The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lincrd95, 2019-12-29 00:32:10

Ketetapan dasar Sekolah SMKSB

Ketetapan dasar Sekolah SMKSB

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG BEKOH
77100 ASAHAN MELAKA

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH

PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan.
Pengurusan kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi
akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah
mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.

Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan
dalam KSSM yang telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 2017 menggantikan
KBSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah
mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah
Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan
untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta
membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian
murid.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM,
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit
Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan
tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, PdPc (PdP) guru perlu memberi penekanan
kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran
yang diperlukan dalam abad ke-21.

OBJEKTIF

1 Dasar Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga
sekolah.

2 Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3 PdPc mencapai sekurangnya standard 4 dalam SKPMg2 dengan meningkatkan

amalan PAK 21 melalui aktiviti PBL dan pendekatan STEM memaksimumkan
kemenjadian murid.
4. Membudayakan PLC dalam kalangan pentadbir dan guru-guru.

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar
1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan .
1.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa adalah selari dengan arus perdana sistem dan
dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025 .
1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa melalui perjumpaan-perjumpaan rasmi dan Grup Rasmi SMKBG.
1.5 Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Hal ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada
program akademik .

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penyataan Dasar

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat
kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan
isu kurikulum di sekolah .

2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
2.3 Penyelaras Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata pelajaran dan

Setiausaha dilantik dalam kalangan guru paling kanan.
2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di
dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan
kepada Setiausaha Jawatankuasa .
2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran
serta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
4 / 1986 .

3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti SPK ISO MS 9001/2000 .

3.3 Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, Motivasi dan
bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu
semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk
saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

3.4 ‘Trend’ panitia perlu disediakan untuk dijadikan petunjuk ke arah peningkatan akademik.
3.5 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada ‘Trend’ dalam

pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
3.6 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi pengajaran

yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.
3.7 Pengurusan panitia secara on line atau web based / Google School / 1Bestari net amatlah
digalakkan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemas kini supaya guru dan
murid boleh sentiasa merujuk .
3.8 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum, Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua
melalui Setiausaha Kurikulum.

3.9 Tanggungjawab Ketua Panitia
3.9.1 Ketua Panitia dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan / Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) matapelajaran masing-masing
bagi setiap tingkatan sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan
kepada semua guru panitia masing-masing pada hari pertama sesi persekolahan
baru.
3.9.2 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat
kali mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan menyerahkan minit
mesyuarat panitia kepada Pengetua dan PK Pentabiran.
3.9.3 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru
Panitia masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan
baru bermula.
3.9.4 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengumpul jadual waktu persendirian
guru-guru panitia masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi
persekolahan baru bermula. Satu salinan jadual waktu persendirian guru-guru
panitia mesti diserahkan kepada Guru Kanan Matapelajaran masing-masing.
3.9.5 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal
soalan untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada

mesyuarat panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-
soalan penilaian dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha
Peperiksaan dan GKMP masing-masing selewat-lewatnya seminggu selepas
mesyuarat panitia kali pertama diadakan.
3.9.6 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti
persatuan akademik atau program koakademik. Cadangan aktiviti persatuan
akademik mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali pertama. Pengetua
boleh mengarahkan guru-guru panitia dari semasa ke semasa untuk membantu
dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.
3.9.7 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan
Prestasi Mata pelajaran pada mesyuarat panitia kali pertama dan menggunakan 5P
(Perancangan – Strategik/Tindakan/Operasi, Pelaksanaan (ikut Takwim),
Pemantauan, Penilaian dan Pelaporan dalam pelaksanaan Program Peningkatan
Prestasi Matapelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program
Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah dan Mesyuarat Panitia
Matapelajaran.
3.9.8 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Sasaran Kerja Bertulis
Tahunan (iaitu, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah dan jenis
latihan) bersama guru-guru panitia pada mesyuarat panitia kali pertama.
3.9.9 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini stok bahan bantu
mengajar selewat- lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Satu senarai bahan
bantu mengajar mesti diedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada
mesyuarat panitia kali pertama. Lampiran Bahan Bantu Mengajar mestilah
dimasukkan dalam Dokumen Perancangan Panitia.
3.9.10 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu
sesi kursus dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing sekurang-kurangnya
sekali setahun. Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak
luar seperti JPNT dan KPM,guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam
pengendalian kursus dalaman panitia.
3.9.11 Setiap Panatia mempunyai Bank Soalan.
3.9.12 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang
dijalankan oleh guru panitia matapelajaran dan memastikan satu Inovasi dibuat,
sekurang-kurangnya satu inovasi untuk setahun.
3.9.13 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab menyediakan post-mortem
matapelajaran untuk setiap peperiksaan dan membentangkan pada mesyuarat
post-mortem dalam JKS.
3.9.14 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab melantik guru panitia yang
bersesuaian untuk menjadi Setiausaha Mesyuarat Post Mortem Keputusan
Peperiksaan apabila tiba giliran panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat minit
mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip mesti diserahkan kepada Pengetua

melalui PK Pentadburan/SU Kurikulum dalam tempoh satu minggu selepas hari
mesyuarat.
3.9.15 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan
Panitia dalam mesyuarat panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat
Pengurusan Kewangan pertama tahun berikutnya. Satu salinan Anggaran
Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran dan GKMP sebelum sesi persekolahan baru bermula.
3.9.16 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki sentiasa mengemaskini semua fail
panitia masing-masing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan
Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia sekkolah.
3.9.17 Setiausaha Panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit
atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan
diselia oleh ketua-ketua panitia.

