ISNIN, 31 JULAI 2023 • DATARAN BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN Sambutan NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan)., D.K. (Selangor)., D.K.N.S., D.K. (Perlis)., D.K. (Kedah)., D.K. 1 (Johor)., D.K. (Pahang)., PhD (Harvard). SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.
DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN RAJA ISKANDAR DZURKARNAIN IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A’FIFULLAH SHAH D.K., D.K.II (Johor)., D.K.A.II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.
6 SEKAPUR SIRIH YAB DATO' SERI SAARANI BIN MOHAMAD MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN
7 Alhamdulillah, Patik bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita berkumpul pada hari yang penuh bersejarah ini bagi meneruskan tradisi sempena Perhimpunan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023. Perhimpunan ini tidak lain dan tidak bukan dilaksanakan bagi memperingati, menghargai serta sebagai satu tanda terima kasih di atas segala pengorbanan pejuang-pejuang negara yang telah bermandi darah dan keringat demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta ini. Patik mewakili seluruh warga Pasukan Keselamatan khasnya Briged Kedua Infantri Malaysia merasa amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan dan penghormatan oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai menjadi tuan rumah bagi menjayakan sambutan Hari Pahlawan Yang Ke-63 pada tahun ini. Patik serta seluruh warga Pasukan Keselamatan turut menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan di atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini. Disebalik pelaksanaan majlis Sambutan Hari Pahlawan ini, hasrat serta pengharapan tidak pernah pudar agar masyarakat tidak sesekali melupakan perjuangan serta pengorbanan Pasukan Keselamatan yang rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah watan ini. Perjuangan Wira-wira Negara ini tidak harus dilupakan terutamanya oleh golongan belia yang dengan aman telah menikmati kemanisan kemerdekaan tanpa melalui pahit getir perjuangan mempertahankan negara. Dengan sambutan seumpama ini, adalah menjadi satu pengharapan agar masyarakat kembali mengenang kisah-kisah pahlawan yang telah mengadaikan nyawa tanpa mengharapkan apaapa balasan. Akhir kalam, izinkan Patik mewakili seluruh warga Pasukan Keselamatan melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong khasnya dan Institusi Raja-Raja Melayu amnya sebagai pemerintah tertinggi Negara dan juga Negeri-Negeri. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Kerajaan Negeri Perak di atas kepercayaan dan sokongan dalam pelaksanaan penganjuran Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023. Patik turut menghargai segala apa bentuk bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatanjabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang terlibat. Marilah bersamasama kita berdoa agar sentiasa dipelihara serta berada di bawah lembayung keberkatan dan kerahmatan Allah Subhanahu Wataala, Insya-Allah. BRIG JEN ASRI BIN SHUKOR SEKAPUR SIRIH PANGLIMA BRIGED KEDUA INFANTRI MALAYSIA
Hari Pahlawan adalah hari yang mengingatkan kita kepada segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pahlawan-pahlawan negara, khususnya mereka yang telah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan, di dalam memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya, Hari Pahlawan hendaklah diraikan dengan penuh pengertian oleh seluruh rakyat negara ini sebagai menyuntik semangat patriotisme bangsa. Pengorbanan para pahlawan kita telah merupakan sebahagian dari sejarah negara. Negara kita mungkin tidak banyak melalui sejarah peperangan sepertimana negara-negara lain. Namun, negara kita mempunyai banyak sejarah pengorbanan yang dilalui oleh pejuang-pejuang bangsa. Di dalam era kemerdekaan kini, peringatan Hari Pahlawan hendaklah juga merangkumi peringatan kepada pejuang-pejuang negara yang telah menentang penjajah bagi menghasilkan kemerdekaan kepada bumi tercinta ini. Hari Pahlawan bukanlah hari untuk kita menanam atau memperbaharui semangat dendam terhadap