The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by johanna, 2022-07-06 03:48:48

BULETIN 2022

BULETIN 2022 (2)

EDISI 3.0 2022

BULETIN KTESA

Cerita, berita dan informasi terkini

MENARIK Sesi Jelajah Kuiz ASEAN
DI DALAM 2022

Program 24 Jun 2022 – Jabatan Penerangan Malaysia
Cambah Minda Selangor mengadakan sesi Jelajah Kuiz ASEAN
Tinrsaernt ssefnoternmceasi bersama pelajar Kolej Tingkatan Enam Shah
Kerajaan: Undi Alam. Pertandingan ini dilaksanakan secara
18 Tahun dalam talian selama 1 bulan bermula 1 hingga
Sambutan hari 30 Jun 2022. Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 ini
guru dan hari adalah percuma dan terbuka kepada murid
raya serentak sekolah berumur 15 hingga 17 tahun serta
Ustaz Syamsul warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke
Debat atas. Objektif utama pertandingan adalah
gamatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan
latihan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan
personel guru pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali
KTESA prihatin dalam kalangan generasi muda. Pertandingan
terhadap ini juga adalah bagi mendapatkan tiga peserta
warga kolej terbaik bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan
Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang akan
Kejayaan diadakan oleh negara Mynmar, pada satu
pelajar menjadi tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
inspirasi
Vol .01 Newsletter
KtesaRedaksi. Inc
p. 03-5541-4172

a. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Sek 24

KTESA TINTA EDITOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KOLEJ TINGKATAN 6 SHAH ALAM Selepas 2 tahun dilanda pandemik Covid-19, Malaysia
memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022.
JAWATANKUASA SIDANG Fasa perubahan ke endemik ini merupakan exit strategy untuk
REDAKSI (GURU) membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan yang
hampir normal seperti yang dikecapi sebelum ini. Sebulan
PENASIHAT kemudian, kerajaan mengumumkan beberapa teras utama
Puan Maziah binti Mohammad Zain protokol kesihatan awam yang sebelum ini diwajibkan dan
SETIAUSAHA diwartakan telah ditarik semula bermula 1 Mei 2022. Antaranya
Siti Aliza binti Halimi termasuklah pemakaian pelitup muka kini hanya diwajibkan
PEN. SETIAUSAHA apabila berada dalam bangunan dan dalam pengangkutan
Norita binti Md Amin awam. Bukan itu sahaja, penjarakan fizikal pada jarak 1 meter
AJK tidak lagi diperlukan dan aktiviti bersalaman turut dibenarkan.
Hanita binti Samadi
Roselila binti Mohd Nawawi Kelonggaran yang diberi ini bermakna semua langkah bagi
Chee Chuen Yee mengelakkan dari dijangkiti virus ini terletak sepenuhnya di
Haslina binti Yusoff tangan masing-masing. Kelonggaran ini juga menuntut rakyat
Thilagai a/p Muniandy lebih bertanggungjawab menjaga dan melindungi keselamatan
Noor Hijanag binti Ahmat Sharifudin diri, ahli keluarga serta masyarakat. Hal ini kerana kini
Nariza binti Ab Ghani semuanya terpulang kepada diri kita sama ada terus berhati-hati
Noraini binti Che Yusoff atau leka dan cuai atas alasan tiada lagi keperluan mematuhi
SOP yang ditetapkan.

Di peringkat kolej, aktiviti akademik dan kokurikulum yang
dijalankan secara hibrid sebelum ini, kini dapat dijalankan
secara fizikal. Walau bagaimanapun, langkah-langkah
pencegahan tetap diambil untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pelajar terjamin. Buat pertama kalinya selepas 2
tahun aktiviti kokurikulum dijalankan secara atas talian, pelajar
berpeluang menjalankan aktiviti sukan dan permainan secara
bersemuka di gelanggang dan persekitaran kolej. Keterujaan
pelajar mengaplikasikan kemahiran sukan dan permainan
terserlah dengan riuh-rendah suara mereka semasa membuat
latihan sukan. Pihak kolej juga berpeluang mengadakan
program sambutan hari guru dan sambutan hari raya Aidilfitri
secara serentak. Peluang untuk berhimpun dimanfaatkan
dengan aktiviti yang bermanfaat untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

JAWATANKUASA SIDANG Bermula 1 Mei juga pelajar wajib hadir ke kolej untuk
REDAKSI PELAJAR mengikuti pengajaran secara bersemuka. Hal ini bermakna,
peraturan kehadiran ke sekolah kembali seperti asal
EDITOR sebagaimana sebelum penularan wabak Covid-19. Walau
Nur Irdina Binti Azlan bagaimanapun, kehadiran pelajar ke kolej kurang
PEN. EDITOR menggalakkan terutamanya pelajar semester 3 2021. Keadaan
Nur Qistina Athirah Binti Norazwan ini menjejaskan usaha pihak kolej menjalankan program
peningkatan prestasi yang bertujuan memastikan kelulusan
pelajar mencapai 100 peratus. Oleh itu, ibu bapa perlu
bekerjasama memastikan keberadaan anak-anak mereka ke
kolej untuk memastikan keberhasilan program yang dijalankan.

AJK Pihak Sidang Redaksi meneruskan penerbitan BULETIN
Nur Athirah Binti Mohammad Mazlan KTESA kali ke-3 pada tahun 2022. Ketidaktentuan SOP yang
Nur Azza Maisarah Binti Kamarudin melibatkan penggambaran pelajar mendorong keputusan
Yuveniesha A/P Sangaran menerbitkan semula BULETIN KTESA dua kali setahun sebagai
Aileen Allaya A/P Owaat satu dokumen yang merekodkan program akademik, hal ehwal
Adriana Binti Mohammad pelajar dan kokurikulum. Bukan itu sahaja, edisi kali ini juga
Shameeneswary A/P Raja Kumar akan memuatkan kejayaan pelajar sebagai inspirasi serta titipan
Mohammad Danny Qusyairy motivasi oleh kaunselor di ruangan Bicara Kaunselor seperti
Sheum Hai En edisi lepas.
Wong Teng Zhuo
Siti Sarah Binti Mohd Nasir Akhir kata, menerbitkan buletin bukanlah sesuatu yang
Yasmeen Sofea Binti Sharil Izwan mudah. Banyak proses belakang tabir yang menuntut
Nur Syamira Binti Laily komitmen masa, kesabaran dan ketekunan dalam
Dzul Fiqar Badrishah penghasilannya. Semoga BULETIN KTESA Edisi ke-3 berjaya
memainkan peranan dalam mendokumentasikan program
utama kolej sepanjang tahun di samping merekodkan kejayaan
yang diraih warga kolej.

Wassalam.

