The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG CLS 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul900902, 2022-06-16 07:18:05

Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG CLS 2022

Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG CLS 2022

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT

PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KE-49
SIDANG 2022/2023

TARIKH :
18 JUN 2022

MASA :
9.00 PAGI
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA
SK CONVENT LEBUH LIGHT

CARTA ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT

KE-47 DAN 48

Penasihat :
Puan Parimala a/p Chandrasekaran

Yang Dipertua :
Encik Loganathan a/l Kuppan

Naib Yang Dipertua :
Encik Zol Hilmi bin Hamdan

Setiausaha :
Cik Nurul Syafiqah binti Shariff

Bendahari :
Puan Seah Li Im

AJK Ibu Bapa : AJK Guru :

Puan Ummu Haram Binti Sahul Hamid Puan Aziah binti Hassan
Encik Gobi Kanniah Cik Azelia binti Mohammad

Puan Siti Zurizan binti SK Ahmad Puan Gloria Aru Pakiam
Puan Nor Anita binti Abdul Aziz Puan Shahina Shabnam
Puan Irma Ellyshelinda binti Ahmad Tamizi
Cik Teoh Hui Feng
Juru Audit :
Encik Muhammad Zamri bin Ariffin Juru Audit :
Puan Khoo Lee Shee

1

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAHKKEEKBMEA-E4N8SGYSSUIDAAAARNNAGTC2OA0N2G1VU/2EN0NG2T2PLIBEGBUH LIGHT

KALI KE-47 SIDANG 2020/2021

Tarikh : 25 September 2021
Masa : 10:00 Pagi
Tempat : Kediaman Masing-Masing
Kehadiran :

Bil. Nama Ibu Bapa Bil. Nama Guru
1. Encik Loganathan a/l Kuppan 1. Puan Parimala a/p Chandasekaran
2. Encik Zol Hilmi bin Hamdan 2. Puan Aziah binti Hassan
3. Puan Ummu Haram Binti Sahul Hamid 3. Puan Gloria Aru Pakiam
4. Encik Gobi a/l Kanniah 4. Cik Azelia binti Mohamad
5. Encik Muhammad Zamri bin Ariffin 5. Encik Muhammad Faiz bin Abdul Razak
6. Puan Siti Zurizan binti SK Ahmad 6. Puan Sarala Devi a/p Rangasamy
7. Puan Nor Anita binti Abdul Aziz 7. Puan Latha Thevi a/p Ramasamy
8. Puan Irma Ellyshelinda binti Ahmad Tamizi 8. Encik Lim Kheng Chye
9. Ahmad Taiff Isahak 9. Cik Khoo Lee She
10. Maizaton
11. Puan Mary Anne A/P Soosaimanickam 10. Puan Suhaili binti Samsudin
12. Nur Amira Hanis binti Jawahir
13. Nik Hasniza binti Nik Harun 11. Puan Nanthini a/p Arumugam
14. Shafiah binti Mohamed Sharifudeen
15. Aruljothi Somasundram 12. Puan Wan Salmah binti Wan Abdullah
16. Noor Azizah binti Abdul Aziz
17. Siti Nor Shafinaz 13. Puan Mohaneswary a/p Thiagarajan
18. Nor Izwah binti Mat Nawi 14. Cik Nurul Syafiqah binti Shariff
19. Norashidah binti Hussain
20. Norfaradila binti Khairuddin 15. Puan Seah Li Im
21. Kokilavani a/p Sonnamuthu
22. Nurdewi binti Shukor 16. Cik Nurashikin binti Md Hussain
23. Sharidawati binti Mohamed Shariff
24. Abdul Gaffor bin Mohamed Mydin 17. Puan Shahina Shabnam binti M. Sharifudeen
25. Shuhaimi bin Suaid
26. Lillian Christina Gabriel 18. Cik Teoh Hui Feng
27. Napsiah Jamal
28. Nurhalimah 19. Puan Siti Ami Nadiah binti Zakaria
29. Mohamed Kathirudeen bin Ahmed Jamaluddin
30. Noormaziah Taib
31. Azrinbadrinas binti Abu Bakar
32. Iszarisal bin Ishak
33. Zulfa binti A M M Sariffdin

