MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025| 0
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 i . DESKRIPSI KULIT MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SESI AKADEMIK 2024/2025 Tona warna merah yang melatari keseluruhan kulit Manual Pengurusan Profesionalisme Sesi Akademik 2024/2025 ini melambangkan keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kesediaan warga sekolah mendepani transformasi dalam sistem pendidikan (TS25). Guru-guru saling bekerjasama dengan pihak pengurusan, SLT, MLT, AKP, murid-murid dan komuniti untuk mencipta kecemerlangan. Logo TS25 pula bermaksud SMK Bandar Baru Ampang telah terpilih dalam program Transformasi Sekolah TS25 Kohot 6 bermula tahun 2021. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti tinggi, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 . Gambar konsep TS25 di sebelah kanan bulatan putih bermaksud usaha warga SMK Bandar Baru Ampang ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu dalam melahirkan kemenjadian murid yang unggul. Gambar hadapan SMK Bandar Baru Ampang merujuk kepada sasaran menyeluruh dalam melaksanakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua warga sekolah. Garisan putih yang melingkungi gambar hadapan sekolah menunjukkan pengetahuan yang suci dan murni yang diterapkan oleh SMK Bandar Baru Ampang kepada semua murid di sekolah ini tanpa mengira agama dan kaum. Maklumat am sekolah dikongsikan sebagai lambang keprihatinan, keikhlasan dan kesungguhan usaha guru-guru mempertingkatkan kualiti SMK Bandar Baru Ampang demi penambahbaikan suasana sekolah yang lebih sejahtera bagi mencapai kemenjadian murid-murid di sekolah ini dengan penuh kasih sayang dan bertoleransi. Slogan SEDERAP MENUJU PUNCAK KEJAYAAN membawa maksud program yang dirancang secara tersusun dan bersistem menuntut warga sekolah untuk bersama-sama mengorak langkah mengambil tindakan dengan bersandarkan kebijaksanaan bagi mencapai matlamat yang jitu. Gambar logo BANGKIT BERSAMA ANAKKU pada kulit belakang buku ini adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid SMK Bandar Baru Ampang iaitu mencipta kecemerlangan dengan penuh iltizam dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri dalam meningkatkan kemenjadian murid hingga ke peringkat global. Lingkaran berwarna merah, putih dan biru yang saling berpaut menghasilkan bentuk seperti segi tiga di bahagian belakang manual ini menggambarkan kerjasama yang membara, suci dan kukuh terjalin antara Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum SMKBBA menjadi tulang belakang untuk menggerak semangat Bangkit Bersama Anakku agar sentiasa membara dan tidak kenal putus asa dalam menghadapi cabaran demi kejayaan cemerlang yang bakal dicipta.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 iii SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG 68000 SELANGOR DARUL EHSAN MAKLUMAT PERIBADI 1. Nama: 17. Tarikh Pelantikan Jawatan: 2. Nombor Fail JPS: 18. Tarikh Pengesahan Jawatan: 3. Nombor Kad Pengenalan Baharu: 19. Tarikh Masuk Ke Jawatan Berpencen: 4. Nombor Cukai Pendapatan: 20. Kelulusan: a. Akademik : b. b. Ikhtisas : 5. Jantina: 6. Jawatan: 21. Kategori: 7. Bangsa: 22. Opsyen: 8. Warganegara: 23. Nombor Gaji: 9. Agama: 24. Bulan Kenaikan Gaji: 10. Tarikh Lahir: 25. Nama Sekolah Dahulu: 11. Tempat Lahir: 26. Senarai Tugas dan Tanggungjawab: 12. Taraf Perkahwinan: (Bujang/Berkahwin/Duda/Balu/Janda) a. Unit Pentadbiran: 13. Nama Suami/Isteri: b. Unit Kurikulum: 14. Pekerjaan Suami/Isteri: (Tetap/Sementara/Kerajaan/Swasta) c. Unit Hal Ehwal Murid: 15. Tarikh dan Nombor Rujukan Isytihar Harta: d. Unit Kokurikulum: 16. Alamat Majikan Suami/Isteri:
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 iii JAWATANKUASA PENYEDIAAN DAN PENERBITAN MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME TAHUN 2024/2025 PENGERUSI : PN. AINI WATI BINTI SUANI (PENGETUA) NAIB PENGERUSI 1 : PN. NOOR HANITA BINTI ABDUL WAHAB (PK PENTADBIRAN) 2 : PN. ROHANA BINTI MOHAMED (PK HEM) 3 : EN. ANUAR BIN OTHMAN (PK KOKURIKULUM) 4 : PN. AZMAH BINTI SULAIMAN (PK PETANG) GURU KANAN MATA PELAJARAN : PN. NOR SALINA BINTI ISMAIL (GKMP BAHASA) : EN. ABDUL PABIL BIN ADAM (GKMP KEMANUSIAAN) : PN. FAZHILAH BINTI ABD MANAF ( GKMP SAINS & MATEMATIK) : PN. JAMILAH BINTI MAHUSIN (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL) SETIAUSAHA KURIKULUM : PN. CIK SHARIFAH BINTI CHE NOH PENOLONG S/U KURIKULUM : PN. AIDATUL AMIRA BINTI MOHD SHARIF SETIAUSAHA KOKURIKULUM : PN. QUAH HOOI TING PENOLONG S/U KOKURIKULUM : EN. SULAIMAN BIN MAT AMIN SETIAUSAHA HEM : PN. NOR FAZREEN BINTI KAMARRUDDIN PENOLONG S/U HEM : PN. NUR AMANINA BINTI MOHD RADZI EDITOR : PN. CIK SHARIFAH BINTI CHE NOH: : PN. AIDATUL AMIRA BINTI MOHD SHARIF : PN. NOR FAZREEN BINTI KAMARRUDDIN : PN. NUR AMANINA BINTI MOHD RADZI : EN. SULAIMAN BIN MAT AMIN TEKNIKAL DAN EDITOR AKHIR : PN. FAZHILAH BINTI ABD MANAF ILUSTRASI KULIT BUKU : CIK WAN FAREHAH BINTI WAN SABERI
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 iv ISI KANDUNGAN DESKRIPSI KULIT MANUAL.................................................................................................................... i MAKLUMAT PERIBADI ........................................................................................................................... ii JAWATANKUASA PENYEDIAAN DAN PENERBITAN MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME TAHUN 2024/ 2025................................................................................................ iii ISI KANDUNGAN........................................................................................................................................ v BINGKISAN PENGETUA ........................................................................................................................... ix WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG SESI AKADEMIK 2024/2025........................................ ..x AKUAN PENERIMAAN TUGAS ............................................................................................................ ...xi PENGENALAN DAN MAKLUMAT SEKOLAH................................................... 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN............................................................................................. 2 WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA....................................................................................................... 2 VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SEKOLAH..................................................... 2 MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SEKOLAH .................................................... 2 MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA................................................................... 2 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM............................................................................................................ 3 TERAS PERKHIDMATAN AWAM............................................................................................................ 3 DASAR-DASAR PENDIDIKAN ................................................................................................................. 4 HALA TUJU KPPM : ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK ..................................................................... 5 PENGENALAN TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 ............................................................................... 6 7 TERAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN ................................................................................................ 6 KERANGKA KONSEP PAK 21 .................................................................................................................. 8 STANDARD KEMAHIRAN ABAD 21 ....................................................................................................... 9 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ABAD 21 ........................................................................................... ..9 SISTEM PENGURUSAN LATIHAN DALAM PENDIDIKAN ............................................................... 10 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN...................... 12 INFO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG .................................... 12 FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG......................... 12 IKRAR WARGA SMK BANDAR BARU AMPANG............................................................................... 12 ENAM CABARAN SMK BANDAR BARU AMPANG ........................................................................... 12 HALA TUJU SMK BANDAR BARU AMPANG...................................................................................... 13 PERNYATAAN PIAGAM PELANGGAN ................................................................................................ 13 OBJEKTIF/MATLAMAT SEKOLAH ....................................................................................................... 13 COGAN KATA SEKOLAH ....................................................................................................................... 14 MOTO SEKOLAH ...................................................................................................................................... 14 SLOGAN SEKOLAH.................................................................................................................................. 14 LENCANA SEKOLAH............................................................................................................................... 15