BERITA KTESA

PROGRAM CAMBAH MINDA UNDI 18 DAN CERAMAH KESIHATAN

24 Jun 2022 -Keputusan kerajaan menurunkan had usia layak
mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah satu inisiatif
meningkatkan partisipasi golongan belia dalam pembentukan
kerajaan serta pentadbiran negara. Oleh itu, tahap literasi
politik anak muda yang kurang ambil peduli tentang politik
dan sistem pentadbiran negara perlu diperkasakan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Penerangan Malaysia
Selangor dengan kerjasama Kolej Tingkatan Enam Shah Alam
telah mengadakan program Cambah Minda Undi 18 di samping
mempromosikan pertandingan Kuiz ASEAN 2022. Program
Cambah Minda Undi 18 diadakan pada jam 10 pagi di Bilik Pro
Cancelor dan hanya melibatkan 80 orang pelajar semester 2
dari kelas UIAM, UNIMAP, UPSI dan UNIMAS kerana tempat yang
terhad.

Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar lain berada di
Dewan Cancelor untuk mengikuti program Perkhidmatan
Dewasa Muda oleh Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 19, Shah
Alam. Dalam program ini, pelajar berpeluang mendengar
ceramah kesihatan bertajuk Kepentingan dan Penjagaan
Kesihatan Mulut serta tajuk Merokok dan Kanser Mulut yang
disampaikan oleh pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Shah
Alam Seksyen 19, Shah Alam. Bukan itu sahaja, pelajar
berpeluang menyaksikan pameran penjagaan kesihatan mulut,
pemeriksaan pergigian secara percuma serta merebut hadiah
yang ditawarkan oleh penganjur dalam acara menjawab
soalan kuiz kesihatan.

Program Cambah Minda, Transformasi Kerajaan: Undi 18
dimulakan dengan perkongsian oleh YBhg. Ts. Dr. Syed Agil
Alsagoff, Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan
Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia. Beliau memberi penekanan kepada kepentingan
kesedaran politik dalam diri anak muda agar mereka
menggunakan kematangan, kebebasan dan hak demokrasi untuk
menentukan calon yang akan diundi. Sesi perkongsian diakhiri
dengan sesi soal jawab dan juga soalan kuiz kepada pelajar.
Pelajar sangat aktif dan memberikan respon yang sangat
memberangsangkan semasa acara menjawab soalan kuiz.
Keempat-empat soalan kuiz yang dikemukakan dapat dijawab
oleh pelajar dengan betul dan mereka menerima hadiah dalam
bentuk hamper dan cenderamata dari Jabatan Penerangan
Malaysia Negeri Selangor.

Usai penyampaian hadiah, program diteruskan dengan majlis
perasmian yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Tuan Haji Zailani bin Othman
dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBrs Puan Wan Norkhana
binti Mohamad selaku Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Negeri Selangor. Majlis perasmian diakhiri dengan penyampaian
sijil kepada semua pelajar serta penyampaian cenderamata
kepada penceramah, YBhg. Ts. Dr. Syed Agil Alsagoff dan
pengetua KTESA selaku tuan rumah. Selepas acara bergambar
beramai-ramai, YBrs Puan Wan Norkhana menyerahkan poster
pertandingan Kuiz ASEAN 2022 kepada tuan pengetua untuk
mempromosikan penglibatan pelajar dalam pertandingan
tersebut.

BERITA KTESA

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA; SEDERHANA TAPI MERIAH

19 Mei 2022 – Kerinduan guru-guru untuk menyanyikan
lagu keramat Kami Guru Malaysia terubat tahun ini
apabila KTESA mengadakan sambutan hari guru dan
hari raya peringkat kolej secara serentak. Bertemakan
“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”, sambutan hari guru
peringkat kolej diraikan dalam suasana sederhana
tetapi meriah.

Sambutan hari guru dimulakan pada jam 9 pagi
dengan perarakan masuk pengetua, wakil PIBG, barisan
pentadbir dan guru-guru ke Dewan Canselor. Pada
masa yang sama, semua pelajar telah bersedia di kiri
dan kanan dewan serta memberikan tepukan gemuruh
kepada semua guru yang disayangi. Selepas nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu KTESA dan
bacaan doa, warga dewan mendengar perutusan hari
guru daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Encik
Saipolbahri bin Aziz dan Encik Zuraimi bin Ahmad. Tidak
lengkap sambutan hari guru tanpa ikrar yang dilafazkan
oleh guru-guru sebagai janji untuk terus menjunjung
tugas yang digalas. Untuk itu, semua guru naik ke
pentas untuk melafazkan ikrar hari guru yang diketuai
oleh Encik Nandakumaran a/l Doraisamy. Usai ikrar
dilafazkan, semua guru menyanyikan lagu Kami Guru
Malaysia yang amat bermakna bagi semua insan yang
bergelar GURU. Persembahan deklamasi sajak, silat dan
nyanyian oleh pelajar menutup tirai sambutan hari guru
peringkat KTESA tahun 2022.

Sambutan hari raya pula dimulakan pada jam 10.30
pagi, selepas selesai acara sambutan hari guru di
Dewan Canselor. Semua kelas mengadakan jamuan hari
raya di kelas masing-masing dengan pemantauan
pengurus kelas. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, para pelajar bekerjasama membuat persiapan
tempat dan dekorasi, serta membawa juadah secara
potluck. Keriangan dan kegembiraan terserlah di wajah
pelajar KTESA kerana dapat meraikan sambutan hari
raya bersama rakan dan guru-guru pada tahun ini.
Walaupun, pelajar tidak dibenarkan bergerak dari satu
kelas ke kelas yang lain namun sambutan di dalam
kelas bersama rakan-rakan dan guru-guru yang
mengajar kelas berkenaan sudah cukup bermakna
buat mereka.

Sambutan hari guru dan hari raya kali ini merupakan
program pertama kolej yang melibatkan aktiviti
perhimpunan dan perkumpulan secara bersemuka
selepas kerajaan mengumumkan beberapa
kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-
19 berkuat kuasa 1 Mei yang lalu. Dalam kemeriahan dan
kegembiraan menyambut hari guru dan hari raya, para
guru dan pelajar tetap melakukan kawalan kendiri demi
memastikan kesihatan diri dan orang sekeliling berada
dalam keaadaan yang baik.