musuh-musuh lama negara. Hari Pahlawan adalah hari merayakan kedamaian dan hari peringatan kesyukuran bagi seluruh rakyat kita. Pahlawan Negara bukan hanya mereka yang mendapat pingat keberanian semata-mata. Biarpun, Leftenan Adnan, Kanang Anak Langkau dan Kapten Chandran adalah di antara nama-nama yang sering dikenang sebagai pahlawan dengan pingat keberanian, kita juga tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan “The Unsung Heroes” dan perwira yang tidak dikenali. Setiap peperangan ada permulaan dan pengakhirannya. Namun, jasa-jasa pahlawan akan terus kekal dipersada negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenang kembali jasa dan bakti mereka pada Hari Pahlawan dengan menghulurkan bantuan kepada pahlawanpahlawan kita dan keluarga mereka. Bersamalah kita membantu mereka. Pahlawan, Jasamu Sentiasa Dikenang
9 DETASEMAN BRASS BAND KD PELANDOK YB SUK PERAK YTM RAJA KECIL TENGAH DYAM RAJA DIHILIR PERAK DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DYTM RAJA MUDA PERAK YAB MENTERI BESAR PERAK ORANG KAYA BENDAHARA PANGLIMA ARMADA BARAT PENGERUSI PVATM PERAK KOMANDER APMM KOMANDAN PLPGU KOMANDER BRIGED UTARA PGA PANGLIMA 2 BRIGED KOMANDER 69 KOMANDO PGK KOMANDAN AKADEMI TENTERA UDARA PENGERUSI PBPM XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX KAWALAN KEHORMATAN UTAMA X X KETUA POLIS PERAK DETASMEN 4 TLDM DETASMEN 3 TDM DETASMEN 2 VETERAN PDRM DETASMEN 1 VETERAN ATM DETASMEN 8 PDRM (PGK) DETASMEN 7 PDRM (PGA) DETASMEN 6 PDRM (TUGAS AM) DETASMEN 5 TUDM
10 SUSUNAN ACARA MAJLIS PERHIMPUNAN 8.15 pagi ✫ Kontinjen perbarisan mengambil tempat di dataran SUK 8.30 pagi ✫ Ketibaan dif-dif jemputan 8.35 pagi ✫ Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat 8.40 pagi ✫ Ketibaan YBhg. Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia mewakili panglima 4 divisyen ✫ Ketibaan YDH Ketua Polis Perak ✫ Ketibaan YBhg. Panglima Armada Barat 8.45 pagi ✫ Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan 8.50 pagi ✫ Keberangkatan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan 8.55 pagi ✫ Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan 9.00 pagi ✫ Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ✫ Hormat Diraja ✫ Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan ✫ Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ✫ Hormat Diraja ✫ Kawalan Kehormatan Utama keluar medan ✫ Tiupan “Last Post” dan Bendera Malaysia diturunkan ✫ Bacaan doa khas ✫ Deklamasi sajak dengan diiringgi lagu “Pahlawanku” ✫ Tiupan “Rouse” dan Bendera Malaysia dinaikkan ✫ Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat ✫ Hormat Diraja ✫ Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan ✫ Kawalan Kehormatan Utama keluar medan ✫ Sesi bergambar ✫ Majlis santapan di Dewan Bankuet SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023
11 10.30 pagi ✫ Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan ✫ Bacaan doa ✫ Majlis santapan / jamuan ringan bermula ✫ Segmen hiburan / persembahan ✫ DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis ✫ DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis ✫ DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majis ✫ YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis ✫ Majlis bersurai SUSUNAN ACARA MAJLIS SANTAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023
12 AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SANTAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023 PENAUNG ✫ YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak PENGERUSI ✫ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ✫ Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia URUSETIA ✫ Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK ✫ Markas 2 Briged KEWANGAN ✫ Pejabat Kewangan Negeri Perak ✫ Unit Perolehan, SUK ✫ Markas 2 Briged - Sel Belanjawan KAWALAN KEHORMATAN UTAMA ✫ Markas RAJD 2 Div DETASEMAN ✫ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ✫ Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ✫ Persatuan Veteran ATM Perak (PVATM) ✫ Pesara PDRM Perak AUDIO VISUAL, RAKAMAN VIDEO, SIARAYA DAN PA SISTEM ✫ Jabatan Penerangan Negeri Perak ✫ Unit