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 v LAGU ‘SMK BANDAR BARU AMPANG’.............................................................................................. 15 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SMKBBA SESI AKADEMIK 2024/2025 ................................ 16 PELAN TAPAK DAN LALUAN KECEMASAN SMK BANDAR BARU AMPANG............................ 17 PELAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN 2024 ........................................................................................ 18 PANDUAN AM PENGURUSAN GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG ...................................................................................................................... 19 PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM................................................................... 32 PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PROFESIONALISME......................... 36 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PENTADBIRAN ..................................................................... 37 1.0 DATA PENTADBIR GURU DAN STAF SOKONGAN SMK BANDAR BARU AMPANG...... 38 1.1 SENARAI NAMA PENTADBIR DAN GURU SESI PAGI ....................................................... 38 1.2 SENARAI NAMA PENTADBIR DAN GURU SESI PETANG................................................. 40 1.3 SENARAI NAMA STAF SOKONGAN SMK BANDAR BARU AMPANG ............................ 41 2.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ........................................................................................ 42 2.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH ...................................................................... 42 2.1.1 JAWATANKUASA RANCANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH (RPS) ...................... 42 2.1.2 JAWATANKUASA PENYELENGGARAAN FIZIKAL ..................................................... 43 2.1.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN BILIK KHAS............................................................ 44 2.1.4 JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT/SITE DELIMA...................................... 46 2.1.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAJLIS/PROGRAM DAN SIARAYA ................... 47 2.1.6 JAWATANKUASA DOKUMENTASI/LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH....................... 49 2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH.............................................. 50 2.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA..................................................... 51 2.3.1 JAWATANKUASA PENILAIAN PRESTASI ..................................................................... 51 2.3.2 JAWATANKUASA LATIHAN PROFESIONALISME (GURU DAN BUKAN GURU)... 52 2.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN, AKAUN DAN ASET SEKOLAH......... 53 2.4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)..................... 53 2.4.2 JAWATANKUASA ASET SEKOLAH................................................................................. 55 2.5 JAWATANKUASA SKPM KUALITI@SEKOLAH .................................................................. 59 2.6 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH.................................................. 59 2.7 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)....................................... 60 2.8 JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK) .............. 61 2.9 JAWATANKUASA MESYUARAT GURU DAN DIALOG PRESTASI .................................. 62 2.10 JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN & INOVASI........................................................... 63 2.11 JAWATANKUASA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)...................................................... 64 3.0 KETETAPAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) PEGAWAI PENILAI (PP)................................................................................................ 66
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 vi 3.1 SENARAI PENETAPAN PEGAWAI PENILAI PBPPP/E-PRESTASI TAHUN 2024.............. 66 PENGURUSAN KURIKULUM.................................................................................. 71 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM ......................................................................... 71 MATLAMAT UNIT KURIKULUM .......................................................................................................... 72 OBJEKTIF UNIT KURIKULUM............................................................................................................... 72 KPI UNIT KURIKULUM TAHUN SESI AKADEMIK 2024/2025 .......................................................... 72 1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM ................................................................ 73 1.1 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN.......................................................... 73 1.2 JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN................................................... 77 1.3 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI (MMI) ............................... 81 1.4 JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)...................................... 82 1.5 JAWATANKUASA SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS (STEM) 83 1.6 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) .................................................. 83 1.7 PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SESI 2024/2025 ........... 86 1.8 PAKEJ MATA PELAJARAN................................................................................................ 92 2.0 JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN/NOTA/AMALI......................................................... 95 3.0 MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN KSSM .... 99 4.0 SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) ............................. 102 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID.............................................................. 103 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN HEM....................................................................................... 103 VISI UNIT HEM ....................................................................................................................................... 104 MISI UNIT HEM....................................................................................................................................... 104 OBJEKTIF UNIT HEM............................................................................................................................. 104 KPI UNIT HEM SESI AKADEMIK 2024/2025....................................................................................... 104 1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)....................... 105 1.1 JAWATANKUASA DISIPLIN MURID ............................................................................. 107 1.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENGAWAS .......................................................... 108 1.3 JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH ............................................... 108 2.0 JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)................................. 109 2.1 JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH (PPDa) ....................... 109 2.2 JAWATANKUASA AMALAN GURU PENYAYANG..................................................... 109 3.0 PENGURUSAN KELAS............................................................................................................ 110 3.1 SENARAI GURU PENYELARAS DAN GURU KELAS SESI AKADEMIK 2024/2025 3.2 JAWATANKUASA MAJLIS KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS 3.3 JAWATANKUASA FAIL MURID / PROFIL MURID
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 vii 3.4 JAWATANKUASA PENDAFTARAN, PERTUKARAN DAN BERHENTI SEKOLAH/ eKEHADIRAN 3.5 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN ................................................ 114 3.6 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN........................................................ 114 3.7 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN........................................................ 114 3.8 JAWATANKUASA KANTIN............................................................................................. 116 3.9 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)......................................... 117 4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN) ............................................................................................................................ 118 4.1 JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ................................................. 118 4.2 JAWATANKUASA KESIHATAN ..................................................................................... 119 4.3 JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI (PPDe)...... 120 4.4 JAWATANKUASA KESELAMATAN .............................................................................. 120 4.5 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA LAIN ................................................................ 122 4.5.1 JAWATANKUASA PERHIMPUNAN ...................................................................... 122 4.5.2 JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN SEKOLAH............................................ 123 PENGURUSAN KOKURIKULUM...................................................................... 124 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM.................................................................. 124 MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM................................................................................................... 125 OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM ....................................................................................................... 125 KPI UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2024/2025 .................................................................................. 125 1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM......................................................... 126 1.1 JAWATANKUASA PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN ........................................... 127 1.2 JAWATANKUASA PENILAIAN KOKURIKULUM........................................................ 128 1.3 JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH ...................................................... 129 1.4 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH........................................... 130 1.5 JAWATANKUASA REDAKSI BULETIN BULANAN SEKOLAH................................. 131 1.6 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH..................................................................... 132 1.7 SENARAI GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN........................................................... 133 1.8 SENARAI GURU PENASIHAT PASUKAN BADAN BERUNIFORM ........................... 136 1.9 SENARAI GURU PENASIHAT KELAB DAN PERSATUAN ......................................... 139 1.10 SENARAI GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN (1M1S)........................... 141 JADUAL BERTUGAS PENTADBIR DAN GURU ............................................ 143 JADUAL BERTUGAS PENTADBIR DAN GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) ............. 143 SENARAI GURU BERTUGAS MINGGUAN DI SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG.................. 148
