The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bryanng0924, 2023-06-27 09:28:54

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 2022

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 2022

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 2022 NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA Nama: NURSAFFIYA DAYANA BINTI AMIL FITRI Kelas: 4 SAINS Guru subjek: CIKGU HATAIKWAN Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL


1 ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. JADUAL KERJA. 2 2. PENGENALAN. 3 3. PERNYATAAN MASALAH. 4 4. OBJEKTIF KAJIAN. 5 5. KAJIAN LITERATUR. 6 6. KAEDAH KAJIAN. 7 7. SUMBER RUJUKAN. 8 8. LAPORAN KAJIAN: • LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN AHMAD. • SUMBANGAN ZAINAL ABIDIN AHMAD. • HASIL KARYA ZAINAL ABIDIN AHMAD. 9-12 9. KESIMPULAN. 13 10. LAMPIRAN. 14


2 JADUAL KERJA BIL. TARIKH PERKARA CATATAN 1. 27.7.2022 Menerima taklimat daripada guru subjek Sejarah berkaitan penulisan laporan kajian kes. / 2. 28.7.2022 Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian kes. / 3. 30.7.2022 Mengenalpasti cara penulisan kajian kes. / 4. 31.7.2022 Menentukan tajuk kajian kes / 5. 1.8.2022 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, majalah, akhbar,buku. / 6. 3.8.2022 Menulis draf awal kajian kes. / 7. 4.8.2022 Menulis pengenalan, pernyataan masalah dan laporan kajian kes. / 8. 8.8.2022 Menulis kesimpulan dan lampiran kajiaan kes. / 9. 10.8.2022 Mengemaskini kajian kes. / 10. 11.8.2022 Menyemak dan menghantar kajian kes. /


3 PENGENALAN Nasionalisme adalah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai gerakan yang diambil untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Kesedaran nasonalisme di Malaysia dan kebangkitan tokoh dalam memperjuangkan kedaulatan negara yang menekankan hak dan prinsip kedaulatan rakyat dicetuskan daripada idea nasionalisme di Barat. Kesedaran nasionalisme boleh dikaitkan dengan perjuangan sultan, pembesar, tokoh agama, wartawan, guru, penulis atau rakyat dalam menentang penjajah sebelum perang dunia kedua. Salah satu tokoh tersebut ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).


4 PERNYATAAN MASALAH Terdapat beberapa penyataan masalah yang dapat saya kenal pasti. Antaranya adalah: 1. Nyatakan latar belakang Zainal Abidin Ahmad. 2. Jelaskan sumbangan Zainal Abidin Ahmad dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. 3. Apakah hasil karya Zainal Abidin Ahmad dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu.


5 OBJEKTIF KAJIAN Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat: 1. Mengetahui latar belakang Zainal Abidin Ahmad. 2. Menerangkan sumbangan Zainal Abidin Ahmad dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. 3. Menghuraikan hasil karya Zainal Abidin Ahmad dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu.


6 KAJIAN LITERATUR Saya memillih 1 kajian berkenaan tokoh nasionalisme iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya memilih kajian Asma’ Al- Banjari yang bertajuk Sumbangan Za’ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu yang berkaitan dengan sumbangan Za’ba. 1. Buku. ➢ Asmah Haji Omar. 2002. “Pengenalan” Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 11. ➢ Awang Sariyan. 2004. Sumbangan Pemikiran Za’ba Dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 23. ➢ Dharmawijaya & Kamaruzaman Kadir. 2004. “Perjuangan Za’ba Memartabatkan Bahasa Melayu”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba (15-16 September 2004), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 30. ➢ Ismail Salleh. 2001. Sejarah Bahasa: Tatabahasa Za’ba Dalam Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Halaman 45. ➢ Zainal Abidin Ahmad. 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal I: Permulaan Nahu Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 65. ➢ Taib Osman & Wan Abu Bakar Wan Abas. 2004. “Penghayatan Karya Pendeta Za’ba: Ilmu Mengarang Melayu”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba (15-16 September 2004), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 90.