Bangunan, SUK ✫ Skuadron Semboyan Briged Kedua Infantri JURUGAMBAR ✫ Bahagian Korporat, SUK ✫ Markas 2 Briged - Cawangan Risik KESELAMATAN, LALU LINTAS DAN PARKIR ✫ 2 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja ✫ Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Perak ✫ IPD Ipoh BACKDROP, BUKU PROGRAM DAN BANNER ✫ Markas 2 Briged - Sel P4 ✫ Markas 2 Briged - Cawangan Risik ✫ Unit Protokol dan Istiadat, SUK ✫ Jabatan Kerja Raya JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL ✫ Unit Protokol dan Istiadat, SUK ✫ Markas 2 Briged PEMECAH BENDERA, PEMBUKA PINTU KENDERAAN DAN PENAIK BENDERA ✫ Markas 2 Briged ✫ Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM ✫ Jabatan Kerja Raya
13 AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SANTAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023 BACAAN DOA ✫ Markas 2 Briged BUGLER ✫ Markas 2 Briged SAJIAN PETUGAS ✫ Unit Perolehan, SUK ✫ 2 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja JURU ACARA ✫ ATM ✫ PDRM PERSIAPAN DAN PERHIASAN TEMPAT, PENTAS, LALUAN DIRAJA DAN VVIP ✫ Unit Bangunan, SUK ✫ Unit Perolehan, SUK ✫ Jabatan Kerja Raya ✫ Majlis Bandaraya Ipoh PERUBATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS ✫ Jabatan Kesihatan Negeri Perak ✫ APMM Negeri Perak ✫ Markas 2 Briged – Sel Kesihatan PENGINAPAN ✫ Unit Perolehan, SUK ✫ MK 2 Briged DEKLAMASI SAJAK ✫ ATM PERSEMBAHAN ✫ Kombo Rejimen Askar Melayu Diraja ✫ Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja ✫ Selendang Perak JEMPUTAN MEDIA DAN HEBAHAN ✫ Jabatan Penerangan Negeri Perak HOLDING ROOM ✫ Unit Bangunan, SUK ✫ Unit Protokol dan Istiadat, SUK ✫ Jabatan Kerja Raya GENSET ✫ Tenaga Nasional Berhad
14 PAHLAWAN Merengkok nadi dan sendulah hati Kerana semalam kisah sayu memamah diri Dalam kehitaman sejarah bumi ini Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi Dengan peluru dan darah Dengan keringat yang tumpah. Pahlawan Matimu mati melingkar sejarah Matimu hanya mati pada jasad Dan matimu hanya mati dari jagat. Pahlawan Ketahuilah kamu Bahawa kematianmu Cuma dikenang dalam doa dan restu Cuma diukir nama pada sebuah tugu Dan cuma semusim sekali dibawa berlagu Pahlawan Biarkan tugu menjadi keramat dan jihad Dan biarkan ia dikenang dengan tekad Bahawa kami penyambung wasiat Bisa ada warisan dalam darah Dalam sejarah. Pahlawan Kami anak-anak menggugat zaman Bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah Tapi Akan mengukir sejarah sepertimu jua Demi ibu, tanah bertuah kurela rebah Demi ibu, tanah bertuah ku rela menitis darah Pahlawan Hari ini harimu dalam kenangan Kerana jasa dan bakti yang terbilang Kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang Pahlawan Semadilah dikau Dengan bunga-bunga di kalungan Lambang kenangan Dan Itulah kurnia Yang Maha Agung kami sembahkan Kerana bintang-bintang kebesaran Sudah tiada bererti padamu Pahlawan Semadi dan semadilah Hingga harimu kemari lagi….. (Ciptaan: Mejar (B) Mohamed B. Awang) 14
15 Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah memerintah watan Ditaati rakyat kiri dan kanan Iman yang soleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK
PENAUNG DAN JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2023 Di Atas Limpah Perkenan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN Sudi bercemar Duli berangkat ke 16
17 PENGHARGAAN KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM MENJAYAKAN
Pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi : “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera”. TUJUH PERKARA ITU ADALAH : PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU) sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA. KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan. KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU. KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu. Fasal-fasal tersebut adalah Perkara 3 (1), (2), (3), dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuatkuasa. 18
19 CATATAN
20 CATATAN
Direkabentuk dan dicetak oleh PERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN. BHD., IPOH Sambutan NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2023