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 viii KALENDAR DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN ............................................ 157 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 ........................................................................................... 157 CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 ........................................................................................................ 158 HARI KELEPASAN AM SESI 2024/2025............................................................................................... 159 TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM SESI 2024/2025 ............................................................................. 160 TAKWIM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN DALAMAN SESI 2024/2025 ..................................... 161 TAKWIM HARI PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025............................................................................ 162 LAMPIRAN............................................................................................................. 178 ANALISIS SENARAI TUGAS GURU SESI 2024/2025 ......................................................................... 178 LAMAN-LAMAN SESAWANG YANG PERLU DILAYARI OLEH SEMUA GURU DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN........................................................................................................... 195
ix BINGKISAN PENGETUA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik yang terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Bandar Baru Ampang (SMKBBA). Dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar, kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang dapat dinikmati oleh semua murid tanpa mengira status ekonomi mahupun keupayaan amat diperlukan. Usaha mewujudkan SMK Bandar Baru Ampang sebagai institusi pendidikan berkualiti, akan dapat direalisasikan dengan barisan pentadbir, guru, anggota kumpulan sokongan dan persekitaran sekolah yang berkualiti. Manual Pengurusan Profesionalisme Sesi Akademik 2024/2025 ini merupakan garis panduan pengurusan bagi semua guru dan warga SMKBBA. Manual Pengurusan Profesionalisme Sesi Akademik 2024/2025 ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan hala tuju, tanggungjawab dan peranan serta pergerakan aktiviti Pengurusan Pentadbiran Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum sekolah yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024/2025 selaras dengan pelibatan SMKBBA dalam program Transformasi Sekolah (TS25). Sehubungan dengan itu, manual ini perlu dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mematuhi etika, dasar dan ketetapan pelaksanaan yang telah digariskan. Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa yang berjaya memanifestasikan manual ini sebagai rujukan guru-guru. Saya juga mengucapkan selamat bertugas dengan penuh amanah, dedikasi, komitmen yang tinggi serta ikhlas kepada semua guru SMKBBA. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah ….………………………… (AINI WATI BINTI SUANI) Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
x KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang 68000 Ampang, Selangor KOD SEK : BEA 4622 No. Tel : 03-42957800 E-mel : [email protected] Tarikh: 11 MAC 2024 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang Tuan / Puan, WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG SESI AKADEMIK 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dengan ini dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan yang diamanahkan seperti dicatat dalam Manual Pengurusan dan Profesionalisme bagi tahun 2024/2025. 3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam Manual Pengurusan dan Profesionalisme Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang tahun 2024/2025 ini juga boleh diubah, dikurangkan atau ditambah oleh pihak pentadbiran mengikut keperluan perkhidmatan. 4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan/puan menerima pelantikan ini. 5. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ................................................. (AINI WATI BINTI SUANI) Pengetua, SMK Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025| 0 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. AKUAN PENERIMAAN TUGAS Nama Penuh Nombor Kad Pengenalan Bahawasanya saya: 1. telah mengikuti sepenuhnya mesyuarat/taklimat tentang arahan dalam pengurusan dan pentadbiran serta tugasan bagi tahun 2024/2025 pada , 2. telah menerima semua bahan edaran mesyuarat/taklimat, 3. telah membaca dan memahami semua isi kandungan mesyuarat/taklimat, 4. akur dengan arahan perkhidmatan berkaitan dengan tugas dan akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya dengan penuh tanggungjawab. Senarai tugas saya adalah seperti yang berikut: SENARAI TUGAS Tugas-Tugas Pentadbiran Tugas-Tugas Kurikulum Tugas-Tugas Hal Ehwal Murid Tugas-Tugas Kokurikulum Bahawasanya saya menerima pelantikan yang terkandung dalam buku Manual Pengurusan dan Profesionalisme tahun 2024/2025 ini dan akan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah, iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti kerja yang cemerlang untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah. Tandatangan Tarikh ................................................... ................................ ( )
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025| 0
1 Pada 1 Januari 2002 - SMK Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan. SMK Bandar Baru Ampang bermula dengan menumpang di SMK Tasek Permai. Seramai 383 orang murid dan 32 orang guru dengan dibantu oleh 5 orang staf sokongan sahaja. 1 Januari 2003 – SMK Bandar Baru Ampang dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Baru Ampang. Pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada: Tn. Hj. Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd (1 Jan 2002 - 1 April 2010). Pn Zaliha binti Abd Wahid ( 2010 - 2011) Che Salmah binti Samsudin ( 2011 - 2015 ) En. Ibrahim bin Ishak ( 2015 - 2019 ) Pn. Rabiya binti Mohamad Sultan ( 2019 - 2022 ) Pn. Aini Wati binti Suani (13 Mac 2023 hingga kini ) NAMA SEKOLAH SMK BANDAR BARU AMPANG KOD SEKOLAH BEA4622 ALAMAT SEKOLAH SMK BANDAR BARU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR. NO. TELEFON 03 - 42957800 E – MEL SEKOLAH [email protected] LAMAN WEB SEKOLAH http://www.smkbba.edu.my COGAN KATA “SEDERAP MENUJU PUNCAK KEJAYAAN” PENGENALAN SEKOLAH MAKLUMAT AM SEKOLAH
2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA Perpaduan Stail Pengurusan Perkhidmatan Penyayang Pengupayaan Sistem Pengesanan yang Efektif Budaya Ilmu Sekolah Penyayang Budaya Cemerlang ke Arah Tiada Kecacatan VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SEKOLAH “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SEKOLAH “Melestari Sistem Pendidikan Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara” MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melahirkan Rakyat Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu. Melahirkan Insan Yang Beriman, Berilmu, Berakhlak Mulia, Berketerampilan dan Sejahtera. Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Negara. Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia.
3 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan kami akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas ke arah ini. Kami akan: ● Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan ● Bekerja dengan penuh tanggungjawab ● Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri ● Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan ● Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara ● Berpegang teguh kepada ajaran agama ● Bertugas dengan penuh komited meningkatkan kualiti ● Mengawal rahsia rasmi kerajaan dan perkhidmatan TERAS PERKHIDMATAN AWAM ● Berazam meninggikan mutu perkhidmatan ● Bekerja dengan penuh tanggungjawab ● Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri ● Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan ● Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara ● Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara ● Berpegang teguh kepada ajaran agama
DASAR-DASAR PENDIDIKAN
HALA TUJU KPPM : ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SMK BANDAR BARU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR
KERANGKA KONSEP PAK 21 PENGETAHUAN KOMPETENSI PERWATAKAN Mata pelajaran teras, wajib, elektif dan tambahan Kemahiran berfikir Amalan nilai murni yang membentuk jati diri Elemen merentas Kurikulum Kemahiran berkomunikasi dan berkolaboratif Memiliki ciri-ciri kepimpinan Pengetahuan Pengalaman Kemahiran hidup dan kerjaya Kesedaran diri yang tinggi Kemahiran maklumat media dan teknologi Mampu berdaya saing di peringkat global
STANDARD KEMAHIRAN ABAD 21 B IDANG PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ABAD 21
SISTEM PENGURUSAN LATIHAN DALAM PENDIDIKAN
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERANAN GRED TANGGUNGJAWAB PPP Pemikir Holistik Gred Khas C Memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Pemikir Strategik DG 54 Memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Peneraju Perubahan DG 52 Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu. Pembimbing & Mentor DG 48 Berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan. Penggerak DG 44 Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah. Pelaksana DG 41 Memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan.
INFO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan asas kepada pembentukan Falsafah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang dalam membina dan membentuk jati diri seterusnya melahirkan insan yang seimbang yang menjadi kebanggaan bersama. Mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi warganegara yang beragama, berdisiplin, berilmu, berakhlak, berkemahiran, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi dalam usaha mencapai serta mematuhi aspirasi negara dan ummah. Menanamkan nilai-nilai kepimpinan melalui pembinaan sahsiah yang tinggi dan melatih mereka dengan memberi penekanan kepada perpaduan negara melalui kesungguhan mencapai prestasi akademik yang tinggi dan bersedia untuk bekerja kuat bagi menuju masa depan yang cemerlang dan membina negara yang sejahtera. IKRAR WARGA SMK BANDAR BARU AMPANG KAMI WARGA SMK BANDAR BARU AMPANG AKAN MEMASTIKAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SENTIASA CEMERLANG, SAHSIAH DAN DISIPLIN TERPUJI DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN HARMONI BERTERASKAN PENGURUSAN PENTADBIRAN YANG TELUS SERTA CEKAP DIBANTU DENGAN KOMUNITI YANG ERAT. ENAM CABARAN SMK BANDAR BARU AMPANG 1. Memastikan kurikulum cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti. 2. Memastikan kokurikulum sentiasa cemerlang melalui pendekatan inovatif. 3. Memastikan sahsiah dari aspek rohani, emosi, disiplin guru dan murid sentiasa terpuji. 4. Membina keceriaan fizikal sekolah yang selamat dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 5. Berusaha membentuk budaya kepimpinan dan pengurusan pentadbiran yang telus, cekap dan cemerlang. 6. Membina hubungan komuniti pintar yang erat melalui sarana ibu bapa dan sekolah serta mengamalkan budaya ICT.