3.10 Dasar Guru Akademik/Matapelajaran
3.10.1 Kaedah ‘QR Code’ akan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan
keperihatinan guru mematuhi Jadual Waktu PdPc.
3.10.2 Guru perlu mematuhi dasar MBMMBI dan Melindungi Masa Instruktional (MMI)
3.10.3 Semua guru matapelajaran mesti menyedia dan melengkapkan Rancangan
PdPc Harian dan fail PdPc selewat- lewatnya tiga minggu selepas sesi
persekolahan baru bermula.
3.10.4 Fail Persediaan PdPc hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat atau hari
akhir persekolahan minggu tersebut.
3.10.5 Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sebanyak
sekurangnya dua kali setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua
Guru Kanan Matapelajaran dan Ketua Panitia.
3.10.6 Guru perlu menyediakan bahan PdPc atau latihan semasa guru menghadiri
kursus/mesyuarat/cuti.
3.10.7 Penyemakan buku latihan murid akan dikendalikan sebanyak dua kali
setahun Oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru-Guru
Kanan Matapelajaran.
3.10.8 Semua guru matapelajaran wajib menghabiskan sukatan pelajaran
untuk setiap kelas yang diajar dalam tempoh tahun semasa. Jika perlu,
kelas tambahan mesti dikendalikan oleh guru mata pelajaran. Bagi kelas
peperiksaan, sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan pada pada akhir Julai.
3.10.9 Guru-guru yang menggubal soalan ujian atau peperiksaan perlu menggunakan
kemahiran ICT dan tidak dibenarkan menggunakan kaedah potong dan
tampal bahan yang difotostat daripada buku.
3.10.10 Soalan peperiksaan atau Ujian Pentaksiran yang disediakan perlu mematuhi
piawaian dan format terkini. Perlu mendapat tandatangan Ketua Panitia untuk
tujuan semakan dan tanda tangan GKMP untuk tujuan pengesahan

3.10.11 Untuk guru matapelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan
rasmi atau peribadi, Bahan Kelas Tanpa Guru mesti disediakan dan diserahkan
kepada Guru Kanan Mata pelajaran yang mengurus jadual guru ganti pada hari
berkenaan supaya waktu belajar murid-murid dioptimumkan untuk
kecemerlangan akademik sekolah.

3.10.12 Bagi guru yang tidak dapat hadir kerana kecemasan, bahan modul relief boleh
digunakan. Guru Ganti perlu mendapatkan modul Relief mata pelajaran
berkenaan di ruang Bilik GKMP/Bilik Dokumentasi.

3.10.13 Semua guru matapelajaran Sains wajib mengendalikan kelas amali di makmal Sains
mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.

3.10.14 Semua guru mata pelajaran mestilah membekalkan kerja rumah kepada murid.
Guru matapelajaran juga dikehendaki menanda buku latihan murid secara
berkala mengikut kekerapan yang telah ditetapkan.

3.10.15 Semua latihan berbentuk esei, struktur , objektif dan lain-lain – Dikumpul dan
ditanda setiap latihan sebaik sahaja disiapkan oleh murid

3.10.16 Setelah selesai menanda buku latihan murid, guru matapelajaran mesti
menurunkan tandatangan, mencatat tarikh semakan dan memberi peneguhan
seperti markah, gred atau ulasan setelah buku latihan murid habis ditanda

3.10.17 Buku latihan atau nota murid dan dihantar untuk pemeriksaan GKMP mengikut
jadual

3.10.18 Guru hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan sentiasa memberi motivasi
dan bimbingan kepada murid

3.10.19 Semua guru mata pelajaran mesti memastikan semua murid menyediakan
indeks di muka surat depan setiap buku latihan yang digunakan oleh murid.

Format indeks adalah seperti berikut: Tandatangan Guru Catatan
Bil Tarikh Perkara

Dicadangkan GKMP cetak utk semua murid dan ditampal pada buku

4 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.1 SP , HSP dan RPH serta DSKP (KSSM) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah
sentiasa dirujuk apabila merancang proses PdPc.

4.2 Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP/DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga
proses PdPc di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan
awam bagi mata pelajaran yang diajar.

4.3 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan

bersama di dalam Fail Rekod PdPc dan disusun di dalam fail khas supaya senang dirujuk
.

4.4 Penulisan Rancangan PdPc Harian (RPH) di dalam Fail Rekod PdPc hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan .

4.5 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan PdPc berdasarkan RPH di dalam Fail

Rekod PdPc sebelum masuk kelas . Oleh itu Fail Rekod Mengajar mestilah lengkap dan
dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .

