Bendahari
a) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
b) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
c) Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
e) Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Bendahari
a) Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Ahli Jawatankuasa
a) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
b) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Pemeriksa Kira-kira
a) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
b) dan bertanggungjawab ke atasnya.
c) Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM
(Persatuan/Kelab, Sukan Permainan, Badan Beruniform)
FAIL INDUK
1. Surat Permohonan Penubuhan Unit Kelab/Persatuan. Sertakan:
1.1. Draf perlembagaan 1.3 Senarai Jawatankuasa
1.2. Draf Aktiviti Asas
2. Surat Kelulusan Penubuhan daripada Guru Besar.
3. Surat Pelantikan Guru Pemimpin/Penasihat berserta pernyataan kelulusan penubuhan.
4. Minit Mesyuarat Agong penubuhan.
5. Perlembagaan yang disahkan oleh Guru Besar.
6. Senarai Jawatankuasa yang disahkan oleh Guru Besar
7. Jadual Aktiviti Tahunan yang disahkan oleh Guru Besar.
8. Senarai Keahlian yang disahkan oleh Guru Besar.
9. Surat Permohonan Mengutip Yuran
10. Surat Kelulusan mengutip Yuran daripada Guru Besar.
11. Akaun Kewangan/Belanjawan yang disahkan.
12. Surat gabungan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Guru Besar.
13. Surat Kelulusan menjadi ahli gabungan daripada badan induk.
14. Minit-minit Mesyuarat yang diadakan
15. Surat-surat pekeliling yang berkaitan.
16. Dokumen Pencapaian Cemerlang ahli.
17. Stok dan Inventori.