The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahizzatii, 2021-10-29 03:20:00

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1

Kerja Lapangan Geografi

Keywords: 1 MAWADDAH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI TAMAN MELUR
JITRA,06000JITRA,KEDAH

Nama: Wan Nur Maisarah Binti Wan Ruzaidi
Tingkatan:1 Mawaddah
Guru penilai:Asiah Binti Asmuni

Perancangan kerja

Bil Tarikh Aktiviti

1 1/9/2021 Menerima tajuk tugasan Geografi daripada cikgu Asiah. Serta

mendengar taklimat tentang kerja lapangan daripada Cikgu

Asiah.

2 30/9/2021 Perbincangan bersama guru tentang:
a. Jenis dan contoh sisa domestik

b.kesan pembuangan sisa domestik

c.langkah pengurangan sisa domestik

3 22/10/2021 Mengumpulkan maklumat dari pemerhatian,rujukan dan temubual.

4 23/10/2021 Memproses data dan maklumat
5 23/10/2021 Menulis laporan tentang kesan sisa domestik di Taman Melur.

6 23/10/2021 Menulis laporan hasil kajian.
7 24/10/2021 Melengkapkan rumusan dan kajian.
8 28/10/2021 Menyerah tugasan kepada guru.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru dan ibu bapa saya yang telah memberi
sokongan dan tunjuk ajar tentang kerja khusus lapangan ini.Di samping itu,turut berterima
kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu dan memberi maklumat tentang kerja
khusus lapangan ini.

Pendahuluan
Saya telah menjalankan kerja khusus Geografi tingkatan 1 yang bertajuk kesan sisa domestik di
Taman Melur. Sebab saya memilih kawasan kajian ini kerana ia merupakan tempat tinggal saya ,
memudahkan saya untuk memandang pandang darat budaya dan fizikal dan merupakan lokasi
yang strategik.

Objektif kajian:
Objektif kajian saya ialah:

a. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Taman Melur.
b.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Taman Melur.
c.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijaksana di
Taman Melur.

Kawasan kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Melur.Ia terletak di daerah Kubang Pasu,mukim Pelubang,negeri
Kedah.Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Alor Setar ialah 18 km.Masa perjalanan ke pusat
bandaraya ialah lebih kurang 15 minit.Pandang darat fizikal yang ada di sini termasuk
;hutan,sungai dan rumput.Pandang darat budaya yang ada di sini termasuk;petempatan,jalan raya
dan sawah padi.

Tempoh Kajian

Tempoh kajian saya adalah diantara 15 hingga 20 hari.Tempoh ini agak lama disebabkan tugas untuk
mencari maklumat.Jadi saya dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan oleh guru iaitu
selama 1 bulan.

Peta Lakar Kawasan kajian

Kaedah
Saya telah menggunakan beberapa jenis kaedah kajian untuk membantu saya melengkapkan
kajian saya ini.Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah
i.pemerhatian
ii.rujukan
iii.temubual

a. Rujukan
i)Buku teks
Saya telah menjadikan buku teks sebagai rujukan pertama kerja khusus lapangan kerana saya
dapat banyak lebih maklumat tentang kerja lapangan dan dapat memudahkan saya untuk
membuat peta lakar.
ii)Internet
Selain menggunakan buku teks,saya juga mendapat sebahagian maklumat melalui
internet.Antara laman sesawang yang saya rujuki ialah seperti Wikipedia dan Google.

c.Temubual
Saya telah menemubual ibu dan bapa saya untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka
mengenai kesan sisa domestik di kawasan kajian saya dan dapat lebih mengetahui tentang
pandang darat budaya dan fizikal.Saya juga telah menemubual jiran yang berdekatan untuk
mengetahui pencemaran yang sering berlaku di kawasan kajian .

Hasil Kajian
Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Taman Melur.

Menurut Wikipedia,sisa domestik merupakan bahan buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan.Sisa domestik mempunyai dua jenis iaitu sisa pepejal dan sisa cecair.

Menurut pemerhatian saya,sisa domestik yang terdapat di kawasan saya terdapat dua jenis
iaitu
1.Bahan organik
Contoh:Sisa makanan dan sisa kebun
2.Bahan bukan organik
Contoh:Beg plastik,tin dan botol plastik

Antara sisa cecair yang dijumpai di kawasan saya ialah cecair racun serangga manakala sisa
pepejal ialah guni baja.

Kesan pembuangan sisa domestik di kawasanTaman Melur.

Antara kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Taman Melur ialah :

1.PENCEMARAN

Pembuangan sisa domestik secara tidak terancang akan menyebabkan

i)pencemaran air ii)pencemaran udara iii)pencemaran bau

2.WABAK PENYAKIT

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak
virus yang disebarkan oleh haiwan yang boleh menyebabkan penyakit taun,zika dan
rotavirus.

3.BANJIR

Sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penduduk yang membuang sisa domestik di
dalam longkang yang menyebabkan longkang tersumbat dan akan terjadinya banjir.

Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan secara bijaksana

Antara langkah-langkahnya ialah ;

i)Mengamalkan amalan 3R

Penerapan amalan 3R dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada penduduk
kampung .Konsep ini boleh mengurangkan pembuangan sisa domestik.

3R> Reduce:boleh mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah seperti
penggunaan beg plastik dan bekas polistirena.
Reuse:menggunakan semula bekas minuman,surat khabar,majalah atau mendermakan
buku dan pakaian.

Recycle;menghasilkan barang baharu daripada barang terbuang.

ii)Menguatkuasakan undang-undang

Tindakan ini harus diambil supaya penduduk lebih mengambil berat tentang kesan
pembuangan sisa domestik.Pihak yang melakukan kesalahan melibatkan pembuangan
sisa domestik akan didakwa diatas akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam.

iii) Kempen

Kempen kesedaran harus dijalankan untuk menyedarkan penduduk tentang
kepentingan mengurangkan sisa domestik .Antara kempen yang sering diadakan ialah
kempen kesedaran alam sekitar,kempen 3R dan kempen cintai sungai kita.

RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja khusus lapangan ini,sayatelah menemui dan mengetahui sisa
domestik yang dijumpai di Taman Melur ini.Saya juga telah mengetahui kesan
pembuangan sisa domestik yang berlaku seperti pencemaran,wabak penyakit dan
banjir.Antara langkah-langkah pengurusan sisa domestic secara bijaksana ialah
mengamalkan amalan 3R,menguatkuasakan undang-undang dan membuat kempen.Dengan
itu saya berharap kesan pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawasan
Taman Melur ini.

.

RUJUKAN
Buku teks
-(Hizman Azman dan Mohamad Khairun,2016,Geografi Tingkatan 1,Selangor Darul
Ehsan,Era Visi SDN BHD)

-Wikipedia


Click to View FlipBook Version