2

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH

LIGHT
KALI KE-49 SIDANG 2022/2023

1. Ucapan Penasihat (Guru Besar)
2. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)

3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun
yang lalu

4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
6. Membahaskan Usul dan Cadangan (jika ada)
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022/2023
8. Pemilihan juru audit dalaman (2 orang)
9. Hal-hal lain
10. Ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sidang 2022/2023

3

Agenda 1 : Ucapan Penasihat Puan Parimala A/P Chandasekaran Guru Besar Sek. Keb.
Convent Lebuh Light

1.1 Penasihat mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-47 dan ke-48 SK Convent Lebuh Light.

1.2 Penasihat memaklumkan enroleman terkini sekolah kepada semua ahli mesyuarat.

1.3 Penasihat turut memaklumkan bahawa keselamatan guru dan murid akan terjaga
sekiranya sesi persekolahan dibuka nanti. Semua guru dan murid perlu mengikuti SOP
yang telah dikeluarkan oleh KPM agar dapat membendung penularan Covid-19.

1.4 Penasihat juga memohon kerjasama daripada ibu bapa agar menghantar murid yang
sihat sahaja ke sekolah. Sekiranya, murid tidak sihat seperti batuk dan demam, murid
tidak seharusnya dihantar ke sekolah kerana dikhuatiri akan menjangkiti murid lain
yang sihat.

1.5 Penasihat juga menyatakan kelebihan belajar secara atas talian. Menurut beliau, murid
menjadi sangat mahir dengan penggunaan teknologi. Murid mengetahui pelbagai
aplikasi yang dapat membantu meningkatkan potensi diri jika digunakan dengan betul.

1.6 Penasihat juga memaklumkan murid juga menyertai pelbagai pertandingan secara atas
talian dan berjaya memenangi pertandingan yang disertai. Banyak sijil telah diperolehi
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang lazimnya berkaitan dengan
Kokurikulum.

1.7 Penasihat juga meminta agar ibu bapa perlu memastikan anak-anak datang awal ke
sekolah dan balik mengikut masa yang ditetapkan apabila sekolah dibuka nanti.

1.8 Penasihat memohon kerjasama ibu bapa untuk memantau anak-anak di rumah agar
mengikuti kelas secara online dan membuat semua kerja/latihan yang diberikan oleh
guru.

1.9 Penasihat juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana telah banyak
menyokong sekolah dalam bentuk kewangan.

1.10 Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG sekolah tidak akan
menjalankan kutipan Sumbangan PIBG pada tahun ini seperti yang telah dipersetujui
pada mesyuarat AJK PIBG bertarikh 7 April 2020.

1.11 Penasihat juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menghantar pemohonan
untuk melanjutkan tempoh penyertaan Encik Loganathan sebagai YDP dan Encik Zol
Hilmi sebagai ahli jawatankuasa PIBG sekolah dan telah diluluskan oleh pihak JPN
Pulau Pinang.

4

1.12 Penasihat juga memaklumkan bahawa Sijil Kehadiran akan diberi kepada murid yang
mengikuti kelas secara atas talian dan melengkapkan setiap latihan yang diberikan oleh
semua guru.

1.13 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada Puan Mohaneswary kerana sudi
membentang laporan kewangan PIBG walaupun telah bertukar sekolah. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan menunjukkan kesungguh
serta komitmen untuk membantu meningkatkan pencapaian murid.

Agenda 2 : Ucapan Encik Loganathan a/l Kuppan Yang Dipertua PIBG SK Convent
Lebuh Light
2.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua ibu

bapa yang sudi hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-47 dan ke-48 tahun 2021.

2.2 Menurut Yang Dipertua PIBG juga, ini merupakan pengalaman pertama kali beliau
mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG secara atas talian bersama-sama ibu bapa dan
para guru.

2.3 Yang Dipertua PIBG menyuarakan rasa kagum kepada semua guru dan ibu bapa yang
berusaha menyertai Mesyuarat Agung kali ini walaupun keadaan sekarang amat
mencabar.

2.4 Yang Dipertua PIBG menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa memainkan peranan
sangat penting dalam memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini. Beliau meminta
supaya ibu bapa sentiasa peka akan perkembangan anak-anak di sekolah ini dan selalu
berbincang dengan guru-guru bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul terutama
sekali pendidikan kini lebih mencabar dan memerlukan komitmen serta usaha sama
daripada pelbagai pihak.

2.5 Yang Dipertua PIBG juga percaya ibu bapa dan para guru yang bertungkus-lumus
memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang terbaik di musim endemik ini.
Beliau menyatakan pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru agar murid-
murid mendapat pendidikan sewajarnya walaupun murid dan guru tidak dapat hadir ke
sekolah kerana penularan Covid-19.

2.6 Beliau yakin dan percaya, usaha yang diberikan ini pasti membuahkan hasil dan
bermanfaat kepada semua murid.

5

Agenda 3 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 dan
3.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 telah dicadangkan oleh Puan

Habibha dan disokong oleh Puan Ummu.
Agenda 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG
4.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG.
4.2 Pengesahan Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2019 telah dicadangkan oleh Puan

Salmah dan disokong oleh Puan Ummu.
Agenda 5 : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan
5.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan bagi tahun 2019 dan 2020.
5.2 Pengesahan Laporan kewangan disahkan oleh Puan Mary Anne dan disokong oleh

Encik Lim.
Agenda 6 : Membahaskan Usul dan Cadangan
6.1 Rujuk Lampiran 1

6

Agenda 7 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021/2022

7.1 Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK Sidang 2019/2020.

7.2 Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG Sidang 2021/2022 dilakukan secara atas talian.
Aplikasi yang digunakan ialah item polls yang terdapat dalam Google Meet. Semua
ahli mesyuarat diterangkan cara-cara pengundian oleh Encik Lim Kheng Chye selaku
juru teknikal yang mengendalikan mesyuarat secara atas talian. Cik Nurul Syafiqah
masih kekal sebagai setiasusaha PIBG bagi tahun ini.

JAWATAN NAMA
Yang
Encik Loganathan a/l Kuppan
Dipertua Cadang : Puan Habibha
PIBG Sokong : Encik Ahmad Taiff

Naib Yang Encik Zol Hilmi bin Hamdan
Dipertua Cadang : Puan Latha
PIBG Sokong : Puan Sarala Devi

Bendahari Puan Seah Li Im
AJK Ibu Bapa
Cadang : Cik Siti Ami Nadiah

Sokong : Cik NurAshikin

1. Puan Ummu Haram binti Sahul Hamid
Cadang : Cik Khoo Lee Shee
Sokong : Encik Lim

2. Puan Siti Zurizan bin SK Ahmad
Cadang : Cik Nurul Syafiqah
Sokong : Puan Shahina Shabnam

3. Encik Gobi Kanniah
Cadang : Puan Shahina Shabnam
Sokong : Cik Nurul Syafiqah

4. Puan Nor Anita binti Abdul Aziz
Cadang : Puan Nanthini
Sokong : Puan Suhaili

5. Encik Irma Ellyshelinda binti Ahmad Tamizi
Cadang : Puan Seah Li Im
Sokong : Encik Kheng Chye

Cadangan ditutup oleh Puan Wan Salmah dan disokong oleh Cik Azelia.

7

AJK Guru 1. Puan Aziah binti Hassan
Cadang : Cik NurAshikin
Sokong : Puan Latha

2. Puan Gloria Arul Pakiam
Cadang : Puan Sarala
Sokong : Puan Seah Li Im

3. Cik Azelia binti Muhammad
Cadang : Puan Wan Salmah
Sokong : Cik Nurul Syafiqah

4. Cik Teoh Hui Feng
Cadang : Puan Siti Ami Nadiah
Sokong : Puan Suhaili

5. Puan Shahina Shabnam
Cadang : Cik NurAshikin
Sokong : Puan Ummu Haram

Cadangan ditutup oleh Puan Habibha dan disokong oleh Cik Teoh Hui Feng

Agenda 8 : Pemilihan Juru Audit PIBG bagi tahun 2021/2022

JAWATAN NAMA
Juru Audit Puan Khoo Lee Shee

Dalaman Cadang : Puan Sarala Devi
Sokong : Puan Latha

Cadangan ditutup oleh Puan Gloria dan disokong oleh Puan Nanthani

Juru Audit Encik Muhammad Zamri bin Ariffin
Luar Cadang : Puan Suhaili
Sokong : Encik Zol Hilmi

Cadangan ditutup oleh Puan Mohaneswary dan disokong oleh Puan Aziah binti
Hassan

Agenda 9 : Hal-hal Lain

9.1 Penasihat menerangkan bahawa pada tahun ini, pihak sekolah tidak akan mengutip
sumbangan PIBG memandangkan wang dalam bank simpanan PIBG dijangka
mencukupi sehingga aktiviti akhir tahun. Perkara ini sudahpun dibincangkan oleh ahli
dalam mesyuarat antara ahli PIBG pada 7 April 2021. Semua ahli mesyuarat yang hadir
secara sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

9

9.2 Penasihat juga meminta kerjasama ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak yang
demam ke sekolah. Beliau juga meminta kerjasama ibu bapa agar tidak menghantar
anak ke sekolah jika bergejala atau anak-anak mempunyai kontak rapat dengan pesakit
positif Covid atau jika ada murid atau ibu bapa yang pakai gelang pink.

9.3 Penasihat meminta ibu bapa maklumkan kepada pihak sekolah jika anak positif Covid
kerana pihak sekolah perlu memasukkan data ke dalam sistem yang diarahkan oleh
JPN.

9.4 Penasihat memaklumkan bahawa masih ada murid yang tidak mengambil bahagian
dalam aktiviti kokurikulum secara atas talian. Beliau meminta agar murid melibatkan
diri sekurang-kurangnya satu penyertaan untuk mendapatkan sijil.

9.5 Penasihat mengucapan terima kasih kepada bahagian teknikal terutamanya Encik Lim
dan juga semua guru kerana menjayakan mesyuarat secara atas talian dengan baik.

Agenda 10 : Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sidang 2021/2022
10.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG Sidang

2021/2022 yang baru dilantik. Beliau memohon kerjasama daripada semua AJK PIBG
Sidang 2021/2022 untuk bekerjasama bagi membantu sekolah untuk meningkatkan
prestasi semua murid di sekolah ini.
10.2 Yang Dipertua PIBG sangat berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang
masih menaruh kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui persatuan PIBG
sekolah.
10.3 Yang Dipertua PIBG juga berharap agar ibu bapa dan guru-guru tidak akan berputus
asa membantu murid untuk menuntut ilmu.

(Cik Nurul Syafiqah b…in…ti S…h…ari…ff,…Se…tia…us…ah…a P…IB…G…SK…C…on…vent Lebuh Light 2021/2022)

(Encik Loganathan A/L Kuppan, Yang Dipertua PIBG SK Convent Lebuh Light 2021/2022)

10

USUL DAN CADANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT

KALI KE-47/48
SIDANG 2020/2021 DAN SIDANG 2021/2022

BIL. USUL/TINDAKAN PENCADANG

1. Usul dan Cadangan : Puan Siti Zurizan
Jika sekolah dibuka, saya harap setiap kelas dapat di sanitize binti Sk Ahmad
setiap hari sebelum kanak2 masuk ke kelas masing2 & pastikan (Aina 4 Delima)
sentiasa dalam SOP yang ketat oleh kerana Pulau Pinang masih
dalam keadaan yang amat merosot.

CADANGAN DAN TINDAKAN

Puan Parimala memaklumkan bahawa pihak sekolah amat menitik
beratkan isu keselamatan murid. Beliau memaklumkan bahawa,
pekerja kebersihan sekolah ada seramai empat orang. Kesemua
empat orang pekerja ini akan datang bertugas seawal 6.30 pagi

untuk membersihkan setiap bilik darjah. Bilik darjah akan
disanitasi sehingga bersih. Murid duduk di tempat masing-masing
dan tempat tersebut akan setiasa dicuci oleh pekerja.
Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa pekerja juga akan
membersihkan meja dan kerusi setiap kali selepas kelas Bahasa
Komuniasi. Selain itu, di dalam kelas turut disediakan cecair
pembasmi kuman (hand senitizer).
Puan Parimala juga memaklumkan bahawa murid yang tidak sihat
akan terus dibawa ke bilik isolasi. Meja dan kerusi murid yang
berdekatan dengan murid yang tidak sihat itu akan disanitasi

secepat mungkin oleh pekerja kebersihan.

11

PENGHARGAAN

Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh
Light ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada :

 Jabatan Pendididkan Negeri Pulau Pinang
 Pejabat Pendidikan Negeri Pulau Pinang
 Jemaah Pengurusan Sekolah
 Kakitangan Sekolah Kebangsaan Convent

Lebuh Light
 Ibu bapa
 Penderma-penderma

12


Click to View FlipBook Version