The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berjumpa lagi kita dalam Buletin KTESA Edisi ke-3 sesi 2021/2022.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by johanna, 2022-07-05 11:40:42

BULETIN 2022_clone

Berjumpa lagi kita dalam Buletin KTESA Edisi ke-3 sesi 2021/2022.

EDISI 3.0 2022

BULETIN KTESA

Cerita, berita dan informasi terkini

MENARIK Sesi Jelajah Kuiz ASEAN
DI DALAM 2022

Program 24 Jun 2022 – Jabatan Penerangan Malaysia
Cambah Minda Selangor mengadakan sesi Jelajah Kuiz ASEAN
Tinrsaernt ssefnoternmceasi bersama pelajar Kolej Tingkatan Enam Shah
kerajaan: Undi Alam Pertandingan ini dilaksanakan secara
18 Tahun dalam talian selama 1 bulan bermula 1 hingga
Sambutan hari 30 Jun 2022. Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 ini
guru dan hari adalah percuma dan terbuka kepada murid
raya serentak sekolah berumur 15 hingga 17 tahun serta
Ustaz Syamsul warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke
Debat atas. Objektif utama pertandingan adalah
gamatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan
latihan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan
personel guru pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali
KTESA prihatin dalam kalangan generasi muda. Pertandingan
terhadap ini uga adalah bagi mendapatkan tiga peserta
warga kolej terbaik bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan
Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang akan
Kejayaan diadakan oleh negara Mynmar, pada satu
pelajar menjadi Tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
inspirasi
Vol .01 Newsletter
KtesaRedaksi. Inc
p. 03-5541-4172

a. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Sek 24

KTESA TINTA EDITORAssalamualaikum dan selamat sejahtera.
KOLEJ TINGKATAN 6 SHAH ALAM Selepas 2 tahun dilanda pandemik Covid-19, Malaysia memasuki
fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022. Fasa perubahan
JAWATANKUASA SIDANG ke endemik ini merupakan exit strategy untuk membolehkan
REDAKSI (GURU) kita semua kembali kepada kehidupan yang hampir normal
seperti yang dikecapi sebelum ini. Sebulan kemudian, kerajaan
PENASIHAT mengumumkan beberapa teras utama protokol kesihatan awam
Puan Maziah binti Mohammad Zain yang sebelum ini diwajibkan dan diwartakan telah ditarik semula
SETIAUSAHA bermula 1 Mei 2022. Antaranya termasuklah pemakaian pelitup
Siti Aliza binti Halimi muka kini hanya diwajibkan apabila berada dalam bangunan dan
PEN. SETIAUSAHA dalam pengangkutan awam. Bukan itu sahaja, penjarakan fizikal
Norita binti Md Amin pada jarak 1 meter tidak lagi diperlukan dan aktiviti bersalaman
AJK turut dibenarkan.
Hanita binti Samadi
Roselila binti Mohd Nawawi Kelonggaran yang diberi ini bermakna semua langkah bagi
Chee Chuen Yee mengelakkan dari dijangkiti virus ini terletak sepenuhnya di
Haslina binti Yusoff tangan masing-masing. Kelonggaran ini juga menuntut rakyat
Thilagai a/p Muniandy lebih bertanggungjawab menjaga dan melindungi keselamatan
Noor Hijanag binti Ahmat diri, ahli keluarga serta masyarakat. Hal ini kerana kini semuanya
Sharifudin terpulang kepada diri kita sama ada terus berhati-hati atau leka
Nariza binti Ab Ghani dan cuai atas alasan tiada lagi keperluan mematuhi SOP yang
Noraini binti Che Yusoff ditetapkan.

JAWATANKUASA SIDANG Di peringkat kolej, aktiviti akademik dan kokurikulum yang
REDAKSI PELAJAR dijalankan secara hibrid sebelum ini, kini dapat dijalankan secara
fizikal. Namun, langkah-langkah pencegahan tetap diambil
EDITOR untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjamin.
Nur Irdina Binti Azlan Buat pertama kalinya selepas 2 tahun aktiviti kokurikulum
PEN. EDITOR dijalankan secara atas talian, pelajar berpeluang menjalankan
Nur Qistina Athirah Binti Norazwan aktiviti sukan dan permainan secara bersemuka di gelanggang
AJK dan persekitaran kolej. Keterujaan pelajar mengaplikasikan
Nur Athirah Binti Mohammad Mazlan kemahiran sukan dan permainan terserlah dengan riuh-rendah
Nur Azza Maisarah Binti Kamarudin suara mereka semasa membuat latihan sukan. Pihak kolej juga
Yuveniesha A/P Sangaran berpeluang mengadakan program sambutan hari guru dan
Aileen Allaya A/P Owaat sambutan hari raya Aidilfitri secara serentak. Peluang untuk
Adriana Binti Mohammad berhimpun dimanfaatkan dengan aktiviti yang bermanfaat
Shameeneswary A/P Raja Kumar untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani,
Mohammad Danny Qusyairy Bin emosi, rohani, intelek dan sosial.
Mohd Paris
Sheum Hai En Bermula 1 Mei juga pelajar wajib hadir ke kolej untuk mengikuti
Wong Teng Zhuo pengajaran secara bersemuka. Hal ini bermakna, peraturan
Siti Sarah Binti Mohd Nasir kehadiran ke sekolah kembali seperti asal sebagaimana sebelum
Yasmeen Sofea Binti Sharil Izwan penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, kehadiran
Nur Syamira Binti Laily pelajar ke kolej kurang menggalakkan terutamanya pelajar
Dzul Fiqar Badrishah Semester 3 2021. Keadaan ini menjejaskan usaha pihak kolej
menjalankan program peningkatan prestasi yang bertujuan
memastikan kelulusan pelajar mencapai 100 peratus. Oleh itu,
ibu bapa perlu bekerjasama memastikan keberadaan anak-anak
mereka ke kolej untuk memastikan keberhasilan program yang
dijalankan.

Pihak Sidang Redaksi meneruskan penerbitan BULETIN
KTESA kali ke-3 pada tahun 2022. Ketidaktentuan SOP yang
melibatkan penggambaran pelajar mendorong keputusan
menerbitkan semula BULETIN KTESA dua kali setahun sebagai
satu dokumen yang merekodkan program akademik, hal ehwal
pelajar dan kokurikulum. Seperti terbitan edisi lepas, edisi kali
ini juga akan memuatkan kejayaan pelajar sebagai inspirasi serta
titipan motivasi dari kaunselor di ruangan Bicara Kaunselor.

Akhir kata, menerbitkan buletin bukanlah sesuatu yang mudah.
Banyak proses belakang tabir yang menuntut komitmen masa,
kesabaran dan ketekunan dalam penghasilannya. Semoga
BULETIN KTESA Edisi ke-3 berjaya memainkan peranan dalam
mendokumentasikan program utama kolej sepanjang tahun di
samping merekodkan kejayaan yang diraih warga sekolah.