BERITA KTESA

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022

26 Mac 2022 – Mesyuarat Agung PIBG (AGM) Berikut adalah ahli jawatankuasa PIBG Kolej
Tahun 2022 sekali lagi diadakan secara hibrid Tingkatan Enam yang baharu bagi sesi 2022/2023
menggunakan platform google meet. Seawal
jam 7.30 pagi, Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : Tn Hj Mohd Zailani Bin Othman
Mesyuarat Agung PIBG telah berkumpul di Yang Dipertua PIBG : Encik Adief Bin Alias
pejabat KTESA untuk membuat persediaan Naib Yang Dipertua PIBG :En. Mohd Shahza Anuar bin
teknikal bagi memastikan perjalanan mesyuarat Shaari
berjalan lancar. Setiausaha Kehormat: Pn Hasmah binti Mamat
Bendahari Kehormat: Puan Siew Mun Ling
Seperti tahun lepas, ibu bapa mengisi
kehadiran menerusi aplikasi google form yang AJK Ibu Bapa
disediakan serta mereka turut dapat mengakses 1. Puan Asiah binti Abd Samad
buku program menerusi aplikasi anyflip. 2. Encik Selvan A/L K. Muthukanu
Kehadiran ibu bapa dan guru dalam mesyuarat 3. Puan Ainol Aiza binti Ahmad
agung kali ini hanya 96 orang sahaja 4. Encik Lee Kee Fatt
berbanding 150 orang pada tahun lalu 5. Encik Mohd. Nizam bin Ali
6. Puan Yati binti Mustafa
Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan Enam
Shah Alam kali ke-6 dimulakan dengan ucapan AJK Guru:
juruacara majlis, Puan Siti Zurina binti Maaruf 1.Encik Saipolbahari bin Aziz (Biro Pembangunan
tepat jam 9 pagi diikuti dengan bacaan doa Fizikal)
yang dipimpin oleh Encik Khubaib bin Ahmad 2. Encik Zahanordin bin Amat Lori (Biro Akademik)
Fuad. Majlis diteruskan dengan ucapan alu- 3. Puan Doris Selvi A/P Thomas (Biro Kebajikan &
aluan dari Pengetua KTESA, Tuan Haji Zailani bin Sosial)
Othman. Dalam ucapan alu-aluan, beliau 4. Puan Zuziana binti Shahuri (Biro Maklumat)
menyeru ibu bapa untuk memastikan kehadiran 5. Puan Siti Zurina binti Maarof (Biro Kokurikulum)
anak-anak sama ada secara fizikal atau PdPR.
Beliau juga amat berharap kerjasama ibu bapa Juru Audit Dalaman:
dalam memastikan kejayaan anak-anak 1. Encik Che Saidin bin Abdullah (Juruaudit guru)
pelajar. Majlis kemudian dirasmikan oleh Encik 2. Encik Lim Kee Fatt (Juruaudit ibu bapa)
Adief bin Alias selaku Yang Dipertua PIBG KTESA.
Selepas peletakan jawatan ahli jawatankuasa
PIBG sesi 2021/2022, mesyurat dikendalikan oleh
Encik Saipohbahari bin Aziz yang bertindak
selaku pengerusi sementara. Mesyuarat sebulat
suara mengekalkan barisan AJK PIBG sesi
2020/2021 yang hadir memandangkan mereka
baru sahaja dilantik pada 25 September 2021.

Sesungguhnya, penubuhan PIBG bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru dalam membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama untuk
meningkatkan pencapaian sekolah. Oleh itu, adalah diharapkan agar ibu bapa dapat menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG untuk sama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran demi
pembangunan dan kecemerlangan KTESA.

BERITA KTESA

LATIHAN PERSONEL DI HOTEL GENO

28 Februari 2022 - Unit Latihan Personel Kolej Tingkatan Enam Shah Alam mengadakan
latihan personel kali kedua tahun 2022 di Hotel Geno, Taman Subang Mas Shah Alam
bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang. Latihan personel kali ini adalah yang pertama
diadakan di luar KTESA sejak setahun lalu sejak pandemik Covid 19 melanda. Semua
peserta tetap mematuhi standard operasi yang ditetapkan untuk mengekang jangkitan
wabak Covid 19.

Latihan dan Pembangunan Profesional Guru adalah satu program yang terancang dan
sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan guru-guru
melalui satu proses pembelajaran bagi mencapai prestasi kerja yang efektif. Latihan
personel juga merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang disusun untuk
mengubah sikap, pengetahuan dan kemahiran guru agar prestasi kerja mereka dapat
ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, latihan personel kali ini membawakan tajuk
Peningkatan Profesionalisme dalam Memantapkan Organisasi yang disampaikan oleh

pAenRcerTamEahXyHangIBtidIaTk IasOingNlagi, iaitu Encik Syamsul Amri bin Ismail atau dikenali

sebagai Ustaz Syamsul Debat.

Pendaftran peserta bermula pada jam 8.30 hingga 9.00 pagi. Kemudian, terlebih
dahulu para peserta mengikuti taklimat e-Operasi yang disampaikan oleh Pn Viani Aba

sAelankeuwPselneottleorngisKaagnraenatPewnataydtboirkaene. pPada Jam 9.30 pagi, peserta menikmati minum
ptahgei sytuandgendtsis,efdaicauklatny, ppiahraeknthso, taenl.dSebelum ceramah dimulakan, juruacara majlis
mmhgeeuannpajdrepadmepinpaainutntskgeaEbibnnecrreiykkaaostMuat runoh.sfcawhmhomaotal'.sdIt'Kshaunbaib untuk memimpin bacaan doa agar majlis
ePfefesecrttiavepwroagyraomf dtiidsaskemkeirninagtingugsi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Siynafmorsmul aDteiobantadnadri tmouuclahihninggbgaaskee penghujung ceramah kerana gaya penyampaian
bweliitahu ayllatnhge bpearrstaiehsajma ednatliaomnemd.enyelitkan lawak spontan dengan menggunakan

loghat Negeri Sembilan. Beliau menekankan hubungan yang baik antara pekerja dalam
organisasi serta sikap menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang harmoni.

Usai majlis, peserta tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama

penceramaFhOsRebMagaOi RkeEnaVngI-SkeInTan:gan.wwSewb.erleumallybgerreaantgskitaet.copmulang, peserta

menikmati jamuan makan tengah hari di Taste Café yang terletak di aras satu Hotel
Geno.

BERITA PERSARAAN

SELAMAT BERSARA CIKGU

27 Januari 2022 - Majlis persaraan Puan Wan
Kamariah binti Wan Endut diadakan secara
ringkas atas permintaan beliau sendiri. Majlis
tersebut diadakan di bilik guru pada jam 8.30 pagi.
Dalam majlis tersebut, beliau berpeluang
menyampaikan ucapan persaraan dan menerima
cenderamata dari pihak pentadbir, PIBG, unit-unit
mata pelajaran serta rakan-rakan guru.

Puan Wan Kamariah binti Wan Endut merupakan
guru Perakaunan Kolej Tingkatan Enam Shah Alam.
Beliau dilahirkan pada 28 Jan 1966. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Chabang Tiga Perempuan Kuala Terengganu,
Terengganu dari tahun 1973 sehingga 1978.
Semasa beliau berada di fasa remaja beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Sulaiman Kuala Terengganu, Terengganu.
Beliau kemudian menyambung pendidikannya di
Murdoch University Western Australia mulai tahun
1986 sehingga 1989.

