Majlis Hi-Tea
Jamuan Akhir Tahun 2022
Santapan Mesra
SMK SUBANG JAYA
TARIKH: 6 JANUARI 2023
HARI: JUMAAT
MASA: 2:00-5:30 PETANG
TEMPAT: BEST WESTERN HOTEL
LATAR BELAKANG
Majlis Hi-Tea Jamuan Akhir Tahun 2022 SMK Subang Jaya,
dengan tema "Putih Denim" merupakan salah satu daripada
aktiviti tradisi Kelab Guru dan AKP. Majlis Akhir Tahun ini
diadakan sebagai tanda menghargai sumbangan dan
pengorbanan pengetua, para pentadbir, guru-guru dan AKP yang
sentiasa meningkatkan prestasi sekolah. Di samping itu, majlis
sebegini boleh dijadikan medan untuk membina budaya kekitaan
antara semua kakitangan sekolah tanpa mengira pangkat dan
kedudukan.
OBJEKTIF
Objektif Majlis Makan Tengah Hari adalah seperti berikut:
3.1 Menghargai jasa dan sumbangan Pengetua,
Pentadbir, guru-guru dan AKP sepanjang mereka
berkhidmat di SMK Subang Jaya.
3.2 Menyemai budaya kekitaan di kalangan semua kakitangan
sekolah.
3.3 Menyuntik semangat bekerja dalam satu pasukandan saling
lengkap-melengkapi dalam organisasi yang dipimpin.
ATUR CARA
1:00 – 2:00 pm Ketibaan Para Pentadbir, Guru-guru dan AKP
2:30 – 3:00 pm Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan Doa
Ucapan oleh Pengetua SMK Subang Jaya
Tayangan montaj aktiviti guru sepanjang tahun
3:00 – 5:00 pm Santai Juadah
Persembahan
Cabutan bertuah
Penyampaian hadiah pakaian terbaik
Sesi bergambar
5:30 pm Majlis bersurai
JAWATANKUASA
PELAKSANA