The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azyan_d, 2023-10-22 05:23:18

RAJA BERPERLEMBAGAAN

Pend Sivik 4upm

Yang Berusaha En Richard Samie Kiou, Pengetua SMK Pitas, Yang Dihormati Pn Raja Syariffah binti Raja Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pitas, Pn Kamariah Jamil, Penolong Kanan Hal Ehwal murid, En Rosmin Oyoh, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Norshazwani Adha Ya, Penolong Kanan Tingkatan 6, En Jered Yutui, Penolong Kanan PPKI, Pn Chin Fui Lan, Penolong Kanan Petang, Barisan Ketua Bidang, Barisan guru-guru, AKP serta semua rakan-rakan pelajar yang saya kasihi sekalian. Saya Natalia Elisha Nuarji, wakil dari kelas 4UPM akan menyampaikan slot Kesedaran Pendidikan Sivik dan Amalan Nilai Murni yang bertajuk Daulat Tuanku. Tajuk ini menekankan nilai kasih sayang. Hadirin sekalian, Negara kita Malaysia merupakan negara yang melaksanakan Sistem Raja Berperlembagaan. Maksud Raja Berperlembagaan ialah kerajaan yang ditubuhkan di bawah system berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai Ketua Negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Yang Dipertuan Agong dan majlis raja-raja merupakan institusi dalam system Raja Berperlembagaan. Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara dipilih secara bergilir-gilir daripada 9 raja negeri-negeri yang ada iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor & Perak. Setiap Yang Dipertuan Agong akan menyandang jawatan selama 5 tahun. Antara fungsi tugas Yang Dipertuan Agong adalah sebagai badan eksekutif yang boleh bertindak mengikut budi bicara baginda seperti


melantik seorang Perdana Menteri. Antara lain fungsi tugas Yang Dipertuan Agong adalah sebagai badan perundangan, badan kehakiman, Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata, Berkuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi mana-mana kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera, mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Rakan-rakan sekalian, Sebagai seorang rakyat yang memegang prinsip Rukun Negara, Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan prinsip rukun negara yang bukan sahaja menjadi lafaz ikrar tetapi perlu dihayati dengan sepenuh hati. Cara untuk kita menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang kepada raja adalah dengan: 1)menghormati dan menyanjung tinggi pemerintah negara kita. 2)Mematuhi segala undang-undang negara 3)Tidak memperlekehkan atau merendah-rendahkan institusi beraja 4)Menjauhi sikap suka menghina kepada mana-mana raja yang memerintah 5)Menunjukkan taat setia kepada raja. Semoga perkongsian ini dapat menambah nilai taat setia dan kasih sayang kita kepada Raja kita. Sekian dari saya. Terima kasih.


Click to View FlipBook Version