4.6 Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi
membolehkan sukatan dilengkapkan segera dan isi kandungan boleh disusun semula
oleh guru berkaitan.

4.7 Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
4.7.1 Tingkatan Tiga – sukatan dilengkapkan pada bulan Julai.
4.7.2 Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada bulan Julai.
4.7.3 TingkatanSatu, Dua, Empat–sukatan dilengkapkan pada bulan Oktober.

5. PAKEJ MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

5.1 Bagi mata pelajaran Menengah Rendah seseorang murid akan mengambil semua mata
pelajaran kecuali bukan Melayu akan mengambil Pendidikan Moral dan yang beragama
Islam wajib mengambil Pendidikan Islam secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan
Pentaksiran Pusat.

5.2 Sekolah menawarkan pakej seperti berikut ;

Bil Tingkatan Nama Kelas Subjek Bil. Murid
1 PERLIHAN
2 SATU Teras Elektif Wajib Tambahan

4 DUA ADIL BM/BI/ABM - PJ & PK BC/BT
5 DUA
ADIL BM/BI/SEJ/ - PJ&PK BC KOM/
AMAL MATE/SC/ /RBT/ BT KOM
AMAN PI/PM PS/GEO
AMANAH

ADIL BM/BI/SEJ/ - PJ&PK/ BC KOM/ 25
MATE/SC/
PI/PM ASK/ BT KOM
PS/

GEO

AMAL BM/BI/SEJ/ - PJ&PK BC KOM/ 21
AMAN MATE/SC/
AMANAH PI/PM /RBT/PS BT KOM 21
ARIF /GEO

20

20

6 TIGA ADIL BM/BI/SEJ/ - PJ&PK/ BC KOM/ 23
AMAL MATE/SC/
PI/PM ASK/ BT KOM 22
PS/

GEO

Bil Tingkatan Nama Kelas Subjek
1 EMPAT
Teras Elektif Wajib Tambahan
ADIL BM/BI/SEJ/ PJ&PK
BIO / FIZIK
MATE/ /KIMA@PA/
PI/PM MATE TAM/
BC/BT

2 EMPAT AMAL BM/BI/SEJ/ EKO/PNG/PSV PJ&PK
3 EMPAT AZAM MATE/SC/ /BC/BT
4 EMPAT AMAN PI/PM
5 EMPAT AMANAH BM/BI/SEJ/ PNG/ PSV/ PJ&PK
MATE/SC/ BC/BT
6 EMPAT ARIF PI/PM
BM/BI/SEJ/ PNG/PSV PJ&PK
MATE/SC/ BC/BT
PI/PM
BM/BI/SEJ/ GRAFIK PJ&PK
MATE/SC/ KOMPUTER/
PI/PM BC/BT

BM/BI/SEJ/ LANDSKAP PJ&PK
MATE/SC/ DAN
PI/PM NURSERY/
BC/BT

Bil Tingkatan Nama Kelas Subjek Bil. Murid
1 LIMA
Teras Elektif Wajib Tambahan

ADIL BM/BI/SEJ/ BIO @PA/ PJ&PK BC KOM/
MATE/ FIZIK/KIMA/ BT KOM
PI/PM/SIVIK MATE TAM

2 LIMA AMAL BM/BI/SEJ/ EKO/PGN PJ&PK BC KOM/
3 LIMA AZAM MATE/SC/ /PSV BT KOM
4 LIMA AMAN PI/PM/SIVIK
5 LIMA AMANAH PGN/PSV PJ&PK BC KOM/
6 LIMA ARIF BM/BI/SEJ/ BT KOM
MATE/SC/ PGN/PSV PJ&PK
PI/PM/SIVIK BC KOM/
GRAFIK PJ&PK BT KOM
BM/BI/SEJ/
MATE/SC/ KOMPUTER BC KOM/
PI/PM/SIVIK BT KOM
LANDSKAP PJ&PK
BM/BI/SEJ/ DAN NURSERY BC KOM/
MATE/SC/ BT KOM
PI/PM/SIVIK

BM/BI/SEJ/
MATE/SC/
PI/PM/SIVIK

6 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

Penyataan Dasar

6.1 PdPc berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru berlandaskan Pembelajaran Abad Ke
21 (PAK 21) untuk mengoptimumkan kemenjadian murid.

6.2 Menyediakan kemudahan PdPc yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).

6.3 Mengaplikasi 4C (Komunikasi, Kolaboratif, Kritis dan kreativiti dan Nilai murni) dalam
PdPc.

6.4 Menekankan penggunaan ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT.
Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong PdPc di
dalam bilik darjah.

6.5 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google School/VLEFrog
digalakkan.

6.6 Memperluas program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris.

6.7 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh
murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak
membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik
selanjutnya.

6.8 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir
kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Tinggi (KBAT) semasa proses
PdPc

6.9 PdPc berpusat kepada murid dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah,
strategi dan teknik mesti dimalkan bagi meningkatkan prestasi pencapaian murid. Hal ini
adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang
berkualiti .

6.10 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan
‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama
antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat
dipindahkan kepada murid.

