NAMA : SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
PROGRAM : 2021/2022
/SESI : SPP30143
KOD : PERNIAGAAN ANTARABANGSA
KURSUS/
NAMA
KURSUS
NAMA/ AHMAD KHAFIZI BIN SUKIMAN - B04SPP21F023
NO MATRIK : KHAIRUNISA SURAYA BINTI ARIFFIN -B04SPP21F034
NUR INSYIRAH NABIHAH BINTI MD LATIFF- B04SPP21F025
MUHAMMAD SHAZWAN SHAHRIZZAD -B04SPP21F030
KELAS : SPP 3B
TOPIK : TOPIK 3 : SYARIKAT MULTINASIONAL
PENILAIAN : TUGASAN MINI PROJEK
NAMA : PUAN HAMIZAH BINTI JAAPAR
PENSYARAH
MARKAH
1
PENGENALAN
Royal Dutch Shell merupakan sebuah perusahaan sumber tenaga utama dunia.
Shell berpengkalan di Belanda yang mengeluarkan produk minyak pelincir untuk automatif.
Shell beroperasi di lebih daripada 70 buah negara dan menghasilkan 3.7 juta tong minyak
sehari. Mempunyai 44,000 stesen servis minyak di seluruh dunia.
Shell merupakan salah satu syarikat multinasional yang telah lama bertapak di
Malaysia. Mula beroperasi pada tahun 1910 di Miri Sarawak. Ini merupakan telaga minyak
pertama yang ditemui di Sarawak. Selepas itu lebih banyak penemuan telaga minyak di
Malaysia seperti persisir pantai Sabah dan Terengganu. Shell mengembangkan operasinya
di seluruh negara dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi negara ini.
I PROFIL PERNIAGAAN
a . Nama Perniagaan
- Shell Oil Company / Royal Dutch Shell plc
b. Alamat Perniagaan
Postal address:
P.O. Box 11027
General Post Office Kuala Lumpur
50990 Kuala Lumpur
Shell Malaysia Limited (197602000010)
Menara Shell
No. 211 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Tel: +603 2385 2888
2
Shell Treasury Malaysia (L) Limited (LL02648)
PB Trust Company Sdn. Bhd.
Level 8 (B), Main Officer Tower
Financial Park Labuan, Jalan Merdeka
87000 Federal Territory Labuan
Shell Business Service Centre Sdn. Bhd. (200001001014)
Wisma Shell
3450, Jalan Teknokrat 3
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8316 8888
Fax: +603 8686 9221
Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn. Bhd. (199501013513)
Menara Shell
No. 211 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Tel: +603 2385 2888
Shell People Services Asia Sdn. Bhd. (199501035598)
Menara Shell
No. 211 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Tel: +603 2385 2888
3
c. Visi, Misi dan Logo Perniagaan
Visi Misi
-Bertanggungjawab dalam industri petroleum -Mencari, menghasilkan dan
dan meraih keuntungan dalam produk-produk memperdagangkan petroleum dan gas asli
minyak, gas dan petrokimia. - Menghasilkan produk daripada minyak dan
-Mengambil bahagian dalam mencari dan gas seperti minyak, gas dan petrokimia.
pengembangan sumber-sumber tenaga yang -Sebagai konsultan dalam industri sumber
lain agar dapat memenuhi keperluan pelanggan tenaga
yang terus berkembang dan memenuhi
permintaan tenaga dunia.
Logo Perniagaan Shell
Perkataan“Shell” pertama kali muncul pada tahun 1891 sebagai logo perniagaan
minyak tanah yang dijual Marcus ke Timur Jauh. Pada tahun 1897 Samuel membentuk The
Shell Transport dan Trading Company. Logo pertama pada tahun 1901 adalah kulit kerang.
Pada tahun 1904 kulit kerang atau Pecten, memberi elemen visual untuk nama perniagaan
dan menggunakan sebagai logo perniagaan
Lambang Shell semasa telah direka pada tahun 1971 oleh Raymond Loewy dan
menampilkan bentuk gaya art-deco yang anggun dengan bahagian atas bulat dan bahagian
bawah segi empat tepat. Imej kuning mempunyai garis besar merah tebal dan minimum jalur
merah di atas badannya. Garisan yang paling bersih dan kemas menjadikan lambang itu
kelihatan elegan namun kukuh dan yakin.
