The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kepentingan seorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naddiha15, 2020-11-04 04:23:10

F12.13.NURNADIHAMOHDSAAD

Kepentingan seorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

Perkembangan Kanak-kanak
[EDUP3023]

Nama: Nur Nadiha binti Mohd Saad

No. Kad Pengenalan: 010215110290

Angka giliran: 2020192340228

Kumpulan: PISMP F12

Pensyarah: Tuan Haji Omar bin Chek Man

Tarikh hantar: 04 November 2020

Isi kandungan

1.0 Pengenalan 2.0 Kepentingan 3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan
Seorang Guru
Menguasai
Peringkat
Perkembangan
Kanak-kanak
Berdasarkan
Teori
Perkembangan
Jean Piaget

1.0 Pengenalan
Menurut Jean Piaget dan Barbel Inhelder (2019), peringkat perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh
faktor-faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, budaya masyarakat setempat, teknologi seperti telefon
pintar dan pihak sekolah, iaitu guru. Oleh yang demikian, kanak-kanak yang sedang membesar banyak
menghabiskan masa mereka di alam persekolahan dan mempunyai hubungan yang akrab dengan guru serta
memandang tinggi perbuatan guru dan berpotensi untuk mengikut perbuatan tersebut. Oleh itu, guru merupakan
insan kedua terpenting dalam memperkembangkan kognitif kanak-kanak jadi seharusnya seorang guru untuk
menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980).

Menurut Rohani Abdullah (2003), perkembangan kognitif ialah cara pemikiran seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak pula merujuk kepada bagaimana seorang kanak-kanak memperkembangkan
cara pemikirannya dan memproses sesuatu maklumat untuk membina pengetahuan baharu bagi mereka. Oleh itu,
teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) memainkan peranan yang penting kepada guru untuk
memahami
bagaimana seorang kanak-kanak berfikir dan bagaimana seorang guru mampu memainkan peranan dalam
memperkembangan daya pemikiran seorang kanak-kanak daripada satu peringkat kepada peringkat yang lain.

1

2.0 Kepentingan Seorang Guru Menguasai Peringkat Perkembangan Kanak-kanak
Berdasarkan Teori Perkembangan Jean Piaget.
Penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget adalah penting kepada guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Firmina Angela Nai (2017),
teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan salah satu teori perkembangan
psikologi terpenting untuk dijadikan rujukan. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan bagi
seorang guru untuk menguasai dan mengaplikasikan teori perkembangan Jean Piaget di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2

2.1 Membantu guru dalam merancang pengalaman pembelajaran
Menurut Saayah Abu (2007), salah satu kepentingan guru dalam menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget
ialah guru dapat membentuk pengalaman pembelajaran yang berkesan. Melalui pengalaman pembelajaran, seorang
kanak-kanak dapat membentuk komunikasi dua hala dengan manusia dan alam sekeliling. Justeru itu, kanak-kanak
perlu bergiat aktif dengan rakan sebayanya untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Kesannya, kanak-
kanak dapat meningkatkan pengetahuan sedia adanya melalui aktiviti yang dijalankan secara berkesan oleh guru.
Contohnya, seorang guru meminta kanak-kanak untuk berada di dalam kumpulan kecil 3-4 orang untuk menceritakan
fakta menarik yang dibacanya di luar kelas akademik secara bergilir-gilir 5 minit sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran bermula.

Hal ini menepati teori perkembangan kognitif Jean Piaget, iaitu guru menyediakan peluang kepada kanak-kanak
dalam membuat penerokaan terhadap konsep pembelajaran yang diminatinya dan mengaitkan konsep tersebut
dengan proses pengalaman dan pembelajaran pada hari tersebut. Kesannya, murid-murid akan menggunakan daya
pemikirannya secara aktif di dalam kelas akademik serta guru dapat mencapat objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Oleh itu, guru yang mewujudkan pengalaman pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan murid
dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat dan perhatian murid agar mereka dapat melibatkan
diri secara langsung di dalam kelas akademik dalam usaha untuk memperkembangkan daya kognitif mereka.