Wassalam.

BERITA KTESA

PROGRAM CAMBAH MINDA UNDI 18 DAN CERAMAH KESIHATAN

24 Jun 2022 -Keputusan kerajaan menurunkan had usia layak
mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah satu inisiatif
meningkatkan partisipasi golongan belia dalam pembentukan
kerajaan serta pentadbiran negara. Oleh itu, tahap literasi
politik anak muda yang kurang ambil peduli tentang politik
dan sistem pentadbiran negara perlu diperkasakan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Penerangan Malaysia
Selangor dengan kerjasama Kolej Tingkatan Enam Shah Alam
telah mengadakan program Cambah Minda Undi 18 di samping
mempromosikan pertandingan Kuiz ASEAN 2022. Program
Cambah Minda Undi 18 diadakan pada jam 10 pagi di Bilik Pro
Cancelor dan hanya melibatkan 80 orang pelajar Semester 2
dari kelas UIAM, UNIMAP, UPSI dan UNIMAS kerana tempat yang
terhad.

Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar lain berada di
Dewan Cancelor untuk mengikuti program Perkhidmatan
Dewasa Muda oleh Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 19, Shah
Alam. Dalam program ini, pelajar berpeluang mendengar
ceramah kesihatan bertajuk Kepentingan dan Penjagaan
Kesihatan Mulut serta tajuk Merokok dan Kanser Mulut yang
disampaikan oleh pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Shah
Alam Seksyen 19, Shah Alam. Bukan itu sahaja, pelajar
berpeluang menyaksikan pameran penjagaan kesihatan mulut,
pemeriksaan pergigian secara percuma serta merebut hadiah
yang ditawarkan oleh penganjur dalam acara menjawab
soalan kuiz kesihatan.

Program Cambah Minda, Transformasi Kerajaan: Undi 18
dimulakan dengan perkongsian oleh YBhg. Ts. Dr. Syed Agil
Alsagoff, Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan
Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia. Beliau memberi penekanan kepada kepentingan
kesedaran politik dalam diri anak muda agar mereka
menggunakan kematangan, kebebasan dan hak demokrasi untuk
menentukan calon yang akan diundi. Sesi perkongsian diakhiri
dengan sesi soal jawab dan juga soalan kuiz kepada pelajar.
Pelajar sangat aktif dan memberikan respon yang sangat
memberangsangkan semasa acara menjawab soalan kuiz.
Keempat-empat soalan kuiz yang dikemukakan dapat dijawab
oleh pelajar dengan betul dan mereka menerima hadiah dalam
bentuk hamper dan cenderamata dari Jabatan Penerangan
Malaysia Negeri Selangor.

Usai penyampaian hadiah, program diteruskan dengan majlis
perasmian yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Tuan Haji Zailani bin Othman
dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBrs Puan Wan Norkhana
binti Mohamad selaku Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Negeri Selangor. Majlis perasmian diakhiri dengan penyampaian
sijil kepada semua pelajar serta penyampaian cenderamata
kepada penceramah, YBhg. Ts. Dr. Syed Agil Alsagoff dan
pengetua KTESA selaku tuan rumah. Selepas acara bergambar
beramai-ramai, YBrs Puan Wan Norkhana menyerahkan poster
pertandingan Kuiz ASEAN 2022 kepada tuan pengetua untuk
mempromosikan penglibatan pelajar dalam pertandingan
tersebut.

BERITA KTESA

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA; SEDERHANA TAPI MERIAH

19 Mei 2022 – Kerinduan guru-guru untuk menyanyikan
lagu keramat Kami Guru Malaysia terubat tahun ini
apabila KTESA mengadakan sambutan hari guru dan
hari raya peringkat kolej secara serentak. Bertemakan
“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”, sambutan Hari Guru
peringkat kolej diraikan dalam suasana sederhana
tetapi meriah.

Sambutan hari guru dimulakan pada jam 9 00 pagi
dengan perarakan masuk pengetua, wakil PIBG, barisan
pentadbir dan guru-guru ke Dewan Canselor. Pada
masa yang sama, semua pelajar telah bersedia di kiri
dan kanan serta memberikan tepukan gemuruh
kepada semua guru yang disayangi. Selepas nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu KTESA dan
bacaan doa, warga dewan mendengar perutusan hari
guru daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Encik
Saipolbahri bin Aziz dan Encik Zuraimi bin Ahmad. Tidak
lengkap sambutan hari guru tanpa ikrar yang dilafazkan
oleh guru-guru sebagai janji untuk terus menjunjung
tugas yang digalas. Semua guru naik ke pentas untuk
melafazkan ikrar hari guru yang diketuai oleh Encik
Nandakumaran a/l Doraisamy . Usai ikrar dilafazkan,

semua guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia
yang amat bermakna bagi semua insan yang bergelar
GURU. Persembahan deklamasi sajak, silat dan nyanyian
oleh pelajar menutup tirai sambutan hari guru peringkat
KTESA tahun 2022.

Sambutan hari raya pula dimulakan pada jam 10 30
pagi, selepas selesai acara sambutan hari guru di
Dewan Canselor. Semua kelas mengadakan jamuan hari
raya di kelas masing-masing dengan pemantauan
pengurus kelas. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, para pelajar bekerjasama membuat persiapan
tempat dan dekorasi, serta membawa juadah secara
potluck. Keriangan dan kegembiraan terserlah di wajah
pelajar KTESA kerana dapat meraikan sambutan hari
raya bersama rakan dan guru-guru pada tahun ini.
Walaupun, pelajar tidak dibenarkan bergerak dari satu
kelas ke kelas yang lain namun sambutan di dalam
kelas bersama rakan-rakan dan guru-guru yang
mengajar kelas berkenaan sudah cukup bermakna
buat mereka.

Sambutan hari guru dan hari raya kali ini merupakan
program pertama kolej yang melibatkan aktiviti
perhimpunan dan perkumpulan secara bersemuka
selepas kerajaan mengumumkan beberapa
kelonggaran Langkah kawalan dan pencegahan Covid-
19 berkuat kuasa 1 Mei yang lalu. Walau bagaimanan
dalam menyambut kemeriahan dan kegembiraan
sambutan hari guru dan hari raya, para guru dan
pelajar tetap melakukan kawalan kendiri demi
memastikan kesihatan diri dan orang sekeliling berada
dalam keaadaan yang baik.