HALA TUJU SMK BANDAR BARU AMPANG VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara HURAIAN Visi dan misi sekolah adalah untuk meningkatkan keberhasilan murid dari segi akademik dan bukan akademik bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berketerampilan dari segi akademik, sahsiah, kerohanian serta boleh bersaing pada peringkat global. Hasrat ini dapat dicapai dengan pelbagai usaha yang pragmatik dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik agar gred purata sekolah menjadi semakin baik. Hal ini juga disokong dengan program bina insan yang diharap dapat membangunkan potensi individu dan melahirkan modal insan alaf 21 yang diaspirasikan oleh negara. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan koakademik diharap dapat menyediakan murid yang mampu bersaing di pasaran global. PERNYATAAN PIAGAM PELANGGAN SMK BANDAR BARU AMPANG komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut: 1. Memastikan sukatan pelajaran dan DSKP selesai dilaksanakan pada tahun semasa. 2. Memberi peluang kepada semua murid untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 3. Memastikan pengurusan kebajikan murid menepati S.O.P yang ditetapkan. 4. Memastikan perjumpaan aktiviti kokurikulum dijalankan 12 kali setahun bagi setiap unit dan 180 minit setiap perjumpaan. 5. Memastikan semua guru dan staf mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun. 6. Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh surat diterima. 7. Setiap ibu bapa/penjaga murid yang berurusan dengan sekolah akan mendapat layanan dalam tempoh 30 minit. 8. Memastikan urusan pendaftaran dan pertukaran murid diselesaikan pada hari yang sama. 9. Memastikan aduan pelanggan akan diberi maklum balas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima. 10. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPN, KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.
OBJEKTIF/MATLAMAT SEKOLAH Penyataan objektif sekolah akan menjelaskan perkara yang hendak dicapai oleh organisasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, objektif yang disasarkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang, ialah berdasarkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang seperti yang dinyatakan dalam perkara-perkara berikut: COGAN KATA Sederap Menuju Puncak Kejayaan MOTO Berilmu dan Beramal SLOGAN “Bangkit Bersama Anakku”
KPI 1 PENGURUSAN PENTADBIRAN 1.1 Pengurusan yang efektif dan efisien dalam semua aspek pengurusan sekolah. 1.2 Mencapai Skor SKPM Kualiti@Sekolah 94.5%. 1.3 Mencapai pengurusan kewangan cemerlang. KPI 2 PENGURUSAN KURIKULUM 2.1 Mencapai sasaran Gred Purata Sekolah SPM 5.30. 2.2 Mencapai sasaran GPMP setiap Mata Pelajaran SPM antara 3.40 – 6.00. 2.3 Mencapai 95% murid Menguasai Tahap Minimum (MTM) dalam Pentaksiran Bilik Darjah. 2.4 Mencapai 94% SKPM Kualiti@Sekolah bagi semua Aspek Pengurusan Kurikulum. 2.5 Mencapai 93% SKPM Kualiti@Sekolah Standard 3.1.2 bagi semua Panitia Mata Pelajaran. 2.6 Mencapai skor markah 90% SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 Pencerapan PdP bagi semua guru. KPI 3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) 3.1 Mencapai sasaran 89% kehadiran murid. 3.2 Mencapai sasaran sifar dalam kes disiplin berat. 3.3 Mencapai skor 90% Penarafan SKPM Kualiti@Sekolah HEM. 3.4 Mencapai sekurang-kurangnya 150 bilangan sesi kaunseling individu dan 50 bilangan sesi kaunseling kelompok bagi seorang kaunselor. 3.5 Memastikan setiap guru merekod sekurang-kurangnya 100 amalan baik murid dalam SSDM sepanjang tahun. 3.6 Mencapai sekurang-kurangnya 28% murid mendapat sahsiah terpuji dalam SSDM. KPI 4 PENGURUSAN KOKURIKULUM 4.1 Mencapai sasaran GPS 70% dalam PAJSK. 4.2 Mencapai sasaran 4 murid mendapat Gred A dalam PAJSK. 4.3 Mencapai sasaran 94% Standard 3.2 SKPM Kualiti@Sekolah. 4.4 Mencapai sasaran 80% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. 4.5 Mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah, peringkat negeri dan mendapat pencapaian di peringkat kebangsaan. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SMK BANDAR BARU AMPANG SESI AKADEMIK 2024/2025
LENCANA SEKOLAH Matlamat : Matlamat sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dan suci mindanya. Topi Sarjana : Melambangkan kecemerlangan akademik sebagai fokus utama sekolah. Buku : Harapan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang akan melahirkan murid yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dalam meniti kehidupannya. Obor : Sekolah akan sentiasa berusaha untuk memberikan sinar kegemilangan kepada murid supaya dapat menerangi alam dengan ilmu pengetahuan. WARNA Merah : Gagah berani Putih : Jujur dan amanah Hitam : Perpaduan dan kerjasama amalan SMKBBA Kuning : Kesetiaan kepada raja LAGU SEKOLAH Dari berlainan bangsa dan juga budaya Di sini kami disatukan Mencapai satu cita Ke arah kecemerlangan Usaha gigih gemilang tekad kami Haruslah diamalkan Taburlah jasa bakti Buktikan kejayaan Dengan cita suci dan keyakinan Membentuk insan berwawasan Dedikasi juga disiplin Asas kemajuan Pohonkanlah doa kepada Yang Maha Esa Kuatkan semangat waja Inilah Ikrar Warga* SMK Bandar Baru Ampang* * Dua kali
PELAN SMK BANDA
AR BARU AMPANG
PELAN KEBAKARAN SMK
K BANDAR BARU AMPANG
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 19 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). 1.6 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas. 1.7 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda kerajaan. 1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam Jadual Waktu Persekolahan. 2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 3.0 KEDATANGAN GURU (Sila rujuk Pekeliling Am Bil 11 Tahun 1981) 3.1 Penggunaan Kad Perakam Waktu 3.1.1 Semua guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum/pada 7.20 pagi (sesi pagi) dan 12.30 tengah hari (sesi petang). 3.1.2 Semua guru dikehendaki menggunakan Kad Perakam Waktu untuk catatan kehadiran. 3.1.3 Kad Perakam Waktu akan berwarna merah selepas pukul 7.20 pagi (sesi pagi) dan 12.30 tengah hari (sesi petang). Namun guru perlu datang awal jika mendapat arahan daripada pengetua. 3.1.4 Guru yang lewat hendaklah mendapatkan pengesahan Pengetua/Penolong Kanan pada hari yang sama dengan menulis sebab-sebab munasabah dengan ringkas pada ruangan yang disediakan bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya. PANDUAN AM PENGURUSAN GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 20 3.1.5 Daftar kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah. Merakam kehadiran pada kad perakam waktu hendaklah dilakukan sendiri dan menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan untuk orang lain. 3.1.6 Guru bertugas harian sesi pagi hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 7.00 pagi dan waktu balik 2.30 petang. 3.1.7 Guru bertugas harian sesi petang bermula jam 11.50 pagi dan balik jam 6.50 petang. 3.1.8 Waktu pulang rasmi guru sesi pagi adalah pada pukul 1.45 petang manakala guru sesi petang adalah pada pukul 6.50 petang dan tertakluk keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa. 3.1.9 Rakaman hadir dan pulang guru dan staf ialah Dokumen Audit Sekolah. Catatan kehadiran guru ialah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian “Prestasi Tahunan”. 3.1.10 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/kelas tambahan perlu tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan. 3.2 Tindakan Akibat Ketidakpatuhan 3.2.1 Kad perakam waktu akan ditukar kepada warna hijau sekiranya hadir lewat atau balik awal atau tidak mengetik kad tanpa kelulusan pentadbir sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh sebulan. 3.2.2 Kad hijau akan ditukar kepada merah sekiranya masih berlaku kehadiran lewat atau balik awal atau tidak mengetik kad tanpa kelulusan pentadbir sebanyak dua atau lebih dalam tempoh sebulan. 3.2.3 Sekiranya pada kad merah, didapati masih hadir lewat atau balik awal atau tidak mengetik kad tanpa kelulusan pentadbir sebanyak sekali tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai berkenaan. 3.3.4 Sekiranya kad perakam waktu tidak diketik atau diketik sebelah pagi sahaja atau sebelah petang sahaja tanpa catitan dan kelulusan seperti ditetapkan di para 2, tindakan tatatertib dibawah perintah Am Bab D dan lucut gaji dibawah Perintah Am Bab C boleh dilaksanakan. 3.3.5 Kakitangan yang didapati terlibat dengan aktiviti mengetik kad orang lain, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai berkenaan. 4.0 KEHADIRAN UPACARA/KEGIATAN SEKOLAH 4.1 Semua guru dikehendaki hadir untuk semua acara rasmi sekolah (dengan pakaian rasmi). Semua guru diminta tidak mengasingkan diri di bilik guru semasa acara rasmi sedang berlangsung. 4.2 Guru-guru diminta hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan/pertandingan tanpa menjejaskan PdP yang melibatkan pasukan sekolah dan berlangsung di kawasan sekolah. 