The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Digital Pemimpin Johor Dato' Onn Jaafar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FirasIzzati, 2021-04-11 00:32:09

Buku Skrap Digital Pemimpin Johor Dato' Onn Jaafar

Buku Skrap Digital Pemimpin Johor Dato' Onn Jaafar

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO’ ONN JAAFAR
“PENGASAS
KEMERDEKAAN”

MAKLUMAT PESERTA

2

PENDAHULUAN

Selamat sejahtera,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyiapkan buku skrap digital ini dengan jayanya.Saya amat berbangga kerana dapat
menyiapkan buku skrap ini.Saya memilih Dato’ Onn Jaafar sebagai tajuk utama buku skrap ini
sebagai tokoh pemimpin Johor.Saya memilih beliau kerana perjalanan perjuangan beliau adalah
sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu.Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang tokoh politik
nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi.Beliau juga merupakan seorang pemidato dan
pengarang yang terkenal dengan keindahan bahasa yang menakjubkan.

3

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

Onn Jaafar atau nama penuh beliau,Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar lahir pada 12 Februari

1895 di Jalan Gertak Merah,Bukit Gambir,Johor Bahru,Johor.Bapanya ialah Datuk Jaafar bin

Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.Manakala ibunya pula Roquaiya Hanim.

Beliau merupakan seorang anak angkat diraja Johor,beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni

Sultan Abu Bakar sejak berusia enam tahun.Beliau pernah mendirikan rumah tangga sebanyak

empat kali.Kali keempat bersama Datin Halimah Hussein, janda salah seorang adiknya.Salah

seorang cahaya mata mereka ialah Tun Hussein Onn.Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia pada 19

Januari 1962 akibat serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan bersebelahan makam 4
bapanya di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

5

PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke
England,beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail,Tunku Abu Bakar
dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di
England selama enam tahun.Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah
air,Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.

6

KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR 7

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun,beliau mula berkhidmat dengan kerajaan
Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.Dua bulan
kemudian,berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.Dua bulan kemudian,beliau
berpindah ke Pejabat Penasihat British(British Advisor).Pada bulan Mei 1912, Dato’ Onn
bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai 1912,beliau
kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.1 Ogos
1913,beliau bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober
1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di
Pejabat Wang Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim,Dato’ Onn Jaafar berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor

pada bulan Julai 1917,berakhir dengan pangkat Leftanen.Dari Bukit Timbalan Johor Bahru,beliau

dipindahkan ke Pejabat General Advisor.Di sini juga,beliau tidak lama berkhidmat kerana

diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan

Baginda.Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura.Di sana,beliau berniaga

kecil-kecilan termasuk kain,perkakas perak,tembaga,barang makanan seperti keropok dan

sebagainya.Pada tahun 1922,beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai sementara

dalam pejabat tanah.Pada 1 Januari 1923,beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan di

Muar.Tahun berikutnya,Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar

dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru. 8

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed

Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933.Kemudiannya dalam tahun 1934,beberapa orang dari

Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Beliau

bertindak sebagai pengarangnya.Pada tahun 1936,Dato’ Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Beliau menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan

pendapat.Pada 1 Jun 1938,beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota

Johor,membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada peribadi,kerja istana atau

kerajaan.Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu,Dato’ Onn

menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.

9

Pada1947,beliau dilantik sebagai
Menteri Besar Johor untuk menjaga
Negeri Johor.Selepas tiga tahun,
beliau meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar.Pada 18 Mei
1950,beliau meletakkan jawatan
kerana beliau ingin menumpukan
sepenuh perhatiannya kepada parti
UMNO.

10

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR 11

ASPEK POLITIK
Mantan Menteri Besar Johor ini merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO ,
peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh
pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
ASPEK EKONOMI
Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat
Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan
dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA)
pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

ASPEK SOSIAL
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dapat dilihat melalui prinsip beliau yang utuh untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu melalui sebuah penubuhan Parti
seperti IMP,Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara.Beliau cuba memupuk semangat
nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu,Cina dan India untuk bersatu
padu memperoleh kemerdekaan bersama.Dalam bidang pelajaran, nama Dato’ Onn terkenal
dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang mewujudkan ‘Biasiswa UMNO’
sewaktu beliau dalam parti ini.

12

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH 13
GENERASI SEKARANG

• Muafakat:Dato’ Onn Jaafar telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk

menyatupadukan masyarakat Tanah Melayu demi menuntut kemerdekaan.

• Tanggungjawab:Dato’ Onn mencegah perbalahan dalam kalangan rakyat supaya

keharmonian dapat dijaga.

• Berani:Dato’ Onn berani menyuarakan pendapat tentang masyarakat Melayu yang

memandang rendah pekerjaan seperti bertani,menjahit dan sebagainya.

• Gigih:Dato’ Onn tetap berusaha untuk memenangi kerusi di pilihan raya walaupun gagal

mendapat sokongan.

...PENUTUP

Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang yang berani dalam setiap tindakan dan rajin berusaha

dalam perjuangan beliau untuk menyatukan masyarakat yang pelbagai kaum di Tanah Melayu

dan tetap berjuang walaupun beliau dipandang serong oleh masyarakat tempatan sehingga

hasrat beliau tercapai.Sifat beliau sesuai dengan peribahasa ‘habis kapak berganti beliung’.Oleh

disebabkan kerja keras beliau dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

Tanah Melayu,Dato’ Onn Jaafar digelar ‘Pengasas Kemerdekaan’.Jasa dan pengorbanan beliau

tetap segar di ingatan masyarakat sehingga kini bak pepatah ‘gajah mati meninggalkan

tulang,harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama’.

14

Dato’ Onn banyak berjasa kepada negara kita kerana beliau merupakan dasar
daripada kemerdekaan negara Malaysia.Sudah terang lagi bersuluh,rakyat
Malaysia perlu sentiasa mengenang jerih perih beliau dan menjadikan Dato’ Onn
sebagai tauladan dalam mengekalkan keharmonian negara kita.

15

16

SUMBER RUJUKAN

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
• http://oscaroasispmjb.blogspot.com/2017/08/berikut-adalah-penulisan-tentang-

tokoh.html?m=1

17

TERIMA
KASIH!!!


Click to View FlipBook Version