6.11 Selected Study Skills’ perlu dikenal pasti dan murid digalakkan untuk menggunakannya
bagi memudahkan proses pembelajaran.

6.12 Penggunaan Geometer’s Sketchpad (GSP) digalakkan dan diwajibkan untuk tajuk-tajuk
terpilih di dalam PdPc Matematik dan Matematik Tambahan bagi memudahkan
pembelajaran Matematik dalam kalangan murid

6.13 Keberkesanan proses PdPc mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran , murid dan barisan
pentadbir di akhir sesuatu sesi PdPc berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran
, penglibatan dan daya tumpuan murid di dalam kelas .

6.14 Proses PdPc yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill , language skill, ICT
skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan
keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan

6.15 Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa
memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah
ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai
sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan kaedah Trend
mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .

6.16 PdPc menggunakan stesen-stesen di luar bilik darjah digalakkan dan akan
dikembangkan secara berterusan terutama Tingkatan 1, 2 dan 3 menggunakan PBD dan
PBS agar PdPc lebih menarik dan berkesan.

6.18 Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara
belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .

6.18 Guru juga mestilah mendedahkan murid - murid dengan soalan mencapah
ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.

6.19 Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras
dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses PdPc dioptimumkan .

6.20 Penggunaan Buku Rekod PdPc (BRM) dimansuhkan. Semua guru perlu menggunakan
Fail Rekod PdPc (FRM).

7 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN

Penyataan Dasar

7.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada murid .

7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU
TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.

7.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdPc sains selaras dengan SPI Bil 7/1989
bertarikh 31 Mei 1989 . Penggunaan buku ini dapat meningkatkan kemahiran saintifik
dan komunikasi dalam bentuk penulisan.

7.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc dalam bilik darjah. Guru mata
pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru
mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.

7.5 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu kesalahan dan perlu dirujuk kepada
Guru Disiplin untuk tindakan disiplin. Panitia juga mestilah menangani perkara ini secara
berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga
cara yang telah dibincangkan dalam panitia .

8. LATIHAN MINIMUM

Penyataan Dasar

8.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.

8.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.

8.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

9. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Penyataan Dasar

9.1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
9.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang

ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996
9.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran

berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif
9.4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur

dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat
sekolah Bil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan
bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk
semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan , rekod markah , syarat lulus ,
jadual spesifikasi ujian, ’content skill’ dan post mortem peperiksaan .

9.5 Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua
data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’Take Off Value’ dan
meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir
Tahun. TREND juga digunakan untuk membuat OTI serta untuk membuat Goal
Setting dari awal tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang
dijangkakan keputusan peperiksaan mereka.

9.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu
diselesaikan lebih awal untuk memberi fokus kepada Program ICC.

9.7 Dasar Guru Pengawas Peperiksaan
9.8.1 Guru pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum
memulakan peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu.
9.8.2 Pada setiap hari peperiksaan, guru pengawas waktu pertama dikehendaki
memastikan kelas adalah bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.
9.8.3 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki masuk ke kelas
selewat-lewatnya10 minit sebelum peperiksaan bermula.
9.8.4 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis maklumat
peperiksaan (matapelajaran , kod m/p, tempoh masa ) pada papan putih serta
mengisi borang kawalan peperiksaan.
9.8.5 Guru tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan.
9.8.6 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja latihan
murid atau membaca apa juga bentuk bahan cetakan atau menggunakan telefon
bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.
9.8.7 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki mengutip kertas jawapan murid satu per
satu apabila peperiksaan ditamatkan.
9.8.8 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki memastikan bilangan kertas jawapan
murid yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari
tersebut untuk mengelakkan keciciran kertas jawapan murid.
9.8.9 Guru pengawas waktu akhir wajib melengkapkan borang kawalan peperiksaan
dan menyerahkannya sendiri (hand-to-hand)bersama dengan kertas jawapan
murid kepada guru pemeriksa atau dalam kotak yang disediakan di bilik
peperiksaan. Guru pemeriksa hendaklah mengambil kertas jawapan pada hari
berkenaan.
9.8.10 Guru Disiplin atau Guru Bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas murid
sebelum peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan supaya murid
tidak menyimpan bahan rujukan di tandas.

9.9 Dasar Murid Dalam Peperiksaan dan Pentaksiran
9.9.1 Murid tidak dibenarkan membaca buku semasa peperiksaan sedang dijalankan
walaupun telah selesai menjawab kertas peperiksaan.
9.9.2 Murid tidak dibenarkan pergi terlalu kerap ke tandas semasa peperiksaan kecuali
kes kecemasan untuk mengelakkan kes meniru. Murid dikehendaki pergi ke
tandas sebelum peperiksaan bermula.
9.9.3 Murid wajib berada di tempat duduk masing-masing sehingga selesai urusan
mengutip dan mengira kertas jawapan murid oleh guru pengawas waktu akhir.