5.0 KETEPATAN MASA 5.1 Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan ketetapan masa pada waktu-waktu upacara berikut supaya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid seperti: i. Kedatangan ke sekolah, ii. Perhimpunan rasmi, iii. Masuk ke kelas, iv. Mesyuarat/Perjumpaan rasmi, v. Aktiviti Kokurikulum (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1981.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 21 6.0 KETIDAKHADIRAN GURU 6.1 Bagi mana-mana guru yang tidak hadir atas sebab apa-apa jua pun, satu jadual gantian perlu disediakan. Untuk melancarkan urusan penyediaan jadual gantian ini, guru-guru yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah memberitahu Pengetua/Penolong Kanan dan kemudiannya menghubungi pejabat sekolah selewatlewatnya pada jam 7.00 pagi bagi sesi pagi dan sebelum pukul 12.00 tengah hari bagi guru sesi petang dengan syarat guru telah mendapat sijil sakit terlebih dahulu. 6.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan jika Pengetua tiada di sekolah (sebaik sahaja guru kembali bertugas). 6.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana dikehendaki hadir mesyuarat, taklimat, bengkel, seminar atau kursus dikehendaki memaklumkan kepada AJK Jadual Waktu sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh berkenaan. 6.4 Apabila seseorang guru tidak berada di dalam kelas selepas 5 minit PdPc bermula (waktu sebenar PdPc), Ketua Kelas hendaklah dimaklumkan supaya memberitahu pejabat untuk urusan guru ganti. 7.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 7.1 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu mengajar kecuali atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau pihak sekolah. Jika atas urusan peribadi hanya urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan sahaja akan dibenarkan. 7.2 AJK Jadual Waktu Guru Ganti juga hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian jika perlu. Kelas tidak boleh ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa. 7.3 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang. Perlu diingatkan bahawa hanya urusan yang penting sahaja akan dibenarkan kecuali bagi kecemasan yang berlaku secara mendadak. Semua permohonan ini hendaklah disampaikan kepada Pengetua sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh urusan itu. Sekiranya tempoh masa bertugas pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas cuti rehat khas hendaklah dipohon. 7.4 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan keluarga mestilah memohon cuti rehat khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas. Bagi guruguru yang ada temu janji hospital, sila dapatkan time slip (tidak melebihi separuh waktu bekerja)/cuti sakit (MC)/cuti rehat khas (CRK). Sila isi borang keluar dan dapatkan tanda tangan Pengetua. 7.5 Guru yang keluar dari kawasan sekolah kerana bertugas atau mengikuti seminar ataupun mesyuarat dikehendaki mengisi “Buku keluar masuk waktu bertugas” yang disediakan di pejabat sebelum menghadiri kursus/seminar/mesyuarat. 7.6 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis / Modul (Bahan Relief) kepada murid-murid melalui Penolong Kanan atau Guru Jadual Waktu untuk digunakan oleh guru ganti. 8.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH 8.1 Perhimpunan Mingguan: SPI Bil 4/1984 8.1.1 Perhimpunan mingguan yang diadakan pada hari Isnin ialah upacara sekolah. Oleh itu, semua guru dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga ketertiban dan “dignity” (maruah) upacara tersebut. 8.1.2 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada perhimpunan ini. (Pemakaian Blazer digalakkan).
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 22 8.1.3 Perhimpunan ini diadakan di dataran perhimpunan sekolah pada jam 7.20 pagi (sesi pagi) dan jam 6.00 petang (sesi petang). 8.1.4 Untuk penyampaian hadiah/sijil/sumbangan/penghargaan, setiap penerima hendaklah disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas). Tempat hadiah hendaklah disediakan dengan indah dan kemas. Penyampaian hadiah hendaklah dibuat terus menerus sehingga selesai dan Guru Persatuan/Kelab Badan berkenaan diminta berada di tempat penyampaian hadiah pada majlis ini. 8.1.5 Perhimpunan ini dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, AJK Disiplin dan Lembaga Pengawas / PRS / PSS, AJK Siaraya dan guru bertugas mingguan serta Badan Beruniform pada minggu ketiga setiap bulan. 8.1.6 Perhimpunan mingguan ini diadakan pada setiap hari Isnin walaupun dengan ketiadaan Pengetua. Tugasnya akan diambil oleh wakil pentadbir. (16 jam setahun) 8.1.7 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, maka tidak ada perhimpunan rasmi pada minggu tersebut. 8.2 Perhimpunan Harian 8.2.1 Perhimpunan dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, AJK Disiplin, Lembaga Pengawas dan Guru Bertugas Mingguan. 8.2.2 Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul 7.20 pagi dan 1.00 tengah hari. 9.0 MESYUARAT GURU/INFO/WACANA/DIALOG PRESTASI GURU/PLC 9.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru/info/wacana/dialog prestasi guru/PLC manakala kursus-kursus perkembangan staf, kursus dalaman serta mesyuarat-mesyuarat panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah wajib bagi guru-guru yang terlibat. 9.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat/info/wacana/dialog prestasi guru/PLC di atas akan direkodkan dan guru yang tidak hadir tanpa Sijil Sakit diminta memberikan surat penjelasan. 9.3 Mesyuarat guru/info/wacana/dialog prestasi guru/PLC diadakan pada hari Khamis (minggu/setiap bulan). Oleh itu, guru-guru dikehendaki balik lewat. Sekiranya tiada mesyuarat guru/info/wacana/dialog prestasi guru, guru-guru boleh datang dan balik seperti biasa. 10.0 MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR DAN BENGKEL 10.1 Wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan, PPD atau ke sekolah lain. 10.2 Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya. Penggantian hanya arahan Pengetua. 10.3 Beri perhatian dan tumpuan sepenuhnya untuk tujuan pelaporan kepada Pengetua. 10.4 Sediakan minit curai dan serahkan kepada pengetua/PK/GKMP berkenaan. 10.5 Adakan in house training kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan kepada Pengetua/PK tarikh dan masa pelaksanaannya. 10.6 Dokumen yang diperoleh semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dan penggunaan.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 23 11.0 URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM 11.1 Guru hendaklah mendapatkan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan. 11.2 Sebaiknya semua masalah berkaitan pentadbiran dibincangkan pada peringkat sekolah terlebih dahulu. 11.3 Guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan sekolah. 12.0 PAKAIAN GURU 12.1 Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid. 12.2 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher pada setiap hari persekolahan. 12.3 Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik pada setiap hari Khamis (SPP Bil 1 Tahun 2021) dan bagi guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada hari Jumaat. 12.4 Semua guru dikehendaki memakai pakaian unit uniform pada setiap hari Rabu. 12.5 Baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan. 12.6 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sesuai seperti seluar trek panjang, kemeja T, Baju Sukan dan kasut sukan atau kasut getah. Pakaian yang sama juga hendaklah dipakai semasa latihan sukan dan permainan. 13.0 TANDA NAMA (SPA Bil 8/1983) 13.1 Semua guru diwajibkan memakai tanda nama pada tiap-tiap hari persekolahan, pada majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 14.0 E RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (E-RPH) 14.1 Semua guru dikehendaki menyiapkan ERPH dan menghantar dalam GC ERPH yang disediakan. 14.2 ERPH hendaklah dapat dikemukakan dengan sert merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa (Guru diminta mencetak ERPH tersebut dan hendaklah dibawa bersama ke kelas semasa mengajar). 14.3 Penulisan ERPH hendaklah dibuat dengan teliti, kemas dan lengkap mengikut KSSM. Guru-guru dikehendaki mengisi maklumat-maklumat lain seperti Sukatan Pelajaran, DSKP, Rancangan Pengajaran, senarai nama murid dalam kelas-kelas yang diajar, markah-markah ujian dan peperiksaan, butir-butir diri guru dan perkaraperkara lain yang terkandung dalam E Persediaan Mengajar Harian. 14.4 ERPH WAJIB dihantar ke Google Classroom (GC) selewat-lewatnya Sabtu jam 11.59 pagi minggu tersebut lengkap dengan rancangan pengajaran hari Isnin untuk disemak oleh Pentadbir TANPA GAGAL. 14.5 E Persediaan Mengajar Harian ialah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 24 15.0 PENYELIAAN/PENCERAPAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN 15.1 Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyelia/mencerap semua guru di dalam kelas yang diajar dari semasa ke semasa. Langkah ini bertujuan untuk membimbing dan membantu guru-guru supaya perlaksanaan kurikulum berjalan dengan berkesan (Rujuk Pekeliling Penyeliaan). 