Pemilihan warna sebenarnya telah dikembangkan selama bertahun-tahun, terutama
pada tahun 1995. Warna terang dan mudah dikenali pengguna iaitu merah dan kuning untuk
logo Shell diisytiharkan sebagai logo terbaru.
4
d. Bentuk perniagaan yang dijalankan
Shell menjalankan perusahaan cari gali minyak mentah dan gas asli. Mereka juga
terlibat dalam industri penapisan minyak, pengangkutan, pengedaran, pemasaran,
penjanaan kuasa dan perdagangan. Mengagihkan hasil petroleum yang telah diproses dan
memasarkan produk minyak dan hasil sampingan minyak kepada pengguna.
Upstream
Proses upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan
pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang oil & gas, Shell melakukan aktiviti penerokaan
bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ia diikuti dengan drilling, dan
seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan
penggunaan teknologi yang canggih. Di Malaysia aktiviti ini bermula di Baram, Sarawak
Selain proses yang disebut di atas, terdapat juga aktiviti yang tidak secara langsung
berkaitan dengan bahan mentah. Antara contoh aktiviti ini adalah pembinaan pelantar minyak,
bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan,
dan juga fabrikasi untuk peralatan.
Rujukan : https://youtu.be/eyUPZRZpLOc
5
Downstream
Aktiviti utama downstream dalam bidang minyak dan gas adalah proses penapisan
sumber ini kepada barangan siap. Peringkat downstream adalah yang terdekat dengan
pengguna barangan ini. Selain penapisan minyak, aktiviti jualan dan pengedaran juga
termasuk dalam peringkat downstream ini.
Secara kesimpulannya, bidang Upstream adalah semua yang berkait dengan aktiviti
cari dan gali minyak dan gas manakala Downstream pula melibatkan penapisan dan
pemprosesan minyak dan gas yang terhasil sehingga menjadi produk-produk petroleum untuk
kegunaan seharian.
6
II. MENERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL
DARI SEGI :
a. Struktur Organisasi
Ketua Pegawai
eksekutif
Ketua Kewangan
Eksekutif
pengarah projek & Pengarah Undang-
teknologi Undang
Pengarah Strategi , Pengarah Penyelesaian
Kemampuan Dan Gas , Boleh
Deperbaharui Dan
Perhubungan Tenaga Bersepadu
Korporat
pengarah hiliran pengarah huluan Ketua Sumber
Manusia & Pegawai
Korporat
7
Sruktur organisasi mengikut wilayah geografi sesuai untuk syarikat multinasional yang
mempunyai banyak tempat operasi di dunia seperti Shell. Antara cabarannya ialah
• Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mentadbir kawasan yang berbeza
mengikut operasi syarikat
• Membebankan tugas pengurus kerana terpaksa menghadapi masalah persekitaran
dalam negara yang berbeza.
• Memerlukan peraturan dan prosedur yang lebih komprehensif untuk menyelaraskan
semua perkara di semua kawasan operasinya. Contohnya peraturan diperlukan untuk
memastikan tahap kualiti produk yang standard untuk semua kawasan.
• Percanggahan pendapat dalam pembentukan visi dan objektif korporat antara
kawasan yang berlainan akan berlaku
• Pertindihan fungsi berlaku kerana setiap wilayah mempunyai bahagian pemasaran,
perakaunan dan lain- lain bahagian masing- masing.
b. Kawalan pengurusan
• Syarikat Royal Dutch Shell PLC ialah perniagaan berpusat dan merupakan syarikat
induk yang mengawal aktiviti anak syarikat. Kebiasaan syarikat induk memperolehi
keputusan yang kurang tepat dan syarikat induk tidak mahir selok belok perniagaan di
kawasan yang berbeza.
• Kawalan pengurusan sukar kerana syarikat shell ada banyak cawangan di pelbagai
negara di seluruh dunia.