Beliau telah berkhidmat sebagai tenaga
pengajar selama 29 tahun dari tahun 1993
hingga 2022. Permulaan kerjanya berada di
Methodist Girls School Klang dari tahun 1993
hingga 1997. Kemudian beliau berkhidmat di SMK
Alam Megah Shah Alam selama 5 tahun dan
dtukarkan ke SMK Seksyen 27 Shah Alam selama
1 tahun pada tahun 2004. Namun, beliau
berpindah semula ke SMK Alam Megah Shah
Alam dari tahun 2005 hingga 2016. Kolej
Tingkatan Enam Shah Alam adalah sekolah
terakhir beliau berbakti sebagai guru
perakaunan selama 6 tahun.

Peristiwa manis yang berlaku di dalam hidup
beliau ialah pencapaian 100% perakaunan STPM
pada tahun 2016. Nasihat terakhir beliau kepada
semua guru-guru dan pelajar ialah Be good,
enjoy life.

BERITA PERSARAAN

JASAMU DIKENANG CIKGU

Majlis persaraan Cik Chanthireka a/p Vasudevan diadakan secara
sederhana pada 29 April 2022. Majlis diadakan jam 11 30 pagi di bilik
ketua jabatan. Ucapan pelajar, pengerusi KGKT, pengetua dan guru
yang diraikan dibuat menerusi interkom dan dapat didengari dengan
jelas oleh semua warga kolej yang berada di bilik kuliah, bilik guru,
makmal dan pejabat.

Nama Penuh: Chanthireka a/p Vasudevan
Tarikh & Tempat Lahir: 20 September 1967 di Ipoh, Perak
Pendidikan awal : Sekolah Rendah Seksyen 16 Shah Alam
Pendidikan Menengah: SMK Seksyen 2 Shah Alam, Sekolah Menengah
Convent Klang & Sekolah Menengah Tinggi Klang, Klang, Selangor

Kelulusan Ikhtisas:
1. Ijazah Sarjana Malaysian English as a Second Language (UM)
2. Ijazah Sarjana Muda BA HONS: English Language Studies (UKM)
3. Maktab Perguruan Pendidikan Pulau Pinang

Sejarah Perkhidmatan:
1. SJK(T) Alpha Bernam Ladang Jenderata, Teluk Intan, Perak (1991-1994)
2. SK Taman Sri Muda (1), Shah Alam (1994-1996)
3. SMK Seksyen 19 Shah Alam pada tahun (1999-2018)
4. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (2018 -2022)
Pengalaman:
1. Ketua Panitia Bahasa Inggeris
2. Melengkapkan kursus latihan guru atas talian selama sepuluh
minggu iaitu ‘CRITICAL THINKING IN LANGUAGE LEARNING & TEACHING’
pada tahun 2014 yang dianjurkan oleh U.S. Dept of State, Office of
English Language Programme bersama University of Oregon’s (Dept of
Linguistics) dengan gred pencapaian 91%.
3. Mengikuti ‘INTERNATIONAL TEACHER EXCHANGE PROGRAMME’ anjuran
American Education Dept pada tahun 2010 selama tiga setengah
bulan yang melibatkan 98 orang guru daripada seluruh dunia.
4. Menghasilkan dan membentangkan Modul ‘INSTRUCTIONAL
STRATEGIES FOR EFFECTIVE TEACHING AND LEARNING’ di peringkat
antarabangsa di Amerika Syarikat pada tahun 2010.
5. Pengasas Kelab Interact
6. Penceramah Bahasa Inggeris PMR dan SPM
7. Tenaga pelatih dan koreografer formasi pelajar sempena
Kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Pencapaian:

1. Penerima APC pada tahun 2004 dan 2014
2. Menghasilkan alat inovatif ‘WOODBOOK’ dan beliau pernah
dianugerahkan sebagai juara Pertandingan Guru Inovatif, kategori
Sekolah Menengah – Individu peringkat daerah PPD Perdana.
3. Mencipta nama dalam Malaysia Book of Records untuk Kad
Ucapan Terpanjang sempena Hari Kebangsaan 2004 iaitu
sepanjang 1.5 km
4. Penerima Anugerah Khas Kokurikulum 2015 hingga 2017 Sekolah
Menengah Kebangsaan Seksyen 19
5. Menghasilkan buku cerita ‘A COLLECTION OF SHORT STORIES FOR
LEISURE READING- INSPIRED BY TEENS FOR TEENS’ iaitu 38 cerita
pendek hasil karya pelajar tingkatan 5 tahun 2012.
6. Beliau turut mencipta nama sebagai Juara Pertandingan Guru
Inovatif kategori Sekolah Menengah – Individu , peringkat Negeri
Selangor. Beliau turut menjadi juara dalam ‘MELTA MALACHI EDWIN
CREATIVE TEACHER SHOWCASE’ di mana ketika itu, beliau
memenangi pingat gangsa.
7. Menghasilkan buku cerita Bahasa Inggeris 5 siri ‘ADDING COLOURS
TO YOUR READING WITH POWERFUL IDIOMS’.

Hobi:

1. Membuat kek dan pencuci mulut.
2. Mengembara.

BERITA KURIKULUM

PROGRAM ANAKKU SAYANG

21 Januari 2022 – Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik, Unit
Kurikulum KTESA dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling
(UBK) telah mengadakan Hari Terbuka Program Anakku Sayang
Tahun 2021. Program ini diadakan untuk meningkatkan pencapaian
akademik Kolej Tingkatan Enam Shah Alam iaitu ke arah kelulusan
100%. Program ini menyasarkan 20 orang pelajar semester 3 yang
memperoleh keputusan CGPA bawah 1.00 dalam peperiksaan STPM
Semester 1 Tahun 2021. Ibu bapa pelajar dijemput untuk sama-
sama berbincang dengan pihak kolej dan pengurus kelas tentang
hala tuju pelajar serta sokongan ibu bapa yang diperlukan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelancaran Program Anakku Sayang dijalankan di Dewan Pro-
Canselor tepat jam 8 pagi dan dirasmikan oleh Pengetua KTESA,
Tuan Haji Zailani bin Othman. Kemudian, selaku penyelaras
Program Anakku Sayang atau Program SINAR, Encik Zuraimi bin
Ahmad telah memberikan taklimat ringkas kepada pelajar serta
ibu bapa yang hadir tentang objektif Program SINAR dan dalam
masa yang sama menyuntik kata-kata semangat kepada pelajar
untuk memperbaik keputusan mereka dalam peperiksaan ulangan
STPM nanti untuk memastikan mereka memperoleh CGPA yang
lebih baik.