15.2 Penyeliaan/pencerapan ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada guru-guru terlebih dahulu atau tanpa diberitahu. 15.3 Guru-guru perlu menyemak jadual pencerapan dan memaklumkan kepada AJK Pencerapan sekiranya nama mereka tidak tersenarai atau tercicir. 16.0 GURU GANTIAN 16.1 Semua guru akan diberi waktu gantian dari semasa ke semasa apabila ada guru yang tidak hadir kerana sakit atau bertugas di luar sekolah. 16.2 Semasa waktu gantian, pastikan PdPc berjalan seperti biasa dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. 16.3 Guru yang diberi waktu gantian, wajib memasuki kelas berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam kelas semasa ketiadaannya. 17.0 PEMERIKSAAN KERJA BERTULIS 17.1 Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia boleh meminta buku latihan/rampaian atau buku catatan murid-murid untuk diperiksa. 17.2 Pemeriksaan buku-buku ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada guru-guru terlebih dahulu. 17.3 Guru-guru hendaklah memastikan kerja-kerja bertulis diberi seperti mana yang telah ditetapkan oleh Panitia masing-masing. 18.0 WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD) 18.1 Pekeliling Ikhtisas Bil 3 Tahun 1981 menjelaskan bahawa waktu free adalah waktu bekerja. Oleh itu perlu digunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, menyediakan BBM, membuat rujukan PSS dan menulis persediaan mengajar. 18.2 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai masalah murid, PdPc, masalah akademik, panitia dan kokurikulum/pertemuan khas dengan murid bermasalah. 18.3 Menggantikan guru yang tidak hadir di sesebuah kelas. 18.4 Elakkan budaya kedai kopi, guru perlu peka dengan masa untuk masuk kelas/kelas ganti. 19.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 19.1 Selain tugas kurikulum, HEM dan tugas kokurikulum guru-guru juga diberi tugas-tugas khas. Tugas-tugas khas ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 25 20.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 20.1 Di samping mengajar, guru-guru dikehendaki bergiat dalam memimpin murid-murid dalam kegiatan kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan cekap. 20.2 Sebagai Penasihat kelab dan persatuan/badan beruniform/sukan dan permainan, guru hendaklah memberi bimbingan aktif untuk menentukan arah kegiatan serta peningkatan arah pencapaian badan-badan tersebut di samping sentiasa mengawasi disiplin, aktiviti dan kewangannya. 20.3 Latihan intensif tiga hari sebelum pertandingan bagi peringkat daerah dan lima hari sebelum pertandingan bagi peringkat negeri boleh dijalankan pada waktu persekolahan dengan kelulusan pentadbiran mengikut SOP terkini. 20.4 Guru penasihat bertanggungjawab untuk memastikan semua kegiatan kokurikulum tidak bercanggah dengan tujuan yang termaktub dalam perlembagaan yang diluluskan. 20.5 Guru penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat/perjumpaan jawatankuasa badan-badan kokurikulum dan aktivitinya dan menandatangani kehadiran dalam Buku Aktiviti Kokurikulum yang akan disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum. 20.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid/ahli-ahli semasa kegiatan-kegiatan dijalankan adalah tanggungjawab guru penasihat. 21.0 TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN 21.1 Menjadi tanggungjawab semua guru dan merupakan arahan rasmi. 21.2 Tidak boleh dikecualikan kecuali sakit yang serius atau berkursus. 21.3 Jika dilantik sebagai petugas peperiksaan tidak boleh bercuti. Guru juga diminta mencari pengganti sendiri sekiranya masih tidak dapat hadir sebagai petugas peperiksaan. 21.4 Guru yang menolak sebagai petugas peperiksaan perlu melengkapkan dokumen penolakan sebagai petugas peperiksaan kepada Pengarah Pendidikan Selangor melalui unit Penilaian dan Peperiksaan PPDHL untuk memohon kelulusan. 22.0 SURAT/PEKELILING/BORANG UNTUK TINDAKAN 22.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan. 22.2 Berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap. 22.3 Semua borang perlu ditaip dan perlu disediakan surat iringan. 22.4 Tindakan perlu selesai sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak berkenaan. 23.0 PEMBELIAN BARANG/PERALATAN 23.1 Hanya Ketua Panitia dan guru-guru tertentu sahaja dibenarkan menguruskan pemesanan pembelian barang dan peralatan selepas mendapat kelulusan Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan/Penolong Kanan Kokurikulum dan Pengetua.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 26 23.2 Semua pesanan hendaklah melalui Borang Permohonan Pembelian dan Borang Pesanan Tempatan (Local Order) yang akan ditandatangani oleh Pengetua. 23.3 Pastikan Borang Pesanan Tempatan dicap dan ditandatangani oleh pembekal sebaik sahaja pesanan diterima. 23.4 Semua invois hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima pesanan dan direkodkan dalam buku/kad stok dengan tepat dan kemas. 23.5 Semua pembelian kecil yang dibuat melalui Panjar Wang Runcit hendaklah tidak melebihi RM200.00. Pembelian yang melebihi RM200.00 hendaklah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan dan Invois. Setiap resit PWR hendaklah diserahkan ke pejabat untuk pembayaran PCG setiap mata pelajaran. 23.6 Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pembantu Tadbir ataupun Pembantu Tadbir yang menguruskan Kewangan Sekolah. 24.0 BUKU STOK/KAD INVENTORI 24.1 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru-guru tertentu adalah bertanggungjawab menguruskan buku stok/kad inventori bagi bahagian masing-masing. 24.2 Maklumat dalam buku stok/inventori hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan. 24.3 Buku stok/kad inventori akan diaudit oleh Audit Dalaman dalam minggu terakhir tahun persekolahan dan disemak oleh Audit Sekolah, Jemaah Nazir, Pengetua atau Penolong Kanan pada bila-bila masa. 25.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 25.1 Penggunaan alat-alat seperti alat perakam audio dan video, radio, televisyen dan komputer hendaklah digunakan dengan betul mengikut cara dan peraturannya. 25.2 Penggunaan alat-alat tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian berkenaan atau penjaga stok dan hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. Tempahan awal perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang pertembungan. 25.3 Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk memastikan alat-alat ini digunakan dengan baik serta memulangkan kembali sebaik sahaja tamat digunakan dan dalam keadaan baik. 25.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk dibaiki. 26.0 DISIPLIN MURID 26.1 Semua guru di sekolah ini adalah bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membuat teguran apabila perlu kerana semua guru ialah guru disiplin (SPI Bil 10/2001). 26.2 Guru-guru mata pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin kelasnya dan dibenarkan mendenda muridnya yang melakukan kesalahan ringan seperti membuat bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar dengan hukuman yang sesuai dan berbentuk positif. Hukuman berdiri di atas meja atau kerusi adalah dilarang. Hukuman yang berbentuk fizikal dilarang sama sekali (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1993). 26.3 Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid yang menggunakan bahasa-bahasa kesat.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 27 26.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar boleh diberikan. Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan setiap kali untuk ke tandas. 26.5 Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas atau mengajar mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi, Sains, Sains Komputer, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang memerlukan murid-murid meninggalkan kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid berjalan berdua-dua dalam barisan untuk pergi dan balik ke kelas. Pastikan juga muridmurid balik terus ke kelas selepas Pendidikan Jasmani. 26.6 Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya mengetahui dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping itu, setiap guru hendaklah memberi bimbingan kepada murid-murid melalui nasihat (kaunseling) dan dengan menjadi contoh yang baik. 26.7 Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta benda sekolah pada setiap masa. 26.8 Guru-guru yang mengajar waktu terakhir, hendaklah memastikan semua murid mengemaskan kelas. Pastikan murid beratur dalam barisan di kaki lima apabila loceng dibunyikan sebelum dibenarkan berjalan meninggalkan kelas. 26.9 Persediaan mengajar yang sempurna dapat mengawasi disiplin murid. Kurang persediaan oleh pihak guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik dalam kelas. 27.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH (SPI Bil 1/1996, SPI Bil 6/1997) 27.1 Setiap guru bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Guru Tingkatan hendaklah memastikan jadual ini dipatuhi dan segala peralatan untuk menjaga kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan baik dan disimpan dengan selamat. 