BERITA KTESA

MESYUARAT AGTUANJGUPKIBG TAHUN 2022

26 Mac 2022 – Mesyuarat Agung PIBG (AGM) Berikut adalah ahli jawatankuasa PIBG Kolej
Tahun 2022 sekali lagi diadakan secara hibrid Tingkatan Enam yang baharu bagi sesi 2022/2023
menggunakan platform google meet. Seawal
jam 7:30 pagi, Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : Tn Hj Mohd Zailani Bin Othman
Mesyuarat Agung PIBG telah berkumpul di Yang Dipertua PIBG : Encik Adief Bin Alias
pejabat KTESA untuk membuat persediaan Naib Yang Dipertua PIBG :En. Mohd Shahza Anuar bin
teknikal bagi memastikan perjalanan Shaari
mesyuarat berjalan lancar. Setiausaha Kehormat: Pn Hasmah binti Mamat
Seperti tahun lepas, ibu bapa mengisi Bendahari Kehormat: Puan Siew Mun Ling
kehadiran menerusi aplikasi google form yang
disediakan serta mereka turut dapat AJK Ibu Bapa
mengakses buku program menerusi aplikasi 1. Puan Asiah binti Abd Samad
anyflip. Kehadiran ibu bapa dan guru dalam 2. Encik Selvan A/L K. Muthukanu
mesyuarat agung kali ini hanya 96 orang 3. Puan Ainol Aiza binti Ahmad
sahaja berbanding 150 orang pada tahun lalu 4. Encik Lee Kee Fatt
5. Encik Mohd. Nizam bin Ali
Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan Enam 6. Puan Yati binti Mustafa
Shah Alam kali ke-6 dimulakan dengan
ucapan juruacara majlis, Puan Siti Zurina binti AJK Guru:
Maaruf tepat jam 9 pagi diikuti dengan 1.Encik Saipolbahari bin Aziz (Biro Pembangunan
bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Khubaib Fizikal)
bin Ahmad Fuad. Majlis diteruskan dengan 2. Encik Zahanordin bin Amat Lori (Biro Akademik)
ucapan alu-aluan dari Pengetua KTESA, Tuan 3. Puan Doris Selvi A/P Thomas
Haji Zailani bin Othman. Dalam ucapan alu-
aluan, beliau menyeru ibu bapa untuk (Biro Kebajikan & Sosial)
memastikan kehadiran anak-anak sama ada 4. Puan Zuziana binti Shahuri (Biro Maklumat)
secara fizikal atau PdPR. Beliau juga amat 5. Puan Siti Zurina binti Maarof (Biro Kokurikulum)
berharap kerjasama ibu bapa dalam Juru Audit Dalaman:
memastikan kejayaan anak-anak pelajar. 1) Encik Che Saidin bin Abdullah (juruaudit guru)
Majlis kemudian dirasmikan oleh Encik Adief
bin Alias selaku Dipertua PIBG KTESA. Selepas
peletakan jawatan ahli jawatamkuasa PIBG
sesi 2021/2022, mesyurat dikendalikan oleh
Encik Saipohbahari bin Aziz yang bertindak
selaku pengerusi sementara. Mesyuarat
sebulat suara mengekalkan barisan AJK PIBG
sesi 2020/2021 yang hadir memandangkan
mereka baru sahaja dilantik pada 25
September 2021.

Sesungguhnya, penubuhan PIBG bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru dalam membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama untuk
meningkatkan pencapaian sekolah. Oleh itu, adalah diharapkan agar ibu bapa dapat menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG untuk sama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran demi
pembangunan dan kecemerlangan KTESA.

BERITA KTESA

LATIHAN PERSONEL DI HOTEL GENO

28 Februari 2022 - Unit Latihan Personel Kolej Tingkatan Enam Shah Alam mengadakan
Latihan Personel kali kedua tahun 2022 di Hotel Geno,Taman Subang Mas Shah Alam
bermula jam 8 30 pagi hingga 1 petang. Latihan personel kali ini adalah yang pertama
diadakan di luar KTESA sejak setahun lalu sejak pandemik Covid 19 melanda. Semua
peserta tetap mematuhi standard operasi yang ditetapkan untuk mengekang jangkitan
wabak Covid 19.

Latihan dan Pembangunan Profesional Guru adalah satu program yang terancang dan
sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan guru-guru
melalui satu proses pembelajaran bagi mencapai prestasi kerja yang efektif. Latihan
personel juga merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang disusun untuk
mengubah sikap, pengetahuan dan kemahiran guru agar prestasi kerja mereka dapat
ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, latihan personel kali ini membawakan tajuk
Peningkatan Profesionalisme dalam Memantapkan Organisasi yang disampaikan oleh

pAenRcerTamEahXyHangIBtidIaTk IasOingNlagi, iaitu Encik Syamsul Amri bin Ismail atau dikenali

sebagai Ustaz Syamsul Debat.

Pendaftran peserta bermula pada jam 8 30 hingga 9 00 pagi. Kemudian, terlebih
dahulu para peserta mengikuti taklimat e-Operasi yang disampaikan oleh Pn Viani Aba

sAelankeuwPselneottleorngisKaagnraenatPewnataydtboirkaene. pPada Jam 9 30 pagi, peserta menikmati minum
ptahgei sytuandgendtsis,efdaicauklatny, ppiahraeknthso, taenl.dSebelum ceramah dimulakan, juruacara majlis
mmhgeeuannpajdrepadmepinpaainutntskgeaEbibnnecrreiykkaaostMuat runoh.sfcawhmhomaotal'.sdIt'Kshaunbaib untuk memimpin bacaan doa agar majlis
ePfefesecrttiavepwroagyraomf dtiidsaskemkeirninagtingugsi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Siynafmorsmul aDteiobantadnadri tmouuclahihninggbgaaskee penghujung ceramah kerana gaya penyampaian
bweliitahu ayllatnhge bpearrstaiehsajma ednatliaomnemd.enyelitkan lawak spontan dengan menggunakan

loghat Negeri Sembilan. Beliau menekankan hubungan yang baik antara pekerja dalam
organisasi serta sikap menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang harmoni.

Usai majlis, peserta tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama

penceramaFhOsRebMagaOi RkeEnaVngI-SkeInTan:gan.wwSewb.erleumallybgerreaantgskitaet.copmulang, peserta

menikmati jamuan makan tengah hari di Taste Café yang terletak di aras satu Hotel
Geno.

BERITA PERSARAAN

SELAMAT BERSARA CIKGU

27 Januari - Majlis persaraan Puan Wan
Kamariah binti Wan Endut diadakan secara
ringkas atas permintaan beliau sendiri. Majlis
tersebut diadakan di bilik guru pada jam 8 30 pagi.
Dalam majlis tersebut, beliau berpeluang
menyampaikan ucapan persaraan dan menerima
cenderamata dari pihak pentadbir, PIBG, unit-unit
mata pelajaran serta rakan-rakan guru.

Wan Kamariah binti Wan Endut merupakan guru
Perakaunan Kolej Tingkatan Enam Shah Alam.
Beliau dilahirkan pada 28 Jan 1966. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Chabang Tiga Perempuan Kuala Terengganu,
Terengganu dari tahun 1973 sehingga 1978 .
Semasa beliau berada di fasa remaja beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Sulaiman Kuala Terengganu, Terengganu.
Beliau kemudian menyambung pendidikannya di
Murdoch University Western Australia mulai tahun
1986 sehingga 1989.