Majlis pelancaran diteruskan dengan penyampaian hadiah lonjakan
akademik kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam peperiksaan STPM Semester 2 Tahun 2021.
Penerima hadiah lonjakan akademik ini ialah Muhammad Fakhrul
Razy bin Muhammad Fadil (UMS), Siti Hawani bt Mohd Rohizat (UIAM)
dan Prem Kumar a/l Miniandy (UIAM). Diharapkan lonjakan akademik
yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pelajar ini memberikan motivasi
dan membakar semangat pelajar SINAR untuk meningkatkan
pencapaian mereka.

Sesi interaksi antara ibu bapa bersama-sama guru kelas, kaunselor
dan guru disiplin diadakan usai penyampaian hadiah lonjakan
akademik. Dalam sesi ini, pelajar turut terlibat dalam perbincangan
dari hati ke hati untuk mengenal pasti permasalahan pelajar serta
solusi yang dicapai untuk menangani permasalahan tersebut.
Walaupun, kehadiran ibu bapa kurang memberangsangkan namun
rata-rata ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam program ini
berasa terharu dengan usaha yang dijalankan oleh pihak kolej untuk
membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

“Selepas menghadiri program ini, saya lebih bermotivasi dan lebih
mudah belajar berbanding dahulu,” ujar Muhammad Firdaus, salah
seorang peserta Program SINAR KTESA dari kelas UiTM.

Diharapkan usaha murni KTESA ini akan merangsang, mendorong
dan menanam minat pelajar untuk berusaha dengan lebih
bersungguh-sungguh untuk mencapai gred lulus penuh dalam
semua mata pelajaran.

BERITA KURIKULUM

PAMERAN SENI VISUAL SERLAHKAN BAKAT PELAJAR

8 April 2022 – Dua tahun berturut-turut Pameran
Seni Visual pelajar aliran Seni KTESA dijalankan
secara tertutup. Acara yang mempamerkan hasil
tugasan kerja kursus pelajar Seni semester 3
diadakan di Galeri Rintis KTESA dan dirasmikan oleh
Pengetua KTESA, Tuan Haji Zailani bin Othman.
Pameran yang bertemakan Kebudayaan Tradisional
di Malaysia dan Sukan 1 Asia telah berjaya
menyerlahkan kreativiti 68 orang pelajar melakar cat
di atas kanvas.

Selaku Ketua Unit Seni Visual, Puan Sham Isnazura
mengucapkan rasa syukur kerana semua pelajar
telah selesai menghasilkan kerja kursus. “Sangat lega
dan rasa tenang dengan penganjuran pameran
pada hari ini kerana banyak cabaran untuk
memastikan pameran seni ini berjalan lancar," luah
Puan Sham Isnazura menarik nafas lega.

Menurut Muhammad Aiman bin Razali, ini adalah Banyak mata tertumpu kepada lukisan Kee Yi Wen
kali pertama beliau memegang kanvas yang bersaiz yang sangat menakjubkan. Lukisan beliau yang
besar. Dalam menghasilkan karya akhir, beliau bertajuk Drunken Beauty menarik perhatian
berdepan dengan cabaran dari segi pemilihan warna pengunjung. Beliau mendapat ilham lukisan menerusi
kerana lakarannya banyak tertumpu pada seni hobi nenek beliau yang gemar menonton opera Cina.
nouvea kemudian beliau ubah aliran ke seni Sebagaimana pelajar lain, Kee Yi Wen juga berdepan
impressionism. Walau bagaimanapun, beliau berasa dengan cabaran dalam menghasilkan karya akhir
sangat seronok kerana banyak perkara baru yang memandangkan tugasan ini adalah pengalaman
dipelajari."Saya harap selepas ini lebih ramai yang pertama beliau menghasilkan karya di atas kanvas
berani untuk berkarya untuk mengangkat imej kolej,” serta menggunakan cat arkilik. “saya memang
nasihat Aiman yang juga merupakan antara bersungguh-sungguh dengan teknik dan proses
penerima Sijil Kecemerlangan Semester 1 dan 2 Seni penghasilan hingga menyebabkan saya banyak ambil
Visual. masa untuk menyiapkannya,” ujarnya yang berpuas
hati dengan hasil kerja kerasnya.

Sesungguhnya, pameran seni visual ini bukan sahaja
membuka minda pelajar secara kreatif menerusi
penghasilan karya melalui pendekatan eksplorasi dan
eksperimentasi tetapi juga wadah awal untuk pelajar
seni mempamerkan karya mereka kepada khalayak
serta menjadi pendorong semangat mereka untuk
menghasilkan karya seni yang lebih baik pada masa
depan.

BERITA KURIKULUM

HARI TERBUKA SEMESTER 2 TAHUN 2022



27 Mei 2022 – Fasa peralihan ke Hasil tindakan pantas pengurus kelas yang
menghubungi ibu bapa untuk mengesahkan
endemik bermula 1 Mei 2022 kehadiran mereka, peratus kehadiran penjaga
melebihi 50% iaitu sebanyak 168 orang penjaga
membuka ruang kepada pihak kolej yang hadir daripada jumlah keseluruhan pelajar
semester 2 sebanyak 295 orang. Tidak dinafikan
untuk mengadakan pelbagai bahawa, faktor penjaga bekerja menjadi sebab
utama mereka tidak dapat menghadiri sesi
program terutamanya yang perbincangan bersama-sama pengurus kelas.
Oleh sebab itu juga, pihak kolej membenarkan
melibatkan penglibatan ibu bapa. penjaga yang mempunyai kekangan masa,
hadir seawal 7.30 pagi untuk memastikan
Oleh itu, peluang bertemu pelanggan mereka tidak terlepas peluang untuk bertemu
pengurus kelas demi membincangkan ruang
tidak dilepaskan oleh KTESA dengan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan pencapaian anak-anak mereka.
mengadakan Hari Terbuka bagi
Sesungguhnya hari terbuka merupakan
semester 2 Tahun 2022 bermula jam peluang terbesar untuk merapatkan hubungan
para guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana
9 pagi hingga 12.30 tengah hari di kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibu
bapa amat penting dalam memastikan
kelas masing-masing. kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat
pada landasannya. Sesi perbincangan antara
Bertepatan dengan keputusan penjaga dan pengurus kelas berlangsung secara
profesional kerana keterbukaan ibu bapa untuk
STPM Semester 1 yang baru mendengar kekuatan dan kelemahan pelajar
serta tindakan bersama yang boleh dilakukan
diumumkan pada 24 Mei yang lalu, untuk memajukan potensi pelajar ke arah
kecemerlangan. Adalah diharapkan kehadiran
ruang bertemu pengurus kelas dan ibu bapa dalam program seumpama ini akan
lebih menggalakkan pada masa akan datang
guru mata pelajaran semasa hari kerana pemahaman ibu bapa tentang sistem
pendidikan tingkatan enam sangat membantu
terbuka ini memberi peluang kepada kolej ke arah pencapaian lulus 100 peratus.

ibu bapa untuk membincangkan

hala tuju, penambahbaikan dan

penyelesaian bagi masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh

pelajar. Dalam masa yang sama, ibu

bapa dapat melihat pembangunan

dan perkembangan pembelajaran

anak-anak mereka serta mengambil

peranan untuk menyokong dan

memantau anak-anak mereka

khususnya berkaitan ketidakhadiran

dan kelewatan yang menjadi isu

utama masalah disiplin pelajar.