27.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas seperti studio RBT, SRT, Bilik Kaunseling, Studio Seni Visual, Bilik Koperasi, makmal, surau dan lain-lain, bertanggungjawab penuh terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut. 27.3 Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. 27.4 Guru yang mengajar waktu terakhir hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan sampah-sampah dikeluarkan daripada laci meja murid, papan hitam dipadamkan/dibersihkan, bakul sampah dikosongkan dan kelas ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu terakhir murid-murid meninggalkan kelas untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan bertanggungjawab. 27.5 Cakna lima minit hendaklah dilaksanakan sebelum sesi PdPc bermula. 28.0 KESELAMATAN SEKOLAH 28.1 Pelawat yang ingin berjumpa dengan guru atau murid-murid mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM dan menandatangani buku yang disediakan di pejabat. 28.2 Pelawat-pelawat terutamanya wakil penerbitan atau insurans serta jurujual tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru tanpa kebenaran Pengetua. Pas pelawat akan diberikan kepada pelawat-pelawat yang akan berjumpa guru. Guru-guru hendaklah memastikan dalam hal ini sebelum melayan/menerima sebarang pelawat. 28.3 Murid-murid tidak boleh ditemu ramah/ditemu bual oleh pihak luar melainkan dengan kebenaran Pengetua. Pengetua atau wakil perlu hadir sama. 28.4 Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada dalam kawasan sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis dengan segera.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 28 28.5 Sebelum meninggalkan sekolah, setiap hari guru-guru hendaklah memastikan bahawa semua tingkap, suis lampu dan suis kipas/alat pendingin udara ditutup atau pintu dikunci. 28.6 Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa/penjaga. Sebelum membawa murid pulang, ibu bapa/penjaga dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam buku/borang yang disediakan di pejabat sekolah. 28.7 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa ditemani oleh guru semasa waktu persekolahan. Guru bertugas pada hari itu bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke hospital atau ke rumah dengan kebenaran ibu bapa. 28.8 Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu oleh organisasi atau individu luar sama ada dengan cara tinjauan/pemerhatian/siasatan/temuduga/kajian/penyelidikan ataupun membuat perhubungan dengan pihak sekolah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada JPS dan Pengetua atau wakilnya. Maksud organisasi individu luar disini ialah organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau yang tidak diberi kuasa mengikut mana-mana peraturan Kementerian atau Jabatan Pendidikan ataupun undang-undang negara bagi maksud yang tersebut di atas. 29.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 29.1 Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya. 29.2 Guru Kanan/Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-peraturan bagi penggunaan alat-alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 30.0 KUNCI 30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 30.2 Hanya guru sahaja dibenarkan mengambil kunci dari pejabat. 30.3 Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. 30.4 Guru yang hendak menyimpan kunci-kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan kunci dan bilik berkenaan. Walau bagaimanapun, kunci ini hendaklah dikembalikan ke pejabat sekolah sebelum cuti akhir tahun. 31.0 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH 31.1 Telefon sekolah untuk urusan rasmi sahaja. 31.2 Tiap-tiap panggilan yang dibuat hendaklah direkodkan dalam Buku Panggilan Telefon yang disediakan di pejabat.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 29 32.0 BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)/PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 32.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab BKGK dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kehadiran serta penyertaan dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah wajib. 32.2 Jumlah yuran keahlian Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 33.0 LAWATAN SAMBIL BELAJAR 33.1 Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan/badan atau kelas jika selaras dengan tujuan persatuan/badan atau kelas itu. 33.2 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran Pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Pastikan mengisi permohonan online i-STApp di https://istapp.net/. Gunakan format borang/dokumen baharu sebelum memohon lawatan. Borang yang tidak memerlukan tandatangan ialah borang pelancongan, kertas kerja dan senarai nama murid. Permohonan perlu dihantar lima minggu sebelum tarikh lawatan. 33.3 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga dan melengkapkan borang akuan kesihatan. 33.4 Nisbah guru dan murid setiap lawatan adalah 1:10. Jika lawatan disertai murid-murid perempuan, seorang guru perempuan perlu ikut sama. 33.5 Alat-alat pertolongan cemas yang lengkap hendaklah dibawa bersama. 33.6 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan. 33.7 Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan: i. Tempat-tempat bersejarah, ii. Industri-industri/kilang-kilang, iii. Tempat-tempat yang ada kaitan dengan mata pelajaran Geografi/kawasan-kawasan pertanian, iv. Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan am, v. Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan sains dan teknologi. vi. Tempat-tempat suci agama. 33.8 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan. Contohnya jika melibatkan aktiviti air adalah dilarang sama sekali melainkan ada kebenaran daripada guru pengiring dan ada anggota penyelamat nyawa yang bertauliah. 33.9 Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru pengiring sepanjang masa lawatan. 33.10 Laporan lawatan hendaklah dibuat secara online dalam sisitem e-strip selepas setiap lawatan dan salinan laporan untuk diserahkan kepada Penolong Kanan HEM/Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan/Badan berkenaan dan dihantar ke PPD. (Semua murid-murid Tingkatan 5 masih dianggap murid sekolah sehingga 31 Disember tahun berkenaan). 34.0 MELANCONG/MELAWAT KE LUAR NEGARA 34.1 Semua lawatan ke luar negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sama ada dalam masa cuti sekolah atau tidak, perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia lima minggu sebelum lawatan. 34.2 Setiap permohonan hendaklah dilengkapkan dengan insurans perjalanan.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 30 35.0 MELANJUTKAN PELAJARAN 35.1 Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada di Maktab Perguruan atau Universiti, di Peringkat Diploma atau Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan dan secara sepenuh masa atau sambilan, perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu. 35.2 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua. 36.0 PENGUMUMAN 36.1 Semua pengumuman adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Perhimpunan dan Guru Bertugas Mingguan. 36.2 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja/sesuatu badan tertentu seperti kelab atau persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan yang disediakan. 36.3 Semua pengumuman penting hendaklah dibuat oleh AJK Perhimpunan dan bukan oleh Pengawas sekolah. 36.4 Pembaca pengumuman hendaklah terlebih dahulu menyemak pengumuman yang diterima sebelum mengumumkan untuk mengelak sebarang kekeliruan tentang maksud pengumuman itu. 36.5 Pengumuman PENTING SAHAJA dibenarkan semasa waktu PdPc bagi Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan perlu mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan. 37.0 AKTIVITI PERNIAGAAN DI SEKOLAH 37.1 Sebarang penjualan dan perniagaan persendirian di sekolah adalah dilarang. Hanya jualan yang berkaitan dengan koperasi sekolah atau sesuatu aktiviti kelab/persatuan yang telah diluluskan sahaja dibenarkan. 37.2 Kelab/persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai jualan yang akan diadakan seperti tarikh, masa, tempat, tujuan, anggaran perbelanjaan dan harga jualan. 37.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh jualan tersebut. 38.0 HUBUNGAN SESAMA GURU 38.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata. 38.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling membantu antara satu sama lain. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat menghasilkan kerjasama bagi memastikan kejayaan semua rancangan dan program sekolah. 38.3 Jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas ikhtisas hendaklah berunding untuk menyelesaikannya dengan mengikut hierarki kecuali urusan peribadi kerana ada pertimbangan lain, iaitu: i. Rakan sejawat yang berpengalaman, ii. Kaunselor Sekolah/PPD, iii. Ketua Panitia Mata pelajaran, iv. Guru Kanan Mata Pelajaran, v. Penolong Kanan, vi. Pengetua.