menunjukkan tahap integrasi kaum di kalangan pelajar adalah tinggi. Kajian ini merumuskan universiti yang mempunyai pelajar yang sedikit boleh membawa kepada tingginya tahap integrasi ini ABSTRAK


DEFINISI (PERPADUAN) Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.


Matlamat utama kajian ini ialah untuk menganalisis tahap integrasi kaum di kalangan pelajar. Integrasi kaum di kalangan pelajar dirasakan perlu dianalisis kerana pengetahuan mengenainya membolehkan usaha tertentu dilakukan di peringkat universiti berkaitan integrasi kaum ini. Jika benar ada polarisasi kaum, maka universiti perlu melakukan sesuatu untuk mengelak daripada berleluasanya polarisasi LATAR BELAKANG


Integrasi bermaksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah. Integrasi sosial pula membawa maksud proses penyesuaian antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memiliki keserasian fungsi. Integrasi nasional pula menerangkan suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing. DEFINISI (INTEGRASI)


Integrasi kaum ini terjadi dari dulu disebabkan pendidikan berorientasikan kaum. Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, sistem pendidikan di Malaysia terutama di sekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan di dalam konteks ini kerana diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza. Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar telah berlaku.


Pendidikan yang seharusnya menjadi platform terawal ke arah penerapan nilai perpaduan di dalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara tidak langsung, memecahbelahkan kaum-kaum ini semenjak kecil lagi. Bahkan, tidak keterlaluan dikatakan bahawa oleh kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini, fahaman perkauman telah diterapkan di dalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada di bangku sekolah rendah. Justeru, apabila mereka ini berada di institusi pengajian tinggi, mereka akan terbawa-bawa dengan cara pergaulan dari sekolah rendah dan tidak hairan jika mereka berpuakpuak mengikut kaum masing-masing.


Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu mengukur integrasi kaum di kalangan pelajar, serta mengenal pasti hubung kait polarasi etnik dengan cara pembelajaran pelajar OBJEKTIF


Dalam melaksanakan kajian ini beberapa manfaat telah diperolehi iaitu kajian perlu dilaksanakan untuk mengukur integrasi dalam kalangan pelajar berlainan bangsa berdasarkan pola pembelajaran. Kajian juga dapat mengenal pasti arah dan tahap perubahan batas etnik di kalangan pelajar. KEPENTINGAN


Hubungan etnik dan integrasi adalah isu yang penting dalam pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Selain etnik Melayu, terdapat etnik Cina, India, Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan semua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat. PENGHURAIAN


Dalam satu dekad kebelakangan ini, pengenalan kursus-kursus yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza di institusi pengajian tinggi pula cuba menimbulkan perasaan menghargai dan kefahaman yang lebih dalam kalangan mahasiswa kepada budaya dan tamadun yang berbeza yang ada di sekeliling mereka. Ini dilakukan dengan pengenalan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan seterusnya pengenalan konsep Islam Hadari tidak lama dulu di peringkat nasional. Kursus Hubungan Etnik yang diperkenalkan sejak tahun 2006 di pusat pengajian tinggi pula adalah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam pembangunan negara. Ianya bukan hanya memberi pendedahan kepada konsep-konsep hubungan etnik, malah pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti bersama untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi.


Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar sarjana dan doktor falsafah. Selain itu terdapat penyelidik dari universiti-universiti lain yang menjalankan penyelidikan dalam tema yang sama termasuk universiti-universiti baru. Secara umum, kajian-kajian bidang hubungan etnik dan integrasi nasional boleh dianalisis menurut dua kategori iaitu hubungan antara etnik yang merupakan satu komponen penting pembangunan sosial dalam pembinaan negara dan kajian yang bersifat dalaman etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual, budaya atau kelakuan etnik itu secara khusus tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk pembangunan sosial.


PERANAN IPT Institusi Penganjian Tinggi (IPT) merupakan satu cara atau tempat yang amat strategik dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pada peringkat akar umbi. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar yang ada di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta warna kulit yang berbeza. Jadi, perpaduan kaum di kampus wajar diberi perhatian. Berdasarkan laporan Jabatan Perpaduan Negara (2003), polarisasi kaum terutama dalam kalangan generasi muda semakin serius. Bahkan interaksi kaum dalam kalangan golongan mahasiswa kini berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah wujud perpaduan dalam kalangan mereka dari segi luarannya. Lantaran itu, pihak universiti dengan kerjasama mahasiswa wajar memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus. Dasar pendidikan dan program tertentu perlu dirangka untuk menyemai elemen-elemen positif yang berkaitan dengan keharmonian dan perpaduan pada peringkat IPT ini.