7 KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat dan data dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah: 1. Kaedah bertulis. Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan dan laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini. 2. Kaedah pemerhatihan. Saya telah menonton youtube untuk mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan bagi kajian ini. 3. Bimbingan guru. Saya juga telah mendapatkan bimbingan guru iaitu Cikgu Hataikwan sewaktu sesi pembelajaran di kelas apabila saya ada sesuatu yang ingin saya bertanya berkaitan kajian kes.


8 SUMBER RUJUKAN Saya telah membuat rujukan berdasarkan beberapa sumber tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi kajian kes ini. Sumber-sumber tersebut ialah: 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Penulis: ➢ Ridzuan bin Hasan. ➢ Sharifah Afidah binti Syed Hamid. ➢ Muslimin bin Fadzil. ➢ Subramaniam a/l Raman. 2. Orang Sumber. ➢ Cikgu Hataikwan (Guru Subjek Sejarah). 3. Laman Sesawang. ➢ https://www.scribd.com/216325687/Za-Ba-John-Dewey ➢ https://www.scribd.com/doc/337614304 ➢ https://online.anyflip.com/dahaf/vusq/mobile/ ➢ https://malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokohpemikir-alam-melayu/pendeta_zaba ➢ https://irfront.net/post/articles/pemikiran-zaba-dan-kesannyakepada-kebangkitan-perjuangan-nasionalisme-melayu/


9 LAPORAN KAJIAN LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN AHMAD Tan Sri Zainal Abidin Ahmad yang dikenali sebagai Za’ba dilahirkan pada 16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya bernama Intan Awaluddin berasal daripada keturunan Minangkabau. Bapanya pula bernama Ibrahim Ahmad berasal daripada keturunan Bugis. Za’ba adalah seorang yang gemar membaca, menulis dan mengarang. Beliau juga merupakan seorang yang tabah, bersemangat patriotik dan kental dalam perjuangannya. Za’ba menerima pendidikan awal pada 1907 hingga 1909 di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berumur 12 tahun. Kemudian Za’ba meneruskan pengajiannya di St. Paul Institutions, Seremban pada 1909 dan semasa peperiksaaan Senior Cambridge beliau mencatat sejarah sebagai pelajar Melayu yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Za’ba mula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan Sekolah Inggeris Johor kemudian beliau bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Za’ba berkhidmat di sana selama tujuh tahun iaitu dari tahun 1916 hingga 1923. Pada tahun 1947, Za’ba menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), London dan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama (B.A.Hons) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab di Universiti London. Seterusnya, beliau mengarang, menterjemah buku-buku dan memberi ceramah di radio Malaya Kuala Lumpur.Pada tahun 1956, Za’ba dikurniakan gelaran PENDETA semasa mengetuai kongres yang penting bagi bangsa Melayu iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Za’ba berkhidmat sebagai pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura dari tahun 1953 hingga 1958. Beliau bersara pada Januari 1959 dari jawatan pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Pada 23 Oktober 1973, Za’ba meninggal dunia ketika berusia 78 tahun dan beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


10 SUMBANGAN ZAINAL ABIDIN AHMAD Za’ba telah diiktiraf sebagai seorang tokoh cendekiawan yang berwibawa kerana beliau adalah seorang pemikir dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Antara sumbangan Za’ba ialah dalam sistem ejaan melayu. Za’ba meminati bidang penulisan sejak tahun 1918 lagi. Pada tahun 1933, Za’ba menggubal sistem ejaan dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan sejak tahun 1914 lagi. Sejak tarikh penggubalannya, Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah- sekolah sehinggalah tahun 1972. Selepas Munsyi Abdullah, Za’ba digelar sebagai “Bapa Bahasa Melayu Moden”. Beliau juga berusaha untuk memperkembangkan dan meningkatkan penggunaaan Bahasa Melayu dan terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu. Selain itu, Za’ba juga telah memperkenalkan kaedah ejaan jawi pada tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1931. Pada tahun 1931, Za’ba telah merumuskan undang-undang ejaan Jawi dan menyiapkan Daftar Ejaan Melayu pada tahun 1938. Seterusnya, pada pandangan Za’ba bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Bahasa yang digunakan mestilah tepat menggambarkan fikiran kerana kedua-duanya saling berkait. Za’ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar dari tahun 1900 hingga tahun 1941. Sumbangan dari segi tatabahasa, Za’ba meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat Bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima golongan utama iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Golongan utama ini dipecahkan kepada subgolongan. Za’ba juga membahagikan kata sifat kepada sifat nama (adjektif) dan sifat kata (adverba). Za’ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Untuk belajar Bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Beliau juga mengemukakan aspek tatabahasa dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3


11 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan sesuai dengan saranannya. Semasa di Maktab Perguruan Sultan Idris, Za’ba telah berjaya menghasilkan buku berkualiti dan menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar dalam usaha membangkitkan semangat kebangsaan. Beliau juga merupakan seorang yang gemar membaca, menulis dan mengarang. Beliau sering menulis artikel, majalah, buku dan akhbar tempatan. Akhir Sekali, sumbangan Za’ba dalam linguistik. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti.


12 HASIL KARYA ZAINAL ABIDIN AHMAD Karya pertama yang telah dihasilkan oleh Za’ba ialah sebuah artikel yang diterbitkan di Utusan Melayu bertajuk Temasya Mandi Safar di Tg.Keling. Beliau menghasilkan karya ini sewaktu bertugas sebagai guru pelatih pada tahun 1916. Za’ba sering menulis dalam akhbar tempatan dengan menggunkan nama pena Patriot. Contoh akhbar tempatan ialah Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Za’ba menulis majalah Pengasuh semasa di Malay College Kuala Kangsar. Majalah ini mengenai kepentingan ilmu pengetahuan untuk memajukan bangsa Melayu. Beliau menulis dalam The Malay Mail pada 1 Disember 1923. Selain itu, beliau juga menulis tentang The Poverty of the Malays dan The Salvation of the Malays pada 22 Disember 1923. Semasa Za’ba berkidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), beliau menulis buku yang bertajuk Ilmu Bahasa Melayu I & II pada tahun 1927, Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Ilmu Mengarang Melayu pada 1934. Za’ba telah mendapat idea untuk menulis rencana-rencana di dalam majalah AlIkhwan, Semangat Islam dan Saudara semasa bertemu dengan Haji Abdullah bapa Hamka dan Hassan Bandung semasa melawat Indonesia pada tahun 1931. Beliau juga mengeluarkan buku yang bertajuk Panduan Ejaaan Jawi pada tahun 1931 dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun 1938. Seterusnya, Za’ba telah memodenkan Bahasa Melayu dengan menulis Pelita Bahasa Melayu pada tahun 1966 dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1968. Za’ba juga banyak terpengaruh dengan gerakan Kaum Muda. Hal ini kerana, beliau banyak menulis mengenai agama Islam di dalam akhbar-akhbar Melayu dan menyebarkan agama Islam ke luar negara dengan menulis di dalam majalah The Muslim di Singapura dan Islamic Review di London.


13 KESIMPULAN Za’ba merupakan tokoh yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Beliau merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu yang memberi sumbangan banyak sumbangan daripada pelbagai bidang iaitu karangan, linguistik, penulisan, agama, tatabahasa. politik dan sastera. Za’ba sering membangkitkan isu nasionalisme dan menyedarkan pelajar tentang kepentingan pendidikan tinggi bagi menentang penjajah. Za’ba juga menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan masyarakat. Oleh itu, masyarakat mestilah sentiasa menggunakan buku mengenai Za’ba bagi mengenang jasa Za’ba kepada perkembangan bahasa Melayu. Hal ini kerana, masyarakat banyak berhutang budi kepada Za’ba atas segala jasa dan ketokohan beliau. Akhir sekali, saya dapat mengetahui banyak sumbangan dan usaha yang dilakukan oleh Za’ba untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme. Saya berharap negara kita akan sentiasa aman, stabil dan maju dalam semua sektor. Saya juga berharap negara kita tidak akan dijajah lagi.


14 LAMPIRAN • Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. • Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)


Click to View FlipBook Version