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 31 39.0 PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI PENSYARAH/TUTOR SAMBILAN DI UNIVERSITI/PUSAT PENGAJIAN TINGGI 39.1 Guru-guru yang ditawarkan sebagai pensyarah atau tutor sambilan di Universiti atau Pusat Pengajian Tinggi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pendidikan Negeri. 39.2 Permohonan untuk menjadi pensyarah atau tutor sambilan ini hendaklah dibuat melalui Pengetua. 39.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah sehingga mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot. 40.0 SURAT RASMI 40.1 Surat urusan rasmi diterima oleh pihak sekolah yang akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan oleh guru perlulah melalui aplikasi whatsapp. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti yang dikehendaki dalam surat berkenaan. Surat yang bercetak hanya akan diserahkan jika perlu sebagai bukti untuk guru membuat tuntutan perjalanan. 40.2 Jika tarikh diberi untuk menghantar maklumat maklumbalas yang dikehendaki, guru-guru hendaklah memastikan maklumat ini diserahkan kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh tersebut untuk disemak oleh Pengetua. 40.3 Jika surat ini dialamatkan kepada Pengetua tetapi diminitkan kepada guru untuk tindakan, maka guru berkenaan hendaklah: i. Menandatangani Buku Surat sebagai bukti penerimaan maklumbalas surat tersebut, salinan asal disimpan dalam fail di pejabat sekolah, ii. Mengambil tindakan seperti yang dikehendaki, iii. Menyerahkan maklumat yang dikehendaki kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk semakan Pengetua. Satu salinan maklumat berkenaan serta salinan surat lampiran akan disimpan dalam fail di pejabat sekolah bersama surat asal yang diterima, iv. Memaklumkan kepada Penolong Kanan yang berkenaan tentang tindakan yang telah diambil, v. Menyimpan maklumat maklumbalas berkenaan dalam fail panitia atau fail kokurikulum yang ada dalam simpanan guru berkenaan. 41.0 TAAT SETIA 41.1 Setiap guru diharap akan memberi kesetiaan sepenuhnya kepada sekolah. 41.2 Guru-guru hendaklah sentiasa menanam semangat taat setia dan sayang akan sekolah dalam jiwa muridmurid.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 32 1.0 CUTI PENGGAL Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat. Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa guru-guru boleh dipanggil untuk menjalankan tugas-tugas selain tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu tahun itu. 2.0 CUTI SAKIT 2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C” manakala cuti sakit klinik atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 sebagaimana syaratsyarat berikut: i. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar atau, ii. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar dan, iii. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha. 2.2 Kenyataan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan. 3.0 CUTI SEPARUH GAJI 3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja: i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga Perubatan, ii. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan dokumen-dokumen sokongan daripada pihak doktor, iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iv. Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.0 CUTI TANPA GAJI 4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.2 Kelayakan Cuti tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan mengikut suami/isteri bertugas keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji. PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 33 4.5 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun. 4.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.7 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh bercuti. Permohonan yang lewat akan ditolak. (Surat Siaran JPS, 28 November 2014). 5.0 CUTI KE LUAR NEGARA 5.1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negara dalam masa cuti penggal mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pendidikan Negeri. 5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh mula bercuti. Borang-borang yang perlu diisi dan dilengkapkan adalah seperti berikut: i. 3 salinan Borang Menghadiri Persidangan, Seminar, Lawatan Rasmi dan Lawatan Persendirian Ke Luar Negeri (Borang mengikut keperluan surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984); atau, ii. 3 salinan Borang Permohonan untuk pergi ke Negara-Negara Komunis dan Negara-negara Terhad (China, Israel, Vietnam, Taiwan dan Korea Utara) Jika berkenaan); atau, iii. 4 salinan Borang Permohonan untuk membuat Lawatan Keluar Malaysia dalam masa cuti Penggal Persekolahan (Borang ini tidak digunakan untuk lawatan ke Israel, Taiwan, China, Afrika Selatan, Rusia dan Negara-negara Eropah Timur) jika berkenaan); dan satu salinan Borang Perubahan Tarikh/Negara atau Pembatalan Permohonan/Polisi Perlindungan Insurans Kesihatan Berada di Luar Negara atas Urusan Persendirian (Jika perlu). 6.0 CUTI REHAT KHAS (CRK): (SPP Bil 1/2015) 6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 15 hari untuk guru yang perkhidmatan melebihi 10 tahun ke atas dan kekal 10 hari untuk guru yang belum mencapai 10 tahun.. 6.3 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) adalah seperti berikut: i. Menziarahi *ahli keluarga atau saudara terdekat yang sakit tenat atau kematian* ahli keluarga yang rapat kepada guru itu, a. “Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu, b. “Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik-beradik, mertua, datuk, nenek, suami dan isteri. ii. Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu yang tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan, iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya, iv. Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 yang tidak mencukupi, v. Kursus suai kenal bagi kursus luar kampus, vi. Majlis Konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka, vii. Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau pelantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), viii. Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka, ix. Menghantar *ahli keluarga atau* yang rapat menunaikan fardu haji, x. Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh. 6.4 Semua permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah melalui kebenaran pengetua sebelum mengisi sistem secara dalam talian Hrmis (Borang permohonan jika perlu). 6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama borang permohonan.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 34 7.0 CUTI TANPA REKOD (CTR) 7.1 KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT 7.1.1 Cuti diperuntukkan selama 3 hari berturut-turut untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002). 7.1.2 Ahli keluarga terdekat terdiri daripada suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang. 7.1.3 Cuti ini bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat. 7.1.4 Cuti ini meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud Pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 7.2 CUTI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN 7.2.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikut pengajian berikut. 7.2.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan surat kebenaran mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan. 8.0 CUTI BERSALIN 8.1 Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. 8.2 Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran. 8.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. 8.4 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (90 hari) dan guru ganti sukar didapati, maka guru yang akan mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan pengajaran mengikut jadual dengan mengadakan kelas tambahan sebelum atau selepas bersalin atau menyediakan nota-nota pelajaran. 9.0 CUTI KUARANTIN (CK) 9.1 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau Swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. 9.2 Pegawai yang layak kemudahan cuti ini ialah ibu dan bapa yang sah. Anak adalah termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara.
MANUAL PENGURUSAN PROFESIONALISME SMKBBA 2024/2025 | 35 9.3 Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 9.4 Anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun dan tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal atau tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai 21 tahun. CUTI BUKAN HAK GURU TETAPI BUDI BICARA KETUA JABATAN (PENGETUA) TERMASUK CUTI REHAT KHAS (CRK) Punca Kuasa - (SPI 3/2005 DAN PERINTAH AM BAB ‘C’) 10.0 CUTI UMRAH 10.1 Pekeliling perkhidmatan ini (Bil 3/2017) bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan bagi kemudahan cuti umrah yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. 10.2 Cuti umrah adalah tertakluk kepada maksimum 7 hari bekerja. 10.3 Kemudahan cuti umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai