Disediakan Oleh, Cikgu Rajathi SK GOPENG JALAN ILMU
❑ KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam PdPc agar murid yang belajar dapat membina tahap permikiran yang baik. Dengan proses ini murid dapat mebina kemahiran untuk keperluan kerjaya Abad ke 21. ❑ Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Apa itu KBAT?
□ Komunikasi □ Teknologi maklumat dan komunikasi □ Kerja sepasukan □ Keusahawanan □ Kepimpinan □ Belajar sepanjang hayat □ Fleksibel □ Kebolehan menyesuaikan diri □ Berinisiatif dan terarah kendiri Keperluan kerjaya abad ke 21
1. Kreatif 2. Kritis 3. Menaakul 4. Berinovasi 5. Menyelesai Masalah 6. Membuat Keputusan 6 kemahiran berfikir yang perlu dikuasai murid
Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir kritis: kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif: kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul: membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. Strategi berfikir: cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (BPK, 2014). Jenis kemahiran berfikir
6 Tahap pemikiran aras tinggi
Perancangan dan Pelaksanaan KBAT dalam PdP Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP, guru perlu membuat penelitian dengan merujuk kepada standard pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Standard pembelajaran merupakan pernyataan tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan. Sekiranya pernyataan tersebut merujuk kepada tahap KBAT, guru perlu melakukan tindakan berikut:
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru perlu merancang dan melaksanakan KBAT melalui pelbagai strategi PdP yang berkesan dan bersesuaian dengan objektif PdP. Antara strategi PdP yang boleh digunakan adalah seperti konstruktivisme, pembelajaran berasaskan konteksual, pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan. Strategi yang betul dan tepat akan membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang membolehkan murid berfikir.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 3.1 Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru harus menggalakkan murid mencari jawapan sendiri.
3.2 Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Dalam strategi ini murid dapat menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi yang berlainan. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 3.3 Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu kaedah penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengalaman pembelajaran berasaskan tugasan aktiviti jangka panjang antara disiplin ilmu, berpusatkan murid dan mengintegrasikan isu semasa dan amalan. Kaedah ini menekankan tugasan intelek bagi meneroka isu yang kompleks. Kaedah ini menggalakkan pemahaman murid di mana murid dapat meneroka untuk mencari maklumat, membuat interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan.
3.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Pembelajaran berasaskan inkuiri ialah suatu pendekatan mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Ia melibatkan penyiasatan, penerokaan, mengumpul data, membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah, membuat refleksi tentang kaedah yang digunakan dan berkomunikasi bagi berkongsi dapatan tentang masalah berkenaan. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 3.5 Kajian Masa Depan Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis seperti berikut: a. membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada, b. menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend, atau perubahan masa depan; dan c. menggunakan pelbagai sumber bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 3.6 Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning) adalah pembelajaran yang menyuntik sifat ingin tahu dan membuat penilaian dalam diri murid. Seringkali pembelajaran berasaskan masalah disalahertikan menyamai pembelajaran menyelesaikan masalah atau (problem solving).
Elemen KBAT dalam PdPc 1. MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR Antara alat berfikir yang biasa digunakan: i. Peta i-THINK ii. Peta minda iii. 6 Topi Pemikir (6 Thinking Hats)
2. SESI SOAL JAWAB (PENGGUNAAN SOALAN ARAS TINGGI) Sesi soal jawab yang banyak menggunakan kata tanya mengapa dan bagaimana serta soalan-soalan yang meminta penjelasan akan pendirian atau pandangan. Elemen KBAT dalam PdPc
Elemen KBAT dalam PdPc 3. AKTIVITI APLIKASI/PROJEK Melaksanakan aktiviti berbentuk hands on, seperti aktiviti berbentuk eksperimen, melaksanakan projek atau menghasilkan sesuatu bahan/alat/karya berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.
4. AKTIVITI PERBINCANGAN Melaksanakan aktiviti perkongsian idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu atau membuat keputusan berkaitan sesuatu konsep/subtajuk. Aktiviti perbincangan yang hanya berbentuk mencari dan menyalin jawapan daripada mana2 buku TIDAK dikira sebagai aktiviti KBAT. Elemen KBAT dalam PdPc
5. AKTIVITI BERBENTUK JANGKAAN AWAL ATAU KAJIAN MASA HADAPAN Aktiviti ini boleh dilaksanakan sebelum atau selepas bermulanya aktiviti eksperimen, membaca, menonton, kajian novel/karya, perbincangan isu atau topik dsbnya. Elemen KBAT dalam PdPc
Elemen KBAT dalam PdPc 6. AKTIVITI MEMBUAT REFLEKSI Murid diminta membuat refleksi akan perkara atau kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara lisan atau bertulis melalui aktiviti Exit Ticket, 2 Minit Pendapat atau mencatat perasaan dan pengalaman ketika belajar dan mengaitkan dengan apa yang ingin diketahui lebih lanjut atau menyatakan apa yang tidak difahami serta sebabnya dalam buku latihan setiap kali selepas PdPc.
Pemahaman dan penghayatan guru tentang kaedah pedagogi yang efektif adalah sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan KBAT secara berkesan di dalam bilik darjah. Segala usaha ini diharapkan akan melahirkan murid yang berfikiran secara kritis, kreatif dan inovatif. Penutup