BERITA HEP

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IHYA RAMADAN & SUMBANGAN HARI RAYA

22 April 2022 – Unit Kerohanian PTE dengan


Kerjasama Unit Kebajikan Kolej Tingkatan Enam

Shah Alam mengadakan program 3 dalam 1 iaitu,
Majlis Khatam Quran, Sambutan Ihya Ramadan dan
Sumbangan Hari Raya. Seramai 3 orang guru dan
10 orang pelajar mengambil bahagian dalam
majlis memuliakan al-Quran yang diketuai oleh
Pengetua KTESA, Tuan Haji Zailani bin Othman.
Warga KTESA dapat mendengar bacaan surah oleh
guru dan pelajar secara bergilir-gilir menerusi
pembesar suara. Majlis yang diadakan di Bilik ketua
Jabatan ini bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-
kira 30 minit kemudian.

Usai majlis khatam al-Quran, Tuan Pengetua
bergegas untuk menyempurnakan majlis
penyerahan wang zakat dan sumbangan hari raya
yang diadakan di Dataran Raudah. Dalam ucapan
aluan, beliau menyeru penerima sumbangan agar
memanfaat bantuan yang diberi untuk perkara-
perkara yang bermanfaat khususnya untuk
pelajaran. Beliau juga mengingatkan pelajar untuk
sentiasa berusaha meningkatakn pencapaian serta
tidak menjadikan kesusahan hidup sebagai
penghalang untuk mencapai kejayaan.

Dalam majlis ini, Tuan Pengetua menyampaikan zakat
dan sumbangan hari raya kepada 66 orang pelajar
kategori asnaf dan 10 orang pelajar pengkhatam al-
Quran. Majlis penyerahan wang zakat dan sumbangan
hari raya ini diakhiri dengan acara bergambar secara
beramai-ramai sebelum penerima sumbangan bergerak
ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran. Selain pelajar, sumbangan hari raya
turut diberikan kepada 4 orang pekerja pembersihan
dan pengawal keselamatan KTESA dalam satu majlis
ringkas yang diadakan di Galeria Rossa pada jam 11
pagi. Majlis Ihya Ramadan ini diakhiri dengan pemberian
bubur lambuk kepada semua pelajar, guru dan
kakitangan kolej pada jam 12.30 tengah hari.

Sesungguhnya, program ini berjaya dianjurkan hasil
dana zakat, sedekah dan sumbangan hari raya daripada
orang perseorangan dan warga kolej yang berhati mulia
hingga berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM9502.
Semoga amalan berkongsi rezeki ini menyuburkan harta
penyumbang dan memberi manfaat kepada golongan
yang memerlukan.

BERITA HEP

KTESA TERIMA SUMBANGAN SYARIKAT KORPORAT

Rentetan Program Ihya Ramadan

yang lalu, Unit Kebajikan KTESA
terus memperoleh dana zakat dari Kemudian, pada 25 Mei 2022, bertempat
syarikat korporat, iaitu Yayasan di Kafetaria KTESA jam 8 hingga 9 pagi
Eskayvie berjumlah RM 3250 dan pula diadakan majlis penyerahan wang
AXIATA berjumlah RM19 800. Dana zakat dari AXIATA. Dalam majlis ini, Tuan
yang diterima segera diagihkan Haji Zailani bin Othman menyampaikan
kepada anak yatim dan pelajar sumbangan korporat kepada 66 orang
asnaf dalam dua majlis anak yatim dan asnaf KTESA.
penyerahan wang zakat yang
berasingan.

Majlis penyerahan wang zakat
dari Yayasan Eskayvie diadakan
pada 28 April di Galeria Rossa jam
9 pagi. Sebanyak 65 orang anak
yatim dan asnaf semester 2 dan
semester 3 menerima sumbangan
yang disampaikan oleh Penasihat
Yayasan Eskayvie sendiri, Puan
Nashwah Zainal.

Sesungguhnya, sumbangan luar
terutamanya dari syarikat korparat ini
adalah hasil kerja keras ahli jawatankuasa
Unit Kebajikan KTESA dalam mendapatkan
sumbangan luar demi manfaat pelajar-
pelajar KTESA yang memerlukan. Semoga
Allah SWT akan memberikan ganjaran
berlipat ganda kepada jawatankuasa Unit
Kebajikan yang sentiasa mencari jalan
untuk membantu dan menjaga kebajikan
anak yatim dan asnaf KTESA.

BERITA HEP

KTESA PRIHATIN KEPADA MANGSA BANJIR

Tirai tahun 2021 ditutup dengan kisah yang memilukan

apabila banjir besar melanda hampir semua kawasan

di negeri Selangor. Banjir terburuk ini bukan sahaja

merosakkan harta benda dan dokumen berharga malah

menjejaskan emosi mangsa yang terlibat. Kawasan

yang teruk terjejas banjir termasuklah di Taman Sri

Muda, Kampung Jawa, Kampung Tengah Puchong,

Kampung Lombong, Bukit Lanchong dan Seksyen 23

Shah Alam. Banjir besar ini turut menjejaskan warga

KTESA yang terdiri daripada 164 orang pelajar, 10 orang

guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) serta 4

orang pekerja pembersihan dan pengawal keselamtan

KTESA

Prihatin dengan dugaan yang dilalui oleh warga

KTESA, Unit Kebajikan Kolej Tingkatan Enam Shah

Alam yang diketuai oleh Puan Norepah binti

Kasran bertindak pantas melancarkan tabung

sumbangan banjir. Hasilnya, sejumlah RM37806

berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan warga

kolej dan zakat. Dalam masa yang sama PIBG

KTESA juga telah melancarkan Tabung Kilat

Bencana Banjir setelah mendapat kelulusan

daripada PPD. PIBG KTESA berjaya mengumpulkan

sumbangan sebanyak RM 4 125. Selain

sumbangan wang ringgit, KTESA juga menerima

sumbangan berupa Toto berzaiz besar (king)

sebanyak 90 unit daripada YB Khalid Abdul

Samad selaku ahli parlimen Shah Alam dan

sumbangan 90 set makanan kering berupa beras,

minyak masak, sardin, mihun dan biskut daripada

Parlimen Shah Alam.