8
c. Politik dan perundangan
• Persekitaran perundangan dan politik adalah pengaruh penting pemasaran minyak
antarabangsa
• Jika hubungan antara pemimpin kurang baik peluang kerjasama antara syarikat shell
untuk menjalankan operasi cari gali minyak akan terjejas
• Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan. Sekiranya negara syarikat
multinasional dengan negara yang ingin berurusniaga berada dalam blok organisasi
yang berbeza, sekatan seperti tarif yang lebih tinggi, kuota dan lain-lain akan
dikenakan ke atas syarikat multinasional tersebut Contohnya operasi di Wilayah Asia.
• Keadaan politik. Sekiranya pergolakan politik dan keadaan huru hara berlaku di
negara yang berurusniaga, syarikat shell akan menghadapi masalah ancaman
pelaburan
• Sistem perundangan. Sekiranya undang-undang dan peraturan negara yang
berurusniaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat multinasional akan tersekat
• Birokrasi kerajaan. Pengurusan dan pentadbiran sektor awam yang kurang cekap
akan melambatkan proses perniagaan dan menjejaskan daya saing syarikat
multinasional
d. Ekonomi
• Syarikat Royal Dutch PLC melihat ada potensi di malaysia walaupun berdepan dengan
cabaran ekonomi global seperti kejatuhan minyak dan penyusutan mata wang asing.
Ini kerana pelabur yang menghadiri menunjukkan masa depan ekonomi malaysia dan
dasar-dasar yang diamalkan serta prospek perniagaan yang boleh dicapai. Pada
tahun 2020 malaysia masih mencapai bajet sasaran defisit fiskal yang mencapai 3.2
peratus berbanding sebelumnya. Namun syarikat Royal Dutch PLC yakin boleh
mencapai target di Malaysia kerana Malaysia mengikut prosedur ekonomi jangka
masa panjang.
• Syarikat Royal Dutch PLC merancang untuk menghilangkan struktur saham ganda
dan menghapus “ Royal Dutch’ dari nama perniagaannya. Berniat untuk berpindah
keluar dari belanda.
• Pada 12 Februari 2021,Royal Dutch Plc didapati terdapat isu tentang anak syarikatnya
iaitu Shell PetroleumDevelopment Company of Nigeria Limited mahkamah Agung UK
telah menjatuhkan penghakimannya terhadap Okpabi dan lain-lain v Royal DutchShell
dan satu lagi [2021] UKSC3 yang mengambil kira sama ada dan dalam keadaan apa
syarikat induk yang bermastautin di UK
9
e. Sosio budaya
• Perbezaan sikap, norma dan kepercayaan. Sikap, nilai dan kepercayaan yang
berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan gelagat pembelian juga berbeza.
Maka, syarikat multinasional tidak dapat menggunakan campuran pemasaran yang
sama dalam semua pasaran.
• Perbezaan adat resam. Adat resam yang berbeza antara negara dan bangsa
menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Sebagai contoh: Untuk
mendapatkan peluang pasaran di malaysia Syarikat Shell harus menyesuaikan
suasana kerja sesuai dengan adat resam negara seperti memberikan cuti pada hari
perayaan yang melibatkan tiga kaum utama
• Perbezaan agama. Agama yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan
cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat multinasional hanya
boleh memperkenalkan produk yang dibenarkan oleh agama berkenaan. Di malaysia
produk yang akan memasuki pasaran perlu diperakui oleh sijil halal JAKIM
• Perbezaan pendidikan dan latar belakang. Kekurangan pendedahan mengakibatkan
penduduk sesebuah negara tidak dapat menerima sesuatu yang baru. Keadaan ini
menyebabkan syarikat multinasional menghadapi kesukaran apabila
memperkenalkan teknik pengurusan yang berlainan atau produk yang berbeza.