3

2.2 Menjadikan aktiviti sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran lebih sistematik

Menurut Masganti Sit (2017), seorang guru yang menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget akan menjadikan

aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran lebih sistematik bersesuaian dengan peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak.

Oleh yang demikian, menurut Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad (2007), aktiviti di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran perlu disusun bermula daripada objek konkrit kepada abstrak, objek terdekat hingga jauh,

mengukuhkan pengalaman sedia ada dan membina pengalaman baharu, perkara yang tersurat kepada yang tersirat

namun bergantung kepada perkembangan fizikal dan mental seseorang kanak-kanak tersebut. Teori perkembangan

kognitif Jean Piaget menekankan perubahan bentuk tingkah laku ke arah yang lebih positif merupakan hasil daripada

proses pembelajaran.

Proses penyesuaian diri kanak-kanak diaplikasikan untuk membiasakan kanak-kanak dengan topik pembelajaran yang

baharu dan lebih rumit. Hal ini kerana guru bertindak sebagai agen untuk mengubah struktur kognitif seorang kanak-kanak

agar dapat menyerap maklumatbaharu ke dalam pengalaman pembelajaran yang sedia ada. Contohnya, guru perlu

mengajar mengikut perancangan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengikut tahap

daya fikir murid-muridnya dan tidak boleh melangkau topik ke tahap yang lebih rumit sekiranya murid-murid tidak

memahami asas pembelajaran. Oleh itu, guru yang menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget akan merancang

topik pembelajarannya bermula dari aras kesukaran yang rendah sehingga tinggi secara tersusun mengikut perkembangan

kognitif murid-murid itu sendiri. 4

2.3 Membantu guru dalam memainkan peranan sewaktu di dalam kelas
Menurut Yudrik Jahja (2011), guru yang menguasai teori perkembangan kognitif Jean Piaget dapat memainkan
peranan sepenuhnya sewaktu sesi akademik di dalam kelas. Hal ini kerana, setiap kanak-kanak mempunyai
keperluan psikologi yang berbeza berdasarkan faktor persekitaran yang mempengaruhi daya kognitifnya seperti ibu
bapa, rakan sebaya dan budaya masyarakat setempat. Oleh itu, guru perlu membuat perancangan yang teliti tentang
aktiviti, isi kandungan, pemilihan bahan bantu mengajar, teknik pengajaran dan sebagainya yang bersesuaian
dengan perkembangan kognitif kanak-kanak pada ketika itu. Contohnya, guru menyediakan bahan bantu mengajar
yang bertemakan kartun pada murid Tahun Satu serta mengubah lirik lagu kanak-kanak kepada lirik yang berkaitan
dengan pembelajaran agar murid-murid dapat memahami apa yang dipelajarinya dengan mudah dan menjadikan
proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik.

Perkara terpenting yang perlu dititik beratkan oleh guru semasa membuat perancangan ialah tahap kemampuan
berfikir murid-murid selaras dengan peningkatan umur kanak-kanak. Jika guru mengajar kanak-kanak yang sudah
mencapai perkembangan tahap berfikir yang selaras dengan umurnya, masa yang diperuntukkan untuk mengajar
topik pembelajaran tersebut akan lebih singkat berbeza dengan kanak-kanak yang belum mencapai kematangan
dalam tahap berfikirnya. Jelaslah bahawa, guru perlu memainkan peranan yang berbeza serta memahami keperluan
kognitif kanak-kanak bergantung kepada tahap kematangan murid-murid agar pembinaan konsep pembelajaran
dapat difahami oleh murid-muridnya.