9.9.4 Apabila murid disyaki meniru menyeleweng semasa Peperiksaan, tindakan
berikut akan diambil:
9.5.6 a. Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
9.5.7 b. Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
9.9.5
menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.
c. Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan
d. Jika murid disahkan melakukan penyelewengan, guru matapelajaran menanda

kertas jawapan murid seperti biasa tetapi memberi markah kosong kepada
murid berkenaan. perkataan MENIRU akan dipaparkan pada slip peperiksaan
bagi mata pelajaran berkenaan
Bagi murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah, markahnya untuk
matapelajaran berkenaan dicatat W dalam slip keputusan peperiksaan . Kertas
soalan akan diberi kepada murid sebagai sebagai uijian/peperiksaan biasa dan
akan ditanda oleh guru matapelajaran, markah murid tidak akan diambilkira
dalam pengiraan markah purata. Markah murid hanya boleh diambilkira dalam
peperiksaan sekiranya peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur
pada hari yang sama tetapi waktu berlainan.
Bagi murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi, markah
murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan
peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan
ditanda oleh guru matapelajaran. Markah murid hanya boleh diambilkira dalam
peperiksaan sekiranya peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur
pada hari yang sama tetapi waktu berlainan.
Dasar Kerja Kursus / Pentaksiran Berasaskan Sekolah/ Penilaian kerja kursus
harus diulangi oleh guru sehingga murid mendapat gred A dalam matapelajaran
berkenaan.Bagi PBS Menengah Rendah, semua murid hendaklah diberi
bimbingan sehingga mencapai sekurang-kurangnya Band 4 bagi semua mata
pelajaran.

9.10 Penggredan Markah Peperiksaan

9.10.1 Hendaklah mengikut markah dan gred dalam SAPS.

9.10.2 Skala Gred Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)

Markah Gred

85 - 100 A

65 - 79 B

50 - 64 C

40 - 49 D

1 - 39 E

0- 0 TH

9.11.3 Skala Gred Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)

Markah Gred

90 - 100 A+

80 - 89 A

70 - 79 A-
65 - 69 B+
60 - 64 B
55 - 59 C+
50 - 54 C
45 - 49 D
40 - 44 E
1 - 39 G
0- TH

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR , JADUAL WAKTU GANTI & JADUAL WAKTU BLOK
(30 MINIT /WAKTU)

Penyataan Dasar

10.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 dan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM.

10.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum.

10.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (
pemeriksa kertas peperiksaan awam ). Bagaimana pun guru perlu menerima untuk mengajar
sepenuh hati mata pelajaran bukan opsyen/pakar seperti yang telah dijadualkan terutama
bagi opsyen-opsyen yang kritikal.

10.4 Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tingkatan 1 ke Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 ke
Tingkatan 5 menjadi syarat utama agar peluang pengalaman mengajar kelas peperiksaan
kepada guru-guru di sekolah ini.

10.5 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah 36 waktu seminggu
10.6 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat

ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti
Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan
oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini
akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan
kedua-dua pihak .
10.7 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan
disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
10.8 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik-
bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah
disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses PdPc
adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH, surau, Bilik PROBIM, Dewan SMKSB , Bilik
PSV , Bilik Tayangan , Makmal Komputer dan Makmal Bahasa.
10.9 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses PdPc di dalam
kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam meningkatkan ketrampilan
mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai
hala tuju ke arah itu dan semua guru, GKMP dan ketua panitia adalah tertakluk kepada
perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing. Guru
Perpustakaan dan Media adalah orang penting yang berperanan menggerakkan peranan
dan fungsi PSS.

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Penyataan Dasar

11.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses PdPc yang dibuat berdasarkan
keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua
program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
keterampilan pelajar.

11.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik.

11.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran ,
menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh
dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan ,
meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi
dan minat untuk terus belajar.

11.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program
yang meningkatkan keberkesanan proses PdPc dan pada masa yang sama
meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun
dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program
yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk
peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi , pendedahan teknik dan
’practice make perfect ’ juga ’practice make permanent ’.

11.5 Penglibatan PK HEM, PK Koku dan GBK adalah wajib bagi penyelarasan program
kecemerlangan akademik .

11.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program
kepada Jawatankuasa.

12 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Dasar

12.1 Proses PdPc akan diselia dan dipantau sebanyak sekurang-kurangnya dua kali setiap
orang guru dan setiap kelas dalam setahun.

12.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun
jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan sejawat untuk
menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-
program sekolah.

12.3 Penyeliaan proses PdPc mestilah bertujuan untuk membimbing bagi meningkatkan kualiti
PdPc dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu adalah penting guru tidak membuat
’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan observation ’
supaya penambaikan boleh berlaku.

12.4 Pengurusan panitia dan program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun
oleh guru-guru kanan dan GKMP.

12.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.

12.6 Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik.

12.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .

13 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )

Penyataan Dasar

13.1 Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan
dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja
cemerlang .

13.2 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan
Profesional, dan Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah .

13.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua dan guru
berkaitan untuk tindakan susulan . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah
membuat penataran kepada warga sekolah berkaitan.

13.4 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam. Oleh sebab itu
keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi, pengurusan panitia
yang efesien.

13.5 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah
menjadi tanggungjawab GKMP dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan
perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia mata
pelajaran tersebut .

13.6 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan
mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan
pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar .

13.7 Setiap guru dan AKP WAJIB menghadiri LADAP yang diadakan oleh pihak sekolah.
Kegagalan hadir ke LADAP adalah dianggap melanggar arahan pentadbiran dan
boleh dikenakan tindakan tatatertib. Setiap guru dan AKP yang tidak hadir tanpa
sebab akan diberikan surat tunjuk sebab dan hendaklah mengemukakan sebab-
sebab tidak hadir secara bertulis kepada pengetua.

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua murid.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa,
dan kasih sayang.
1.4 Semua guru adalalah guru disiplin. ( SPI bil 10/2001)

DASAR 2 : KEMASUKAN MURID
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke
dalam buu profil murid.
2.3 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap
masa.

DASAR 3 : DISIPLIN MURID
3.1 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga
Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan
dipanggil

untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani

permasalahan disiplin murid.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah perlu memaklumkan
atau

menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira
ponteng

sekolah.
3.6 Peratus kehadiran 90 % setiap bulan
3.7 Mengurangkan kadar keciciran murid pada tahun ini.
3.8 Sifar jenayah

DASAR 4 : KESELAMATAN MURID
4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada
di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama ke
dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
4.3 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN MURID
5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-
program

yang dirancang seperti :
• Pemeriksaan Gigi
• Pemeriksaan Kesihatan-
• Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital tanpa menghubungi
penjaga
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah
Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID

6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.

6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan
apa jua

bentuk bantuan kepada murid di sekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi
menjaga

maruah murid tersebut.
6.4 Jk kebajikan akan mengadakan skim makanan kepada murid-,murid B40 yang
benar-benar layak .

SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN

PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

1.Menyediakan senarai nama pelajar.

2.Membentuk dan membimbing Organisasi Kelas.
❖ Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas.

3. Jadual Waktu
❖ Jadual Tugas (AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan)
❖ Perabot kelas (kerusi dan meja pelajar,kerusi dan meja Guru dan papan hitam)
❖ Alatan pembersihan (penyapu, bakulsampah dan Pengaut sampah)
❖ Plan dan panduan keselamatan.

4..Memastikan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam Keadaan baik dan selamat
digunakan.

5. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

6.Memastikan kelas mempunyai Diari Kelas yang diselenggaraka dengan baik dan
selamat.

7.Menyelenggarakan semua urusan yang bersangkutan dengan Jadual Kedatangan
murid .( e- kehadiran).

❖ Mendapatkan surat pengakuan yang sah bagi pelajar-pelajar yang tidak hadir.
❖ Memproses penghantaran surat peringatan kepada ibu/bapa penjaga bila pelajar

tidak hadir.

8.Menyediakan satu inventori kelas dan melaporkan sebarang kerosakan

9.Bertindak sebagai penyelesai utama bagi masalah-masalah yang timbul di kalangan
anggota tingkatan
.
10.Merujukkan pelajar yang mempunyai masalah kepadaKaunselor/ Guru Disiplin, mana
yang sesuai bila ada masalah pelajar yang tidak dapat diselesaikan.

SMKSB 2020

KUTIPAN YURAN DAN DERMA
1.Mendapatkan buku resit dari kerani kewangan sekolah/ bendahari PIBG

2.Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar
kesemua yuran sekaligus.

3.Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan buku kutipan yuran serta menerima
resit pembayaran daripada kerani kewangan.

4. Mengutip derma PIBG dan menyerahkan kepada Bendahari PIBG.

PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID (APDM)

1.Semua rekod kehadiran murid menggunakan Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran )
.-Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 1/2019.

2. Menyemak kehadiran murid dalam APDM setiap hari.
❖ Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam sistem berdasarkan dokumen

yang diserah oleh murid pada hari yang berikutnya,

3. Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan sistem kehadiran. (

simpan salinan di dalam fail yang disediakan di bilik HEM

4. Mendaftar murd ke kelasnya dan memastikan tarikh masuk kelas dalam sistem bagi

setiap murid adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam sistem

kehadiran murid .

5.Mengeluarkan surat amaran (jana SSDM) dan mencetakan mengikut warna hijau

(amaran 1 ), kuning (amaran 2 ) merah (amaran 3 ) , putih (surat buang

6.Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

7. Sistem kehadiran hendaklah dikemaskini setiap bulan

21

KEBAJIKAN PELAJAR

1.Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada semua murid .

2. Memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar

3. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima biasiswa dan sebarang bentuk bantuan
yang lain.

SMKSB 2020

4.Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam
kalangan murd yang menerima biasiswa.

5.Mengenalpasti masalah kesihatan murid (jika ada ).

LAPORAN REKOD KEMAJUAN, SIJIL BERHENTI SEKOLAH

1.Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar/profil murid.

2.Mengumpulkan dan memproses semua matkah-markah ujian/peperiksaan
❖ Merekodkan markah dalam Profail Kemajuan Pelajar.(UP1)
❖ Menyediakan lembaran markah dan serahkan kepada Pengetua seperti
ditetapkan.

3.Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.

4.Menyediakan borang draf Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan bagi pelajar-pelajar
Tingkatan 5.