Tenaga kerja yang mengendalikan kerja pemprosesan minyak mestilah sesuai dengan
skop kerja yang diberikan, Syarikat Shell perlu memberikan garis panduan mengenai
tahap pendidikan yang diperlukan sekiranya terdapat anak tempata yang hendak
bekerja dengan mereka,
• Perbezaan bahasa. Kelemahan dalam bahasa asing mungkin menyebabkan syarikat
multinasional kehilangan kontrak, manakala pengurus dari negara asing dan tempatan
yang kurang memahami bahasa masing-masing akan menjejaskan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan. Pihak pengurusan shell harus mengambil initiatif untuk
memastikan pihak pengurusan mampu berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
Mereka akan lebih dihormati orang asing yang pandai berbahasa Melayu.
• Perbezaan budaya. Budaya yang berbeza mungkin mengakibatkan kekurangan
persefahaman antara pengurus dari negara asing dan tempatan. Keadaan ini akan
menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
10
III MENERANGKAN RISIKO SYARIKAT MULTINASIONAL
a. Risiko ekonomi
• Permintaan produk petroleum bergantung kepada keadaan ekonomi. Kejatuhan
harga minyak dunia telah memberikan kesan kepada syarikat Shell di mana mereka
perlu menyemak perbelanjaan dan mengurangkannya kos operasi agar tidak
mengalami kerugian.
• Kemelesetan ekonomi menyebabkan permintaan berkurang dan keuntungan juga
terjejas. Dalam keadaaan ini syarikat akan berusaha mengimbangi lebihan penawaran
dengan keluaran minyak.
• Inflasi menyebabkan kuasa membeli berkurangan. Ia juga menyebabkan kenaikan
harga barang dan perkhidmatan.
• Shell perlu peka terhadap perubahan ekonomi supaya tidak mengalami kerugian yang
teruk terutamanya jika kadar inflasi tinggi. Perubahan harga minyak boleh
menyebabkan impak ke atas pertumbuha keluaran dalam negara kasar (KDNK).
b. Risiko Politik
• Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza dan mengalami perubahan
apabila bertukar tampok pemerintahan
• Keadaan politik negara beroperasi sangat mempengaruhi risiko terhadap kerugian.
Contohnya berlaku pergolakan, pampasan kuasa, peperangan dan pemberontakan.
• Sekiranya keadaan politik tidak stabil / pergolakan politik, pengeluaran hasil minyak
akan terjejas. Pengeluaran petroleum dan eksport juga berkurang.
• Dasar kerajaan seperti kawalan pertukaran wang asing menyukarkan urusan jual beli
minyak.
• Dasar hubungan dengan negara luar penting untuk mengekalkan jumlah keluaran
minyak dalam sehari yang boleh dipasarkan.
c. Risiko kredit
• Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar Negara. Risiko pengimport tidak
membayar wang akan bertambah apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan
ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam dan sebagainya. Kesannya
pengeksport tidak dapat menanggung keperluan barang
11
d. Risiko pemilik negaraan
• Risiko kemungkinan berlakunya pemerintah negara tersebut.
• Pengambilalihan aset perniagaan milik syarikat asing oleh kerajaan tempatan melalui
expropriation atau confiscation. Kesannya syarikat minyak akan kehilangan
sebahagian atau semua modal operasi.
• Kebiasaannya berlaku di negara yang mengamalkan ekonomi sosialis.
• Contoh : peralihan pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme boleh
menjejaskan aset perniagaan milik syarikat asing.
e. Risiko penghantaran balik modal dan dividen
• Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal
anak syarikat multinasional. Menghantar pulangan dividen atau modal ke negara asal.
• Disekat oleh kerajaan tempatan untuk melindungi industri tempatan atau MNC
melabur semula pulangan ke atas perniagaan. Berlaku apabila sesebuah negara
menggunakan pekerja asing milik syarikat MNC.
• Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara
syarikat beroperasi. Kenaikan cukai eksport boleh menjejaskan keuntungan syarikat
minyak.
f. Risiko kadar pertukaran wang
• Syarikat perniagaan perlu bijak meramal kadar tukaran mata wang di masa hadapan.
Ketidakupayaan meramal akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan.
Dolar AS adalah mata wang rizab dunia yang mana nilai semua mata wang lain
dipadamkan. Ketika harga minyak tinggi, lebih banyak Dolar AS diperlukan untuk
membelinya dan lebih banyak wang itu dijana sebagai hasil eksport.