5

2.4 Menjadikan teori perkembangan kognitifJean Piaget sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Menurut Richard Kohler (2008), teori perkembangan kognitif Jean Piaget terbahagi kepada empat tahap perkembangan
mengikut peringkat umur, iaitu peringkat sensori motor (0 hingga 2 tahun), pra operasi (2 hingga 7 tahun), operasi
konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Pada peringkat sekolah rendah, iaitu tahap
perkembangan pra operasi, kanak-kanak lebih cenderung untuk menggunakan bahasa dan imej untuk mempamerkan
kefahamannya tentang sesuatu perkara. Contohnya, pada peringkat ini, guru meminta murid-murid menerangkan apa
yang difahaminya melalui lukisan dan bersoal jawab dengan murid-murid yang lain di dalam kelas untuk menambahkan
pengetahuan yang sedia ada.

Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-kanak lebih cenderung untuk membuat andaian dan berfikir secara logik
akal namun masih terikat dengan peristiwa lampau yang pernah dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Hal ini menunjukkan
perbezaan dengan daya kognitif seorang remaja yang sudah mampu berfikir secara realistik dan mula menunjukkan
minat terhadap isu sosial serta sudah mula untuk mencari identiti dirinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, murid-
murid di peringkat sekolah menengah perlu sering dianjurkan perbincangan oleh guru agar mereka dapat menggarap
pemikiran mereka. Jelaslah bahawa, kanak-kanak mempunyai daya pemikiran kognitif yang berbeza bergantung kepada
tahap-tahap tertentu yang perlu diberikan perhatian oleh guru agar guru dapat melaksanakan aktiviti yang sesuai
bergantung kepada kemampuan murid dalam usaha untuk mengembangkan daya pemikiran kognitif mereka.

6

2.5 Membantu murid untuk memperkembangkan teori kognitifnya secara lebih berkesan
Menurut Shahabuddin Hashim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014), guru yang menguasai teori perkembangan
kognitif Jean Piaget mampu membantu murid untuk mengembangkan daya kognitifnya ke arah yang lebih berkesan.
Contohnya, guru yang menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan usia
kanak-kanak dapat membantu murid-murid dalam memahami konsep asas topik pembelajaran pada hari tersebut.
Hal ini kerana teori perkembangan kognitif Jean Piaget menekankan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk menggalakkan murid agar sering mrnggunakan kaedah penyelesaian masalah secara usaha sendiri
untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu.

Jelaslah bahawa, seorang guru yang melibatkan pelajarnya secara aktif dala proses pengajaran dan
pembelajaran akan memberi kesan yang positif kepada pelajar, iaitu dapat meningkatkan pengetahuan mereka
tentang konsep keseluruhan topik pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan dapat membantu guru untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dua hala yang berkesan dengan murid-murid untuk
meningkatkan pemahaman murid bagi topik tersebut dan meningkatkan daya pemikiran kognitif mereka kearah yang
lebih berkesan.

7

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif yang diasaskan oleh Jean Piaget (1896-1980) adalah sangat penting
untuk diaplikasikan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini memberi pengajaran kepada
guru untuk melaksanakan aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan kognitif
dan kemampuan murid-murid agar mereka faham dan jelas isi kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru
dalam masa tertentu. Kesannya, tahap perkembangan kognitif kanak-kanak akan berada di tahap yang sepatutnya
bersesuaian dengan umur seseorang kanak-kanak tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu meletakkan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget sebagai panduan utama dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

8

4.0 Rujukan
Firmina Angela Nai. (2017). Teori belajar dan pembelajaran implementasinya dalam pembelajaran bahasa Indonesia di SMP, SMA
dan SMK. CV Budi Utama.
Kohler, R. (2008). Jean Piaget . Bloomsbury .
Masganti Sit. (2017). Psikologi perkembangan anak usia dini. KENCANA.
Piaget, J. (2019). The psychology of the child. Basic Books.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Panduan kurikulum prasekolah. PTS Proffesional Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah. (2003). Perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. PTS Proffesional Sdn. Bhd.
Saayah Abu. (2007). Menjadi guru tadika. PTS Proffesional Sdn Bhd.
Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Pendidikan sosioemosi kanak-kanak. PTS Akademia Sdn. Bhd.
Yudrik Jahja. (2011). Psikologi perkembangan. Prenadamedia Group.

9


Click to View FlipBook Version