SK GOPENG JALAN ILMU KOPISAN BARU, 31600 GOPENG PERAK LAPORAN “GREEN TECH AI GARDEN” “KELESTARIAN PENGHIJAUAN” SLASS SK GOPENG JALAN ILMU KOLABORASI BERSAMA IBUBAPA 2024
PENGHARGAAN Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkatNya, projek “GREEN TECH AI GARDEN” selesai dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu En. Azhar bin Ahmad, Penolong-penolong Kanan SK Gopeng Jalan Ilmu, pihak ibu bapa murid, para murid dan MIC Bahagian Gopeng dan NGO Bahagian Gopeng kerana telah memberikan bantuan dalam menjayakan projek “GREEN TECH AI GARDEN”. Semua pihak telah memberikan bantuan dari segi bahan keperluan untuk taman, membantu menyiapkan sub kerja untuk taman dan berkongsi idea dalam menaiktaraf projek taman ini. Pihak sekolah, ibu bapa dan murid telah memberikan Kerjasama yang tinggi sepanjang projek ini. Semua pihak telah meluangkan masa lapang dan tenaga demi menjayakan projek ini. Akhirnya, saya telah memberikan satu hasil yang bermanfaat kepada semua warga sekolah. Taman ini bergerak dengan “Aplikasi AI dalam Taman”, “Aplikasi konsep 3R” dan terdiri daripada pelbagai jenis pokok hijau. Ini semua dapat dihasilkan dengan Kerjasama daripada semua pihak. Saya mengakhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan penyumbang dalam projek ini. Sekian Terima Kasih MALAYSIA MADANI BERKHIDMAT UNTUK NEGARA #TOGETHER WE INSPIRE SUCCESS”
PENGENALAN Projek Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi memupuk semangat sayangkan alam sekitar dalam kalangan warga SK Gopeng Jalan Ilmu. Ini selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar ini mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama adalah memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21. Projek Sekolah Lestari JEPS, yang dimulakan dengan Projek Sekolah Hijau ini diharapkan dapat membudayakan pendidikan alam sekitar dalam kalangan warga SK Gopeng Jalan Ilmu. Di samping dapat menerapkan nilai murni alam sekitar melalui aspek Inovasi dan kreativiti, amalan 3R dan penghijauan. Dalam projek ini, juga dapat menerapkan amalan Artificial Intelligence AI. Penglibatan komuniti secara berterusan juga diharapkan dapat mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Semoga dengan pembudayaan yang cuba diterapkan ini akan terus sebati dalam jiwa mereka sehingga mampu mengubah dunia ke arah kesejahteraan dan kelestarian sejagat.
OBJEKTIF Objektif projek ini ialah seperti berikut: 1. Dapat menyediakan persekitaraan yang bermaklumat serta sesuai adalah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Dapat menjadikan sekolah kawasan yang indah dengan pembangunan landskap berkesan dan berkualiti. 3. Dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Taman. 4. Dapat meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab memelihara alam sekitar kepada warga sekolah serta mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan sempurna. 5. Dapat menuju ke arah digital dengan apliksi AI. 6. Murid dapat mempelajari cara menggunakan AI tool semasa mengenalpasti dan mendapatkan maklumat tumbuhan. MATLAMAT Matlamat utama pihak sekolah dalam melaksanakan program Sekolah Lestari berorientasikan persekitaran sekolah yang bermaklumat, selamat, bersih dan indah. Selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara yang mahu melahirkan pelajar yang berketrampilan, persekitaran yang bermaklumat AI dan ceria menjadi pencetus dan pengerak minda serta sikap yang peka kepada keselamatan dan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK Projek ini dijalankan sepanjang bulan Mei. Kerja – kerja persiapan taman dijalankan sepanjang cuti sekolah penggal 1 dari Tarikh 25 Mei 2024 hingga 3 Jun 2024. Saya bermula melaksanakan projek saya, setelah saya mendapat kelulusan daripada pihak sekolah. 6 Mei – 17 Mei 2024 Membersihkan Lokasi Taman Bersihkan Mini Taman yang telah ada
20 Mei – 24 Mei 2024 Persediaan barang untuk membuat Taman AI
25 Mei – 3 Jun 2024 Mulakan Projek
HASIL PROJEK SAYA “GREEN TECH AI GARDEN”
APLIKASI AI DALAM TAMAN Saya telah menggunakan aplikasi Google Lens dalam projek taman ini. Google Lens merupakan teknologi pengenalan gambar yang dikembangkan oleh Google, yang dirancang untuk memunculkan informasi yang relevan terkait objek yang diidentifikasi menggunakan analisis visual. Google Lens adalah aplikasi yang membantu pengguna untuk mendapatkan pelbagai perincian maklumat dengan hasil carian gambar. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai aplikasi yang fleksibel fungsinya dan mudah untuk digunakan. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Google kini telah mengumumkan teknologi baharu dinamakan sebagai Multitask Unified Model (MUM) sebagai peningkatan besar untuk aplikasi berkenaan. Ia merupakan algoritma AI yang yang direka khusus bagi menjadikan pengalaman carian dalam talian kini lebih mudah dan terperinci. Aplikasi Google Lens dalam taman memudahkan warga sekolah untuk mencari maklumat penuh tentang pelbagai jenis tumbuh – tumbuhan. Hal ini, memudahkan warga sekolah untuk mendapatkan maklumat sesuatu objek dengan mudah. Semua guru matapelajaran boleh menggunakan aplikasi Google Lens untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu objek dengan mudah.
Google Lens hanyalah sebahagian kecil dari AI (kecerdasan buatan) Google yang besar, di mana gergasi carian menawarkan kepada kami beberapa fungsi dan di mana ia terus mengumpulkan data untuk menggilap atau mendidik raksasa AI. Berikut ialah Langkah menggunakan Google Lens seperti berikut. • Aktifkan alat Google Lens pada peranti Android anda. • Lancarkan Google Assistant dan ketik pada ikon lensa. • Pegang lensa pada kod QR untuk mengimbas. • Kod QR yang diimbas akan mengubah hala anda ke kandungan yang diingini yang dibenamkan di dalamnya. Google Lens mempunyai alternatif penggunaan yang berbeza. Ia boleh berfungsi sebagai penterjemah dalam talian dan masa nyata imej yang kami tangkap dari persekitaran kami, membantu kami mendapatkan maklumat dan pautan untuk meningkatkan pengetahuan kami tentang sesuatu. Anda juga boleh mendapatkan pautan pembelian di kedai digital dan segera mengenali produk, objek, tempat dan situasi. Melalui Google Lens, pengalaman interaktif dengan seluruh persekitaran dan perkara yang membentuknya dipertingkatkan. Oleh itu, Kecerdasan Buatan Google menyertai pembantu dan alatan lain dalam ekosistem Google untuk menawarkan cara yang berbeza untuk memaut dan menghubungkan dengan semua yang kita lihat melalui telefon mudah alih.
APLIKASI KONSEP 3R DALAM TAMAN 3R memperkenalkan konsep reuse (guna semula), reduce (mengurangkan pembaziran), dan recycle (kitar semula). Reuse (Guna Semula) Guna semula adalah menggunakan semula barang-barang yang telah dipakai bagi tujuan yang lain. Dalam projek ini, saya telah menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastic, kipas dan tayar lama kereta. Saya telah semua bahan kitar semula ini sebagai bahan hiasan di taman ini seperti windmill, cendawan plastic dan bahan hiasan yang kreatif. Reduce (Mengurangkan) Mengurangkan adalah dimana penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh diproses seperti plastik dikurangkan. Cth: kerajaan telah mengurangkan penggunaan plastik dengan memperkenalkan beg 3R sebagai ganti penggunaan plastik sewaktu pembelian barang. Recycle (Kitar Semula) Kitar semula adalah proses pengolahan barangan terpakai atau barangan terbuang. Dengan ini, bahan buangan dapt dikurangkan dan keselamatan alam sekitar lebih terjaga.
TANAMAN PELBAGAI JENIS TUMBUH – TUMBUHAN Taman ini terdiri daripada jenis tumbuhan dengan ciri – ciri yang berbeza. Taman ini akan berfungsi sebagai sebuah taman yang berinformasi serta dapat mendidik dan menambahkan pengetahuan masyarakat khususnya pelajar. Bagi menjadikan taman ini sebagai sebuah taman yang berinformasi dan memberi Pendidikan. Taman ini terdiri daripada pokok hiasan telah dipilih sebagai unsur yang mendidik dan menarik perhatian pengunjung taman. Warga sekolah boleh menggunakan taman ini sebagai tempat mendapatkan ilmu tentang maklumat pelbagai jenis tumbuhan. Guru matapelajaran boleh membawa murid mengunjungi taman “Green Tech AI Garden” semasa mengajar topik tumbuhan. Sebagai contohnya, guru matapelajaran Sains bagi tahun 1 boleh bawa murid mengunjungi taman ini dan memperkenalkan jenis tumbuhan yang ada. Murid – murid tahun 1 boleh belajar ciri – ciri tumbuhan seperti jenis urat, jenis akar, batang berkayu atau tidak berkayu dan berbunga atau tidak berbunga. Pada hal ini, murid dan guru mudah mengakses maklumat tumbuhan dengan menggunakan aplikasi Google Lens. Ini membantu murid dan guru mendapatkan maklumat tumbuhan itu dengan cepat dan mudah.