• Risiko perubahan pertukaran mata wang asing yang tidak sama. Kenaikan atau
penurunan kadar pertukaran asing membawa kesan kepada negara pengeksport.
• Nilai kadar pertukaran sentiasa berubah-ubah menyebabkan kadar pertukaran asing
tidak stabil.
• Perubahan nilai mata wang mempengaruhi harga dan kos barangan. Keruntuhan
harga minyak boleh mencetuskan impak secara terus melalui kejatuhan minyak dan
gas. Kejatuhan nilai mata wang secara mendadak boleh menyebabkan keuntungan
merosot.
.
12
Sumber Rujukan:
1. F. C. Gerretson (1953). History of the Royal Dutch. Brill Archive. m/s. 346.
GGKEY:NNJNHTLUZKG.
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Shell_plc
3. https://www.slideshare.net/nuruljanjan/risiko-syarikat-multinasional
4. https://www.shell.com.my/about-us.html
5. https://seeklogo.com/free-vector-logos/shell
6. https://www.shell.com.my/about-us/contact-us/offices-and-installations.html
7.https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/01/775780/shell-malaysia-kurangkan-
dua-peratus-tenaga-kerja
8. https://galaksi-media.com/semasa-cabaran-shell-fuelsave-kembali-mengujakan-anda
9. https://ekonomi.bisnis.com/read/20211115/620/1466228/shell-hapus-royal-dutch-dari-
nama-perusahaan-ada-apa-nih
10. http://bit.ly/AppsBisniscomPS
11. https://logos-world.net/shell-logo/
13
LAMPIRAN
LAPORAN MENGENAI KEUNTUNGAN SYARIKAT SHELL OLEH CTCFM
Lee Trader 0 (https://ctc.fm/author/lee-trader/) July 28, 2022 8:24 PM (https://ctc.fm/harga-
minyak-tinggi-shell-catat-keuntungan-lima-kali-ganda-pada-q2/)
Harga Minyak Tinggi, Shell Catat Keuntungan Lima Kali Ganda Pada Q2
Shell pada hari ini melaporkan bahawa keuntungan bersihnya melonjak lebih lima kali ganda
kepada AS$11.5 bilion pada suku kedua 2022, didorong oleh kenaikan harga minyak dan gas.
Syarikat tenaga gergasi UK itu juga memberi ganjaran kepada pemegang saham dengan satu
lagi pembelian balik yang memberangsangkan.
Lonjakan keuntungan dalam tempoh tiga bulan hingga Jun sebahagiannya disebabkan oleh
pembalikan penurunan nilai sebanyak AS$4.3 bilion selepas syarikat itu menaikkan
unjurannya untuk pasaran gas dan minyak.
“Kami menyampaikan keputusan kewangan yang kukuh,” kata CEO Shell Ben van Beurden
dalam satu kenyataan mengiringi laporan itu.
Shell juga mengumumkan program pembelian balik saham AS$6 bilion, setelah memulangkan
AS$8.5 bilion kepada pemegang saham.
Van Beurden juga memberi amaran bahawa “dengan pasaran tenaga yang tidak menentu,
pergolakan ekonomi dan keperluan untuk segera bertindak dalam menangani perubahan
iklim, tahun 2022 terus memberikan cabaran kepada pengguna, kerajaan dan syarikat”.
Shell berjaya mencatat keuntungan AS$3.4 bilion pada suku kedua 2021 selepas rugi
AS$18.1 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2020, ketika syarikat mengambil caj
kemerosotan nilai besar-besaran terhadap pasaran minyak yang dilanda Covid.
Bagaimanapun, harga minyak dan gas semakin melonjak tahun ini berikutan perang di
Ukraine dan pembukaan semula negara-negara daripada sekatan Covid.
Harga gas, yang melonjak pada Mac selepas Rusia melancarkan pencerobohan ke atas
Ukraine, melonjak sekali lagi pada minggu ini selepas Moscow mengurangkan penghantaran
tenaga penting ke Eropah.
CTCFM (https://ctc.fm/author/lee-trader/)
Lee Trader, Author at CTCFM
14