Sumbangan yang diterima segera diagihkan kepada
pelajar secara berperingkat di pelbagai lokasi. Bagi
mangsa banjir yang terjejas teruk, sumbangan

diserahkan di kediaman masing-masing menerusi
lawatan ke lokasi terjejas. Selain ahli jawatankuasa Unit
Kebajikan KTESA, Pengetua KTESA, Tuan Hj, Zailani bin
Othman, Encik Zahanordin selaku Ketua Guru Disiplin
serta Puan Fadzilah selaku kaunselor turut turun
padang menziarahi dan menyantuni beberapa orang
pelajar yang terkesan akibat banjir untuk menyerahkan
sumbangan yang diterima dari pelbagai pihak.
Sumbangan banjir seterusnya diserahkan kepada
pelajar yang terjejas di KTESA dalam majlis pemberian
sumbangan bencana banjir bagi warga KTESA antara
10 hingga 14 Januari 2021, iaitu selepas sesi
persekolahan 2022 kembali dibuka.

BERITA HEP

Banjir tidak mengenal mangsa. Selain pelajar, warga kolej termasuk 10 orang guru,
seorang AKP, 4 orang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan dan 4 orang
AJK PIBG juga turut terkesan akibat banjir. Prihatin dengan musibah yang menimpa
mereka, Unit Kebajikan sekali lagi mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Banjir
kepada warga kolej yang terjejas pada 20 Januari 2022 di Galeria Rossa pada jam 1.30
petang. Sumbangan berupa wang tunai dan selimut tebal kepada mangsa banjir ini
disampaikan oleh Pengetua KTESA, Tuan Haji Zailani bin Othman.

Bantuan kepada mangsa banjir tidak hanya
melibatkan bantuan kewangan dan makanan
tetapi juga bantuan tenaga bagi membersihkan
kediaman mangsa yang terjejas. Unit Kebajikan
berjaya mengumpulkan sukareawan yang terdiri
daripada bekas pelajar KTESA untuk membantu
guru yang terjejas banjir melakukan kerja-kerja
pembersihan selepas banjir. Tenaga mereka
sangat diperlukan memandangkan banjir
menyebabkan kerosakan dan kemusnahan
barangan di dalam rumah yang memerlukan
kerja-kerja pengasingan dan pembersihan
dilakukan segera untuk mengelakkan penularan
wabak penyakit.

Sesungguhnya banjir besar yang melanda Shah Alam adalah ujian kepada
semua. Mangsa banjir diuji dengan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang
bernilai ribuan ringgit manakala golongan yang tidak terjejas diuji dalam bentuk
kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan.
Walaupun benar peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul, namun sekurang-kurangnya amalan menghulurkan bantuan di kala
orang lain ditimpa musibah dapat meringankan beban dan mengubat kesedihan.
Semoga usaha murni Unit Kebajikan KTESA yang mendapat dokongan daripada
warga kolej terutamanya guru-guru KTESA yang prihatin akan menyuburkan
ukhuwah dalam kalangan warga KTESA.

BERITA KOKURIKULUM

KTESA ANJURKAN KARNIVAL BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN


Majlis Penutupan dan Pengumuman

Tahun 2022 merupakan tahun kedua KTESA Keputusan Pertandingan Karnival Bahasa
menganjurkan Pertandingan Menulis Esei dan
Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2022 diadakan pada 18 Mei 2022 di Bilik
Peringkat Kebangsaan Secara Atas Talian
dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Galeria Rossa pada jam 2 petang. Esei
Malaysia (KPM). Pertandingan kali ini disertai
oleh 55 orang peserta dari 12 buah Kolej Wong Zu Yu dari kelas UMS yang
Tingkatan Enam dari seluruh Malaysia.
Sebagaimana tahun lepas, 4 kategori bertajuk Humanity in Natural Disasters
pertandingan ditawarkan, iaitu Pertandingan
Pidato Bahasa Melayu, Petandingan Pidato mendapat tempat ketiga Pertandingan
Bahasa Inggeris, Pertandingan Menulis Esei
Bahasa Melayu dan Pertandingan Menulis Esei Menulis Esei Bahasa Inggeris. Syabas dan
Bahasa Inggeris.
tahniah diucapkan kepada pemenang dan

guru pembimbing, Puan Noriah binti

Talib. Pertandingan ini diadili oleh hakim

yang terdiri daripada pegawai

Pendidikan Daerah, pensyarah Institut

Pendidikan Guru (IPG) dan universiti

serta guru sekolah menengah.

Dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu Wong Zu Yu (UMS)
dan Bahasa Inggeris, para peserta perlu
menghantar rakaman pidato kepada pihak Sesungguhnya, medan karnival bahasa
penganjur bermula 18 April hingga 28 April
2022. Kemudian, pada 13 Mei diumumkan 10 ini merupakan salah satu wadah kepada
orang peserta Pidato Bahasa Melayu dan 9
orang peserta Pidato Bahasa Inggeris yang pelajar untuk menggilap kemahiran
layak ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir
yang dijalankan pada pada 17 Mei 2022, peserta insaniah khususnya membina
diberi tema pidato spontan dan mereka perlu
menghantar rakaman pidato spontan kepada
pihak penganjur bermula jam 2 petang hingga
2.30 petang pada hari yang sama.

keyakinan diri yang merupakan elemen

penting untuk mencapai kejayaan.

BICARA KAUNSELOR

PENCAPAIAN AKADEMIK = KERJAYA IDAMAN
Oleh: Pn Fadzilah binti Mohamed Yazid

Semua orang inginkan kejayaan. Kejayaan dalam akademik dan seterusnya mendapatkan
pekerjaaan dengan gaji yang lumayan. Laluan kerjaya lebih terarah kepada sesuatu bidang
atau kemahiran, berkait rapat dengan pencapaian akademik. Akademik sering disamakan
dengan kurikulum, peperiksaan SPM atau STPM dan juga berapa A yang diperolehi. Kerjaya
pula dikaitkan dengan bidang tertentu dalam akademik mengikut aliran seperti Aliran Sains,
Sains Sosial serta kemahiran.

Pengertian akademik meliputi pelbagai perkara yang berkaitan pendidikan, kurikulum,
pembelajaran dan pengajaran, peperiksaan serta kelulusan yang dicapai seseorang.
Pencapaian akademik yang cemerlang menuntut komitmen pembelajaran yang tinggi bagi
pelajar. Dimensi kerjaya pula bermaksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam
sesuatu lapangan kehidupan, ia juga boleh ditakrifkan dengan profesion atau pekerjaan yang
dipilih bagi mencapai kemajuan dalam hidup di samping mancari nafkah. Kerjaya
memerlukan perancangan dan matlamat supaya bidang kemahiran yang dipilih selaras
dengan matlamat yang dituju.

Bagaimana persediaan anda untuk mencapai kerjaya yang baik?