MURID KELUAR

1.Memastikan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

2.Memastikan buku teks telah dipulangkan.

3.Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.

4.Menentukan penerima biasiswa dilaporkan kepada guru biasiswa.

5.Mememastikan buku profil murid dan fail ladab diserah kepada murid.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU.

22

1.Menerima kemasukan pelajar baru dari Guru Penolong HEM.
2.Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku rekod pendaftaran
3.Memastikan murid membawa buku teks dari sekolah lama .
4. Meminta murid menyerah fail maklumat ibubapa/ penjaga dan salinan keputusan
peperiksaan dalaman dan keputusan psikometrik murid.

SMKSB 2020

MAKLUMAT MURID ASRAMA
1.Mengenalpasti murid yang tinggal di asrama
2.Menyediakan senarai nama murid dan dorm murid
3. Memastikan maklumat murid yang tinggal di asrama dimasukkan dalam
Sistem APDM .

BERPERANAN SEBAGAI GURU KAUNSELOR DAN GURU DISIPLIN

1.Menjalankan tugas sebagai seorang kauselor bagi kelas masing-masing.
2.Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin bagi kelas masing-masing.

KEBAJIKAN DAN DISIPLIN MURID
1.Menjaga kebajikan dan tingkahlaku setiap murid dalam tingakatan jagaannya. Harus
mengenali setiap murid dalam pengawasannya dam berusaha untuk membantu mereka
dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh memajukan kedudukan akademik,
kokurikulum, perwatakan, kelakuan , personaliti dan sahsiah mereka.

2. Menanamkan semangan kerjasama dan sepunya dalam diri murid , menghormati
guru, menyayangi rakan dan sekolah secara keseluruhannya.

3. Memastikan murid berdisiplin dalam dan luar kelas.

4. Menjaga keselamatan murid dalam kelasnya. 23
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS.

1.Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
2.Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas berada dalam
keadaan baik dan selamat . Apa jua kerosakkan dilaporkan ke pejabat.

SMKSB 2020

3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas lengkap dengan jadual waktu kelas,
senarai buku teks, jadual tugasan, atau kata hikmat , pekelilin sekolah, keratan akhbar ,
maklumat- maklumat terkini. Serta pelan kebakaran.

.

24

SMKSB 2020

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Setiap murid MESTI mendaftar satu unit dalam setiap bidang kokurikulum iaitu Kelab /
persatuan, badan beruniform dan sukan / permainan.

2. Semua guru dan murid DIWAJIBKAN berada di sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum atau
menjalankan tugasan lain pada setiap hari Selasa dan Rabu yang ada perjumpaan
kokurikulum tertakluk kepada jadual seperti di dalam Takwim Persekolahan.

3. Semua unit dalam bidang kokurikulum DILARANG membuat penggiliran tugas guru penasihat
mengikut hari-hari perjumpaan.

4. Semua penyertaan aktiviti luar unit dalam bidang kokurikulum HENDAKLAH di bawah anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah atau
agensi-agensi luar yang ada kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI terlibat dalam semua aktiviti yang diadakan di
peringkat sekolah

6. Semua aktiviti kokurikulum sama ada latihan atau pertandingan peringkat sekolah MESTI
dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

7. Semua guru penasihat bertanggungjawab mewajibkan murid menggunakan Uniform / T. Shirt
semasa Badan Beruniform atau pakaian sekolah pada sebarang masa perjumpaan kelab /
persatuan.

8. Semua guru penasihat atau guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan pelaporan
kokurikulum bagi setiap orang murid pada hujung tahun untuk dimasukkan ke dalam laporan
PAJSK

9. Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI mematuhi tarikh-tarikh perjumpaan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah disamping perjumpaan tambahan. Penangguhan sesuatu
perjumpaan hanya boleh dilakukan dengan izin dan kebenaran Tuan Pengetua.

10. Semua jemputan aktiviti luar yang dianjurkan oleh KPM / JPN / PPD atau agensi-agensi yang
bergabung dengan Kementerian HENDAKLAH disertai. Sebarang penolakan atau tidak
menyertai aktiviti tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Tua2n5 Pengetua oleh guru
penasihat.

11. Semua guru penasihat unit dalam bidang kokurikulum adalah bertanggungjawab dalam
mengurus, mengendali dan memantau semua aktiviti dan penglibatan di semua peringkat
yang melibatkan prosedur keselamatan dan kebajikan murid

12. Semua penyertaan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti kokurikulum di semua peringkat
hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua

SMKSB 2020

SKOP TUGAS UNIT-UNIT DALAM KOKURIKULUM

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
• Merancang aktiviti kokurikulum sekolah:– rancangan jangka panjang & pendek.
• Menentukan peraturan kokurikulum.
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam semua kegiatan kokurikulum
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan secara berfokus.
• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti kokurikulum.
• Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan
kegiatan-kegiatan lain.
• Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan.
• Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
• Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kewangan yang akan digunakan.
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
• Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
• Membantu pengetua dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian ke atas murid.
• Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat
persatuan / kelab, badan beruniform, serta sukan dan permainan.
• Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti
kokurikulum.
• Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
• Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa
kemas kini dan mencukupi..
• Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta
menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.