Beliau telah berkhidmat sebagai tenaga
pengajar selama 29 tahun dari tahun 1993
hingga 2022. Permulaan kerjanya berada di
Methodist Girls School Klang dari tahun 1993
hingga 1997. kemudian beliau berkhidmat di SMK
Alam Megah Shah Alam selama 5 tahun dan
dtukarkan ke SMK Seksyen 27 Shah Alam selama
1 tahun pada tahun 2004. Namun, beliau
berpindah semula ke SMK Alam Megah Shah
Alam dari tahun 2005 hingga 2016. Kolej
Tingkatan Enam Shah Alam adalah sekolah
terakhir beliau berbakti sebagai guru
perakaunan selama 6 tahun.

Peristiwa manis yang berlaku di dalam hidup
beliau ialah pencapaian 100% perakaunan STPM
pada tahun 2016. Nasihat terakhir beliau kepada
semua guru-guru dan pelajar ialah Be good,
enjoy life.

BERITA PERSARAAN

HAPPY RETIREMENT

Majlis persaraan Cik Chanthireka a/p Vasudevan diadakan secara
sederhana pada 29 April 2022. Majlis diadakan jam 11 30 pagi di bilik ketua
jabatan. Ucapan pelajar, pengerusi KGKT, pengetua dan guru yang
diraikan dibuat menerusi interkom dan dapat didengari dengan jelas oleh
semua warga kolej yang berada di bilik kuliah, bilik guru, makmal dan
pejabat.

Nama Penuh: Chanthireka a/p Vasudevan
Tarikh & Tempat Lahir: 20 September 1967 di Ipoh, Perak
Pendidikan awal : Sekolah Rendah Seksyen 16 Shah Alam
Pendidikan Menengah: SMK Seksyen 2 Shah Alam, Sekolah Menengah
Convent Klang & Sekolah Menengah Tinggi Klang, Klang, Selangor

Kelulusan Ikhtisas:

Pengalaman: 1. Ijazah Sarjana Malaysian English as a Second Language (UM)
2. Ijazah Sarjana Muda BA HONS: English Language Studies (UKM)
3. Maktab Perguruan Pendidikan Pulau Pinang
Sejarah Perkhidmatan:
1. SJK(T) Alpha Bernam Ladang Jenderata, Teluk Intan, Perak (1991-1994)
2. SK Taman Sri Muda (1), Shah Alam (1994-1996)
3. SMK Seksyen 19 Shah Alam pada tahun (1999-2018)
4. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (2018 -2022)

1. Ketua Panitia Bahasa Inggeris
2. Melengkapkan kursus latihan guru atas talian selama sepuluh
minggu iaitu ‘CRITICAL THINKING IN LANGUAGE LEARNING & TEACHING’
pada tahun 2014 yang dianjurkan oleh U.S. Dept of State, Office of
English Language Programme bersama University of Oregon’s (Dept of
Linguistics) dengan gred pencapaian 91%.
3. Mengikuti ‘INTERNATIONAL TEACHER EXCHANGE PROGRAMME’ anjuran
American Education Dept pada tahun 2010 selama tiga setengah
bulan yang melibatkan 98 orang guru daripada seluruh dunia.
4. Menghasilkan dan membentangkan Modul ‘INSTRUCTIONAL
STRATEGIES FOR EFFECTIVE TEACHING AND LEARNING’ di peringkat
antarabangsa di Amerika Syarikat pada tahun 2010.
5. Pengasas Kelab Interact
6. Penceramah Bahasa Inggeris PMR dan SPM
7. Tenaga pelatih dan koreografer formasi pelajar sempena
Kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Pencapaian:

1. Penerima APC pada tahun 2004 dan 2014
2. Menghasilkan alat inovatif ‘WOODBOOK’ dan beliau pernah
dianugerahkan sebagai juara Pertandingan Guru Inovatif, kategori
Sekolah Menegah – Individu peringkat daerah PPD Perdana.
3. Mencipta nama dalam Malaysia Book of Records untuk Kad
Ucapan Terpanjang sempena Hari Kebangsaan 2004 iaitu
sepanjang 1.5 km
4. Penerima.Anugerah Khas Kokurikulum 2015 hingga 2017 Sekolah
Menengah Kebangsaan Seksyen 19
5. Menghasilkan buku cerita ‘A COLLECTION OF SHORT STORIES FOR
LEISURE READING- INSPIRED BY TEENS FOR TEENS’ iaitu 38 cerita
pendek hasil karya pelajar tingkatan 5 tahun 2012.
6. Beliau turut mencipta nama sebagai Juara Pertandingan Guru
Inovatif kategori Sekolah Menengah – Individu , peringkat Negeri
Selangor. Beliau turut menjadi juara dalam ‘MELTA MALACHI EDWIN
CREATIVE TEACHER SHOWCASE’ di mana ketika itu, beliau
memenangi pingat gangsa.
7. Menghasilkan buku cerita Bahasa Inggeris 5 siri ‘ADDING COLOURS
TO YOUR READING WITH POWERFUL IDIOMS’.

Hobi:

1. Membuat kek dan pencuci mulut.
2. Mengembara.

BERITA KURIKULUM

PROGRAM ANAKKU SAYANG

21 Januari 2022 – Unit Bimbingan Kaunseling dan Jawatankuasa
Kecemerlangan Akademik, Unit Kurikulum KTESA telah
mengadakan Hari Terbuka Program Anakku Sayang Tahun 2021.
Program ini diadakan untuk meningkatkan pencapaian akademik
Kolej Tingkatan Enam Shah Alam iaitu ke arah kelulusan 100%.
Program ini menyasarkan 20 orang pelajar Semester 3 yang
memperoleh keputusan tidak memuaskan dalam peperiksaan
STPM Semester 1 Tahun 2021. Ibu bapa pelajar dijemput untuk
sama-sama berbincang dengan pihak kolej dan pengurus kelas
tentang hala tuju pelajar serta sokongan ibu bapa yang diperlukan
untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelancaran Program Anakku Sayang dijalankan di Dewan Pro-
Canselor tepat jam 8 pagi dan dirasmikan oleh Pengetua KTESA,
Tuan Haji Zailani bin Othman. Kemudian, selaku penyelaras
Program Anakku Sayang atau Program SINAR, Encik Zuraimi bin
Ahmad telah memberikan taklimat ringkas kepada pelajar serta
ibu bapa yang hadir tentang objektif Program SINAR dan dalam
masa yang sama menyuntik kata-kata semangat kepada pelajar
untuk memperbaik keputusan mereka dalam peperiksaan ulangan
STPM nanti untuk memastikan mereka memperoleh CGPA yang
lebih baik.

Majlis pelancaran diteruskan dengan penyampaian hadiah lonjakan
akademik kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam peperiksaan STPM Semester 2 Tahun 2021.
Penerima hadiah lonjakan akademik ini ialah Muhammad Fakhrul
Razy bin Muhammad Fadil (UMS), Siti Hawani bt Mohd Rohizat (UIAM)
dan Prem Kumar a/l Miniandy (UIAM). Diharapkan lonjakan akademik
yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pelajar ini memberikan motivasi
dan membakar semangat pelajar SINAR untuk meningkatkan
pencapaian mereka.

Sesi interaksi antara ibu bapa bersama-sama guru kelas, kaunselor
dan guru disiplin diadakan usai penyampaian hadiah lonjakan
akademik. Dalam sesi ini, pelajar turut terlibat dalam perbincangan
dari hati ke hati untuk mengenal pasti permasalahan pelajar serta
solusi yang dicapai untuk menangani permasalahan tersebut.
Walaupun, kehadiran ibu bapa kurang memberangsangkan namun
rata-rata ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam program ini
berasa terharu dengan usaha yang dijalankan oleh pihak kolej untuk
membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

“Selepas menghadiri program ini, saya lebih bermotivasi dan lebih
mudah belajar berbanding dahulu,” ujar Muhammad Firdaus, salah
seorang peserta Program SINAR KTESA dari kelas UiTM.

Diharapkan usaha murni KTESA ini akan merangsang, mendorong
dan menanam minat pelajar untuk berusaha dengan lebih
bersungguh-sungguh untuk mencapai gred lulus penuh dalam
semua mata pelajaran.

BERITA KURIKULUM

PAMERAN SENI VISUAL SERLAHKAN BAKAT PELAJAR

8 April 2022 – Dua tahun berturut-turut Pameran
Seni Visual pelajar aliran Seni KTESA dijalankan
secara tertutup. Acara yang mempamerkan hasil
tugasan kerja kursus pelajar Seni Semester 3
diadakan di Galeri Rintis KTESA dan dirasmikan oleh
Pengetua KTESA, Tuan Hj. Zailani bin Othman.
Pameran yang bertemakan Kebudayaan Tradisional
di Malaysia dan Sukan 1 Asia telah berjaya
menyerlahkan kreativiti 68 orang pelajar melakar
cat di atas kanvas.

Selaku Ketua Unit Seni Visual, Puan Shamisnazura
mengucapkan rasa syukur kerana semua pelajar
telah selesai menghasilkan kerja kursus. “Sangat
lega dan rasa tenang dengan penganjuran
pameran pada hari ini kerana banyak cabaran
untuk memastikan pameran seni ini berjalan lancar,
“ luah Puan Shamisnazura menarik nafas lega.

Menurut Muhammad Aiman bin Razali, ini adalah

kali pertama beliau memegang kanvas yang

bersaiz besar. Dalam menghasilkan karya akhir,

beliau berdepan dengan cabaran dari segi

pemilihan warna kerana lakarannya banyak

tertumpu pada seni nouvea kemudian beliau ubah

aliran ke seni impressionism. Walau bagaimanapun,

beliau berasa sangat seronok kerana banyak
perkara baru yang dipelajari.”Saya harap selepas ini Banyak mata tertumpu kepada lukisan Kee Yi
lebih ramai yang berani untuk berkarya untuk Wen yang sangat menakjubkan. Lukisan beliau
mengangkat imej kolej,” nasihat Aiman yang juga yang bertajuk Drunken Beuty menarik perhatian

merupakan antara penerima Sijil Kecemerlangan pengunjung. Beliau mendapat ilham lukisan

Semester 1 dan 2 Seni Visual. menerusi hobi nenek beliau yang gemar

menonton opera Cina. Sebagaimana pelajar lain,

Kee Yi Wen juga berdepan dengan cabaran

dalam menghasilkan karya akhir

memandangkan tugasan ini adalah

pengalaman pertama beliau menghasilkan

karya di atas kanvas serta menggunakan cat

arkilik. “saya memang struggle dengan teknik

dan proses penghasilan hingga menyebabkan

saya banyak ambil masa untuk

menyiapkannya,” ujarnya yang berpuas hati

dengan hasil kerja kerasnya.

Sesungguhnya, pameran seni visual ini bukan
sahaja membuka minda pelajar secara kreatif
menerusi penghasilan karya melalui pendekatan
eksplorasi dan eksperimentasi tetapi juga wadah
awal untuk pelajar seni mempamerkan karya
mereka kepada khalayak serta menjadi
pendorong semangat mereka untuk
menghasilkan karya seni yang lebih baik pada
masa depan.

BERITA KURIKULUM

HARI TERBUKA SEMESTER 2 TAHUN 2022



27 Mei 2022 – Fasa peralihan ke Hasil tindakan pantas pengurus kelas yang
menghubungi ibu bapa untuk mengesahkan
endemik bermula 1 Mei 2022 kehadiran mereka, peratus kehadiran penjaga
melebihi 50% iaitu sebanyak 168 orang penjaga
membuka ruang kepada pihak kolej yang hadir daripada jumlah keseluruhan pelajar
semester 2 sebanyak 295 orang. Tidak dinafikan
untuk mengadakan pelbagai bahawa, faktor penjaga bekerja menjadi sebab
utama mereka tidak dapat menghadiri sesi
program terutamanya yang perbincangan bersama-sama pengurus kelas.
Oleh sebab itu juga, pihak kolej membenarkan
melibatkan penglibatan ibu bapa. penjaga yang mempunyai kekangan masa,
hadir seawal 7 30 pagi untuk memastikan
Oleh itu, peluang bertemu pelanggan mereka tidak terlepas peluang untuk bertemu
pengurus kelas demi membincangkan ruang
tidak dilepaskan oleh KTESA dengan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan pencapaian anak-anak mereka.
mengadakan Hari Terbuka bagi
Sesungguhnya hari terbuka merupakan
Semester 2 Tahun 2022 bermula jam peluang terbesar untuk merapatkan hubungan
para guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana
9 00 pagi hingga 12 30 tengah hari di kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibu
bapa amat penting dalam memastikan
kelas masing-masing. kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat
pada landasannya. Sesi perbincangan antara
Bertepatan dengan keputusan STPM penjaga dan pengurus kelas berlangsung secara
Semester 1 yang baru diumumkan profesional kerana keterbukaan ibu bapa untuk
pada24 Mei yang lalu, ruang bertemu mendengar kekuatan dan kelemahan pelajar
pengurus kelas dan guru mata serta tindakan bersama yang boleh dilakukan
pelajaran semasa hari terbuka ini untuk memajukan potensi pelajar ke arah
memberi peluang kepada ibu bapa kecemerlangan. Adalah diharapkan kehadiran
untuk membincangkan hala tuju, ibu bapa dalam program seumpama ini akan
penambahbaikan dan penyelesaian lebih menggalakkan pada masa akan datang
bagi masalah pembelajaran yang kerana pemahaman ibu bapa tentang sistem
dihadapi oleh pelajar. Dalam masa pendidikan tingkatan enam sangat membantu
yang sama, ibu bapa dapat melihat kolej ke arah pencapaian lulus 100 peratus.
pembangunan dan perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka
serta mengambil peranan untuk
menyokong dan memantau anak-
anak mereka khususnya berkaitan
ketidakhadiran dan kelewatan yang
menjadi isu utama masalah disiplin
pelajar.