KEPENTINGAN PROJEK “GREEN TECH AI GARDEN” Dunia sedang memasuki era mesin pintar, daripada kenderaan autonomi kepada kecerdasan buatan, kadar inovasi dalam AI meningkat dengan pesat. AI ialah alat, dan alat boleh membina banyak perkara. Kepentingan projek ini ialah seperti berikut: 1. Murid belajar menggunakan Aplikasi AI yang berupaya mempersembahkan maklumat tumbuhan dengan lebih jelas serta dipercayai. 2. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula. 3. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah 4. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula. 5. Memupuk nilai murni ‛cintai alam sekitar’ pada kalangan warga sekolah. 6. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 7. Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah. 8. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
CABARAN Cabaran yang dialami sepanjang menyempurnakan projek ini adalah kerana tidak ada pengalaman dalam membuat kerja – kerja tanaman. Namun demikian, itu bukanlah penghalang untuk menjayakan projek ini. Kewangan dan tenaga pekerja ialah menjadi satu cabaran yang besar dalam projek ini. Saya tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan projek ini. Walaupun, tiada modal tetapi saya masih boleh bergerak denga ada sokongan daripada ibubapa murid. Dengan adanya pengetahuan dan nasihat ramai, kerja – kerja dijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan untuk mempelajari dengan betul menyiapkan projek ini. Projek ini sebenarnya memerlukan banyak kerahan tenaga seperti mengangkut batu-bata, tayar lama dan tanah yang berat. Malah ada kerja – kerja yang memerlukan Kemahiran dan kreativiti seperti mengecat dan menghiasi taman. Saya juga mencari sponsor untuk menyumbang bahan atau barang yang diperlukan untuk projek ini seperti cat, pasir dan batu kecil. Hasil Kerjasama dan perbincangan, maka segala rintangan telah dapat diatasi dengan jayanya. Para ibu bapa dan murid sanggup membantu saya dalam projek ini walaupun cuti sekolah dan menjayakan projek ini. Selain daripada itu, lokasi juga menjadi satu cabaran besar. Ini kerana, kami tidak dapat potong atau cabut akar dengan pertimbangan tidak membawa kesan kepada bangunan sekolah. Itulah cabaran.
PENGAJARAN DAN DAPATAN HASIL PROJEK Terdapat banyak pembelajaran daripada projek ini, pertama sekali, kepercayaan seorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal untuk merancang, maka kita adalah merancang untuk gagal. Perancangan dibuat dengan teliti dengan kemampuan dan keperluan yang ada di sekolah. Perancangan untuk pelan B juga sangat penting juga pelan A tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, pengajaran yang dapat diperolehi adalah Kerjasama berpasukan. Di sini, saya memahami kolaborasi bersama ibu bapa murid mengeratkan hubungan dengan ibu bapa murid. Kerjasama sangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Perbincangan sesama pasukan serba sedikit amat membantu dalam melihat kelancaran pelaksanaan kerja. Idea – idea daripada mereka yang berpengalaman telah memberikan satu pengajaran penting sebagai kejayaan projek. Disiplin diri yang baik juga merupakan elemen penting yang diperolehi hasil daripada projek ini. Ia adalah satu asas yang berguna dalam kesungguhan untuk menyiapkan projek menepati masanya.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, projek ini adalah satu Latihan dan pembinaan insan melalui pendedahan kepada corak komunikasi, Kerjasama dan Kerjasama dan kecintaan kepada alam sekitar yang bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada murid – murid sekolah. Hasil daripada usaha ini, murid – murid juga belajar untuk memberikan Kerjasama dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidup bermasyarakat. Projek SLASS yang diberikan nama “GREEN TECH AI GARDEN” menjadi mercu pembelajaran yang bermakna dan harus dicontohi.
LAMPIRAN SEBELUM MULAKAN PROJEK SELEPAS TUTUP DENGAN PASIR
HASIL PROJEK SAYA SUMBANGAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH
VIDEO PERJALANAN SEPANJANG PROJEK HIDDEN FEATURES OF GREEN TECH AI GARDEN APPLICATION OF GOOGLE LENS
Disediakan Oleh, ____________________________ Rajathi a/p Ramayah Pengurus Projek SK Gopeng Jalan Ilmu Disemak Oleh, ____________________________ Pn. Noorekhya binti Hasim@Adnan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gopeng Jalan Ilmu Disahkan Oleh, _____________________________ En. Azhar bin Ahmad Guru Besar SK Gopeng Jalan Ilmu