SETIAUSAHA SUKAN

26

SMKSB 2020

• Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
• Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN /

MSSM.
• Membantu pengetua mengagih dan menjayakan tugas baharu dalam olahraga dan

permainan.
• Menetapkan murid dalam rumah sukan.
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan

peralatan.
• Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
• Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
• Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan.
• Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan

sukan.
• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah di sekolah dan di

luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
• Sentiasa berbincang dengan pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk

kepentingan sukan sekolah.
• Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam Buku

Rekod Pencapaian sukan sekolah.
• Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa

SETIAUSAHA KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

• Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang
tahun.

• Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut Kelab / Persatuan / Badan beruniform.

• Membantu menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
• Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah.

• Membantu GPK Kokurikulum dan SU Kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan
dan pertandinan antara kelab / persatuan.

• Menyedikan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai aktiviti

• Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan
baik

• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan

• Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu; -
Borang penyertaan persatuan.

Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli. 27

Laporan aktiviti

• Membantu proses permarkahan koku.

• Membantu membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa.

GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN
• Membentuk jawatankuasa persatuan / kelab yang dipimpin.
• Memastikan ada perlembagaan persatuan / kelab.

SMKSB 2020

• Merancang aktiviti tahunan.
• Merekod / menandatangani rekod kehadiran.
• Memastikan aktiviti mengikut jadual berjalan mengikut jadual.
• Memfailkan laporan persatuan / kelab.
• Melaporkan kepada pengetua / GPK Koku tentang perkembangan persatuan / kelab.
• Menguruskan murid untuk kegiatan luar sekolah seperti pertandingan.
• Menguruskan kebenaran penjaga / ibu bapa.
• Menghantar laporan pertandingan kepada GPK Koku.
• Memastikan papan kenyataan persatuan / kelab digunakan sepenuhnya dan

dikemaskini
• Mencadangkan kepada pihak sekolah, murid-murid yang layak diberi pengiktirafan.
• Mengisi borang penilaian aktiviti kokurikulum murid.
• Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM
• Menyediakan senarai lengkap ahli dan wang pendaftaran untuk didaftarkan.
• Mengadakan mesyuarat agung untuk membentuk jawatankuasa.
• Merekod / menandatangani rekod kehadiran murid
• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
• Memastikan aktiviti dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
• Menguruskan kewangan, harta benda dan peralatan persatuan.
• Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan difailkan.
• Menguruskan surat-menyurat untuk kegiatan luar sekolah.
• Melapor kepada pengetua / GPK Kokurikulum tentang kegiatan yang dijalankan.
• Mengawasi kegiatan luar murid sewaktu berkhemah di sekolah atau di luar sekolah.
• Mencadangkan kepada pihak sekolah murid yang layak menerima sijil penghargaan.
• Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN
• Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
• Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
• Mengenalpasti T.O.V (Take of Value) dan merancang aktiviti sukan.
• Merancang strategi peningkatan dan penglibatan sukan.
• Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
• Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
• Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalam /
luaran.
• Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti s28ekolah bagi menjamin
keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
• Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa

GURU PENASIHAT SUKAN PERMAINAN
• Memilih dan membentuk pasukan sekolah ekolah, seterusnya membentuk
jawatankuasa.
• Melatih pemain-pemain mengikut jadual latihan dan merekod kehadiran pemain-
pemain.
• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.

SMKSB 2020

• Menghadiri mesyuarat di peringat sekolah/ daerah / negeri. Merancang aktiviti
tahunan dengan SU Sukan dan guru rumah sukan seperti pertandingan antara rumah
sukan.

• Mengadakan latihan persahabatan dengan sekolah-sekolah berdekatan.
• Menguruskan hal-hal yang berkaitan apabila membawa pemain keluar dari kawasan

sekolah.
• Berurusan dengan pihak sekolah jika melibatkan kewangan.
• Menguruskan harta sekolah seperti pakaian sukan (jersi).
• Melaporkan kepada pengetua / GPK Koku tentang kemajuan setiap permainan.
• Memastikan murid-murud sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa

membawa murid keluar sekolah.
• Menilai, merekod prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah -langkah untuk

mempertingkatkannya.
• Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

KETUA RUMAH SUKAN

• Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid)
• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
• Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan.
• Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan.
• Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat

sekolah.
• Sentiasa berbincang dengan SU Sukan Sekolah / GPK HEM / GPK KOKU sekiranya

menghadapi masalah.
• Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
• Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada SU Sukan untuk

dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU RUMAH SUKAN

• Menguruskan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.

• Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat

dalam buku kehadiran

• Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara

rumah sukan.

• Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.

• Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak

hadir.

• Mengawasi keselamatan murid pada waktu latihan.

• Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.

• Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah

sukan. 29

JAWATAN KUASA KOPERASI SEKOLAH

• Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan
pelaksanaannya.

• Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali.
• Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil

Koperasi.
• Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik betul.
• Memastikan buku stok sentiasa kemaskini Memastikan kewangan diuruskan

dengan baik.

SMKSB 2020

• Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan
disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat
Agung.

• Mewujudkan hubungan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Melaka

30


Click to View FlipBook Version