BERITA HEP

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IHYA RAMADAN & SUMBANGAN HARI RAYA

22 April 2022 – Unit Kerohanian PTE dengan


Kerjasama Unit Kebajikan Kolej Tingkatan Enam

Shah Alam mengadakan program 3 dalam 1 iaitu,
Majlis Khatam Quran, Sambutan Ihya Ramadan dan
Sumbangan Hari Raya. Seramai 3 orang guru dan
10 orang pelajar mengambil bahagian dalam
majlis memuliakan al-Quran yang diketuai oleh
Pengetua KTESA, Tuan Haji Zailani bin Othman.
Warga KTESA dapat mendengar bacaan surah oleh
guru dan pelajar secara bergilir-gilir menerusi
pembesar suara. Majlis yang diadakan di Bilik ketua
Jabatan ini bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-
kira 30 minit kemudian.

Usai majlis khatam al-Quran, Tuan Pengetua
bergegas untuk menyempurnakan majlis
penyerahan wang zakat dan sumbangan hari raya
yang diadakan di Dataran Raudah. Dalam ucapan
aluan, beliau menyeru penerima sumbangan agar
memanfaat bantuan yang diberi untuk perkara-
perkara yang bermanfaat khususnya untuk
pelajaran. Beliau juga mengingatkan pelajar untuk
sentiasa berusaha meningkatakn pencapaian serta
tidak menjadikan kesusahan hidup sebagai
penghalang untuk mencapai kejayaan.

Dalam majlis ini, Tuan Pengetua menyampaikan zakat
dan sumbangan hari raya kepada 66 orang pelajar
kategori asnaf dan 10 orang pelajar pengkhatam al-
Quran. Majlis penyerahan wang zakat dan sumbangan
hari raya ini diakhiri dengan acara bergambar secara
beramai-ramai sebelum penerima sumbangan bergerak
ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran. Selain pelajar, sumbangan hari raya
turut diberikan kepada 4 orang pekerja pembersihan
dan pengawal keselamatan KTESA dalam satu majlis
ringkas yang diadakan di Galeria Rossa pada jam 11
pagi. Majlis Ihya Ramadan ini diakhiri dengan pemberian
bubur lambuk kepada semua pelajar, guru dan
kakitangan kolej pada jam 12 30 tengah hari.

Sesungguhnya, program ini berjaya dianjurkan hasil
dana zakat, sedekah dan sumbangan hari raya daripada
orang perseorangan dan warga kolej yang berhati mulia
hingga berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM9502.
Semoga amalan berkongsi rezeki ini menyuburkan harta
penyumbang dan memberi manfaat kepada golongan
yang memerlukan.

BERITA HEP

KTESA TERIMA SUMBANGAN SYARIKAT KORPORAT

Rentetan Program Ihya Ramadan

yang lalu, Unit Kebajikan KTESA
terus memperoleh dana zakat
dari syarikat korporat, iaitu
Yayasan Eskayvie berjumlah RM
3250 dan AXIATA berjumlah RM19
800. Dana yang diterima segera
diagihkan kepada anak yatim
dan pelajar asnaf dalam dua
majlis penyerahan wang zakat
yang berasingan.

Majlis penyerahan wang zakat

dari Yayasan Eskayvie diadakan

pada 28 April di Galeria Rossa

jam 9 pagi. Sebanyak 65 orang

anak yatim dan asnaf Sem 2 dan

Sem 3 menerima sumbangan

yang disampaikan oleh

Penasihat Yayasan Eskayvie

sendiri, Puan Nashwah Zainal. Kemudian, pada 25 Mei 2022, bertempat di
Kafetaria KTESA jam 8 00 hgga 9 00 pagi
pula diadakan majlis penyerahan wang
zakat dari AXIATA. Dalam majlis ini, Tuan
Haji Zailanai bin Othman menyampaikan
sumbangan luar kepada 66 orang anak
yatim dan asnaf KTESA.

Sesungguhnya, sumbangan luar

terutamanya dari syarikat korparat ini

adalah hasil kerja keras ahli jawatankuasa

Unit Kebajikan KTESA dalam mendapatkan

sumbangan luar demi manfaat pelajar-

pelajar KTESA yang memerlukan. Semoga

Allah swt akan memberikan ganjaran

berlipat ganda kepadajawatankuasa Unit

Kebajikan yang sentiasa mencari jalan

untuk membantu dan menjaga kebajikan

anak yatim dan asnaf KTESA.

BERITA HEP

KTESA PRIHATIN KEPADA MANGSA BANJIR

Tirai tahun 2021 ditutup dengan kisah yang memilukan
apabila banjir besar melanda hampir semua kawasan di
negeri Selangor. Banjir terburuk ini bukan sahaja
merosakkan harta benda dan dokumen berharga malah
menjejaskan emosi mangsa yang terlibat. Kawasan yang
teruk terjejas banjir termasuklah di Taman Sri Muda,
Kampung Jawa, Kampung Tengah Puchong, Kampung
Lombong, Bukit Lanchong dan Seksyen 23 Shah Alam.
Banjir besar ini turut menjejaskan warga KTESA yang
terdiri daripada 164 orang pelajar, 10 orang guru dan
Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) serta 4 orang
pekerja pembersihan dan pengawal keselamtan KTESA

Prihatin dengan dugaan yang dilalui oleh warga
KTESA, Unit Kebajikan Kolej Tingkatan Enam Shah
Alam yang diketuai oleh Puan Norepah binti Kasran
bertindak pantas melancarkan tabung sumbangan
banjir. Hasilnya, sejumlah RM37 806.00 berjaya
dikumpulkan menerusi sumbangan warga kolej dan
zakat. Dalam masa yang sama PIBG KTESA juga telah
melancarkan Tabung Kilat Bencana Banjir setelah
mendapat kelulusan daripada PPD. PIBG KTESA
berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 4
125.00. Selain sumbangan wang ringgit, KTESA juga
menerima sumbangan berupa Toto berzaiz besar
(king) sebanyak 90 unit daripada YB Khalid Abdul
Samad selaku ahli parlimen Shah Alam dan
sumbangan 90 set makanan kering berupa beras,
minyak masak, sardin, mihun dan biskut daripada
Parlimen Shah Alam.