Pihak IPT juga perlu mengalakan penyertaan kelab perpaduan ataupun kelab rukun negara. Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau kelab rukun negara di ipt merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru,unit hal ehwal pelajar dan majlis perwakilan pelajar (mpp) sewajar mengalakkan mahasiswa mengganggotai kelab perpaduan atau kelab rukun negara serta secretariat rukun negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak universitI juga perlulah memberi sokongan terhadap aktivitiyang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat.


PROGRAM DI IPT Aktiviti Pesta Tanglung Program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Melibatkan mahasiswa Cina dan India malahan desertai mahasiswa Melayu juga. Diskriminasi kaum tidak wujud dalam kalangan mahasiswa meskipun berbeza budaya dan agama.


Kepimpinan Pelajar- Majlis Perwakilan Pelajar Tidak didominasi oleh satu kaum sahaja Turut dianggotai kaum lain Kesamarataan hak deberi bagi memberi peluang mahasiswa berbilang kaum membina jati diri kepimpinan di samping memahami keperluan bangsa-bangsa lain. Isu ketidak adilan kuasa tidak timbul. Kursus-kursus di IPT Menitik beratkan aspek pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberi keumtamaan. Contoh subjek : Kenegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Asia. Menguatkan peribadi serta moral para pelajar. Hasilnya, menyatu padukan generasi muda.


Aktiviti Kokurikulum Ruang untuk memahami bagaimana kehidupan masyarakat Malaysia. Merapatkan hubungan dengan masyarakat luar kampus. Contoh: Program keluarga angkat, sukan, pameran, PLKN Memberi peluang kepada mahasiswa untuk bekerjasama dalam melaksanakan suatu tugasan. Peranan Kelabkelab di IPT Menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Contoh: Kelab Perpaduan, Kelab Rukun Negara. Mekanisme yang mendekatkan pelajar berbilang kaum. Bermula dengan satu keterpaksaan dan berakhir dengan kesepaduan kaum.


Pensyarah bertanggungjawab dedahkan kepada pelajar nilai-nilai bagi memupuk keharmonia kaum. Sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonia dalam negara. Beri peluang kepada mahasiswa untuk berbincang sesama pensyarah tentang isu-isu sensitif seperti perkauman secara ikhlas dan jujur. Agen integrasi dan perpaduan dalam menggalakkan interaksi antara pelajar dalam kerja kumpulan yang melibatkan berbilang kaum. Peranan Golongan Akademik


ARTIKEL


Dapat disimpulkan bahawa aspekaspek seperti pembelajaran, pergaulan, perayaan dan sebagainya yang diamalkan oleh pelajar mampu membawa kepada integrasi di antara kaum dalam kalangan pelajar-pelajar. Aspek-aspek ini bukan tertumpu kepada pelajar-pelajar sahaja tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Ini kerana dengan aspekaspek ini seluruh rakyat Malaysia mampu membentuk integrasi di antara kaum dan sekaligus dapat merialisasikan gagasan 1 Malaysia yang diseru oleh kerajaan Malaysia. KESIMPULAN


Pelajar universiti amnya dan pelajarpelajar khasnya merupakan bakat pemimpin negara pada masa akan datang. Dengan adanya integrasi kaum di Malaysia, pelajar-pelajar mampu membangunkan dan memajukan negara bersama-sama dengan seluruh etnik di Malaysia pada masa hadapan kelak. Hal ini bermaksud, dengan adanya integrasi kaum dalam kalangan pelajar di universiti, pelajar akan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja walaupun berlainan etnik jika mereka sudah melangkah ke alam pekerjaan kelak.


RUJUKAN http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/KIPPSBab9.pdf http://www.scribd.com/doc/11460850/Perpaduan-DanIntegrasi-Nasional-by-Suhaila-Sonia http://id.wikipedia.org/wiki/Integrasi_sosial http://zahirzainudin.blogspot.com/2014/05/integrasietnik-di-ipta.html https://societyresponsibility.weebly.com/program-diipt.html


Click to View FlipBook Version