Anda hendaklah:

• Rajin belajar dan berusaha untuk mencapai keputusan
akademik yang cemerlang
• Meneroka pilihan-pilihan yang ada dan diminati
• Membina kemahiran berkaitan dengan kerjaya yang dipilih
• Berbincang dengan individu yang terlibat dengan kerjaya
pilihan anda, dan sekiranya ada peluang buat lawatan ke
tempat kerja mereka – penglibatan dan sokongan ibu bapa
melalui kenalan ibubapa juga sangat membantu untuk
mendapatkan maklumat kerjaya
• Membuat pembacaan lanjut mengenai kerjaya pilihan anda
• Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, kaunselor atau
guru dan kawan-kawan

Bagaimana anda boleh memastikan pencapaian akademik
dan seterusnya kerjaya yang cemerlang?

Anda mesti:

• Sentiasa membuat analisa pencapaian kendiri akademik
• Membangunkan kemahiran yang bersesuaian:
• Celik komputer dan mahir dalam multimedia
• Mahir berkomunikasi
• Berkebolehan berhubung dengan masyarakat
• Mahir menyelesaikan masalah dan kreatif
• Menguasai pelbagai bahasa
• Peka dengan isu-isu semasa berkaitan akademik dan
peluang-peluang kerjaya
• Tingkatkan kesedaran berkenaan hubungan antara ciri
peribadi, nilai dan kemahiran dan kepuasan kerjaya
‘BACA, USAHA, TAWAKAL’

BICARA KAUNSELOR

KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS )

Oleh: Pn Zaitul Iffa binti Jamaludin

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek-aspek
kemahiran genetik yang melibatkan elemen kognitif yang
berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai
positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan
pembelajaran berterusan. Kemahiran insaniah adalah
elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia
pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan
perubahan teknologi.

Elemen kemahiran insaniah yang perlu ada kepada
seseorang individu adalah unsur-unsur yang ada dalam
kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal seperti
berikut:

1. Kebolehan berkomunikasi.
2. Penampilan diri.
3. Keyakinan diri.
4. Konsep diri.
5. Kerja berpasukan.
6. Kefasihan berbahasa sama ada menggunakan bahasa
Melayu atau Inggeris.
7. Kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain.
8. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan
semasa, khususnya dalam menghadapi situasi budaya
masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
9. Kebolehan menggunakan kata panggilan yang sopan
dalam komunikasi.
10. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan.
11. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran memotivasikan diri.

Soft skills adalah pelengkap kepada hard skills
yang juga merupakan keperluan teknikal untuk
mendapatkan pekerjaan. Ringkasnya, sumber
wikipedia menyatakan bahawa soft skills merujuk
kepada sikap atau kekuatan dalaman pada diri
individu untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan
kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam
masyarakat (kemahiran interpersonal). Secara
keseluruhannya, ia menjurus kepada kemahiran
berkomunikasi.

BERITA KEJAYAAN

KEJAYAAN PELAJAR, JADI INSPIRASI

Resepi kejayaan Thurga a/p Vasanthan (UITM)
Keputusan STPM Sem 2 2021 –
• Memperuntukan 15 minit untuk mengulangkaji setiap subjek setiap hari.
• Sentiasa membuat latih tubi (soalan-soalan tahun lepas dan soalan 4A(4.00)
percubaan negeri lain). (Pakej Pengajian Perniagaan)
• Melengkapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
• Menggunakan pelbagai buku rujukan dan dapatkan maklumat
tambahan melalui sumber Internet
• Sentiasa berkongsi ilmu dan sudi mengajar rakan untuk mengukuhkan
lagi pemahaman
• Menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar
• Menggunakan 3 highlighter untuk membezakan isi penting, huraian
dan contoh (mata pelajaran sejarah dan Ekonomi)
• Hafal fakta khusus untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan
• Menggunakan kaedah pomodoro dan active recalling

Lim Yu Qian (UTM) Resepi Kejayaan
Keputusan STPM Sem 2 2021 – 4A
• Jangan berasa diri sendiri lemah berbanding orang lain. Paling
(4.00) (Pakej Physics) penting sudi mengorak langkah untuk terus berusaha.
• Jangan rasa tidak puas hati sekiranya mendapat markah yang
rendah dalam peperiksaan dalaman, tetapi perlu berterima
kasih kerana diberi peluang untuk melihat dan membaiki
kelemahan diri.
• Buat semua soalan tahun-tahun lepas seperti anda sedang
mengambil peperiksaan sebenar.
• Rehat dengan mencukupi semasa menghadapi peperiksaan.
• Perlu mengambil sarapan supaya badan cergas dan otak
cerdas.

Resepi Kejayaan Yap Jia Jiun
Keputusan STPM Semester 1 2022
• Belajar subtopik baharu sebelum masuk kelas (mudah difahami
dalam kelas). – 4A (4.00) (Pakej Physics)
• Hantar kerja rumah tepat pada masa.
• Bertanya kepada guru untuk mengukuhkan pemahaman konsep
• Fokus semasa belajar (berehat apabila diperlukan)
• Jangan panik semasa peperiksaan, teruskan berfikir atau buat
soalan lain dahulu.
• Tidur yang secukupnya sehari sebelum peperiksaan supaya
dapat fokus semasa peperiksaan
• Senaraikan poin/isi-isi penting sebelum penulisan esei lengkap.

BERITA KEJAYAAN

TOP SCORERS FOR MUET IN 2021

NAME : ANOUSKA ABIGAIL NAME: IMAN FIRDAUS TAUFIQ
UNIMAS SEM 3 BIN MUHAMMAD ZUBAIRY
UMT SEM 3
Tips on getting band 5
I personally find that the
1. Do a lot of practice on related best way to enhance your
questions and essays. linguistic skills is by simply
using that language
2. Be confident everyday, in this case,
3. Read English books and always English. Speak with a friend,
read materials in all sorts of
search for words that you do not genres, and listen to songs
understand. or watch your favourite
shows in English.
NAME: RAYNER MU LAY CHIN
UMT SEM 3 NAME; LIEW JIA JIET
UM SEM 3
My key ingredients to get a Band 5:
Tips for getting good MUET
1. Have a solid grammar foundation, results
increase your vocabulary and
increase your general knowledge. A method to naturally
2. Always check your answers before
submitting. improve your spoken
3. Listen to your teachers, never forget
to thank them for their hard work and English is by making friends
get your parents’ prayers.
and joining groups or
NAME: ESTHER MARION DAVID
UPM SEM 3 communities that mainly

Tips for getting Band 5: converse and interact in

1. Reading is a must, be it novels, English. Practicing your
newspaper articles or even
magazines such as Reader’s Digest written English can also help
will definitely improve your overall
command in English. as speaking gets easier
2. Avoid using short forms in day to
day conversations as they become a when you’re clearer about
habit overtime.
what you’re saying. Doing

things like keeping a journal,

and trying to find and

include new words in your

journaling each week can

help improve your

command of English.

Terima Kasih. Jumpa lagi dalam Edisi ke-4
Buletin KTESA

Oleh: Sidang Redaksi KTESA


Click to View FlipBook Version