Sumbangan yang diterima segera diagihkan kepada
pelajar secara berperingkat di pelbagai lokasi. Bagi
mangsa banjir yang terjejas teruk, sumbangan

diserahkan di kediaman masing-masing menerusi
lawatan ke lokasi terjejas. Selain ahli jawatankuasa
Unit Kebajikan KTESA, Pengetua KTESA, Tuan Hj, Zailani
bin Othman, Encik Zahanordin selaku Ketua Guru
Disiplin serta Puan Fadzilah selaku kaunselor turut
turun padang menziarahi dan menyantuni beberapa
orang pelajar yang terkesan akibat banjir untuk
menyerahkan sumbangan yang diterima dari pelbagai
pihak. Sumbangan banjir seterusnya diserahkan
kepada pelajar yang terjejas di KTESA dalam majlis
pemberian sumbangan bencana banjir bagi warga
KTESA antara 10 hingga 14 Januari 2021, iaitu selepas
sesi persekolahan 2022 kembali dibuka.

BERITA HEP

Banjir tidak mengenal mangsa. Selain pelajar, warga kolej termasuk 10 orang guru,
seorang AKP, 4 orang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan dan 4
orang AJK PIBG juga turut terkesan akibat banjir. Prihatin dengan musibah yang
menimpa mereka, Unit Kebajikan sekali lagi mengadakan Majlis Penyerahan
Sumbangan Banjir kepada warga kolej yang terjejas pada 20 Januari 2022 di
Galeria Rossa pada jam 1 30 petang. Sumbangan berupa wang tunai dan selimut
tebal kepada mangsa banjir ini disampaikan oleh Pengetua KTESA, Tuan Haji
Zailani bin Othman.

Bantuan kepada mangsa banjir tidak hanya melibatkan bantuan kewangan
dan makanan tetapi juga bantuan tenaga bagi membersihkan kediaman
mangsa yang terjejas. Unit Kebajikan berjaya mengumpulkan sukareawan
yang terdiri daripada bekas pelajar KTESA untuk membantu guru yang
terjejas banjir melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir. Tenaga
mereka sangat diperlukan memandangkan banjir menyebabkan kerosakan
dan kemusnahan barangan di dalam rumah yang memerlukan kerja-kerja
pengasingan dan pembersihan dilakukan segera untuk mengelakkan
penularan wabak penyakit.

Sesungguhnya banjir besar yang melanda Shah Alam adalah ujian kepada
semua. Mangsa banjir diuji dengan kemusnahan dan kerosakan harta benda
yang bernilai ribuan ringgit manakala golongan yang tidak terjejas diuji dalam
bentuk kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang
terjejas. Walaupun benar peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu
yang memikul, namun sekurang-kurangnya amalan menghulurkan bantuan di
kala orang lain ditimpa musibah dapat meringankan beban dan mengubat
kesedihan. Semoga usaha murni Unit Kebajikan KTESA yang mendapat dokongan
daripada warga kolej terutamanya guru-guru KTESA yang prihatin akan
menyuburkan ukhuwah dalam kalangan warga KTESA.

BERITA KOKURIKULUM

KTESA ANJURKAN KARNIVAL BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN


Majlis Penutupan dan Pengumuman

Keputusan Pertandingan Karnival
Bahasa 2022 diadakan pada 18 Mei 2022
di Bilik Galeria Rossa pada jam 2 00
petang. Esei Wong Zu Yu dari kelas
UMS yang bertajuk Humanity in Natural
Disasters mendapat tempat ketiga

Pertandingan Menulis Esei Bahasa
Inggeris. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada pemenang dan guru
pembimbing, Puan Noriah binti Talib.
Pertandingan ini diadili oleh hakim yang
terdiri daripada pegawai Pendidikan
Tahun 2022 merupakan tahun kedua KTESA Daerah, pensyarah Institut Pendidikan
menganjurkan Pertandingan Menulis Esei dan Guru (IPG) dan universiti serta guru
Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah menengah.
Peringkat Kebangsaan Secara Atas Talian
dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Pertandingan kali ini disertai
oleh 55 orang peserta dari 12 buah Kolej
Tingkatan Enam dari seluruh Malaysia.
Sebagaimana tahun lepas, 4 kategori
pertandingan ditawarkan, iaitu Pertandingan
Pidato Bahasa Melayu, Petandingan Pidato
Bahasa Inggeris, Pertandingan Menulis Esei
Bahasa Melayu dan Pertandingan Menulis Esei
Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu Wong Zu Yu (UMS)
dan Bahasa Inggeris, para peserta perlu
menghantar rakaman pidato kepada pihak Sesungguhnya, medan Karnival
penganjur bermula 18 April hingga 28 April Bahasa ini merupakan salah satu
2022. Kemudian, pada 13 Mei diumumkan 10 wadah kepada pelajar untuk
orang peserta Pidato Bahasa Melayu dan 9 menggilap kemahiran insaniah
orang peserta Pidato Bahasa Inggeris yang khususnya membina keyakinan diri
layak ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir yang merupakan elemen penting
yang dijalankan pada pada 17 Mei 2022, untuk mencapai kejayaan.
peserta diberi tema pidato spontan dan
mereka perlu menghantar rakaman pidato
spontan kepada pihak penganjur bermula jam
2 00 petang hingga 2 30 petang pada hari yang
sama.

BICARA KAUNSELOR

PENCAPAIAN AKADEMIK = KERJAYA IDAMAN
Oleh: Pn Fadzilah binti Mohamed Yazid

Semua orang inginkan kejayaan. Kejayaan dalam akademik dan seterusnya mendapatkan
pekerjaaan dengan gaji yang lumayan. Laluan kerjaya lebih terarah kepada sesuatu bidang atau
kemahiran, berkait rapat dengan pencapaian akademik. Akademik sering disamakan dengan
kurikulum, peperiksaan SPM atau STPM dan juga berapa A yang diperolehi. Kerjaya pula dikaitkan
dengan bidang tertentu dalam akademik mengikut aliran seperti Aliran Sains, Sains Sosial serta
kemahiran.

Pengertian akademik meliputi pelbagai perkara yang berkaitan pendidikan, kurikulum,
pembelajaran dan pengajaran, peperiksaan serta kelulusan yang dicapai seseorang. Pencapaian
akademik yang cemerlang menuntut komitmen pembelajaran yang tinggi bagi pelajar.
Dimensi kerjaya pula bermaksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan
kehidupan, ia juga boleh ditakrifkan dengan profesion atau pekerjaan yang dipilih bagi mencapai
kemajuan dalam hidup di samping mancari nafkah. Kerjaya memerlukan perancangan dan
matlamat supaya bidang kemahiran yang dipilih selaras dengan matlamat yang dituju.
Bagaimana persediaan anda untuk mencapai kerjaya yang baik?

Anda hendaklah:

• Rajin belajar dan berusaha untuk mencapai keputusan akademik
yang cemerlang
• Meneroka pilihan-pilihan yang ada dan diminati
• Membina kemahiran berkaitan dengan kerjaya yang dipilih
• Berbincang dengan individu yang terlibat dengan kerjaya pilihan
anda, dan sekiranya ada peluang buat lawatan ke tempat kerja
mereka – penglibatan dan sokongan ibu bapa melalui kenalan
ibubapa juga sangat membantu untuk mendapatkan maklumat
kerjaya
• Membuat pembacaan lanjut mengenai kerjaya pilihan anda
• Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, kaunselor atau guru
dan kawan-kawan

Bagaimana anda boleh memastikan pencapaian akademik dan
seterusnya kerjaya yang cemerlang?

Anda mesti:

• Sentiasa membuat analisa pencapaian kendiri akademik
• Membangunkan kemahiran yang bersesuaian:
o Celik computer dan mahir dalam multimedia
o Mahir berkomunikasi
o Berkebolehan berhubung dengan masyarakat
o Mahir menyelesaikan masalah dan kreatif
• Menguasai pelbagai bahasa
• Peka dengan isu-isu semasa berkaitan akademik dan peluang-
peluang kerjaya
• Tingkatkan kesedaran berkenaan hubungan antara ciri peribadi,
nilai dan kemahiran dan kepuasan kerjaya
‘BACA, USAHA, TAWAKAL’

BICARA KAUNSELOR

KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS )

Oleh: Pn Zaitul Iffa binti Jamaludin

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek-aspek
kemahiran genetik yang melibatkan elemen kognitif yang
berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai
positif,kepimpinan,
Kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran
berterusan. Kemahiran insaniah adalah elemen yang
dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang
bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi.
Elemen kemahiran insaniah yang perlu ada kepada
seseorang individu adalah unsur-unsur yang ada dalam
kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal
seperti berikut:

1. Kebolehan berkomunikasi.
2. Penampilan diri.
3. Keyakinan diri.
4. Konsep diri.
5. Kerja berpasukan.
6. Kefasihan berbahasa sama ada menggunakan bahasa
Melayu atau Inggeris.
7. Kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang
lain.
8. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan
semasa, khususnya dalam

menghadapi situasi budaya masyarakat berbilang
kaum dan agama di Malaysia.
9. Kebolehan menggunakan kata panggilan yang sopan
dalam komunikasi.
10. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan
tekanan.
11. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran memotivasikan diri.

Soft skills adalah pelengkap kepada hard

skills yang juga merupakan keperluan

teknikal untuk mendapatkan pekerjaan.

Ringkasnya, sumber wikipedia menyatakan

bahawa soft skills merujuk kepada sikap

atau kekuatan dalaman pada diri individu

untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan

kemahiran yang melibatkan interaksi sosial

dalam masyarakat (kemahiran

interpersonal). Secara keseluruhannya, ia

menjurus kepada kemahiran berkomunikasi.

BERITA KEJAYAAN

KEJAYAAN PELAJAR; JADI INSPIRASI

Resepi kejayaan Thurga a/p Vasanthan
(UITM)
• Sentiasa memperuntukan 15 minit untuk setiap subjek setiap hari
• Sentiasa membuat Latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh Keputusan STPM Sem 2
guru , menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar 2021 – 4A(4.00) (Pakej
• Menggunakan pelbagai buku rujukan dan internet seperti Pengajian Perniagaan)
telegram mencari nota
• Sentiasa berkongsi ilmu dan mengajar rakan untuk mengukuhkan
lagi pemahaman

● Sentiasa membuat latihan past years mahirkan basic - Ekonomi
● Menggunakan 3 highlighter iaitu satu untuk isi penting, huraian
●dan contoh -Sejarah

Membuat soalan past years and trials negeri pelbgai tahun –
Pengajian Am

● Hafal fakta khusus untuk Pengajian Perniagaan
● Menggunakan kaedah pomodoro dan active recalling

Resepi Kejayaan

Lim Yu Qian (UTM) • Jangan rasa diri lebih lemah daripada sesiapa pun, asalnya anda
Keputusan STPM Sem bergerak pada hari ini.
• Jangan rasa tidak puas hati sekiranya dapat markah yang rendah
2 2021 – 4A (4.00) dalam exam biasa, tetapi perlu terima kasih atas peluang ini untuk
(Pakej Physics) memahami kelemahan diri.
• Buat semua Past Year Papers, andaikan anda sedang mengambil
peperiksaan benar.
• Rehat dengan mencukupi dan bersarapan, pastikan minda segar
pada hari exam!

Resepi Kejayaan

• Belajar sub topik baharu sebelum masuk kelas (mudah difahami Yap Jia Jiun
dalam kelas) Keputusan STPM
• Hantar kerja rumah tepat pada masa Semester 1 2022 – 4A
• Bertanya kepada guru untuk mengukuhkan pemahaman konsep
• Fokus semasa belajar (berehat apabila diperlukan) (4.00) (Pakej
• Jangan panik semasa peperiksaan, fikir lagi atau buat soalan lain Physics)
dulu
• Tidur yang secukupnya pada sehari sebelum peperiksaan supaya
dapat fokus semasa peperiksaan
• Senaraikan point-point/isi-isi untuk esei sebelum memulakan
penulisan jawapan esei yang lengkap (yang pendek sudah cukup)

BERITA KEJAYAAN

TOP SCORERS FOR MUET IN 2021

NAME : ANOUSKA ABIGAIL NAME: IMAN FIRDAUS TAUFIQ
UNIMAS SEM 3 BIN MUHAMMAD ZUBAIRY
UMT SEM 3
Tips on getting band 5
I personally find that the best
- do a lot of practice on related
questions and essays. way to enhance your
- be confident
- read English books and always linguistic skills is by simply
search for words that you do not
understand. using that language

NAME: RAYNER MU LAY CHIN everyday, in this case,
UMT SEM 3
English. Speak with a friend,
My key ingredients to get a Band 5:
read materials in all sorts of
1) Have a solid grammar foundation,
increase your vocabulary and genres, and listen to songs or
increase your general knowledge.
2) Always check your answers before watch your favourite shows
submitting.
3) Listen to your teachers, never forget in English.
to thank them for their hard work and
get your parents’ prayers. NAME; LIEW JIA JIET
UM SEM 3
NAME: ESTHER MARION DAVID
UPM SEM 3 Tips for getting good MUET
results
Tips for getting Band 5:
A method to naturally improve
1. Reading is a must, be it novels, your spoken English is by
newspaper articles or even making friends and joining
magazines such as Reader’s Digest groups or communities that
will definitely improve your overall mainly converse and interact
command in English. in English. Practicing your
2. Avoid using short forms in day to written English can also help
day conversations as they become a as speaking gets easier when
habit overtime. you’re clearer about what
you’re saying. Doing things like
keeping a journal, and trying
to find and include new words
in your journaling each week
can help you improve.

Terima Kasih, Jumpa Lagi Dalam Edisi Ke-
4 Buletin KTESA

Oleh: Sidang Redaksi KTESA


Click to View FlipBook Version